Showing posts with label Perjalanan Al-Quran Ahmad Zaid. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Al-Quran Ahmad Zaid. Show all posts

Monday, June 10, 2024

Apps Al Quran yang memudahkan proses menghafaz Al-Quran.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/2022


Alhamdulillah Allah mudahkan Ahmad untuk hafal Al Quran. Apps Al Quran Android dan bacaan Sheikh Ayman Suwaid banyak membantu dalam proses menghafaz Al-Quran.



Setkan ulangan ayat yang ingin dihafaz berulang kali sehingga dapat dihafaz dan diingat dengan elok. Begitulah proses menghafaz Al-Quran.



Dan mengulang hafazan yang lama-lama itu sangat penting, agar tidak lupa surah dan ayat yang telah dihafal.

Thursday, May 9, 2024

Persiapan untuk bercerita Surah Al Jin

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/2/2022


Ahmad mula hafal Surah Al Jin. Ayat-ayatnya agak sama dan keliru. Kena usaha lebih, ulang lebih banyak.


Genaplah surah-surah 5 Qul Ahmad hafal.



Mama pun kena tambah ilmu tafsir dan tadabbur buat cerita kat Ahmad tentang Surah Al Jin, insyaallah.


Mama bersedia dengan mengikuti pengajian tafsir di sini.



Insyaallah semoga dengan usaha ini, Allah kurniakan kefahaman kepada mama dan Ahmad Zaid tentang isi kandungan Al Quran.


Amin.

Sunday, April 21, 2024

Mengajar Ahmad mengaji Al-Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/1/2022


Sama seperti orang lain juga.


Ada hari mudah untuk ajak mengaji.



Ada hari ajak mengaji, dia ajak mama lawan pemadam, lawan kad BoBoiBoy. Ada hari ajak mengaji, terus lena😅.



Doakan mama yang kuat semangat nak ajar Ahmad mengaji tiap-tiap malam dan Ahmad dapat hafaz Al-Quran dengan baik, insyaallah.

Saturday, February 10, 2024

Ahmad hafal Al Quran dalam kereta

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/12/2021


🧕🏻: Ahmad, hafal sampai ayat 13.

👦🏻: Awat kena hapai banyak?

🧕🏻: Kan Ahmad kata nak potong kawan.



Akai banyak ni...😅 Doakan Ahmad rajin hafal Al Quran ya.


Dulu Abang Abbudey dan Abdullah pun kalau pi jalan jauh, hafal Al Quran dalam kereta. Esok nak sekolah. Balik rumah satgi dah penat, mengantuk.

Thursday, December 14, 2023

Ahmad Zaid , 6 tahun habis juz

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/11/2021


Alhamdulillah hari ni habis juz 30.





Doakan Ahmad Zaid dapat khatam hafazan Al-Quran di sekolah rendah seperti abang-abangnya.


Sunday, November 26, 2023

PERLAHAN-LAHAN BERTATIH MENGHAFAZ AL-QURAN.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/11/2021


Ketika proses Abdul Rahman dan Abdullah menghafaz Al-Quran, dengan penuh sabar dan mengharap, meniti bersama-sama mereka menghafaz ayat-ayat Al Quran sedikit demi sedikit hingga khatam beberapa tahun lalu.


Setiap surah yang siap dihafaz diwarnakan dan diletakkan tarikh (jika sempat). Abdulrahman warna 💛, Abdullah 💙.



Kini giliran Ahmad Zaid (6 tahun) pula menghafaz Al-Quran seperti abang-abangnya. Begitu juga prosesnya. Dan ditanda dengan warna 💚, dengan penuh harapan dan doa moga dapat menghafaz dengan baik.


Insyaallah sama-sama seisi keluarga kita berusaha menghafaz dan menjaga hafazan Al-Quran.

Sunday, May 14, 2023

Ahmad Zaid dan tasmik hafazan Al-Quran online

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/7/2021


Sepanjang musim PDPR ini, Ahmad Zaid tasmik hafazan Al-Quran dengan Ustazah Iffah setiap Hari Ahad, Selasa dan Rabu pada jam 9 pagi.


Jika sebelum ini, jika Ahmad pegang handphone ketika ustazah video call, maka berpusing-pusing camera tersebut.


Sampai ustazah nampak almari dan siling saja😅.


Tempoh Ahmad tasmik untuk satu sesi hampir setengah jam.


Biasanya Ahmad akan hafaz kira-kira dari Surah Al Insyiqaq hingga Surah Asy Syams.


Kebetulan sudah beli headphone untuk musabaqah hafazan Al-Quran online Ahmad Zaid pada minggu lalu. Jadi kita gunakan saja untuk tasmik online juga.



Amin3. 

Senang hati ustazah bila Ahmad tak berpusing-pusing.


Sedikit video kenangan ketika Ahmad Zaid tasmik hafazan Al-Quran online dengan Ustazah Iffah.

Semoga Ahmad Zaid dapat menghafaz Al-Quran dengan baik.








Wednesday, May 10, 2023

Kisah penuh perasaan Ahmad Zaid dalam pertandingan hafazan Al-Quran.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/7/2021


Ini adalah kali pertama Ahmad Zaid menyertai pertandingan hafazan Al-Quran.


Pertandingan adalah untuk kanak-kanak usia enam tahun. Dari Surah Al Fatihah hingga Surah Ad Dhuha.

Gambar poster pertandingan


Macam-macam kisah pertandingan.


Pertandingan adalah secara online.


Pertamanya saya tak bercadang untuk beli head phone. Syarat untuk pertandingan kena pakai tutup mata dan headphone.



Iyelah, ketika PKP kedai komputer tak buka. Payah pula nak cari headphone. Malas juga nak beli online.


4 hari sebelum pertandingan terasa pula nak headphone😅.


Saya minta adik saya belikan secara online.


Gementar rasanya tunggu headphone. Takut tak sempat sampai.


2 hari tunggu headphone tak sampai juga. Tapi adik saya kata dalam status dah tulis delivered.


Bila cari-cari, rupa-rupanya posmen letak dalam pondok Pak guard tanpa beritahu.


Alhamdulillah. Dengan bantuan Allah headphone sampai sebelum hari pertandingan.


Hari pertandingan adalah pada hari Sabtu. 


Hari Jumaat adalah hari percubaan. Pada hari Jumaat semua berjalan lancar. Line pun elok sahaja.


Tibalah hari pertandingan.


Agak gementar juga.


Giliran Ahmad Zaid adalah nombor 2.


Ketika pertandingan, saya agak pelik kenapa gambar hakim sekejap ada sekejap tak ada.


Beberapa ketika selepas itu sampai mesej bahawa sudah tamat.



Padahal baru 3 daripada 5 soalan.


Kenapa begitu?


Bila tengok video persembahan di Facebook barulah saya faham.



Rupanya line tak elok dan terkeluar banyak kali. Agaknya lebih 10kali😅.


Aduh....



Saya hanya rakam sedikit sahaja. Sebenarnya selepas itu pun banyak kali terkeluar juga.


Perasaan saya bila tahu keadaan ini:

1 .Kesiankan hakim sebab tunggu lama😅

2. Kesiankan Ahmad juga.

3. Rasa lucu pun ada juga

4. Rasa sedih pun ada juga. Tapi apa lagi yang mampu kita buat? Redha sajalah dengan takdir yang Allah telah tentukan.


Allah...


Begitulah takdir Allah tentukan.


Kita dah usaha dan bertawakal. 


Insyaallah ada rezeki yang lebih baik selepas ini, Amin3

Sunday, January 22, 2023

Proses Ahmad Zaid hafal Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/5/2021


Untuk proses Ahmad hafal surah:


1. Pasang selalu audio surah tersebut, biar biasa dengar, nanti mudah nak hafal.



2. Baca dan hafaz ikut bacaan Dr.Ayman Suwaid, guna apps Al Quran For Android sebab bacaan Sheikh Ayman lambat-lambat dan sebutan makhrajnya jelas.


3. Tasmik dengan mama. Mama betulkan kalau ada salah.


Doakan Ahmad ya😁

Sunday, October 30, 2022

Ahmad menghafaz Surah Al Alaq

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/4/2021


🧕🏻: Ahmad, mai hafal Surah untuk esok.

👦🏻: Tak mau, tak mau. Nak main bola.

----------------------------

Bila suruh ikut bacaan Sheikh Ayman Suwaid, bacaan Ahmad lagi dulu daripada Sheikh.



🧕🏻: Ni Ahmad ikut Sheikh baca ke Sheikh ikut Ahmad baca ni?😅


👦🏻: Ahmad habis hafal dulu, Ahmad menang.


Begitulah ragam kanak-kanak ni hafal Al-Quran, insya Allah makin lama makin mahir menghafaz. Amin.


Moga dapat khatam hafazan Al-Quran dengan hafazan yang mantap. Amin.

Wednesday, June 24, 2020

Mengharap

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 19/12/2019





Alhamdulillah Abdullah dan Abdul Rahman peringkat menjaga hafazan Al-Quran yang telah dihafaz. Langkah Ahmad Zaid pula baru bermula... Rasanya peringkat permulaan ini paling kritikal. Nak kena pujuk, ajak baca, upah mainan/ ceklat. Macam tu jugaklah abang2 dulu.... Bila dah pandai hafal nanti, mereka akan pandai berdikari ulang sendiri dengan pantauan ibu ayah.

Moga Allah permudahkan segala urusan mendidik anak-anak.

Wednesday, September 25, 2019

Obses dengan mikrofon

بسم الله الرحمن الرحيم

*Entri ini ditulis pada 25/12/2018

 Kami membelikan sebuah mikrofon mudah-alih kepada Ahmad Zaid pada usianya 3 tahun apabila melihatkan Ahmad Zaid begitu obses dengan mikrofon. Mungkin kerana melihatkan  baba dan abang-abang yang selalu menggunakan mikrofon.


Mikrofon mudah-alih dengan speaker bluetooth. Rm39.
Nampak macam bentuk trompet pun ada 😅

Obsesnya Ahmad Zaid dengan mikrofon kami rakamkan sejak dia kecil. Dia mesti akan ambil wayar dan jadikan sebagai mikrofon. Kadang-kadang disangkutkan ditelinganya menjadi seperti mikrofon yang disangkut ditelinga.

Seringkali dulu, bila tak boleh tidur (hingga jam 2 pagi) Ahmad Zaid akan azan dengan mikrofon ciptaannya. Ceramah dengan mikrofon.


Dengan mikrofon hijau inilah Ahmad Zaid memperbaiki hafazan Surah AnNas hingga menjadi lebih baik.

Saya pernah ceritakan tentang Ahmad Zaid yang menangis dan mengamuk ingin menjadi imam dan memegang mikrofon dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2019/04/bagilah-ahmad-pulak-jadi-imam.html



Kerana itulah kami belikan mikrofon mudah alih ini kepada Ahmad Zaid.

Dengan mikrofon hijau inilah Ahmad Zaid selalu azan, zikir, berlakon menjadi imam, nasyid dan macam-macam lagi yang dilakukan dengannya.

Semoga ia menjadi perkara obses yang memberi kebaikan kepada kita semua dunia dan akhirat, insyaAllah.

Saturday, June 1, 2019

Ahmad Zaid menghafaz Surah Al-Mulk

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...

Sebelum berganjak ke usia 4, ada beberapa surah dan ayat Al Quran yang telah dihafal oleh Ahmad Zaid.

Namun usaha perlu digandakan agar Ahmad juga dapat khatam menghafaz Al-Quran seawal usia kanak-kanak jauh lebih hebat dari abang-abangnya, insyaallah.



Setakat ini, Ahmad Zaid sudah menghafaz surah Al-Fatihah, Annas hingga Al-Masad, ayat kursi dan sedang menghafaz Surah Al Mulk.

Pengasuh di nurseri yang mengajar Ahmad menghafaz Surah Al Mulk dan ayat kursi.





Ahmad juga sangat suka mendendangkan nasyid-nasyid yang dipelajarinya di Pasti. 




Insyaallah, doakan Ahmad dapat khatam hafazan Al-Quran dengan cepat, memahami dan mengamalkan Al-Qur'an.

Thursday, April 4, 2019

Ahmad Zaid Suka Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018

Alhamdulillah ketika cuti sekolah hujung tahun lepas, banyak masa kami dapat luangkan bersama anak-anak.

Alhamdulillah, banyak perkara yang dirasai.

Saya mula perasan bahawa Ahmad Zaid suka belajar, mungkin kerana setiap hari melihat abang-abang menghafaz Al-Quran dan belajar, dari situ, Ahmad Zaid juga sukakan belajar.

Sentiasa doa agar dapat lebih mengajar Ahmad Zaid (3 tahun)


Selain bermain dengan haiwan peliharaan di rumah, banyak perkara baru yang Ahmad Zaid pelajari
Ahmad mula belajar menulis.

Saya print beberapa kertas, dia sangat seronok tunggu kertas yang siap print keluar dari printer. Berlari-lari Ahmad pergi menuju ke printer


Belajar asas menulis

Saya juga mengajar Ahmad asas untuk menggunting, satu perkara yang perlu kanak-kanak pelajari.  Jika tidak, pasti akan kekok memegang gunting.

Seharian Ahmad Zaid seronok menggunting kertas.

Dan juga dia belajar menggunting mengikut garisan lurus




Lihat betapa Ahmad Zaid suka belajar, hingga buku hafazan abang pun diambil, tulis dan baca Surah Annas.

Mungkin kerana setiap hari melihat abang menulis catatan dalam buku hafazan dan menghafaz Al-Quran



Semoga anak-anak kita menjadi orang yang hebat di sisi ALLAH dan ikutan bagi orang yang bertaqwa. Amin

Tuesday, January 1, 2019

Bacaan buku Al Furqan pada usia 2 tahun 10 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25.8.2018

Pada usia 2 tahun 10 bulan ini, Ahmad Zaid kelihatan suka belajar.

Banyak soalan yang ditanya kepada kita. Contoh dia ambil buku, tunjuk huruf dan tanya kepada kita : " Ni apa?"

Begitu juga apabila moodnya baik, dia mudah untuk baca buku.

Keadaan dan masa yang biasanya Ahmad Zaid mudah untuk belajar ialah ketika dia manja-manja dan suka bersembang.

Ketika itu jika ditanya:
"Ahmad, jom baca buku."
Pasti dia mahu baca, insyaAllah.

Ahmad Zaid kelihatan banyak menyerupai Abang Abbudey yang banyak bercakap ketika kecil.

Tidaklah setiap hari Ahmad Zaid baca buku Al-Furqan ini. Adakalanya terlupa juga.

Kadang-kadang selang sehari atau dua, baru berkesempatan untuk baca buku Al-Furqan.

Seperti dalam video ini


Alhamdulillah, banyak huruf yang Ahmad Zaid kenal.

Jika abang-abangnya dahulu mula mengenal huruf Hijaiyyah dengan buku IQRA', kerana ketika itu kami belum kenal lagi buku Al-Furqan. 

Kelihatan buku Al-Furqan lebih mesra kanak-kanak kerana dimulakan dengan huruf-huruf yang mudah untuk kanak-kanak kecil sebut, seperti huruf mim, nun...

Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan semua anak-anak kita untuk cemerlang dalam dunia Al Quran.

Amin..


Saturday, December 29, 2018

Perkembangan Ahmad Zaid pada 22.8.2018

بسم الله الرحمن الرحيم

Video-video di bawah ini dirakam pada Hari pertama Raya Aidiladha 2018.

Pelbagai perkembangan Ahmad Zaid yang boleh dilihat dalam video ini.

Antaranya:

Ahmad Zaid semakin maju menghafaz Surah Al Ikhlas.



Begitu juga dengan Surah Annas. Ahmad Zaid makin boleh sebut banyak perkataan dalam Surah Annas.



Ahmad Zaid juga suka mendendangkan nasyid (laa ilaha illallah Allah) dan (hasbi Rabbi) yang selalu didengarinya di neseri.



Semoga Ahmad Zaid dan abang-abang membesar menjadi insan yang bertaqwa.

Amin ya Rabb.




Friday, December 14, 2018

Video persembahan pertama Ahmad Zaid di khalayak ramai

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini adalah kali pertama Ahmad Zaid membuat persembahan di khalayak ramai.




Persembahan dibuat dalam Seminar Projek Mega Dalam Rumah di Putrajaya pada 2 Disember 2018 yang lalu.

Sebenarnya Ahmad Zaid sedang membaca Surah AnNas seperti dalam video ini:

Kami dah siap sedia dengan video ini untuk ditayangkan di khalayak ramai kalau-kalau Ahmad Zaid tak mahu pergi ke hadapan ketika seminar



Ini juga adalah video yang ditayangkan kepada peserta ketika seminar


Entri tentang Seminar ini ada ditulis di sini:



Oleh kerana ini adalah persembahan pertama kali Ahmad Zaid, maka kami ulang banyak kali sebelum hari seminar:

'Nanti Ahmad kena baca Surah Annas tau kat masjid."

Alhamdulillah pada hari seminar, Ahmad Zaid amat teruja sekali untuk ke hadapan dan membuat persembahan.

Setiap kali ahli keluarga kami ke hadapan, Ahmad pun pasti nak ke hadapan juga.

Berlari-lari dia ke hadapan untuk mengambil mikrofon juga.

Mujur ada 2 mikrofon.

Kerana itu juga Ahmad Zaid nasyid nama-nama surah dalam Al-Quran seperti yang ditulis dalam entri di sini:


Sebelum itu, beberapa hari sebelum itu, baba ada kata:
"Nanti bagi Ahmad Zaid pegang mikrofon dan nasyid sekali." 
Allah perkenankan impian baba.

Selepas dari seminar ini, Ahmad Zaid menjadi sangat suka dengan mikrofon. Dia sering minta untuk azan di Maahad menggunakan mikrofon.


Bagi saya kemahiran untuk membuat persembahan di khalayak ramai adalah satu perkara yang penting juga agar mereka biasa dan boleh mengawal rasa gementar di hadapan orang ramai.

Hingga kini saya masih rasa gementar sebelum memberikan ucapan di hadapan orang ramai.

Begitu juga Abdullah. Sering dia suarakan rasa gementar dan cemasnya dia sebelum membuat persembahan. Tetapi apabila sudah muda, Alhamdulillah jadi tenang dan semuanya berjalan lancar. 

Alhamdulillah.

Semoga Ahmad Zaid juga mampu membuat persembahan di khalayak ramai dengan baik pada masa hadapan.

Amin.

Friday, October 12, 2018

Perkembangan Ahmad Zaid 2 tahun setengah

بسم الله الرحمن الرحيم

*Entri ini ditulis pada 23.5.2018

Antara perkembangan positif Ahmad Zaid ketika usia 2 tahun setengah ini.

1. Faham apa yang kita minta dan permintaannya juga makin banyak. Makin pandai cakap, makin macam-macam nak minta.

Seperti dalam entri sebelum ini yang Ahmad Zaid cuba untuk bagitahu baba mama sakit.

2. Mula menunjukkan semangat untuk membaca Al-Quran, azan, khutbah.

Dia boleh imaginasi batang raket sebagai mikrofon dan mula berkhutbah caranya.

Banyak video telatah Ahmad Zaid yang kami rakam namun tak sesuai untuk ditunjuk.

Inilah satu sahaja yang boleh ditunjuk:
Video bacaan Al-Fatihah dibuka offline dan Ahmad Zaid cuba untuk ikut. Lihat sahaja gerakan mulutnya. Yang dipengangnya itu ialah kitab kecil tentang mufradat Al-Quran (maksud perkataan dalam Al-Quran dalam Bahasa Arab). Ahmad Zaid anggapnya sebagai Al-Quran.

Setiap keadaan anak-anak kita, kita mesti doakan khusus untuk mereka walaupun tiap-tiap hari kita sentiasa berdoa mereka menjadi penyejuk mata dan ikutan bagi orang mukmin.

Bagi Ahmad Zaid pada usia ini, doa saya agar dia sentiasa minat untuk belajar membaca dan menghafal Al-Quran dan dipermudahkan urusan untuk itu. Amin..

Untuk abang-abangnya saya selalu doakan mereka terus semangat dan istiqamah dalam menghafal Al-Quran. Insyaallah.

Semoga anak-anak kita menjadi bintang-bintang Islam yang bergemerlapan.

Monday, August 27, 2018

Bila Allah bukakan jalan untuk mendidik anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Catatan ini ditulis pada sepertiga akhir malam Raya Aidiladha (22/8/2018)
Ketika Ahmad Zaid berusia 2 tahun 9 bulan

Mungkin ada ketikanya kita terasa bahawa anak-anak lambat prestasi mereka berbanding orang lain. Cubalah untuk tidak zahirkan perasaan itu pada orang lain.

Cubalah untuk tidak menghadkan prestasi anak-anak.

Hanya pohonlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar dia menjadikan anak-anak ini generasi yang terbaik dan ikutan bagi orang yang bertaqwa. Kerana bila Allah bukakan jalan dan mudahkan, tiada siapa yang dapat menghalang.

Begitu juga dengan mendidik anak-anak dengan Al-Quran sejak dari kecil.

Adakalanya terasa usaha ini tidak membuahkan hasil apabila tiada respon positif dari anak kecil. Bila mengajar,macam tidak faham sahaja, namun teruskanlah usaha dengan positif dan gembira. Bila Allah tunjukkan hasilnya, MasyaAllah.. Sungguh Allah itu Maha Penyayang.

Begitulah dengan Ahmad Zaid. Walaupun kami sudah berpengalaman mendidik dua orang abang-abangnya dengan Al-Quran sejak dari kecil, namun setiap anak pasti ada perbezaannya.

Tidak sekalipun terasa bahawa kejayaan anak-anak ini adalah kerana usaha kita sendiri. Jika bukan kerana kasih sayang Allah dan nikmat anugerah terindah daripadaNya, tidaklah mampu kami kecapi apa-apa.

Sungguh dia sentiasa dipanjatkan moga Allah memudahkan urusan mentarbiah anak-anak termasuk anak-anak di Maahad agar menjadi insan bertaqwa, bermanfaat kepada Agama dan masyarakat.

Alhamdulillah Ahmad Zaid kini agak mudah diajak membaca buku Alfurqan dan juga mengulangi surah-surah pendek walaupun dalam pelat-pelat.

Beberapa minggu yang lalu, selepas Ahmad Zaid sembuh dari demam, dia jadi rajin bercakap dan membina ayat-ayat yang panjang.

Audio Ahmad Zaid rajin sembang dan bina ayat panjang-panjang:


Peluang ini digunakan untuk mengajaknya menghafaz surah-surah pendek dan rajin membaca Alfurqan.

Malahan, saya perhatikan ketika Ahmad Zaid rajin bercakap, moodnya baik untuk membaca Alfurqan dan surah-surah pendek. Seronok sahaja dia membaca bersama kita.

Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menghadirkan insan yang turut membantu untuk mengajarkan Ahmad Zaid menghafaz Al-Quran.

Audio Ahmad Zaid Hafaz Surah An-Nas dengan mama (makcik pengasuh di Neseri)



Ahmad Zaid rajin berzikir meniru acik neseri yang selalu berzikir:

Abang Abbudey pula sekarang dalam tempoh menghitung hari menghabiskan hafazan Juz terakhirnya. Semoga Allah permudahkan anak-anak dalam memuliakan Al-Quran.

Sungguh hari-hari kita dilalui dengan pelbagai kerisauan dan penat lelah, adukanlah kepada Allah. Tunjukkan kami jalan yang benar. Permudahkanlah kami semua untuk masuk ke syurga tanpa dihisab. Ya Rabb.

Monday, February 26, 2018

Kemahiran Ahmad Zaid di usia 2 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم


** Entri ini hanya untuk merekodkan perkembangan Ahmad Zaid dan merakam memori.


Alhamdulillah, pada 20.11.2017 Ahmad Zaid telah berusia 2 tahun.

Tiada sambutan hari jadi yang kami buat kerana ia bukanlah dari budaya dalam keluarga kami. Namun adakalanya anak-anak teringin nak berseronok dan makan kek dengan sepupu-sepupu mereka, kami akan layankan kehendak mereka itu sekadarnya.

Abdullah nak beli kek ketika harijadinya pada 5/11.
Kami tulis terus nama Ahmad Zaid walaupun harijadi
Ahmad Zaid pada 20/11.

Sebiji kek kecil yang sedap.



Antara perkembangan Ahmad Zaid ketika berusia 2 tahun ini ialah:

1- MINAT BERMAIN LEGO

Saya masih ingat lagi, beberapa bulan yang lalu, Ahmad Zaid tidak pandai lagi untuk bermain Lego.

Apabila diberikan Lego, dia akan balingkannya dengan perasaan tidak tertarik kepada Lego tersebut.

Namun dalam beberapa minggu sebelum Ahmad Zaid berusia 2 tahun, dia sudah pandai mencantumkan dan membuka Lego menggunakan kekuatan tangannya.

Mahir menyusun dan boleh menghabiskan masa berjam-jam bermain Lego.



2- KEMAHIRAN MENGAYUH BASIKAL 3 RODA

Ini juga kemahiran yang diperolehi beberapa minggu sebelum Ahmad Zaid berusia dua minggu.

Biasanya sebelum ini dia hanya akan menolak basikal menggunakan kakinya.

Namun, kini dia sudah boleh mengayuh basikal 3 roda.




3- KEMAHIRAN BERTANYA DAN BERCAKAP

Ahmad Zaid juga sekarang sudah banyak bertanya, pandai mengeluarkan arahan dan permintaan dan rajin bertanya.

Soalan yang sama berulang-ulang kali setiap hari.

Begitulah kanak-kanak yang suka mengulang-ulang.

Seperti di dalam video ini, Ahmad Zaid bertanya berulang-ulang kali tentang orang lain.



Dia bertanya di mana wan, tok, adik abang, Uwais, Kak dan lain-lain.

"Wan?"

" Wan fi Kelantan." (Dalam Bahasa Arab, maksudnya: Wan di Kelantan.)

"Tok?"
" Tok fi Kelantan." (Dalam Bahasa Arab, maksudnya: Tok di Kelantan.)

Setiap pagi jika banguun dari tidur, Ahmad Zaid akan mencari abang-abangnya dan bertanya jika dia tidak menjumpai abang-abangnya di dalam bilik?

"Abang?"

"Adik?"

 Ahmad Zaid memanggil Abang Abdullah sebagai 'adik' kerana sebelum kelahiran Ahmad Zaid kami semua memanggil Abdullah dengan gelaran 'adik'

Kami akan membetulkan kepada Ahmad Zaid:

"Bukan Adik, Abang Abdullah."
Namun seringkali juga Ahmad Zaid memanggil adik juga.


4- KEMAHIRAN BELAJAR DAN MENGULANG SEMULA

Ahmad Zaid mudah belajar selepas bangun dari tidur.

Dia akan mudah mengulang apa yang kita ajar.

Begitu juga melalui video-video pembelajaran yang lain.

Seperti Video Al-Quran Vocabulary di dalam video di bawah ini:




Ahmad Zaid mengulang semula perkataan yang disebut di dalam video tersebut.

Semoga ALLAH memberkati kita semua dan menjadikan kita ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...