Thursday, January 31, 2019

Seminggu Ahmad Zaid demam

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/10/2018.

Virus demam yang melanda baru-baru ini menyebabkan ramai orang yang tewas diserang sakit dan ramai yang masuk hospital.

Astaghfirullah...moga Allah ampunkan segala dosa kita.

Begitulah juga dengan keluarga kami.

Bermula dengan baba selama lebih kurang 4 hari demam, Abdullah selama lebih kurang seminggu, Ahmad Zaid seminggu dan Abang Abbudey selama sehari (Abang Abbudey sangat bersemangat untuk bersekolah, dia tidak suka jika tidak pergi ke sekolah, jadi dia usaha untuk gagahkan diri untuk sembuhkan diri dari demam).

Yang amat kasihan ialah apabila Ahmad Zaid yang demam batuk selama seminggu. Kami amat runsing  jika terdapat jangkitan kuman dalam darah. Kerana sebelum itu terdapat beberapa kes anak kepada rakan-rakan yang ditahan di Hospital kerana demam yang berpanjangan dan mengakibatkan jangkitan kuman dalam darah.

Apabila demam Ahmad Zaid sampai ke hari ketiga, kami mula risau. Batuk pula kerap. Pelbagai klinik yang kami pergi. Klinik homeopathy dan juga klinik biasa.

Ahmad Zaid amat kasihan kerana dia tidak mahu makan langsung.
Hanya minum susu botol sahaja hampir seminggu

Kami juga terpaksa ke Kuala Lumpur walaupun Ahmad Zaid demam kerana perlu uruskan pembelian buku Bahasa Arab untuk pelajar maahad. Wajah Ahmad Zaid yang muram sahaja kerana demam.
Ahmad Zaid juga asyik terbaring dan mahu tidur sahaja. Dia tidak larat untuk bermain.

Jika kebiasaannya Ahmad Zaid selalu ceria, asyik berlakon azan, mengaji dan nasyid menggunakan wayar yang dianggap mikrofon, bila demam, kami rindu gelagat Ahmad Zaid itu.

Tiada lagi suara Ahmad Zaid azan dan mengaji.

Sedih sangat apabila lihat Ahmad Zaid hanya terbaring kelemahan, batuk-batuk dan muntah beberapa kali.

Tidur malam kami pun agak terganggu kerana anak-anak terjaga. Akibatnya rasa penat dan letih di pagi hari di tempat kerja hampir 2 minggu akibat anak-anak yang bergilir-gilir tidak sihat dan berjaga malam.

Ahmad Zaid bangkit main sebentar sahaja, mainan yang baru baba beli untuk menghiburkan Ahmad Zaid, kemudian sambung tidur keletihan.

Kasihan sangat Ahmad Zaid asyik lena apabila dalam kereta dalam perjalanan ke Kuala Lumpur

Gambar yang dihantar oleh pengasuh di neseri.
Ahmad Zaid asyik tidur sahaja dan tidak mahu bermain.

Alhamdulillah apabila Ahmad Zaid telah sihat, kami rasa bersyukur amat sangat.

Di bawah ialah video Ahmad Zaid sehari selepas dia telah sihat.

Kami kembali mendengar suaranya mengaji.

"Tunjuk kat mama acik (makcik pengasuh di neseri)"
Ahmad Zaid minta tunjuk video dia mengaji kepada mama acik

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmat sihat kepada kita semua.

Monday, January 28, 2019

Konflik dalaman di pagi hari

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada ketikanya, bila tidak sihat, atau anak-anak tidak sihat, atau tidak cukup tidur, bangun pagi dengan rasa berbelah bahagi samada ingin pergi kerja ataupun tidak.

Begitulah juga perasaannya ketika mengandung.

Dengan diri yang penat, membuatkan rasa berat hati untuk bangun di awal pagi.

Namun seringkali berlaku, apabila dipaksa diri bangun menunaikan amanah dan tidak kerap cuti, lama-kelamaan masa berlalu, menjelang tengahari, rasa tidak larat itu akan hilang, insyaAllah.

Begitulah yang sering dirasakan.

Jadi, saya menjadikan entri ini sebagai peringatan buat diri sendiri agar keluar dari rasa tidak larat dan malas di pagi hari. Paksalah diri untuk terus bangkit meneruskan amanah dan kerja.

Diri anda pasti akan berterima kasih kepada anda atas pilihan yang anda buat.

Insyaallah.

Friday, January 25, 2019

Lekatnya ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Makin dewasa, makin saya yakini bahawa sesuatu ilmu itu bukan perolehi  dengan belajar sahaja, tetapi ada cara yang lebih efektif untuk sesuatu ilmu lebih lekat di hati dan akal.

Itulah dengan mengajar.



Sungguh apabila kita mengajarkan semula ilmu yang kita pernah pelajari, ia menjadi lebih lekat di fikiran, lebih difahami, malahan ketika kita belajar mungkin tidak terlintas soalan-soalan yang akan terdetik apabila kita mengajar.

Begitulah berkatnya ilmu apabila diamalkan dan diajarkan semula.

Cubalah dan anda pasti akan rasakannya.


Tuesday, January 22, 2019

Plan seterusnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Catatan ini ditulis pada 24.10.2018


Bila Abang Abbudey dah habis hafazan, kelihatan masanya agak lapang.

Jadi, saya berbincang dengannya untuk penuhkan masanya dengan ilmu yang bermanfaat agar dia tidak lalai dengan masa lapang.

Inilah plannya.

Saya kongsikan dalam status whatsapp agar ia menjadi cabaran kepada diri saya sendiri agar istiqamah.

Semoga Allah berkati usaha kami ini dan menjadikan usaha ini berpanjangan.

Perkenankan lah Ya Rabb.










Abdullah juga sekarang berbaki hafazan AlQuran lagi 9 juz dan dia berazam untuk menghafaz hafazan baru semuka sehari supaya dapat khatam tahun hadapan, insyaallah.




Friday, January 18, 2019

Tasmik Al-Quran dengan Sheikh Mahir Al-Munajjid

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sepanjang 3 minggu Sheikh Mahir berada di Maahad Al -Iman, para pelajar termasuk Abdullah dan Abdul Rahman sempat  tasmik dan membetulkan tajwid bersama Sheikh Mahir Al-Munajjid yang mempunyai ijazah sanad Al-Quran.

Abdul Rahman juga khatam Al-Quran pada ketika itu. Saya sentiasa mendoakan untuk anak-anak supaya mereka dapat tasmik Al-Quran dengan Sheikh Mahir dan dapat khatam dan mendapat sanad Al-Quran insyaALLAH.


InsyaALLAH semoga ALLAH memberikan rezeki kepada anak-anak untuk menuntut ilmu dengan sheikh terkemuka.

Berikut adalah antara video anak-anak tasmik al-Quran dengan Sheikh Mahir:














br />


Tuesday, January 15, 2019

Info buku: Hikayat Budak Universiti

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah baca buku pertama Dr.Syahr Musafir yang berjudul 'Hikayat Budak PHD' dan tulis sedikit reviu mengenainya dalam entri di sini:

http://cinta-rasul.blogspot.com/2017/02/baba-ambiklah-duit-ni.html

Buku Hikayat Budak Universiti ini juga sarat dengan motivasi yang berguna.

Apabila seseorang itu meletakkan targetnya untuk cemerlang kerana Islam.


Seperti yang sering difikir-fikirkan:
"Daripada banyak mengeluh sahaja, baik fikirkan langkah dan usaha untuk menangani masalah.

Mohonlah bantuan dari Allah.

Kata-kata yang hebat.

Untuk cemerlang dan berkongsi dengan masyarakat agar dapat membina masyarakat yang cemerlang

InsyaAllah banyak motivasi yang anda akan dapat dari perkongsian kisah hidup mereka.

Saturday, January 12, 2019

Kisah Tasbih Digital

بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa bulan lalu saya ada membeli 4 buah tasbih digital untuk kami sekeluarga.

Tasbih digital yang dibeli dari Shopee
Comel betul dalam kotak dia.
Rasa macam sesuai untuk hadiahkan kepada orang lain

Tasbih digital siap dengan lampu LED.
Harga tak mahal mana




Saya beli dengan harga rm4.50 untuk tasbih digital beserta dengan kotak dan ada lampu LED


Kisah tasbih digital ini bermula apabila melihat keluarga Sheikh Mahir Al Munajjid yang menggunakan jam ini.


Berkayak di kawasan tasik maahad

Abdul Rahman juga sempat tasmik Al-Quran sepanjang 3 minggu Sheikh berada di maahad

Kisah keluarga Sheikh Mahir banyak diceritakan dalam blog ini seperti di sini:

https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/02/ziarah-sheikh-di-cianjur-indonesia.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/03/terasa-seperti-berada-di-syurga-dunia.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2014/12/percutian-di-cianjur-indonesia-2014.html

https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/02/video-membaca-at-taawwuz-dengan-tajwid.html

https://cinta-rasul.blogspot.com/2017/03/video-kesabaran-menuntut-ilmu.html


Sungguh, amal baik dapat memberi persona agar orang lain turut mengikuti kita

Selain itu, apabila kita memakai cincin tasbih digital ini, secara tidak langsung kita akan sentiasa ingat untuk berzikir berbanding apabila tidak memakainya.

Keadaan yang sesuai apabila menaiki kenderaan dan berjalan-jalan di luar kerana kita tidak sibuk dengan aktiviti lain berbanding ketika di rumah dan tempat kerja.

Tuesday, January 8, 2019

Serabut? Tak suka? Mungkin ada hikmahnya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari ini agak tertekan dengan pelbagai kerja yang perlu disiapkan.

Astagfirullah...

Bila penat dan serabut kepala, di mana-mana sahaja terasa aura negatifnya, astagfirullah.

Rimas fikir tentang seminar, tesis, urusan phD, urusan sekolah dan macam-macam lagi. Rasa seperti nak lari dari fikir perkara-perkara ini. Makin difikir, makin serabut.

Sambil buat kerja rumah seorangan, minda berlegar-legar memikirkan banyak perkara.

- Setiap kerjaya pasti ada cabaran dan perkara yang tidak disukai.a

Hatta jadi suri rumah pun, bila penat, boleh jadi moody.

- Mungkin benda yang kita tak suka itu ada kebaikan bagi kita. Cabaran untuk kita lebih cemerlang.

- Kepayahan itu tidak lagi payah bila selalu dilakukan.

Saya fikir ibarat mendidik anak-anak dengan Al Quran, kena hindari hiburan, khususkan masa untuk anak-anak mengulang Hafazan, setiap hari tasmik anak-anak.....

Susah?

Rimas?

Leceh?

Alah bisa, tegal biasa.

- Mohonlah bantuan dari Allah agar permudahkan segala urusan, dirungkaikan segala kekusutan.

- Bermujahadahlah. Pohonlah kekuatan dari Allah.

Cuba cari masa untuk menulis di blog, semoga ada ilham yang boleh menjadi penawar, Ya Rabb.


Cuba untuk amalkan doa-doa ini, moga sentiasa dikelilingi aura yang positif.


Perbanyakkan bacaan Alquran dan ibadah, moga ia menjadi penawar hati yang kusam.

InsyaAllah.



Friday, January 4, 2019

Ahmad Zaid dan kemahiran berbasikal

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25.8.2018

Bila diingatkan semula,pada awal usia 2 tahun, Ahmad Zaid sudah mahir mengayuh basikal 3 roda, seperti entri di sini:


Alhamdulillah, kini di usia 2 tahun 10 bulan, Ahmad Zaid mahir mengayuh basikal 4 roda pula.

Kami dapati bahawa Ahmad Zaid boleh mengayuh basikal 4 roda ketika meminjam basikal sepupunya.

Video kali pertama Ahmad Zaid menunggang basikal 4 roda (milik sepupunya):



Memang sejak lama dahulu lagi, Ahmad Zaid kelihatan begitu teringin sekali untuk mengayuh basikal tersebut apabila datang ke rumah tokwan.

Basikal di rumah tok wan
Sangat suka dengan basikal


Tambahan pula ketika Ahmad Zaid kecil, dia sering dibawa bersama-sama kami untuk beriadah dan mengayuh basikal di tepi sungai dan keliling kawasan perumahan.

Mengayuh basikal di kawasan perumahan dan tepi sungai



Mungkin inilah antara sebab Ahmad Zaid mahir mengayuh basikal sekarang ini.

Inilah antara ciri-ciri lain dari Ahmad Zaid yang menyerupai Abang Abbudey juga.

Abang Abbudey suka sangat sukakan basikal sejak dari kecil lagi.



Basikal baru untuk Ahmad Zaid

Kayuh basikal di taman permainan


Kemahiran berbasikal mempunyai banyak faedah kepada kanak-kanak:

1. Keberanian dan keyakinan diri.
2. Mengawal kelajuan dan arah
3. Kental dan kuat (jika jatuh dari basikal. Walaupun basikal 4 roda, namun masih berkemungkinan jatuh juga), Ahmad Zaid juga pernah ada pengalaman jatuh basikal 4 roda

Alhamdulillah, satu nikmat kemajuan yang ALLAH beri..

Semoga diberkati ALLAH selalu


Tuesday, January 1, 2019

Bacaan buku Al Furqan pada usia 2 tahun 10 bulan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25.8.2018

Pada usia 2 tahun 10 bulan ini, Ahmad Zaid kelihatan suka belajar.

Banyak soalan yang ditanya kepada kita. Contoh dia ambil buku, tunjuk huruf dan tanya kepada kita : " Ni apa?"

Begitu juga apabila moodnya baik, dia mudah untuk baca buku.

Keadaan dan masa yang biasanya Ahmad Zaid mudah untuk belajar ialah ketika dia manja-manja dan suka bersembang.

Ketika itu jika ditanya:
"Ahmad, jom baca buku."
Pasti dia mahu baca, insyaAllah.

Ahmad Zaid kelihatan banyak menyerupai Abang Abbudey yang banyak bercakap ketika kecil.

Tidaklah setiap hari Ahmad Zaid baca buku Al-Furqan ini. Adakalanya terlupa juga.

Kadang-kadang selang sehari atau dua, baru berkesempatan untuk baca buku Al-Furqan.

Seperti dalam video ini


Alhamdulillah, banyak huruf yang Ahmad Zaid kenal.

Jika abang-abangnya dahulu mula mengenal huruf Hijaiyyah dengan buku IQRA', kerana ketika itu kami belum kenal lagi buku Al-Furqan. 

Kelihatan buku Al-Furqan lebih mesra kanak-kanak kerana dimulakan dengan huruf-huruf yang mudah untuk kanak-kanak kecil sebut, seperti huruf mim, nun...

Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan semua anak-anak kita untuk cemerlang dalam dunia Al Quran.

Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...