Friday, August 28, 2020

Kenangan fasa ke3 PKP COVID19

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Seumur hidup saya dan suami, inilah kali pertama kami lalui PKP. Mungkin begitu juga bagi kebanyakan orang.

Alhamdulillah masuk ke fasa ketiga, kehidupan makin normal tidaklah terlalu murung dan bosan.

Sudah mula dapat menyesuaikan diri dan banyak perkara berfaedah dapat dilakukan termasuk mengajar anak-anak, tasmik Al Quran mereka, kelas hadis Riyadussolihin setiap hari selepas Maghrib, tasmik pelajar, pengajaran online dan memantau guru-guru.

PKP fasa ketiga juga telah membuatkan kurang masak dan mula fokus kembali kepada diet.

Mula merenung hakikat kehidupan.

Moga-moga kita menjadi orang yang berjaya.


Kenangan pengajian di rumah ketika PKP



 Anak-anak mula keluarkan mainan-mainan lama
Bermain mengeratkan hubungan kekeluargaan yang jarang kita perolehi ketika sibuk

Oleh kerana kawasan dalam Maahad tiada orang sangat, mereka juga dapat hasilkan 3 reban ayam yang baru

Memasak

 Pengajian Kitab Riyadussolihin selepas Maghrib setiap malam.


Membuat kerja yang diberikan oleh guru


Alhamdulillah ada hikmah dari PKP 2020 ini.

Kita kembali mementingkan kekeluargaan yang lama tidak dapat kita fokuskan 100% kerana kekangan kerja.

Monday, August 24, 2020

Hakikat kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/1/2020

Hidup ini seperti roda, berputar.

Pernah kau melihat teman-teman berpasangan,
hingga berkali-kali hati bertanya bilakah giliranmu?

Kau melihat ibu ayah menyambut kelahiran bayi, sampai detiknya, kau pula berjaga malam dengan bayi baru.

Kau melihat mak abah sering pulang ziarah wan  kesakitan.
Tiba masa, kau pula berulang² pulang menziarahi mak abah yang kian lemah.

Sampailah detik, kau melihat rakan, sanak saudara kehilangan insan tersayang.
Satu masa kau juga pasti akan alaminya.Menyakitkan! Tapi ia pasti akan tiba.

Dan akhirnya mereka pula akan kehilanganmu. Roda pun berhenti berputar!






Thursday, August 20, 2020

Mengharapkan kesembuhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/1/2020


Sekarang:
*ABAH:* 
Apa yang abah nak hanyalah kesembuhan. Tak ada perkara lain yang abah hiraukan selain kesembuhan.

Adik² abah 2 orang alami perkara yang sama dan telah meninggal. Hati adik² abah sayu, seorang lagi alami nasib sama.

*MAK:* 
Mak seperti biasa. Diam. Tak banyak bercakap. Hanya berkhidmat untuk abah. Sedih dalam hati tak pernah dizahirkan.

Untuk kami, ini pertama kali lalui saat seperti ini. Dulu kita sakit, abah buatkan ubat, sekarang abah sakit, apa kita boleh buat? Abah pesan titipkan doa bagi abah sembuh



Sunday, August 16, 2020

Kenangan bersama Tobby

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 18/1/2020


TOBBY: Kucing pertama yang kami bela lama dan diberikan nama. Sungguh bila diberikan nama, ia lebih dekat di hati dan ia adalah SUNNAH NABI SAW.

Arwah TOBBY yang pandai dan manja, suka gesek kepala kat kepala orang, tidur kat kaki orang. Tiba² rasa berat, panas, kena hempap...rupa²nya Tobby👻.




Thursday, August 13, 2020

Kenangan pengajian di rumah 4 tahun lalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/4/2020

Video di bawah ini adalah kenangan pengajian Kitab Riyadussolihin bersama anak-anak beberapa tahun lalu


MasyaALLAH sangat rindu pengajian seperti itu.

Alhamdulillah dari fasa pertama PKP dapat mengadakan kelas hadis Riyadussolihin bersama anak-anak.













Alhamdulillah..

Semoga dapat berterusan dan mengaji banyak kitab.

Amin

Wednesday, August 12, 2020

Abdul Rahman nak jadi imam Masjidil Haram

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/12/2019

"Mama tau, masa dekat Mekah, abang doa abang nak jadi imam Masjidil Haram." Abang Abbudey mula bercerita.

Moga kita dapat sentiasa menjadi tetamu Allah dalam keadaan sihat sejahtera bersama seisi keluarga.

"....... tapi tak makbul." Abang Abbudey menyambung.

"Insyaallah satu hari nanti Allah perkenankan." Baba optimis.


"Prinsip mama: tak ada perkara yang mustahil di sini Allah. Insyaallah doa abang akan menjadi kenyataan."


Abdullah pula menyambung: "Adik tau macamana abang boleh jadi imam Masjidil Haram. Abang solat belakang imam, pastu bila imam kentut, abang naiklah ganti imam." 😅

Kalau tak berfikir di luar kotak, bukan Abdullah lah namanya.


Masya Allah.

Bagi saya Abdul Rahman adalah seorang yang berkeyakinan tinggi, sering menjadi imam di masjid-masjid apabila mengikut baba ke kuliah.

Kerana keyakinannya itulah dia bercita-cita menjadi imam Masjidil Haram.

Tiada yang mustahil di sisi Allah.

Insyaallah diperkenankan.

Amin.

Saturday, August 8, 2020

Anak-anak Cattus

بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 27/12/2019.

Awal bulan ini keluarga kami bersedih dengan kematian Tobby, kucing jantan peliharaan kami yang berbaka marble Bengal.

Cattus (kucing betina yang berekor panjang) dan Tobby.


Sebelum pemergian kami ke Mekah, memang Cattus sedang sarat mengandung.
Cattus dan Tobby dijaga oleh pak ngah Dolah ketika kami di Mekah.

Alhamdulillah ketika kami pulang, Cattus masih belum beranak lagi.

Jika Ahmad Zaid lahir pada 20/11/2019, anak-anak Cattus pula lahir pada 21/12/2019.


Cattus menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah lebih kurang 2 hari.

Kebiasaannya setiap hari Cattus akan pulang untuk makan.

Puas kami mencari, Alhamdulillah hari ketiga Cattus pula dengan kesan sudah beranak.

Perutnya sudah kempis.

Tapi kami tak tahu di manakah Cattus sembunyikan anak-anaknya.

Lebih 3 hari kami mengekori Cattus untuk mengetahui tempat persembunyian anak-anaknya.

Walaupun kucing, tapi mereka juga pandai.

Jika dieekori, Cattus akan ke tempat lain dan tidak ke tempat persembunyian anak-anaknya.

Hingga hari ketiga kami dapat jejaki tempat anak-anaknya di sebalik tiang-tiang simen.

Di sinilah Cattus sembunyikan anak-anaknya.

Pandai.

Masya Allah.

Sukar untuk dicapai tangan manusia. Mujur tangan Abdullah kecil.

Tempat yang selamat dari hujan dan juga panas mentari.

Kami letakkan Cattus dan anak-anaknya di dalam sangkar yang lebih selamat di dalam rumah.

Tapi anak-anak pula tak sudah-sudah membelek anak-anak Cattus sampai masuk dalam sangkar kucing.


Pening kepala Cattus



Sehingga kini, Cattus bawa anak-anaknya ke bawah kusyen.

Tak mengapa.

Sekurang-kurangnya lebih selamat berbanding di luar sana.

Doakan anak-anak Cattus membesar dengan selamat dan sihat, insyaAllah.





Tuesday, August 4, 2020

Rezeki kita atau rezeki orang?

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 27/12/2019

Lihat sekeliling ....

Ada orang berjimat pada pakaian, tapi suka beli makanan. Ada yang sebaliknya.

Ada juga hidup sederhana, tapi suka travel, habis duit di situ.

Ada juga yang apa pun tak mau, suka simpan duit je. (rasa orang dulu², ramai yang suka berjimat cermat).


Apa²pun, Allah dah tentukan rezeki kita, jangan dengkikan rezeki orang lain. Apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat. Bersyukur itu kunci kebahagiaan. Hindari hasad dengki dengan nikmat orang lain.

Semoga Allah murahkan rezeki untuk tahun hadapan, insyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...