Wednesday, December 30, 2020
Indahnya berfikir di hening malam
Tuesday, December 29, 2020
BAGAIMANA AKIDAH CUCU CICIT KITA NANTI?
بسم الله الرحمن الرحيم
Bila saya baca ayat dalam buku MENCARI UNTA MERAH JEPUN, teringat pada video Dr.Ratib An Nabulsi ini:
Ramai muslim yang berada di negara bukan Islam risaukan akidah zuriat mereka di masa hadapan.
Untuk kita yang selesa di negara Islam, jagalah IMAN KITA DAN ZURIAT kita.
Tambah ilmu, kuatkan ibadah, doa selalu:
((Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu.))
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Saturday, December 26, 2020
Cabaran pascasiswazah
Tuesday, December 22, 2020
MENCARI UNTA MERAH JEPUN
بسم الله الرحمن الرحيم
MENCARI UNTA MERAH JEPUN.
Unta ada di Jepun?😅
Karya Ustaz Abdullah Bukhari adalah antara yang saya suka baca kerana penceritaannya yang menarik dan bersahaja, bahasa yang mudah dan ayat-ayat Al-Quran yang diulas dan mengaitkannya dengan realiti semasa. Penuh informasi namun tidak menjemukan.
Antara buku beliau yang pernah dibaca sebelum ini ialah Kisah Malaysia Berkurung, Ceritera Haji dan Wartawan Al Quran.
Apabila seseorang itu belajar di dalam pengkhususan tafsir dan sains Al Quran, sebenarnya ia membuatkan dirinya lebih berhati-hati untuk mengulas tentang ayat Al-Quran. (Begitu jugalah yang saya rasakan bila menulis tesis Master dan phD dalam bidang tersebut).
Buku ini menceritakan liku-liku usaha dakwah Ustaz Abdullah dan Tim Japan Dakwah Centre (JDC) di Jepun, negara yang dipandang tinggi kerana kecanggihannya, namun disebalik itu ada 'dahaga' yang tersembunyi.
Usaha dakwah mereka yang sistematik dan konsisten di sana.
Banyak kisah menarik dan ilmu yang bermanfaat yang dapat diperolehi dari buku ini. Bagaimana Al Quran membawa penulis ke Jepun. Masyaallah, kagum dengan semangat dakwah mereka. Moga ada yang dapat kita contohi. Amin.
Ada juga cerita tentang Muhd AbdulQaiyum 恋優夢 😁
Ingin tahu apakah unta merah yang dicari di Jepun? Carilah jawapannya dalam buku ini.
Menjana keberkatan masa
Friday, December 18, 2020
Hikmah Hospital
Monday, December 14, 2020
Ibadah ketika menjaga orang sakit di hospital
Ketika menunggu sahaja, banyak masa kosong, bukan boleh mengemas rumah atau buat tesis seperti masa kita di rumah.
Insya Allah Allah permudahkan kita untuk kita beribadah kepadaNya.
10 minit sebelum azan subuh, mama akan gerak baba, tolong baba berwuduk dengan spray dan baba boleh tunaikan Solat Tahajud, selepas beberapa minit boleh terus tunaikan solat subuh selepas azan subuh.
Alhamdulillah. Allah permudahkan kita untuk mendekatiNya.
Thursday, December 10, 2020
Signifikannya menjaga orang sakit di hospital.
Sunday, December 6, 2020
Urusan jaga anak-anak ketika baba dan mama di hospital
Wednesday, December 2, 2020
Dalam ujian ada kemanisan
Saturday, November 28, 2020
Ujian Allah. Appendiks pecah?!
Thursday, November 26, 2020
Selepas 18 hari melalui hari-hari PKPB/ PKPP
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada hari pertama PKPB, saya kongsikan azam dan perancangan untuk menjaga masa sepanjang PKPB.
Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk terus istiqamah mengikut plan yang dirancang.
-Bacaan Hadis Riyadussolihin✅
-Tasmik Al-Quran✅
- Kayuh basikal✅
- Aktiviti Maahad (Tasmik online/ exam)✅
- Solat berjemaah✅
- Bacaan kitab Feqah✅
Itulah antaranya.
Ya. Tak salah untuk berehat, relax bila penat dan bermain, tapi mesti ada perkara yang bermanfaat yang dilakukan dalam sehari-hari.
Namun, janganlah kita terpersona dengan bahana masa lapang yang tidak terisi.
Semoga bermanfaat.
Tuesday, November 24, 2020
Tarbiyah diri tanpa disedari
Friday, November 20, 2020
Mengimbau kenangan 8 tahun yang lalu
Alhamdulillah, sering berkongsi di status WhatsApp tentang usaha anak-anak mengulang hafazan Al-Quran di dalam kereta dan di mana-mana, dengan hasrat moga ia menjadi penguat semangat dan motivasi kepada orang lain untuk turut menghafaz Al-Quran.
Alhamdulillah respon dari mereka yang melihat status amat positif.
Catatan entri boleh dibaca di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/02/rutin-baru-abang-abbudey.html?m=1