بسم الله الرحمن الرحيم
"Kita bawa anak-anak tengok binatang-binatang ya? Mesti Ahmad Zaid seronok nanti." Cadangan baba bagi meraikan anak-anak yang menghitung hari menanti kepulangan baba dari menunaikan umrah beberapa hari yang lalu.
Dengan izin Allah juga terlihat post tentang G2G Animal Garden di MAEPS, Kajang, Selangor di SINI.
Sudah banyak kali kami sekeluarga ke MAEPS dalam beberapa tahun ini untuk pelbagai aktiviti: Pesta buku antarabangsa, MAHA 2016 dan lain-lain lagi.
Kami ke MAEPS seawal jam 9.15pagi bagi mengelakkan kesesakan dan orang yang ramai.
Alhamdulillah kami sampai tepat jam 10 pagi dan terus membeli tiket masuk.
Pengalaman baru dapat menyentuh dan beri makan kepada racoon |
Alhamdulillah hari tersebut terdapat promosi 50% untuk tiket masuk.
Jadi, untuk kami 2 dewasa, 2 kanak-kanak hanya membayar rm30 sahaja. Zaid percuma kerana baru 2 tahun.
Harga yang murah berbanding tempat-tempat lain.
Survey di laman maya menunjukkan ramai yang berminat dengan G2G Animal Garden yang baru dibuka beberapa hari yang lalu.
G2G Animal Garden ini berkonsep menyentuh dan mendekati haiwan lebih dari sekadar melihat haiwan sahaja.
Beli tiket dan masuk di sini untuk ke G2G Animal Garden |
Dari pintu masuk, turun tangga ke sini |
Jadi bukan setakat anak-anak sahaja mencabar keberanian untuk menyentuh haiwan, ibu bapa juga memaksa diri membuang perasaan geli dan takut untuk menyentuh haiwan.
Jumpa kambing dahulu |
Dari pintu masuk kaunter tiket, turun tangga, sebelah kanan untuk melihat kambing, kawasan sebelah kiri pula adalah untuk pergi ke kawasan burung kakak tua.
Selepas kawasan kambing, naik tangga, terdapat 2 bilik.
Sebelah kiri terdapat bilik yang menempatkan ular-ular, biawak dan haiwan eksotik.
Sebelah kanan pula terdapat bilik yang ada hamster, sugar glider dan arnab
Bilik sebelah kiri |
Terdapat ular-ular dan haiwan lain dalam kotak-kotak di atas meja. Ada petugas yang peramah dan mesra yang akan keluarkan haiwan jika ingin pegang. |
Abdullah mencabar dirinya memegang ular. |
Petting zoo ini tidaklah terlalu besar hingga memenatkan. Kira-kira sekitar 40minit, anak-anak selesai bermain dengan haiwan-haiwan di sana.
Ia masih baru dan banyak usaha penambahan yang sedang dilakukan.
Tempat ini juga banyak bertangga, jadi tak perlu bawa stroller untuk anak kecil.
Tempatnya sangat bersih, cantik dan terjaga. Tak ada bau busuk langsung pada hari tersebut. Harap-harapnya ia terus terjaga sebegitu.
Cantik sangat tengok design tempatnya menggunakan bahan-bahan dari kayu. Memang menarik.
Tempat yang cantik. Turun sahaja dari tangga pintu masuk, sebelah kanan adalah untuk melihat kambing. Sebelah kiri terdapat beberapa burung kakak tua. |
Antara haiwan yang boleh dipegang, diberi makan dan bermain dengannya ialah kambing, racoon, burung kakak tua, arnab, ular, hamster, sugar glider, pelbagai jenis burung dan ayam.
Terdapat juga persembahan binatang pada masa yang ditetapkan.
Jangan lupa untuk beri makan kepada burung kakak tua di kawasan sebelah kiri selepas turun tangga dari pintu masuk |
Terdapat juga persembahan binatang pada masa yang ditetapkan.
Seronoknya anak-anak memberi makan kuaci kepada burung
Jangan risau, terdapat banyak paip air untuk mencuci tangan |
Berehat sebentar sebelum pulang
InsyaAllah anak-anak pasti seronok pergi ke G2G ANIMAL GARDEN DI MAEPS.
Maklumat lanjut tentang tempat ini boleh dilihat di sini:
https://www.facebook.com/G2GAnimalGardenOfficial/
Maklumat lanjut tentang tempat ini boleh dilihat di sini:
https://www.facebook.com/G2GAnimalGardenOfficial/
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI G2G ANIMAL GARDEN ,JEMOUT DATANG LAGI YA SAYA KAK ITA DR SOUVENIR SHOP G2G ANIMAK GARDEN .TERIMA KASIH JUGAK ATAS KOMEN YG SGT BAIK ,DOAKAN G2G ANIMAL GARDEN TERUS MAJU DAN DI MURAHKAN REZEKI AMIN
ReplyDelete