Thursday, September 30, 2021

Besarkah masalah kita?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/1/2021


Sebesar mana pun masalah kita di dunia ini, adakah lebih besar dari masalah Nabi Yunus yang berada dalam perut ikan paus beberapa lama?



_((Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.))_ As Soffaat


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, insya Allah

Sunday, September 26, 2021

Adakah kita dah berjaya mendidik anak-anak kita?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/1/2020


 "Adakah kita dah berjaya mendidik anak² kita?" Soalan saya tanyakan kepada suami minggu lepas.


Jawapannya ialah: TAK



Untuk menetapkan kejayaan mendidik anak² pada usia mereka di awal remaja ini bukanlah satu perkara yang tepat.


Perjalanan mereka masih jauh dan perlukan bimbingan.


Kukuhkah akidah mereka? Kuatkah ibadah mereka? Muliakah akhlak mereka? Mantapkah ilmu mereka?


Masih banyak perlu diusahakan dan diperbaiki.


Mungkin ada salah silap dalam didikan kita. Mungkin terlalu tegas, terlalu manja, mungkin ada aspek yang tercicir. Wallahua'lam.


Doalah sentiasa semoga dijauhkan dari segala keburukan dan dipelihara Allah.

Thursday, September 23, 2021

PENDIDIKAN BAHASA ARAB TIDAK RASMI

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis 6/1/2021 


Seperti abang-abangnya, pesanan untuk Ahmad juga sama:

"Kalau nak tengok kartun, tengok kartun Arab."


Kadang-kadang ada juga dia minta tengok kartun Melayu, cuma kebanyakannya adalah kartun Bahasa Arab.


Banyak kartun Bahasa Arab yang terkini dan menarik.



Pendidikan itu bukanlah sehari dua, sebulan dua, setahun dua, malahan ia berpanjangan sebelum kita mengutip hasilnya.


Walaupun masih ada kekurangan dalam mendidik, moga dapat kita tampung. Allah jualah tempat berharap dan sebaik-baik pembantu.

Sunday, September 19, 2021

Tujuan beragama.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/1/2021





Islam itu mendisiplinkan diri kita. (Lihat gambar)


Dari buku: Seteguh Gunung Fuji Berdiri.

Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud.

Wednesday, September 15, 2021

KELEBIHAN KITA?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/1/2021


 KELEBIHAN YANG ALLAH BERI KEPADA KITA.


((Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.)) -Al Isra.



KELEBIHAN DI DUNIA: 

adalah ujian. Adakah disyukuri Pemberinya atau leka dengan kelebihan itu?


Adakah membawa kepada syukur, atau kufur?


KELEBIHAN DI AKHIRAT: 

Bukti Allah redha kepada kita


___________________________


Info lanjut di sini:

https://youtu.be/-o5dVr75Br0

Saturday, September 11, 2021

Kek tapak kuda viral😍😍😍

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/9/2021


Akhirnya dapat juga rasa kek viral sekarang ni.


Kek yang lembut, tak kering dan meriahya Nutella 😋😋😋



Penghantaran secara pos pun boleh. Harga setanding kualiti. Untuk COD area Kuala Ketil, boleh runding. Sila hubungi nombor yang tertera

+60 13-400 4552

Siti Hajar


Ya, ya...Janji esok start diet😅

1ST TIME RASA STREET FOOD DI KELANTAN


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/1/2021


Walaupun banyak kali pernah melancong ke Kelantan, tapi ini kali pertama merasai 2 makanan ini.


Sebelum ini hanya tengok saja tepi jalan sebab tak berani nak rasa.


Tapi bila ada kawan-kawan (anak Kelantan) yang makan dan post di media sosial, baru berani nak makan.



Mission accomplished


Putu halba.


Rasa macam putu piring tapi liat lagi sebab buat dari ubi kayu.


Not bad. Habis makan bertiga semua ni. Sedap makan panas-panas macam putu piring. Suka bau ubi kayu dia.



Beli sebab sebelum ni selalu tengok Ustazah Soleha post kat medsoc kata sedap.


Rasa ok jugak, cuma stress payah buka sampai Google camna cara mudah buka etok.

Selepas panaskan dalam oven, terus semua etok terbuka dengan mudah😍😍😍


Yang tak jumpa lagi ketupat sotong yang Ustazah Mimi selalu post. Bukan musim kot.

Tuesday, September 7, 2021

4 huruf (م) punca kejayaan mendidik anak-anak.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/12/2020


4 huruf (م) punca kejayaan mendidik anak-anak.



1. Manzil (Rumah)

2. Masjid

3. Madrasah

4. Masyarakat 


Info lanjut, boleh tonton video ini:

https://youtu.be/jsFo-9pDQEs

Friday, September 3, 2021

Info buku: Pesan Ummi

 بسم الله الرحمن الرحيم


Buku comel yang menerangkan tentang hikmah di sebalik amalan seharian kita. Bagus dibaca oleh anak-anak. Supaya ibadah bukan sekadar kebiasaan tanpa penghayatan.


Dengan ilustrasi yang menarik, ayat yang mudah dan tulisan yang besar.






Sokongan kepada hasil karya sahabat sekuliah di Syria dulu yang sentiasa di'ghibtoh' kerana kecemerlangannya.


Sejak dari tahun 1 hingga tahun akhir sentiasa mendapat nombor 1 dalam kuliah, dengan pangkat Mumtaz, mengalahkan siswa-siswi arab dan asing. Masyaallah hebat. Jelesnya.😅

MEMBINA KEYAKINAN

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 29/12/2020


Kenangan pernah menjadi kerani di klinik abah (di Kampung Pandan, KL) pada usia 17 tahun ketika cuti musim panas. Secara tak langsung setiap hari akan dengar masalah/penyakit masyarakat yang macam². Lebih besar dari masalah kita. (Menyemai rasa syukur dalam diri)



Abah seorang yang punctual. Pesakit digesa supaya tidak lewat dari temujanji.


Cabaran utama ketika kerja ialah MALU berjumpa dengan ramai orang YANG BARU, YANG TAK DIKENALI (Setiap hari cakap dalam hati: janganlah ramai pesakit mai klinik abah hari ni😅).


Untuk cuti musim panas selepas itu, bekerja sebagai guru tahfiz dan sekolah rendah di Tahfiz At Tazkirah di Ampang. Alhamdulillah, lebih serasi dengan jiwa.😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...