Tuesday, December 31, 2024

Anak seorang nan pendiam

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/22


Anak yang kedua ini rasanya yang paling menurun gen maknya.😅


Malu, larikan diri ketika bersembang, lebih selesa jawab 'tak tahu', sangat berjimat bab belanja, suka menyimpan duit dan pendiam. Pendek kata, menunjukkan ciri ciri introvert.


Di sebalik sikap malu itu, ada minatnya pada seni suara, qasidah dan tarannum.


Alhamdulillah dua tahun berturut-turut menjadi johan tilawah Al-Quran peringkat sekolah.


Ketika cuti sekolah minggu lalu, Abdullah ada ceritakan yang dia nak menyertai pertandingan tarannum Al-Quran di Maahad.



Abdullah minta untuk downloadkan bacaan tarannum ayat yang dipilih dalam YouTube. 


Itu sahaja. Kemudian dia berlatih sendiri. Ada juga terdengar Abdullah berlatih ketika cuti, tapi apabila kita datang, dia akan berhenti. Malulah agaknya.


Seorang yang selalu dipilih untuk qasidah dan nasyid.


Walaupun Abang Abbudey juga mula nasyid sejak PASTI, namun bila meningkat remaja, minatnya kepada nasyid mula berkurangan. Berbeza dengan Abdullah yang selalu dipilih untuk menyertai qasidah dan nasyid.


Abang Abbudey ketika remaja pula menunjukkan minat dan sering menyertai pertandingan khutbah dan pidato antara sekolah-sekolah agama.


Begitulah. Manusia berbeza dan berubah dengan meningkatnya usia.


"Ustaz tanya: adik berlatih dengan siapa? Sebab adik tarik tinggi masa tarannum. Abang habaq kat ustaz, dia berlatih dengan YouTube je." Cerita Abang Abbudey.


Begitulah kisahnya anak kedua ini. Moga kekal istiqamah cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Sunday, December 29, 2024

Kekecewaan selepas kekaguman.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/22


Sering berlaku, ada peribadi yang dikagumi, namun akhirnya kita kecewa dengan tindakannya.


Kata suami: "Itulah dok perati sangat buruk orang 🤣. Contohi kebaikan dia, kelemahan dia kita jadikan pengajaran." 


Hakikatnya kita semua penuh cacat cela, tak perfect.


مَن كانَ مُسْتَنًّا ، فَلْيَسْتَنَّ بمن قد ماتَ ، فإنَّ الحيَّ لا تُؤمَنُ عليه الفِتْنَةُ 

Terdapat kata-kata hikmah:

"Contohilah orang yang sudah mati (termasuklah Nabi SAW, sahabat dan ulama), kerana orang yang masih hidup tidak lari dari ujian (manusia berubah)." Kita tak tahu penghujung hidup kita semua, doalah sentiasa yang terbaik. 


Salam Al-Kahfi, perbanyakkan selawat.

Friday, December 27, 2024

FOKUS


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/9/22


Hidup tanpa fokus, tidak mengerti matlamatnya.


Solat tanpa fokus, tiada khusyuk.

Google Image


Baca Al Quran tanpa fokus, tidak faham isi kandungannya.


Doa tanpa fokus, ibarat rutin sahaja, tanpa bersungguh-sungguh meminta.

Wednesday, December 25, 2024

Pagi seorang anak penghafaz Al-Quran.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/9/22


Minit-minit terakhir untuk lancarkan hafazan murajaah sebelum pergi sekolah, sambil sarapan pagi.






Sangat penting untuk SELALU DENGAR bacaan Al Quran. Supaya dapat betulkan bacaan dan tajwid.


#BilaAnakBongsuHafazAlQuran.

Monday, December 23, 2024

Terbanglah!


بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 14/9/2022


Bagai tersentak dari lamunan bila dikhabarkan anak saudara sulung akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Dua tiga tahun lagi, giliran anak-anak pula, insyaallah. Begitulah التاريخ يعيد نفسه. Dulu kita melayan syahdu meninggalkan keluarga. Kini kita pula bakal ditinggalkan.



Allah, banyak masa telah berlalu. Anak-anak dulunya kecil, sentiasa depan mata, diasuh, ditegur, setiap hari dengar mereka baca Al Quran, akan terbang, menambah ilmu dan iman, membina jati diri. Tiada lagi depan mata, namun LEBIH UTUH dalam doa ibu ayah.


Sematkan dalam hati bahawa ALLAH sentiasa ada bersama, ALLAH adalah segala-segalanya. Doa menggunung agar sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan dimudahkan segala urusan.

Saturday, December 21, 2024

Khatam tulis Al Quran 30 juzuk

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 21/12/2024


- Zaman mama belakang tahfiz zaman 90an dulu, tak kena tulis Al Quran. Alhamdulillah Abdullah berjaya habiskan tulis 30 juzuk kelmarin selepas 4 tahun menulis (dari tingkatan 1). 


- Doakan Abdullah dan banin banat berjaya di saringan musabaqah Al-Quran Negeri Kedah bulan depan 🤲🏻.



- Abang Abbudey pula baru selesai ujian Al Quran dengan Sheikh Mahir. Katanya: lepas 2 bulan baru dapat Jayyid Jiddan. Semoga terus maju.🤲🏻


Moga sentiasa Allah kurniakan semangat untuk menuntut ilmu-ilmu dan ilmu Al Quran, moga KEBERKATAN Allah sentiasa bersama kita semua. Amin.🤲🏻

Inilah yang diharapkan dari kehidupan di dunia ini

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/9/22


Seiring dengan usia yang meningkat, apa yang kita harapkan dari KEHIDUPAN DUNIA INI HANYALAH:


1- Husnul Khatimah, Allah terima segala amal ibadat, diampunkan dosa, ditetapkan iman.


2- solat yang khusyuk, memahami Al Quran.


3- 3 aset penyambung amalan kita ketika jasad dikandung tanah, anak soleh yang mendoakan,ilmu bermanfaat, sedekah jariah.


Walaupun SAKIT untuk MENERIMANYA, namun HAKIKATNYA segala yang kita ada bukan milik kita. Ia MILIK ALLAH. Kita hanyalah menguruskan amanah tersebut dengan SEBAIKNYA.




Diri kita, ilmu, harta, anak-anak...Semua Allah yang beri dan Allah mampu menariknya bila-bila masa.


Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin

Thursday, December 19, 2024

Yang sangat disyukuri

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/9/22


Antara yang sangat saya syukuri dan berterima kasih (walaupun tak pernah zahirkan depan-depan) ialah mak abah yang dah bekalkan KAMI 8 BERADIK dengan hafazan dan pengajian Al Quran sejak kecil. Terlalu banyak ilmu/ tanggungjawab yang perlu dikembangkan dengan Al Quran 



Moga segala pengorbanan mak abah (termasuk pengorbanan material yang bukan sikit) menjadi sebab pengampunan dosa dan mengundang rahmat Allah untuk masuk ke syurga yang tertinggi.


Bukanlah kita ni manusia yang TERPALING SUCI, TERPALING MULIA, kecuali hanyalah mengharapkan keampunan dan rahmat Allah.

Tuesday, December 17, 2024

Ingatan Hafazan Al Quran yang Allah tarik semula

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/8/22


Untuk pasakkan dalam hati bahawa "segalanya milik Allah dan Allah berhak mengambilnya bila-bila masa" ketika kehilangan bukanlah perkara yang mudah.


Segalanya milik Allah, nyawa kita, harta, anak-anak, pasangan, saudara mara, kebahagiaan, ketenangan, kesihatan hatta ingatan Al Quran kita pun Allah mampu untuk tarik semula. Walaupun pahit, itulah hakikatnya.



Harta yang berkat itu bila sikit ia mencukupi, bila banyak, ia boleh memberi, tidak sombong meninggi diri.


Amalkanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ


“ Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat yang Engkau berikan, berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu.” (HR. Muslim).

Sunday, December 15, 2024

Chamain, teh yang sedap

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/8/22


Teh kegemaran dalam rumah kami sekarang.




Brand Chamain. Pelbagai jenis daun teh dan daun herba lain.


Tengah cari sekotak yang mix macam syarikat Teh Boh buat.

Friday, December 13, 2024

Terpaling baik

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/8/22



خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

((Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik (hubungannya) dengan ahli keluarganya, dan aku adalah yang paling baik di antara kamu kepada keluargaku.)) Riwayat Ibn Majah.


Suka duka, baik buruk rumahtangga kita, kitalah yang kena baiki. Kita yang membentuk rumahtangga kita. 



Nak ubah dunia? Nak ubah masyarakat? Mula dari bentuk diri dan rumahtangga kita.


Disiplin masa perlu ada. Ada masa main, ada masa kena serius belajar, ibadah dan hafal Quran.


Kerjasama AMAT DIPERLUKAN dalam melakukan kerja-kerja rumah dan mendidik anak-anak. Sama-sama PENAT, sama-sama BAHAGIA.


Doalah sentiasa agar rahmat dan kasih sayang Allah melimpah ruah dalam rumahtangga kita. Bukan hanya di dunia, tapi hingga ke syurga.

Wednesday, December 11, 2024

Genap setahun

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/8/22


Alhamdulillah. Genap setahun tasmik online dengan Ustazah Thuwaibatul Aslamiyyah. Dah tasmik hampir 234 juzuk dalam masa setahun ni.


5 hari seminggu. 1 juzuk sehari. Tasmik online sangat mencabar. Setiap hari diserang rasa MALAS. Tak ada siapa yang nak paksa kita untuk tasmik KECUALI diri sendiri. 



Lebih-lebih lagi balik dari kerja. Penat.


Tahun lepas tasmik jam 9 malam, nak angkat mata pun dah tak larat. Suara pun macam robot habis bateri. Alhamdulillah ustazah faham dan ubah ke pukul 6 petang. Alhamdulillah lebih baik.


Moga kekal istiqamah hingga ke akhir hayat. Amin. Sama-sama mengharungi susah payah menghafaz Al-Quran bersama anak-anak dan pelajar-pelajar.

Monday, December 9, 2024

DENGKI?


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/8/22

Apabila lihat kelebihan orang lain, tak perlu kita rasa dengki, iri hati. Tapi renungkan pula REZEKI/ KELEBIHAN yang Allah berikan kepada diri kita. Semua orang ada kelebihan yang unik dalam dirinya.


Contoh: Kita lihat orang lain murah rezeki, hidup senang, tak perlu iri hati. Kita renung rezeki yang Allah berikan kepada KITA: ketenangan/ anak soleh, mudah belajar/ rumahtangga yang harmoni.......dll


Allah Maha Pemurah. Allah telah tetapkan rezeki bagi setiap makhluk. Samada dia sedar dan syukur ataupun tidak.


Kita semua sedang berjuang. Walaupun di landasan yang berbeza, fokus! Matlamatnya di syurga sana, bukan hanya di dunia.



Coffee or tea?😁🍵☕ (Yang penting letak 🧊)

Saturday, December 7, 2024

Motivasikan diri di pagi hari?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/8/22


Dulu saya lihat ramai kawan-kawan, bila pagi-pagi ramai yang cari motivasi dalam internet. Begitulah kita manusia, perlu cari ruang untuk motivasikan diri. Cuti hujung minggu digunakan untuk cas semula tenaga dan semangat.


Setiap pagi sebelum pergi kerja, sambil kemas rumah, dengar kuliah. Mulakan hari dengan santapan rohani dan minda. Tingkatkan motivasi diri. Keluar rumah awal, tenang.



Banyak-banyakkan bersyukur. Satu nikmat yang sangat besar dapat mulakan pagi dengan suasana yang positif dalam diri. Senyum, sangat berkesan untuk positifkan diri. 


Kita yang bertanggungjawab memotivasikan diri sendiri, majukan diri.


صباح الخير. دمتم في رعاية الله وحفظه.

Thursday, December 5, 2024

Detik Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyingkap tirai

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/8/22


Setiap kali baca peristiwa ini, saya akan teringatkan kuliah Dekan Kuliah Dakwah yang menceritakan kisah ini ketika ucapan beliau pada hari akhir kuliah.



Betapa tenang dan bahagianya hati bila lihat ada generasi pelapis yang mampu menyambung misi menyebar ilmu dan agama Allah.

Tuesday, December 3, 2024

Kerbau, Kuda, Badak?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/8/22


👦🏻: Baba, bila kita nak bawak masuk kerbau, kuda, badak.....?






🧔🏻‍♂: Nanti ada yang kita kena tukar nama Maahad jadi: MAAHAD AL IMAN LI HADIQAH AL HAYAWANAT. (Zoo Maahad Al Iman)


😅

Sunday, December 1, 2024

Bila mula cuti sekolah.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/22


"Walaupun cuti, Al Quran jangan dilupa." Itulah yang selalu dipesan kepada anak-anak.


Habiskan hafazan dulu, pastu buatlah benda lain.



Kalau hari sekolah, petang: anak-anak keluar bermain di padang, lepas Maghrib: fokus hafazan Al-Quran.


👦🏻: Habis tasmik, boleh main, tengok kartun sampai penat kan mama?


😑

Masa keemasan untuk mencorak anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/8/22


Usia awal kanak-kanak sangat penting. Inilah peluang keemasan untuk kita MEMBENTUK mereka. Masa ini TIDAK PANJANG, jangan persiakannya. Sekejap saja mereka akan meningkatkan remaja dan dewasa.



Anak-anak adalah penyambung perjuangan kita. Tuntutlah ilmu sebanyaknya untuk mencorakkan mereka.


Kita usaha sebaik mungkin, iringilah juga doa berpanjangan moga Allah mencantikkan akhlak, mantapkan akidah dan ilmu, menjadikan mereka ikutan orang yang bertaqwa.

Friday, November 29, 2024

Otak lapar

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/8/22


Ada ketikanya otak rasa lapar (bukan perut je yang lapar) nak baca bahan bacaan yang berat, saya akan ambil kitab ilmiah dan berbahasa Arab. Proses untuk faham dan menterjemah sekaligus. Puas otak (macam puas hati)



Ada hari juga, penat balik kerja, otak letih. Cukup sekadar baca sehelai dua buku-buku yang ringkas dan ringan sahaja. 


Ada masa juga pegang buku pun tak larat😅.


Aktiviti membaca perlukan otak yang fokus. Ia satu terapi juga.

Wednesday, November 27, 2024

Belajar Al Quran: Proses sepanjang hayat

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/7/22


Belajar Al Quran: Proses sepanjang hayat.



Tambah ilmu sedikit sedikit setiap hari. Membaca, menghafal, memahami, mengajar, mengamalkannya..... SEPANJANG HAYAT. TANPA HENTI.


HIDUP DAN MATI KITA BERSAMA AL QURAN

Monday, November 25, 2024

Gemuruh

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/8/22 



Melihat Ahmad Zaid dengan perasaan gemuruhnya ini membuatkan saya teringat tentang diri sendiri satu ketika dulu.



Dari kami sekolah rendah abah sering bawa kami adik-beradik sertai pertandingan hafazan Al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan. Perasaan gemuruh SANGAT MERIMASKAN.



Dalam peringkat dewasa pula, RASA SANGAT GEMURUH juga bila perlu menyampaikan seminar. Tapi alah biasa tegal biasa. Walaupun masih ada lagi gemuruh, tapi tidaklah SETERUK dulu.


Kita belajar dari bawah.

Saturday, November 23, 2024

SEMBUNYIKANLAH

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/8/22



Dalam hidup kita, macam-macam perkara berlaku. Tak semuanya kita perlu hebahkan dlm media sosial. 


Tak perlu tunjukkan rasa tak puas hati, marah, sindir orang dalam media sosial, ia hanya membuka KEAIBAN DIRI yang Allah dah tutup.



Sembunyikanlah ia sebagaimana kita SEMBUNYIKAN berat badan kita.😅


Media sosial itu ibarat pisau bermata dua. Samada bawa kepada kebaikan atau keburukan.



Jadikanlah media sosial kita medan untuk sebarkan ILMU DAN KEBAIKAN SAHAJA.


يا ستار استر عيوبنا

Thursday, November 21, 2024

Bagaimana nak dapatkan cinta Allah?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/8/22


Pagi ni tersentuh bila dengar kuliah yang menerangkan hadis (pernah hafal sejak sekolah menengah, tapi masih tersentuh dengar Syarah hadith ini):



((HambaKu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan perkara yang Aku sukai iaitu bila ia melakukan yang fardhukan kepadanya. HambaKu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunah hingga Aku mencintainya.)) HR AL BUKHARI


Bukti SYUKUR itu pada amalan.

Tuesday, November 19, 2024

Meyakini Keampunan Allah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/7/22


Bagi mereka yang selalu mengikuti kuliah Al Marhum Asy Syahid Sheikh Sa'id Ramadhan Al Buthi, pasti akan perasan antara tajuk-tajuk yang sering membuatkan Sheikh sebak dan menitiskan air mata. Berulangkali.






Antaranya tentang keampunan Allah, Rahmat dan kasih sayang Allah juga pengorbanan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


Pengajian Sheikh banyak mengingatkan kepada rahmat dan pengampunan Allah. Itulah yang sering diulang-ulang.


Banyak juga kuliah Sheikh yang mempunyai subtitle bahasa Melayu/ Inggeris dalam medsoc.

Sunday, November 17, 2024

Impak buku: Petua Rezeki Dari Al Quran Dan Sunnah. Dr.Kamilin Jamilin

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/7/22


Binalah KEYAKINAN pada janji Allah:

 وَمَن یَتَّقِ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجࣰا. وَیَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَیۡثُ لَا یَحۡتَسِبُۚ وَمَن یَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ 

Orang yang yang bertaqwa kepada Allah (buat suruhanNya dan tinggalkan laranganNya), Allah akan berikan jalan keluar, Serta memberinya rezeki dari jalan yang tak diduga. Dan (Ingatlah), orang yang bertawakal kepada Allah, Allah cukuplah baginya ( menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. [Surah At-Talâq: 2-3]




TAPI, janganlah beribadah atas dasar inginkan HARTA. Ibadah dan taqwa SEIKHLASNYA, Allah janjikan rezeki.


YAKINLAH!


Rezeki bukan hanya KAYA DUIT. 


Qarun juga SANGAT KAYA. Tapi tak bawa ke SYURGA.

Saturday, November 16, 2024

TEMPE.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 15/11/2024


"Abbudey nanti dok Indonesia, tiap-tiap hari lauk tempe lah." Kata baba yang pernah belajar di Indonesia juga masa muda remaja dulu.



Alhamdulillah abang kata dia ok je. Kalau kat Malaysia pun, rasanya dia tak berapa kisah sangat bab makan. 


Syukur selalu dengan nikmat rezeki kurniaan Allah. Yang penting mengaji sungguh-sungguh.

Friday, November 15, 2024

WALAUPUN PENAT...


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/7/22


Satu kepuasan yang dirasakan bila kita dalam selesaikan tugasan-tugasan dalam checklist.


Satu kepuasan juga bila hari yang kita lalui itu penuh dengan kerja yang produktif, bermanfaat buat diri, keluarga, rakan dan masyarakat. Walaupun penat di penghujung hari. Penat yang berkat dan mulia, insyaallah.



Banyakkan bersyukur jika anda miliki kesihatan dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.


((Orang yang merasa aman jiwanya, sihat tubuhnya dan dia mempunyai makanan untuk harinya, maka dia seakan-akan memiliki SEISI DUNIA.))HR At Tirmizi

Wednesday, November 13, 2024

KISAHNYA TAJUK BUKU.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/7/22



Tahun 2016:

Pada awalnya, saya cadangkan tajuk: MENDIDIK ANAK DGN AL QURAN. Penerbit reject sebab terlalu skema😅.


Mereka cadangkan: ANAKKU SUPER AL QURAN. Saya tak suka. Macam syok sendiri. Padahal anak baru hafal Al Quran je. Tang mana yang supernya?😅


{فَلَا تُزَكُّوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰۤ }

((Janganlah kamu memuji diri kamu. Dia (Allah) sahaja yang lebih tahu akan orang yang bertaqwa.))[An-Najm: 32]



Saya cadangkan tambah perkataan MAHU dan itulah sebenar-benar cita-cita dalam hati. Biarlah anak-anak KITA super Al Quran. Mahir membaca, hafaz, faham, tadabbur, amal dan ajar Al Quran 


Maka jadilah tajuk buku panjang macam tajuk sinetron 😅.

Monday, November 11, 2024

Memori 20 tahun lalu

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/7/22


Dulu masa di Syria, setiap jumaat di masjid universiti (Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro) ada pengajian Sheikh Ahmad. Jemaah akan melantunkan nasyid ini ketika ketibaan Syeikh Ahmad.



Menggamit memori 20 tahun dulu. Kalau diputar kembali masa, berharap dapat lebih rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan menghafaz. Dan masa telah berlalu takkan kembali lagi.

Saturday, November 9, 2024

Tak mahu terkenal?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/7/22



👦🏻: Mama, mama baca buku apa tu?


🧕: Buku ni pasal ulama-ulama yang tak mau terkenal, tak mau viral.



👦🏻: Awat pulak tak mau terkenal? Ahmad dulu kalau Ahmad tak kenal kawan Ahmad, Ahmad tengok nama kat poket dia.


🧕: Ha? (Mama yang silap cakap, atau Ahmad yang silap paham)😅

Thursday, November 7, 2024

Jangan lupakan jasa mereka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/7/22


Dalam hidup kita, manusia hadir dan pergi. Ada yang mungkin hanya kita kenal dalam sedikit tempoh masa, tapi banyak kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan.


Ada yang bila teringatkan mereka, akan mengingatkan kepada budi pekerti, akhlak mulia, komitmen dan kesungguhan mereka.


من أسدى إليكم معروفا فكافئوه، فإن لم تجدوا ما تكافئونه به فادعوا له.


Barangsiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka balaslah kebaikannya. Jika kamu tidak mampu, maka doakanlah dia.



 وَلَا تَنسَوُا۟ ٱلۡفَضۡلَ بَیۡنَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرٌ 

[Surah Al-Baqarah: 237]


Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.


جزاكم الله خيرا كثيرا

Tuesday, November 5, 2024

Jangan baca sesuka hati!

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/7/22


Sungguh MEMBACA AL QURAN itu melatih otak untuk FOKUS dan SANGAT TELITI.


Setiap huruf, perkataan ada CARA bacaannya. Bukan boleh dibaca sesuka hati. Perlu dengan ilmu. Perlu tahu panjang pendek, makhraj huruf dan lain-lain.



Dengarlah bacaan Al-Quran SELALU. Ia sangat membantu lidah membacanya dengan TEPAT. SUNGGUH!


Saya sarankan bacaan Sheikh Ayman Suwaid. Kerana bacaan yang dan makhraj yang TEPAT.

Sunday, November 3, 2024

Belajar pengurusan masa dan hidup daripada suri rumah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/7/22


Mak seorang suri rumah sepanjang masa seumur hayat mak. Ketika kami kecil, mak berkhidmat sepenuh masa untuk anak-anak. Bila kami dah dewasa, mak berkhidmat untuk abah pula, menguruskan abah setiap hari.


Daripada mak saya belajar pengurusan masa dan hidup.


Ketika kanak-kanak, saya lihat mak mesti bawa list barang yang nak dibeli. Supaya tak ada yang tercicir. Seminggu sekali pergi Giant topap barang dapur.



Kerja yang banyak perlu diuruskan dengan checklist.


Tentang pengurusan masa, kami dididik supaya jangan lambat. Abah cukup marah kalau pesakit di klinik lambat dari temujanji. Abah dan Pakwa cukup rimas bab lambat.


Saya melihat mak akan selesaikan semua kerja dari pagi. Basuh baju, memasak. Dah siap, baru berehat. Tengahari, kutip kain dan lipat.

Antara checklist kerja


Kita manusia punya banyak kekurangan. Namun ambillah teladan yang baik daripada orang sekeliling kita.


Allah ampuni dosa kita semua dan tutup keaiban kita.

Friday, November 1, 2024

Kesan ilmu yang ditinggalkan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/7/22


Sungguh ilmu itu boleh lenyap jika tidak diamalkan, dimanfaatkan dan diulangkaji.


Termasuklah ilmu Nahu yang hampir 20 tahun ditinggalkan selepas tamat kuliah dakwah.


Itulah tujuan masuk kelas Bahasa Arab online, supaya dapat gilap semula ingatan kepada ilmu nahu yang dah berhabuk.






Dalam kelas ini, semua pelajar (pelbagai peringkat usia) akan baca mengikut giliran dan ditanya soalan. Kecut perut bila ditanya tentang i'rab. Lupa banyak dah.


Menuntut ilmu itu tiada penghujungnya kecuali kematian.

Wednesday, October 30, 2024

Mudahkah mendidik anak-anak?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/7/22


 Sungguhpun kalau memiliki semua harta dunia, tapi anak yang dimiliki bukanlah seperti yang diimpikan, itulah insan yang paling sengsara.


Anak itu adalah penyambung perjuangan, generasi, zuriat, aset pahala kita selepas mati.






Mendidik anak itu tidak mudah. Banyakkan menuntut ilmu, usaha dan doa.


{ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِنَا وَذُرِّیَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡیُنࣲ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِینَ إِمَامًا }


Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.

Monday, October 28, 2024

Belajar hafal Quran: Cara yang sama, bahan belajar yang berbeza

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/7/22


30 tahun dulu, saya hafal Quran dengan cara ulang dengar BACAAN EMAK yang mak record dalam kaset dalam radio. Dah hafal lancar, baru tasmik dengan mak.


10 tahun dulu, Abd Rahman dan Abdullah hafal Quran dengan ulang dengar bacaan daripada pen Al Quran. Dah hafal,tasmik dengan mama.


Sekarang Ahmad Zaid hafal Quran dengan ulang dengar bacaan guba apps Al Quran Android dalam handphone. Dah hafal, baru tasmik dengan mama.





Teknik yang sama, dengan bahan bantu belajar yang berbeza mengikut PEREDARAN ZAMAN.


Dengan mama anak-anak belajar hafal Quran, dengan baba anak-anak belajar ilmu kehidupan, kemasyarakatan, ilmu bela lembu kambing dan banyak lagi.

Saturday, October 26, 2024

Lupa hafazan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/7/22


Kelmarin saya tak dapat tasmik juz 21 dekat ustazah. Susah. Hampir setiap muka ada ayat mutasyabihat (serupa dan mengelirukan). Akhir Surah Al Ankabut dan Surah Ar Rum susah.


Stress sampai tak lalu makan seharian.



Pagi ni bangkit awal pagi untuk ulang lagi bagi lancar. Ulang Hafazan macam nak exam Al Quran. Sampai mengantuk dan tertidur. Alhamdulillah dapat tasmik pagi ni tanpa sebarang kesalahan.


"Mesti kuat fokus dan ulang hafazan banyak kali. Doa dan tawakal selepas usaha." Itulah nasihat untuk anak-anak kalau dengar depa hafaz banyak salah.

Thursday, October 24, 2024

Habis dah tak?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/7/22


"Habis dak gi hafazan cuti sekolah?." 






Tanggungjawab ulang hafazan jangan dilupa. Selepas 4 hari sibuk dengan proses korban sampai sambil makan pun boleh tertidur, hari ni sambung semula ulangan hafazan.

Tuesday, October 22, 2024

Nak mula membaca, tapi tak tahu nak baca apa?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/7/22


Sejak dulu, jika buku yang saya baca itu berkualiti dan saya rasakan mesti berkongsi dengan orang lain, saya akan tulis reviu tentangnya di sini:


https://cinta-rasul.blogspot.com/search/label/tentang%20buku.?m=1


Tak tahu nak baca apa? Pergi kedai buku, minta cadangan daripada penjual buku. Tentukan jenis buku yang anda nak baca, kekeluargaan, motivasi, muhasabah diri atau apa saja.




 BELI SEBUAH BUKU SAJA. BUKU YANG NIPIS LEBIH BAIK. JANGAN TAMAK, NANTI MEMBAZIR ! Dan mulakan membaca.

Sunday, October 20, 2024

Mencintai buku sepanjang hayat

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/7/22


Dari kecil saya mengenali buku sebagai TEMAN. Walaupun masa kecik banyak baca komik je, makin dewasa kita akan ubah jenis bacaan kita seiring dengan kematangan minda.



1. Antara buku yang dirujuk sebelum mendirikan rumahtangga. 


2. 17 tahun dulu, sebelum mendapat anak, kami sama-sama berdiskusi kitab Tarbiatul Aulad ini.


3. Bila lahir anak sulung, buku ini teman baik saya. Sebab masa tu di Syria, jadi bahan rujukan semua dalam Arab.


4. Buku kegemaran. Rujukan complete tentang kekeluargaan dengan gambarajah yang menarik.


Allah terus berikan peluang untuk terus membaca samada bacaan ringan, motivasi, ilmiah & lain-lain. MEMBACA ITU NIKMAT.

Friday, October 18, 2024

Anugerah seorang guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/7/22


Alhamdulillah. Satu anugerah Allah yang besar bila Allah kurniakan guru yang rajin tasmik anak murid walaupun pada hari raya. 



Moga istiqamah dapat menjaga Hafazan Al Quran hingga ke penghujung hayat. Moga berganda balasan yang Allah kurniakan buat ustazah.

Wednesday, October 16, 2024

Kelas tadabbur Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/6/22


Minggu ni tambah mengajar kitab baru. Kelas tadabbur Al Quran. Selang dengan kelas Fekah mingguan.


Menggunakan kitab

مفاتيح تدبر القرآن الكريم والنجاح في الحياة

Kunci² tadabbur Al Quran dan kejayaan dalam hidup.


Sangat terkesan dengan kelas Dr.Abu Anas Al Madani terangkan kitab ni. 


Kuliah yang disampaikan menaikkan semangat kita untuk menuntut ilmu dan memahami Al Quran.




Kita sampaikan pula ilmu kepada para pelajar. Moga bertambah ilmu untuk faham Al Quran.


Habis kelas tengok meriahnya pelajar banin pasang khemah tepi tasik. Bestnya 😍😍

Monday, October 14, 2024

Anak asyik kena mengaji sajakah?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/6/22


Sebenarnya masa mengaji Ahmad tidaklah banyak. Balik sekolah rehat, bersihkan sangkar kucing, main bola.....dah maghrib.


Bukan sekali tertidur bila suruh buat hafazan lepas maghrib.😅


Kalau waktu cuti, tak tahulah berapa round dia main bola sepak dengan abang-abang thanawi. Pagi, tengahari, petang. Nak jaga kambing lagi, bawa kambing jalan-jalan lagi. Sibuk betul.







Hanya baca Al Quran bila mama panggil.

"Hafaz dulu Surah Al-Munafiqun sebelum keluar rumah." Jadinya dia akan fokus betul bila menghafal, sebab nak keluar rumah. Dah lancar tasmik baru boleh keluar rumah.


Begitu jugalah abang-abangnya masa kecil dulu. Ada masa main, boleh main. Ada masa mengaji, kena mengaji.

Saturday, October 12, 2024

Foden, si anak 🐐yatim

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/6/22


Ahmad bawa anak 🐐 yatim yang diberi nama Foden (nama pemain bola sepak😅) jalan-jalan petang.



Jumpa abang-abang thanawi, abang-abang Thanawi kata: "Macam anak 🐕." 


😅


Antara komen yang saya terima:




🤣🤣

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...