بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, baba mendapat jemputan untuk menjadi penceramah dalam Seminar Projek Mega Dalam Rumah yang dikendalikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan suami beliau, Dr.Farhan Hadi beberapa bulan yang lalu.
Kami diberi masa selama sejam setengah untuk mengisi input dalam seminar tersebut.
Pada mulanya, terasa ya Allah.... panjangnya masa sejam setengah, apalah yang nak dikongsikan nanti.
Namun apabila sudah mula berada di depan khalayak ramai, MasyaAllah.... terasa bagai tidak cukup masa diberikan, rasa banyak lagi perkara yang tak sempat dikongsikan.
Kami bertolak keluar dari rumah pada jam 7 pagi kerana slot kami dalam seminar tersebut adalah pada jam 2 petang.
Alhamdulilah... perjalanan lancar dari Kedah ke Kuala Lumpur.
Singgah sebentar ke rumah mak dan abah, kemudian terus ke Masjid Putrajaya.
|
Sampai di Masjid Putrajaya |
|
Abdul Rahman mengalunkan ayat-ayat Al-Quran
Ahmad Zaid juga mahu membaca ayat Al-Qur'an |
|
Ahmad Zaid menghafaz Surah AnNas
Insyaallah kesemua video persembahan akan saya kongsikan pada entri akan datang, insyaallah. |
Baba memulakan perkongsian, kemudian persembahan dari Abdul Rahman, Abdullah dan Ahmad Zaid.
Sebelum hari seminar, kami ulang selalu kepada Ahmad Zaid:
"Ahmad, nanti Ahmad kena baca Surah Annas tau kat masjid."
Ini kerana ini adalah kali pertama Ahmad Zaid akan membuat persembahan di khalayak ramai.
Jika di Maahad sekalipun, bila suruh Ahmad Zaid baca surah menggunakan mikrofon di hadapan pelajar, dia tidak mahu.
Alhamdulillah pada hari tersebut, Allah berikan Ahmad Zaid keberanian. Setiap kali abang-abang ke hadapan untuk membuat persembahan, Ahmad Zaid berlari ke hadapan dan mahukan mikrofon juga. Alhamdulillah ada dua mikrofon ketika itu.
Antara pelajaran terbesar yang saya dapat dari seminar ini ialah erti kesabaran yang tinggi dan berlemah lembut dalam mendidik anak-anak.
Allah....
Antara perkongsian peserta seminar tentang seminar yang kami bentangkan.
Alhamdulillah.
Allah kurniakanlah kepada kita semua kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Ya Rabb...
Catatan Ustazah Fatimah Syarha tentang seminar Projek Mega Dalam Rumah dalam Facebook beliau: