Saturday, September 29, 2012

Melatih anak2 melakukan kerja2 rumah.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Melakukan kerja2 rumah seperti menyapu, mengemas rumah, memasak, membasuh biasanya dikaitkan dengan kerja2 orang perempuan, tapi sebenarnya ia bukan khusus untuk orang perempuan sahaja (klu camtu org laki2 x payah menyapu, jaga kebersihan dll la ye?)

Jadi, ibu bapa perlulah menyemai rasa sukakan kebersihan dan ringan tulang kepada anak2 tak kira lelaki mahupun perempuan.

Ajarlah mereka melakukan kerja2 rumah yg bersesuaian dengan usia dan tekankan betapa pentingnya menjaga kebersihan

Antara yg terpenting ialah MEMBUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH DAN MENGEMAS PERMAINAN.

Walaupun nampak mcm remeh je, tp kalau tidak diajar, kanak2 akan suka2 je buang sampah merata2, main bersepah, makan bersepah2, pendek kata semua bersepahlah sbb tak ada yang mengajar tentang kebersihan.


Sekalipun buat aktiviti menggunakan gunting dan kertas, sediakanlah tong sampah yg bersih berhampiran supaya anak2 biasa dengan kebersihan.
gambar lama dari sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/01/berhujung-minggu-dgn-kraftangan-ttg.html
lagi gambar lama Abdullah mengemas Lego di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/04/adik-yg-rajin-mengemas.html
Membantu mencuci kolam ikan di halaman rumah (yg dah tinggal sejarah dan kenangan sahaja)
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/05/mencuci-kolam-ikan-di-halaman-rumah.html

gambr lameeee.....
Begitu juga dengan aktiviti di dapur samada memasak atau membasuh pinggan mangkuk.

Saya pernah menonton rancangan masak Jamie Oliver (di rumah orang lain, sbb rumah kami tak ada astro), yang menemubual kanak2 tadika yg tidak kenal dengan kentang, tomato dll kerana hanya makan makanan yg dah siap seperti burger, kentang gorang dan macam2 lagi.

Buatlah aktiviti yang ringkas2 je macam rebus telur, goreng telur, masak nasik, goreng ayam, masak agar2, yang mampu mereka lakukan..

Abdllah dan Abbudey masak krim karamel di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/08/jom-masak-simple-krim-karamel-dengan.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/08/jom-masak-simple-krim-karamel-dengan.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/08/jom-masak-simple-krim-karamel-dengan.html

WP_000646.jpg
Adik tolong basuh pinggan mangkuk



WP_000650.jpg
konon2nya pakai apron sbb x nak bagi basah baju tapi nampaknya dah basah sampai ketiak dah tu
PERHATIAN: JAUHKAN DARI ALAT2 YG TAJAM SEPERTI PISAU DAN GUNTING


WP_000653.jpg
Tolong tarik air sbb rumah kena ribut. Hujan Lebat. 25.9.2012 yang lepas.


Yang ni x payah tolong....BAHAYA...tak cukup umur lg


Begitu juga dengan kerja2 yang melibatkan baju. Basuh baju, sidai baju, laipat baju.... Latihlah anak2 melakukannya agar ringanlah sikit kerja2 si ibu pada masa hadapan (sbb dah ada pembantu....)

Anak 2 org ni pun nak kena ajar dan latih lagi supaya mahir melakukan kerja2 rumah di masa hadapan InsyaALLAH...

Thursday, September 27, 2012

sticker ABC


Entry yg tersimpan dalam draft.... (lihatlah muka anak2 yg masih kecil)...
_____________________________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم

Abdullah adalah seorang yang sangat minat dgn sticker. Dia  sgt suka membuka kertas sticker n menampal.

Pernah cerita tentang aktiviti Abdullah dengan sticker di sini dulu...

Dan sticker yg dibeli kali ini lebih kepada mengenali huruf2 ABC

sticker yg dibeli dgn harga kurang dr $2
inilah dia stiker ABC
sorang satu

mengoyakkan kertas sticker dr pelekatnya dpt menguatkan fine motor skill



Abdullah melekatkan sticker ABC pada buku color ABC


lagi...



Abdul Rahman membuat namanya pada buku lukisannya

siap!

Abdul Rahman!

Friday, September 21, 2012

Rak Kereta Versi Bajet

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebelum ini kami pernah buat kraf menggunakan kotak tisu. Antaranya guna utk buat:
1- Marble Run (klik utk lihat hasilmya)
2- Kasut
3- Kotak Tisu Kerang



Kali ini nak cerita lagi ttg guna semula kotak tisu yg sudah habis tisu...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

INILAH HASILNYA.....!! 
v
v
v
v


Rak kereta mainan

Hasil menggunting, menampal, menggam bersama Abdullah dan Abbudey

Tapi time nak buat tu tak tangkap gambar pon sbb sibuk cari idea camna nak buat rak kereta ni dan tengah serabut.... Takpe, nnt lain kali kalau ada kotak tisu habis lg, boleh tambah tingkat lagi dan tunjuk cara buatnya...senang sangat..




Abdul Rahman dan permainannya
 


Rak kereta yang menjadi idaman hati Abbudey....hahaha
credit pic:  http://creativcolor.blogspot.com/2010/09/rak-kereta-hotwheels.html



Kepada sesiapa yang ingin menyertai seminar ini di Sungai Petani, Kedah..
Boleh daftar nama dan dapatkam maklumat lanjut di sini:

Wednesday, September 19, 2012

Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafal AL-Quran 15/9/2012

بسم الله الرحمن الرحيم

ALhamdulillah...Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran kali ke-2 yang diadakan di Dewan Auditorium PPAS  (Perputakaan Shah Alam) telah selamat dijalankan pd 15.9.2012..

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi yg telah memudahkan segala urusan kami.

Sedikit gambar ketika seminar dijalankan...

Lebih 200 orang peserta yg hadir  pada seminar 15.9.2012
(gambar ambik dr FB  ISLAMIC PARENTING NETWORK)


(gambar ambik dr FB  ISLAMIC PARENTING NETWORK)



Puan Lina Karim
(gambar ambik dr FB  ISLAMIC PARENTING NETWORK )

Darwisya mempersembahkan bacaan
Kelihatan di belakang sana ayahnya darwisya, Encik Rojali
(gambar ambik dr FB  ISLAMIC PARENTING NETWORK )

(gambar ambik dr FB  ISLAMIC PARENTING NETWORK )
Ustaz Amri
(gambar ambik dr FB  ISLAMIC PARENTING NETWORK )


Abdul Rahman 

Abdul Rahman membaca Surah Nuh

Abdullah membaca Surah An-Naba'

Alhamdulillah....Selesai dah baca =)

Abdul Rahman di bawah pentas...


Baba membawa anak2 bermain, tengok ikan dan itik di tasik di luar perpustakaan Shah Alam


Pemandangan di luar Dewan Auditorium PPAS yang indah

Kawasan luar PPAS yang menarik

Abdullah n Abdul Rahman bermain sementara baba sedang bagi seminar

Antara slidenya


InsyaALLAH pihak IPN akan mengadakan seminar ini juga di utara Malaysia pada 17/11/2012.

InsyaALLAH ia akan diadakan di Dewan Kismec, Sungai Petani, Kedah.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dapatkan di website ini:
http://www.islamicparentingnetwork.com.my/E+Book


Doakan semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami INsyaALLAH... amin3.



Sehari sebelum seminar, bawa anak2 berseronok dulu di i-city.
Pergi waktu pagi, xde orang...baru seronok
=)

Tuesday, September 18, 2012

SLIDE POWERPOINT 2: CIRI-CIRI ANAK SOLEH

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut  Adalah Slide Powerpoint yg digunakan dalam Kem Anak Soleh di Kuala Ketil.

Semoga sama2 beroleh manfaatnya. Amin


Ciri- Ciri Anak Soleh

Tuesday, September 4, 2012

Alhamdulillah...Terima kasih semua...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah....rasa amat bersyukur sekali bila segalanya telah berjalan lancar.

Alhamdulillah Seminar Didik Anak Hafal Al-quran anjuran Puan Lina Karim yang dirancang pada Bulan Ramadan yg lalu telah berjaya dijalankan pada sabtu lepas...

sarapan di holet Carlton Holiday pkl 7.30. Tak ada siapa pun selain kami
Alhamdulillah...syukur dipanjatkan atas nimat ALLAH yg  telah memudahkan dan melancarkan segala urusan semianr tersebut.

poster seminar tersebut
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yg sudi memberi sokongan dan bantuan terutamanya kepada Puan Lina Karim yang sudi menjemput kami sekeluarga untuk turut sama memberikan input dalam seminar ini.

Ia memberikan satu pelajaran baru kepada  kami bersama masyarakat.



Seorang makcik sedang membebel di atas pentas =P

Kelihatan di belakang sana Abdullah dan Darwish

Darwisya bersama mak dan abah



Jutaan terima kasih juga kepada peserta seminar yg bertungkus lumus berkorban utk hadir menuntut ilmu dalam semianr ini. Sampai ada ibu yg masuk ke seminar ini dan suaminya menjaga anak2 di perpustakaan. dan mcm2 lg perngorbanan suami isteri yg hadir dalam seminar ini.
Semoga ALLAH memberkati usaha kalian dan mempermudahkan urusan dalam memdidik anak2.

Abdullah bermain dengan Faris (anak Puan Roslaili) di bilik berehat


Abdullah dan Firdaus

Abdul Rahman mempersembahkan bacaan
(tangkap gambar dr jauh je)

antara peseta seminar yang hadir

Ustaz Amri 

Antara peserta yg hadir
Kelihatan Puan Lina (bertudung putih) dan ibunya (bertudung merah) sedang mendengar dengan penuh tekun

mengambil gambar dr belakang  dinding



Tak lupa terima kasih kepada keluarga Puan Lina Karim yang tolong menjaga Abdullah dan Abdul Rahman ketika kami di atas pentas. ALhamdulillah anak2 pun seronok dapat hadir ke seminar ini.
Terima kasih kepada Puan Roslaili Rosli yang banyak membantu dan juga Kak Ati yang tolong tengok2kan anak2. Sanagt bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan masing saling tolong menolong...ALhamdulillah...


Alhamdulillah juga ramai perserta yg datang adalah di kalangan orang2 yg hebat2 yg terkenal...

Antaranya adalah Pakar Motivasi dan murabbi rancangan adik2ku (TV1), Encik Badrul Sani


Perpustakaan yg cantik dan menarik


AbdulRahman

Abdullah

Melompat2 dlm PPAS

Abdullah sedang memperdengarkan hafazan.
Tgh2 persembahan bateri microfon habis...trus Abdullah kata: awat xde bunyi


Juga blogger2 yang terkenal seperti Ummu Ibtisam dari  http://duniasusuibu.com/  , Puan Rozana, pemilik blog http://permatahatiibu-rozana.blogspot.com/  dan ramai lg.

Terima kasih kepada semua yg memberi sokongan.

Pada hari Jumaat, PASTI peringkat kawasan Sungai Petani telah mengadakan ujibakat PASTI.

Persembahan Nasyid Tahfiz Mutmainnah


Peserta2 nasyid

Dah habis persembahan, dpat ais krim free


Dan pada Hari Sabtu pula kenduri adik, Muhammad di Masjid AL-Azim, Pandan Indah.

kanak2



P/S; doakan seminar 15/9 ini akan berjalan lancar juga dan lebih baik lg ye, INSYAAALLAH! TERIMA KASIH SEMUA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...