Wednesday, August 31, 2022

Al Quran pengerat hubungan kita


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/3/2021


Bayangkan....

Kalau suami isteri bergaduh, ada nak baca Al Quran sama-sama? Nak minta tasmik hafazan Al-Quran dari pasangan kita?


Kalau anak merajuk dengan mak ayah, sanggupkah nak baca Al Quran sama-sama? Mahukah anak itu tasmik hafazan Al-Quran dengan mak ayahnya?



Kalau buat pun, dengan muka chomm.


Begitulah juga dengan rakan-rakan.


Jadikanlah Al Quran itu pengerat hubungan dan kasih sayang kita semua?


Di samping hafazan mereka di sekolah, sangat besar kesan cakna ibu bapa terhadap perjuangan Al Quran anak-anak.


Perjuangannya bukan sehari dua, tetapi seumur hidup kita.


Biarlah di akhirat nanti Al Quran menjadi saksi di hadapan Allah tentang kesungguhan kita, perjuangan kita memartabatkanya.


Jadikanlah Al Quran sahabat baik kita di dunia, nescaya Ia akan menjadi sahabat karib kita di akhirat nanti insyaallah.

Sunday, August 28, 2022

Pedihnya menanti


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/3/2021


Rasanya ramai pernah melalui detik penuh gelisah menanti detik peperiksaan/ ujian/ presentation.


Rimas. Susah hati.Tak tenang. Hati tak putus-putus berselawat, berzikir dan berdoa moga lulus ujian.


Masih teringat lagi ketika degree, ada sahabat yang menangis di luar dewan peperiksaan kerana tekanan dan takut.



Selepas dapat keputusan ujian, barulah lega rasa hati.


Setiap kali melalui detik ini, pasti saya akan terfikirkan: "Tentu nanti ketika detik menanti hari pengadilan, menanti untuk dihisab di hadapan Allah tentu lebih resah, gelisah." Menantikan penentuan kesudahan kita. Moga-moga ke syurga hendaknya, Ya Rabb.


Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Thursday, August 25, 2022

Doa menghafaz Al-Quran


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/3/2021


Setiap kali anak-anak pelajar membaca doa ini selepas habis kelas hafazan, ada butir-butir ayat begitu berkesan dalam hati. 




Walaupun anak-anak hanya membacanya di lidah, tapi bagi kita yang dewasa, ia berbekas dalam hati.


Semoga Al Quran itu menjadi penerang mata, lidah, penenang hati, mengangkat kesedihan kita, hidup kita berpandukan Al Quran, Insya Allah.

Monday, August 22, 2022

Tanda taubat diterima

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/3/2021


Tanda taubat diterima - Kitab Tanbihul Ghafilin (Amaran bagi orang yang lalai)


1. Dapat mengawal diri dari dosa-dosa lidah.


2. Tiada rasa hasad dengki terhadap manusia.



3. Berjaya menjauhkan diri dari suasana dan rakan yang buruk.


4. Sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi mati.


5. Banyakkan istighfar, hentikan maksiat dan bersungguh beribadah.

Friday, August 19, 2022

Trend


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/3/2021


Zaman persekolahan ni, pelajar-pelajar ada trend tersendiri.


Bila tiba musim main batu Seremban, semua pakat kutip batu kat jalan, main batu Seremban.



"Main batu Seremban tak apa, jangan balik kat kawan."


Bila tiba trend melukis, semua pakat bawa buku conteng untuk melukis.


Bagitulah keseronokan zaman sekolah.


Zaman kita dulu trend kumpul key-chain, kumpul pemadam, kumpul buku 555😅.

Tuesday, August 16, 2022

Hari kenduri seMalaysia.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/3/2021


Ada 5 kenduri hari ni.

1. Ustazah Maahad - Kg.Permatang Tok Dik

2. Ustaz Maahad - Gurun

3. Ustazah SRITM - Permatang Berangan, SP

4. Desa Bidara

5. Baling



Semoga kesemua pasangan dipermudahkan segala urusan, bahagia dunia akhirat.


Perkahwinan perlukan segunung kesabaran. Yang dah 16 tahun kahwin ni pun tak menentu sabarnya.


Sepatah kata, satu tindakan, boleh saja meragut keharmonian rumah tangga.


Orang yang paling banyak bergaduh dengan kita adalah pasangan kita. Bersabarlah (mudah diungkap, tak mudah bila tiba waktu memerlukannya).


Bersabarlah.

Saturday, August 13, 2022

Bermula dengan satu langkah.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/3/2021


Bermula pada pertengahan tahun 2016, bermula dengan tanah dan sebuah bangunan sarang burung walit yang terbiar.



Kini, di sinilah 400+ orang pelajar menuntut ilmu.


Semuanya dengan bantuan Allah.


Semoga terus menerus maju.


Moga niat ikhlas kerana Allah.

Thursday, August 11, 2022

Ulang baca: Madinah Takkan Rebah

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 11/8/22


Kisah dimulakan dengan detik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sakit yang membawa kepada kewafatan baginda.


Masyaallah. Buku yang sangat bagus dengan gambaran yang terperinci beserta dengan rujukan kitab.




Membuatkan kita dapat lebih faham dan menghayati keadaan/ situasi para sahabat menghadapi kewafatan Rasulullah Sallallahu Alaihi.


Tidak tebal. Hanya 300 mukasurat. Sangat bagus dijadikan buku pemula untuk hobi membaca.

Wednesday, August 10, 2022

Hati yang terluka.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/7/2021


Hidup ini sentiasa perlu diperbaiki dan perbaiki lagi.


Ada ketikanya kita anggap kata-kata kita adalah biasa, tapi ada hati yang terluka.



Rasa seperti tak mahu berjumpa dan bercakap dengan orang lain, agar tiada hati yang terguris. Berperang dengan diri sendiri lebih dari berperang dengan orang lain.


Begitu juga dengan orang lain. Adakalanya hati kita terguris tanpa sengaja. Sensitif?


PERBAIKILAH DIRI. Cakaplah yang baik-baik sahaja.


Kurangkan bercakap.


Berdoalah selalu. Moga kita sentiasa terhias cantik dengan akhlak yang baik, Insya Allah.

Amin.

Sunday, August 7, 2022

Bila tiba musim cuti.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/3/2021


"Abang, bangkitlah tahajjud sikit, nak subuh ni." Baba membuka pintu bilik anak-anak.



Anak-anak remaja, masih perlukan bimbingan.


Di asrama mereka ada suasana ibadah, bermula cuti di rumah, kitalah yang kena hidupkan suasana ibadah itu. Allah bantu kita insyaallah.


Lakukan kerana Allah. Istiqamah di mana sahaja. Agar mereka melalui zaman remaja dan dewasa menjadi orang yang bertaqwa, insya Allah. Amin³ Ya Allah.

Thursday, August 4, 2022

Mendung tak berkekalan.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/3/2021


Ketika di sekolah rendah, saya bukanlah seorang yang pandai. Dapat tempat kedua terakhir itu biasa😅. Bukan calon pelajar pandai.


Orang lain masuk tahfiz baca Al Baqarah, saya Surah Al Masad pun gagap, peristiwa ini sangat saya ingat. Dan saya sangat gagap untuk baca Al Quran ketika kecik. Stress. Payah nak sambungkan huruf. Memang gagap baca Al Quran. Huruf ص ض ط ظ kena baca ikut turutan dalam hati baru kenal. Keliru huruf😔.



Entah macam mana bila bermula tingkatan 1, boleh pula dapat no1. Ambil sijil menengah ugama (SMU) tumpang sekolah di Sg.Udang, Melaka, dapat no1 walaupun pelajar tumpang. Abah tanya nak hadiah apa? Minta basikal walaupun tak pandai kayuh. Dan no1 ketika diploma di Syria.


Rahsianya. Wallahua'lam.

Allah lebih tahu.

Monday, August 1, 2022

RUTIN HARIAN KITA SEKARANG MEMBENTUK DIRI KITA DI MASA HADAPAN.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/3/2021


Semua kita ada masalah sendiri, kewangan, anak-anak, masalah keluarga, pendidikan dan macam-macam, tapi masukkanlah dalam kesibukan harian kita rutin-rutin yang membentuk diri/jiwa kita. Antaranya:



1. Tambah ilmu

2. Zikir harian/ bacaan Al Quran harian.

3. Ibadah sunat.

4. Muhasabah diri.


Kalau habis tak ada masa, sambil-sambil buat kerja rumah, sambil berzikir/ ulang surah lazim yang pernah hafal/ dengar ceramah.


Tanpa kita sedari, ia membawa diri kita ke arah yang lebih baik, insya Allah.


Mulakan walau sedikit, tapi berterusan.


#SedikitYangBerterusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...