Sunday, September 30, 2018

Info buku: Perpustakaan dalam Islam dan nota dari Tuhan

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku ini saya baca selepas disarankan oleh 2 orang sahabat.

Buku yang menerangkan tentang kepentingan perpustakaan kepada individu dan masyarakat.


Ramai para ulama pasti akan mempunyai perpustakaan peribadi

Hebatnya sistem pengurusan perpustakaan menunjukkan hebatnya budaya ilmu dalam individu dan masyarakat.

Seakan terbayang-bayang kenangan Sheikh Bassam Ajek menerangkan tentang kisah perpustakaan yang dihapuskan dalam era peperangan.

Rasa amat takjub apabila membaca hasil karya Dt Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang banyak dikarangnya dalam masa setahun.

Masyaallah


Buku yang kedua pula ialah bertemakan tafsir dan ulum Quran dalam bentuk santai dan moden.

Ini juga adalah hasil karya penulis yang saya minati.

Nota dari Tuhan.

Sungguh buku ini amat bermanfaat dan memberi banyak ilmu tentang tafsir dalam bentuk moden dan santai.

Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang memberikan kelapangan masa untuk membaca.

Thursday, September 27, 2018

Info buku: Selamat tinggal ulama dan Imam Al-Bukhari

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah antara bahan bacaan saya pada minggu ini (22.5.2018)
Buku yang menceritakan tentang ulama yang meninggal pada tahun 2014





Adik beradik hebat. Bila baca mukasurat ini, hati saya mendoakan agar anak-anak menjadi seperti para ulama ini yang tinggi akhlaknya dan besar perjuangannya dalam menuntut ilmu dan menyebarkannya 
 Begitu juga ketika melatih anak-anak membaca buku Imam Al-Bukhari ini. Latihan membaca buku Bahasa arab tanpa baris.



Saya beritahu anak-anak.
"Abang dengan adik kena jadi macam Imam Al-Bukhari tau.

Hebat dalam ilmu.

Banyak mengulang Al-Qur'an.

Akhlak yang terpuji.

Banyak menderma.

Tidak mengumpat orang lain."


Sungguh saya harapkan anak-anak menjadikan Imam Al-Bukhari sebagai idola dan contoh tauladan.


Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua.

Monday, September 24, 2018

Detik yang dinanti-nantikan

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala yang memanjangkan usia kita dan memberi rezeki dan nikmat yang amat banyak hingga dapat kita sampai mengecapi detik bahagia ini.

Alhamdulillah Abang Abbudey berjaya menghafaz semua ayat Al-Quran pada hari yang bersejarah ini. 

Syukur ke hadratMu Ya Ilahi.

Perjalanan selama 12 tahun ini yang penuh dengan usaha moga diberkati dan diredhai ALLAH.

Jagalah Al-Quran yang dihafal dalam 12 tahun ini. Janganlah ditinggalkan pula selepas sempurna menghafaznya. Kelak nanti sia-sia sahaja usaha selama 12 tahun ini bila hafazan ayat Al-Quran yang ditinggalkan dilupakan.

Ingatlah. Jagalah diri, peribadi dan akhlak seiring dengan Al-Quran yang dihafaz. Janganlah jadikan Al-Quran yang dihafaz sebagai fitnah kepada dirimu.

Teruskanlah perjalanan bersama Al-Quran sepanjang hayatmu.

Jangan dibiarkan sehari berlalu tanpa membaca dan mengulang ayat Al-Quran.

Tadabburlah isinya.

Renungkan. Apa yang ALLAH nak beritahu dan sampaikan kepada kita di dalam ayat-ayatnya.

Tunjukkanlah kecintaan kepada AlQuran kepada masyarakat agar ia dapat diteladani. Biarlah orang lain juga sama-sama mencintai Al-Quran.

Tidak cukup hanya kita sahaja yang mendalami ilmu Al-Quran. Ajarkanlah dan sambungkanlah ilmu ini kepada ganerasi hadapan.

Ilmu Al-Quran itu amat luas dan tiada pengakhirnya. Selamilah ia. Ajarkanlah kepada orang lain. Jadilah insan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Biarlah Al-Quran yang dihafaz itu menjadi benteng kepada diri kita dari melakukan kejahatan dan maksiat serta menjadi penggerak untuk kita terus beribadah, mengenal ALLAH, mendekatkan diri kepadaNya dan terus maju dunia dan akhirat.

Jagalah Al-Quran.

Jadikanlah Al-Quran sahabat karib kita sepanjang hayat hingga ke syurga nanti. 

Semoga ALLAH berkati kita.

Amin.








Info buku: Cikgu Bankrap

بسم الله الرحمن الرحيم

Jika ditanya mengapa saya banyak membaca buku, inilah beberapa jawapan saya:

1. Ingin larikan dari fokus dunia fitnah masakini kepada dunia Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam.

2. Memberi motivasi kepada diri sendiri.

3. Mendekatkan diri kepada Allah

4. Menyampaikan manfaat kepada orang lain melalui hasil pembacaan kita.

5. Menunjukkan contoh teladan yang baik untuk anak-anak.

Buku ini dipilih untuk mendapatkan motivasi dalam bidang perguruan

Sungguh. Ada ketikanya (seringkali juga) saya rasa teramat sedih, teramat penat. Rasa nak berhenti dari bidang pendidikan.

Rasa jiwa ini tak kuat untuk duduk dalam bidang ini walaupun sudah lebih 10 tahun saya menjadi guru dan lebih 3 tahun menjadi guru besar.

Guru juga manusia biasa perlukan motivasi

Biarlah kehadiran kita ada jasa dan dinilai Allah


Jiwa rasa lemah untuk menempuhi cabaran menjadi pendidik. Pasti akan terfikir untuk kembali duduk di rumah mendidik anak-anak sendiri sahaja.



Motivasi saat disapa rasa putus asa dan penat

Buku ini saya beli selepas disyorkan oleh seorang rakan.

Diawal pembacaan buku ini, saya rasa diri ini amat teruk sekali berbanding kisah-kisah ideal yang dibawa oleh penulis ketika menjadi guru prasekolah.





Mungkin kebiasaan seorang guru yang pulang ke rumah dengan perasaan menyesal dan rasa teruk apabila tidak mampu mengawal dan menasihati pelajar dengan baik. Sungguh adakalanya ia meninggalkan luka yang lama bahkan hingga menitiskan air mata. Kuatlah duhai hati

Namun kisah dalam buku ini berubah setelah penulis berpindah ke sekolah menengah agama di kotaraya.

Pelbagai cabaran yang dilalui (ada yang sama dengan apa yang saya lalui juga).

Walaupun hati seringkali memberikan motivasi kepada diri sendiri bahawa ramai orang lain yang menghadapi masalah yang lebih besar dari diri ini, namun adakalanya sukar untuk bersabar.

Istighfar dan doa diulang berkali-kali sepanjang malam moga Allah tetapkan hati ini dan lorongkan ke jalan yang lurus.

Motivasi dalam buku ini sedikit sebanyak mengubati kelukaan hati ini.

Sungguh menjadi seorang guru perlu banyak sokongan dan motivasi agar guru dapat istiqamah di atas jalan tarbiyah.

Doakan saya punya hati yang kuat, insyaAllah.

Saturday, September 22, 2018

Kanak-kanak usia 2 tahun boleh fokus membaca?

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya pernah terima whatsapp dan video yang bertanyakan tentang anak yang berusia 2 tahun lebih yang tidak boleh fokus membaca.




Bagi saya perkara ini adalah biasa berlaku.

Begitu juga dengan Ahmad Zaid.

Ada ketikanya, boleh sahaja dia tak mahu membaca. Seperti dalam video ini:



Jika Ahmad tiada mood nak membaca, saya akan segerakan berhentikan aktiviti membaca dan biarkan dia melakukan apa yang diingini.

Adakalanya pula moodnya elok untuk membaca hingga 3 mukasurat pun dia masih boleh fokus membaca.

Seperti dalam video di bawah ini, ini adalah mukasurat ke 3 yang Ahmad Zaid (lagi 2 bulan lagi masuk 3 tahun)  baca dalam satu masa:

Alhamdulillah sudah sampai muksurat 21 dari buku Al-Furqan jilid 1

(p/s: Siapa yang mahukan  buku Al-Furqan seperti dalam video tersebut, boleh terus Whatsapp sahabat saya, Ustazah Sumayyah:


Malahan juga, biasa saja jika Ahmad tidak boleh tidur malam - kadangkala hingga pukul 2 pagi (kerana tidur lama pada waktu petang) , dia akan ajak membaca Al-Furqan supaya kita tidak tidur dan melayannya.

Ada juga masanya, dia sendiri akan tawarkan diri mahu membaca buku Al-Furqan.

"Mama, jom baca buku."

Jadi, konklusinya, pilihlah masa dan keadaan yang sesuai untuk aktiviti pembelajaran anak kecil supaya hasilnya lebih memuaskan, insyaAllah.

Alhamdulillah Allah juga hadirkan rakan-rakan yang sama mempunyai usaha dan semangat yang tinggi mendidik anak-anak dari kecil. 

Seperti rakan yang berkongsi video dalam Facebooknya ini:






Dari mereka juga saya dapat motivasi mendidik anak-anak. Alhamdulillah.

Semoga kita semua terus istiqamah, insyaAllah

Friday, September 21, 2018

Tanggungjawab kita pada peranan yang ALLAH berikan kepada kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah antara pengisian video kuliah Sheikh Ratib Nabulsi yang amat menusuk kalbu, sering diingati dalam ingatan dan memberi peringatan kepada saya.


Di dalam kuliah ini sheikh memberikan perbandingan antara ibu yang berjaga sepanjang malam solat tahajjud, namun anak-anak tidak dibekalkan sarapan dan tidak terurus, berbanding dengan ibu yang bangkit qiamullail setengah jam sebelum subuh tapi dia menunaikan hak anak-anak dan suami, manakah yang lebih baik?

Ibadah utama dan tanggungjawab utama seseorang itu adalah pada peranan yang ALLAH jadikan kita.

Bila kita seorang yang kaya, ibadah utama kita adalah bantu orang miskin.

Bila kita seorang yang alim, ibadah utama kita adalah untuk menyampaikan ilmu.

Bila kita seorang ibu, ibadah utama kita menguruskan rumahtangga.

Dari video ini, pelbagai fikrah yang selalu bermain di dalam minda, saya cuba kongsikan fikrah ini melalui status Whatsapp saya:

Bila ALLAH jadikan kita hidup dalam budaya ilmu, tanggungjawab kita ialah untuk memberi manfaat kepada orang lain tentang ilmu dan promote tentang ilmu.

Jika ALLAH anugerahkan kita rasa cinta kepada buku dan ilmu, tanggungjawab dan amanah kita ialah untuk beri manfaat kepada orang lain melaluinya dan kongsikan ia bersama orang lain

Sungguh jika bukan ibu bapa yang menyayangi anak-anak, mentarbiah anak-anak, siapa lagi yang ingin kita harapkan untuk menggantikan tempat kita mentarbiah anak-anak

Perhatikan dalam komuniti kita, dalam tempat kerja kita, dalam keluarga kita, dalam persekitaran kita, ramaikah yang berbicara tentang ALLAH? Ramaikan yang mengingatkan tentang ibadah?

Jadilah  orang yang mengingatkan orang lain tentang ALLAH, tentang Islam, tentang akhirat.

Biarlah apabila orang lihat kita, dia akan terus teringatkan ALLAH dan ibadah.


Sungguh banyak lagi amalan Islam yang makin ditinggalkan dan akan dilihat ganjil jika terus disisihkan.

Menutup aurat dengan sempurna.

Sunnah-sunnah nabi.

Berkata benar.

Berdiam jika tiada perkara baik yang ingin dikatakan.

Menahan marah

Menahan diri dari mencaci keji, mengumpat, menghina dan lain-lain...

Sungguh jika bukan kita yang amalkan, siapa lagi yang ingin menunjuk contoh tentang akhlak-akhlak mulia ini.


Saya tutup status ini dengan penuh pengharapan semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita untuk menunaikan hak dan tanggungjawab yang ALLAH berikan kepada kita melalui kelebihan yang unik yang ALLAH berika kepada kita

Sungguh adakalanya rasa diri masih belum lakukan semua tanggungjawab ini dengan sempurna. Masih banyak lagi lompong kekurangan yang masih belum ditampung.

ALLAH ampunikanlah kekurangan kita dan bantulah kita untuk menunaikan tanggungjawab kita dengan sempurna


Tuesday, September 18, 2018

Persoalan ketika kecil yang terjawab kini.

بسم الله الرحمن الرحيم


Kadangkala ada beberapa soalan yang bermain-main di fikiran kita ketika kecil yang masih kita ingat dan terjawab apabila kita sudah dewasa.

Antara persoalan yang saya fikir ketika kecil yang terjawab apabila dewasa ialah kenangan ketika di rumah Pakwa (kampung) di Melaka.

Jika cuti panjang adakalanya kami adik beradik akan tinggal di kampung.

Ketika di kampung, adakalanya kami akan mencari kaset nasyid dalam almari.

Di rumah kampung

Kini giliran cicit-cicit pula bermain di tingkat atas di rumah kampung.

Semoga Allah masukkan Pakwa  dan makwa ke dalam syurga. Amin.


Biasalah bila buka almari tu mesti ada barang yang diambil kemudian tak disimpan semula.

"Siapa yang main barang dalam almari ni? Siapa yang ambil kaset dari dalam almari ni?" Pakwa bertanya.

Ketika usia kanak-kanak itu, saya terfikir, almari itu di bahagian atas rumah, di ceruk sana, macammana Pakwa boleh perasan ada orang usik barang dalam almari tu?

Kini bila dewasa, barulah saya tahu, kita orang dewasa memang perasan kalau orang ubah barang di rumah kita, lebih-lebih lagi kalau kita mengemas rumah setiap hari, pasti tahu jika ada orang usik barang walaupun di ceruk yang selalu tak digunakan. Perasan saja kalau orang ambil barang tak letak di tempat yang selalu kita simpan barang tersebut.

Begitulah persoalan dan kenangan ketika kanak-kanak yang terjawab sudah.

Saturday, September 15, 2018

Sejarah dan perkembangan blog cinta-rasul.

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejarah saya menulis blog pula bermula ketika pulang dari Syria hampir 11 tahun yang lalu

Abang ipar yang mula-mula dulu ada blog. Ketika zaman itu manalah ada Facebook, Twitter, IG. Ketika itu zaman blog sedang naik. Ramai orang menulis di blog sepertimana Facebook dan Twitter pada masa kini.

Makanya abang ipar mengajar baba untuk membuat blog. Entah apa tujuan buka blog ketika itu saya pun tak tahu.

Permulaan menulis blog masih kabur ingin menulis apa?

Hanya cuba untuk menghidupkan blog.

Lama-kelamaan apabila menemui blog homescholler Puan Mahani, saya mula menulis tentang pendidikan anak di rumah dan juga mendidik anak dengan Al-Quran kerana terinspirasi dengan Puan Mahani dan juga ingin menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mendidik anak-anak sejak awal.

Abang Abbudey dan Abdullah kian membesar dan hampir tamat persekolahan di sekolah rendah.

Penulisan di dalam blog ini juga kian berubah. Terdapat banyak genre yang saya cuba sampaikan dalam blog ini.

Ketuhanan. Info buku. Info mendidik anak-anak. Muhasabah diri dan macam-macam lagi.

Saya amat seronok apabila melihat ada blogger yang mampu menerbitkan buku hasil dari penulisan entri-entri dalam blog mereka.

Terdetik cita-cita untuk menerbitkan buku juga hasil dari entri-entri dalam blog ini yang sudah melebihi 1000 entri. Semoga Allah perkenankan doa di petang Hari Pertama Ramadhan ini. Amin Ya Rabb.

Dalam hati juga, tersemat rasa untuk sentiasa mendekatkan hati pembaca blog ini dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Biarlah apabila orang membuka blog ini sahaja, teringatkan Allah. Moga kita juga mendapat ganjaran di sisi Allah.

Satu lagi niat di hati ialah agar blog ini menjadi ulangan memori indah buat anak-anak dan ia telahpun tercapai pada masa sekarang.

Masyaallah, masa yang berlalu tak terasa begitu cepatnya. Tidak sedar sudah lebih 10 tahun saya menulis di blog ini.

Abang Abbudey dan Abdullah yang dahulunya kecil kini mereka membaca kisah-kisah mereka sendiri di dalam blog ini. Banyak dari kisah mereka yang mereka tidak lagi ingat.

Memang ralit kalau mereka membuka blog ini.

Semoga entri dalam blog ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan Ummat Islam.

Semoga ada nilainya di sisi Allah.

Wednesday, September 12, 2018

Mak dan abah: Buku dan penulisan

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya teringat beberapa hari kebelakangan ini bahawa minat saya pada buku dan penulisan adalah terkesan dari melihat mak dan abah.

Mak dan abah memang dari dulu hingga sekarang banyak membaca buku.

Di meja tepi katil mesti ada buku (biasanya buku berbahasa Inggeris) untuk dibaca.

Hinggakan ketika kami sekeluarga menetap di Syria pun, kami akan pergi ke Takiyyah Sulaimaniah bersama mak untuk mencari buku-buku lama dalam Bahasa Inggeris yang ada jual di sana.

Sungguh buku mempunyai aura positif yang mampu memberikan rasa bahagia, tenang, gembira dan seronok apabila membaca.

Gambar di atas diambil dari buku ini


Abah pula dulu ketika bekerja di Brunei pernah menjadi penulis majalah di Brunei. Malahan sebelum zaman blogger dan Wordpress lagi, abah sudah ada web dan blog sendiri.

Ketika kami di Syria kami pernah baca blog yang abah tulis tentang abang Abbudey.

Kini saya jatuh cinta dengan buku dan penulisan.

Sungguh ada nikmat bahagia yang dirasakan apabila dapat menulis dan membaca. Dapat menzahirkan rasa hati dan fikrah dari minda. Sungguh ia satu kenikmatan dari Allah.

Moga ia menjadi satu hobi yang memberikan manfaat kepada diri, masyarakat dan Agama Islam. Ya Rabb.

Sunday, September 9, 2018

Karya Abdullah: Tajuk: Kasih sayang Keluarga

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah hasil karya Abdullah yang ditulis sendiri tanpa disuruh. Abdullah tulis di dalam aplikasi notepad.

Entah bila Abdullah tulis pun saya tak pasti, tengok-tengok dah ada draft dalam notepad.

Membaca karya Abdullah ini mengingatkan saya kepada buku tulisan Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang bertajuk Nota Untuk Anakku yang pernah saya tulis reviunya yang di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2018/05/info-buku-nota-untuk-anakku-dan-pustaka.html



Inilah mukasurat tersebut:

Allah hindarkanlah keluarga kita dari pergaduhan dan permusuhan sesama sendiri.

Jika ada khilaf, berlapang dadalah, cuba untuk memberi dan menerima kemaafan.

Usahakanlah untuk sama-sama saling mendoakan yang terbaik untuk adik beradik yang lain.

Makin dewasa kita mungkin makin berbeza pemikiran dan pandangan. Raikanlah perbezaan dengan harmoni. Janganlah berbalah berlebihan. Ingatlah antara tanda-tanda orang munafiq ialah mereka yang berlebihan ketika berbalah

Begitu juga saya teringatkan karya Abdullah ini apabila membaca kisah tentang Sheikh Muhammad Qutb dan abangnya Sheikh Sayyid Qutb ini:
Abang yang tegas namun penyayang yang banyak memberi inspirasi kepada adik


Kisah ini diambil dari buku ini Selamat tinggal ulama ini:
Insyaallah akan cuba tulis reviu buku yang menarik ini di masa hadapan


Semoga anak-anak terus mengembangkan bakat menulis dan banyak memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

Di bawah inilah hasil tulisan Abdullah:
-------

Keluarga saya ada lima orang: Emak,ayah,abang sulung,saya dan adik saya.

Saya dan abang saya selalu bergaduh dan abang saya selalu marah saya tetapi saya nampak sifat kasih sayangnya terhadap saya.

Adik, abang dan sepupu saya

Saya pun seronok ada abang yang ada sifat penyayang.

Abang saya

 Jadi hargailah dan sayang abang anda.


TAMAT


Friday, September 7, 2018

Info Buku Ku Cium Haruman Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku ini saya beli kerana terkesan dengan kata-kata Ustazah Ainun Mardhiah dalam video ini:


Antara kata-katanya yang membuka hati saya untuk membuat pre order buku ini di dalam video tersebut ialah:

1- Kita perlukan contoh/ model muslim yang soleh masakini dalam hidup kita. Contoh keluarga yang menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

2- Buku ini ditulis agar anak-anak almarhumah yang masih kecil dapat mengenali dan mengetahui kebaikan, keistimewaan dan kesolehan ibu mereka.

Inilah bukunya

Tanda tangan penulis


Catatan kenangan ditulis oleh sanak saudara dan rakan handai almarhumah

Buku ini juga membuatkan saya teringat kepada Arwah Ustazah Elham Abdel Halem yang meninggal akibat kemalangan jalan raya dua bulan yang lalu. Dua kisah yang hampir sama.


Sungguh antara prinsip yang sering berulang-ulang kali terlintas di minda ialah:
"Sungguh Allah jadikan semua manusia punya kelebihan masing-masing yang tersendiri agar ia dapat menggunakan kelebihan dirinya untuk memberi manfaat kepada orang lain dan orang lain dapat mengambil iktibar dan teladan dari dirinya. Sungguh kehidupan dan sejarah hidup setiap individu dapat menjadi panduan dan pelajaran kepada orang lain. Kerana itulah manusia itu saling melengkapi."


Tajuk yang menusuk kalbu

Membaca buku ini juga membuatkan saya teringat tentang keinginan diri untuk menulis tentang kebaikan insan lain yang terbantut kerana beberapa faktor:
1- Bimbang manusia itu berubah
2- Bimbang terlalu memuja makhluk

InsyaALLAH jika ada rezeki insyaALLAH akan ditulis juga suatu hari nanti untuk memberi faedah kepada orang lain.

Menulis tentang kebaikan individu sebenarnya dapat memberi pedoman dan panduan kepada orang lain hatta walaupun seseorang itu menulis kebaikan dirinya dengan niat memberi manfaat kepada orang lain. Seperti Sheikh Asy-Sya'rani, pengarang kitab Al-Minan Al-Kubra yang pernah ditulis dalam entri ini.
http://cinta-rasul.blogspot.com/2015/04/minat-menulis-dan-membaca.html

Antara faedah yang saya dapat dalam buku ini:
1- Terikatnya hati insan dengan Allah
2- Setiap manusia pasti ada kebaikan yang menyerlah dalam dirinya yang menarik perhatian setiap orang. Perhatikanlah dan contohilah apa yang baik.
3- Setiap insan itu berusaha dan melalui jerih payah dalam kehidupannya yang mungkin orang lain tak tahu.

Bab yang terakhir tentang status Facebook almarhumah yang berbentuk tarbiah yang pernah dikongsikan mengingatkan saya kata-kata:

Tulislah kerana ia akan menjadi pahala yang berpanjangan walaupun selepas kematian penulisnya.

Tulislah sebanyak-banyaknya, kerana kamu tidak tahu mana satu tulisan kamu yang mengenalkan pembaca kepada Allah.



Kelebihan buku ini adalah pada ayatnya yang simple dan mudah difahami. Kisahnya juga adakalanya mungkin biasa kita lalui, namun ada hikmah dan pedoman di sebaliknya bagi mereka yang memerhati.

Alhamdulillah, buku yang menginsafkan.
Selamat membaca.

Thursday, September 6, 2018

Majlis Anugerah Al-Quran Tahunan Itqan 2018

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah.

Alhamdulillah.






Abang Abbudey ketika menerima hadiah.

Saya katakan kepada Abdullah:
"Adik doa adik makbul."

Abdullah tanya:
"Doa yang mana?"

"Kan kita doakan abang dapat juara musabaqah. Allah makbulkan dah. Alhamdulillah."



Sebelum masuk dewan


Walaupun penat berulang alik 3 minggu berturut-turut dari Kedah ke KL dan balik hari, Alhamdulillah kemenangan Abang Abbudey amat membahagiakan kami.

Pandangan dari sudut atas.

Sebelum mula majlis


Pemenang-pemenang musabaqah hafazan Al-Quran ITQAN adalah mereka yang bertuah di antara 600 orang yang bertanding.


Para pemenang masuk ke dewan dengan diiringi nasyid yang penuh semangat.

Sheikh Ali AlMaasharawi turut hadir ke majlis tersebut


Terdetik dalam hati:
"Bahagianya bila Allah perkenankan doa agar Abang Abbudey menjadi juara musabaqah ini, tentu lebih bahagia bila Allah perkenankan doa untuk masuk ke syurga Al Firdaus. Ya Rabb."

Rasa lain bila majlis diisi dengan persembahan nasyid dalam Bahasa Arab.

Ramai hadirin dalam dewan pun terdiri dari orang-orang Arab.

Untuk Abang Abbudey yang lama tidak memenangi pertandingan, tentulah ia adalah saat yang manis untuknya.

Semoga Allah memberkati kita semua dan menjadikan kita orang yang cemerlang dunia dan akhirat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...