Sunday, March 28, 2021

Inspirasi buku-buku tentang tokoh

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 21/11/2020




 Setiap kali membaca buku tentang tokoh, pasti diri akan terinspirasi, pasti terdetik dalam hati "Macammana nak jadi sehebat mereka?"


Hebatnya cinta mereka kepada ilmu, akhlak mereka, cinta mereka kepada Al Quran.


Satu kisah tentang kehebatan daya hafazan Imam Al Bukhari. Ketika para ulama menguji beliau dengan mengubah 10 sanad dan matan, beliau dapat membetulkannya semula.


"Sanad x yang kamu baca adalah pada hadis sekian-sekian, yang Sanad Y untuk hadis sekian-sekian"


Bukan mengagumkan kerana beliau hanya dapat menyusun semula sanad dan matan, tapi kerana beliau dapat mengingati susunan yang salah walau disebut sekali lalu sahaja.


Demikianlah kehebatan tokoh ulama dahulu.


Moga ada kegemilangan yang boleh kita ulangi🤩

Wednesday, March 24, 2021

Komik penyiasatan yang best

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/11/2020


 3 buku ni best.


Bukan pasal hantu (walaupun tajuk dia agak mistik😅), tapi pasal penyiasatan.



Saya akan baca buku yang dibeli untuk anak-anak untuk menyemak isi kandungannya.


Keseronokan buku penyiasatan kerana membuatkan kita tertanya-tanya dan perasaan membuak-buak untuk ikuti siasatan hingga akhirnya.

Saturday, March 20, 2021

Kembalilah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 16/11/2020


Andai tersalah langkah,
Pulanglah ke landasan asal,
Kembali kuatkan azam
Meniti jalan lurus.
Pohon sesungguh hati,
Setiap masa, 
Hingga akhir hayat
"Tunjukkan kami jalan yang lurus." Al-Fatihah:6

(( Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.)) Riwayat Ibn Majah (4392)

Thursday, March 18, 2021

Dua doa

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/3/2021


Dua doa yang dipinta sungguh-sungguh dan dijiwai setiap masa:



1. Zuriat penyejuk hati, ikutan orang yang bertaqwa.


2. Hidayah yang berkekalan hingga ke Firdausi. Allah jualah yang melimpahkan pemberian.

Tuesday, March 16, 2021

Renunglah dalam diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 15/11/2020


Lihat insan sekeliling kita, semua pasti punya kekurangan, begitu juga kita, namun pasti ada kelebihan yang unik yang Allah anugerahkan.


Si A: sangat ringan tulang, membantu siapa sahaja.


Si B: baik tutur kata, lemah lembut sifatnya.



Insan C: Sangat berusaha dalam kerjanya. Kalau buat kerja, mesti sampai jadi.


Insan D: Pandai memasak, cekap berniaga, jual apa mesti laku. Sangat bersih dan kemas.


........ begitulah kepelbagaian manusia, pasti ada kelebihan yang membuatkan dirinya menonjol dalam aspek tersebut berbanding orang lain.



Begitu juga diri kita. Renunglah dalam diri. Cari kelebihan yang Allah kurniakan. Gilaplah potensi diri. Itulah keunikan kita berbanding orang lain.


Itulah bukti kekuasaan Allah SWT. 


" Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?" Az Zariyat: 21

Friday, March 12, 2021

Suami atau isteri yang lebih istiqamah?

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 14/11/2020




Menjawab soalan yang ditanya dalam Whatsapp (seperti dalam gambar):

1.  Kekuatan untuk mendidik anak-anak perlu dari semua pihak. Kita perlu kekuatan yang banyak jika berusaha seorang diri.

2. Paling mudah untuk istiqamah dalam mendidik anak-anak bila bermula seawal mungkin. Bila anak-anak dibiasakan dengan sesuatu amalan, insyaallah mudah untuk konsisten/ istiqamah hingga dewasa.

Contoh: Istiqamah menghafaz Al-Quran.

3. Kitalah yang mencorakkan rumahtangga dan anak-anak kita. Amanah dan tanggungjawab kita.

Suasana rumah kita berbeza dengan orang lain, usahalah mengikut keupayaan dan matlamat kita.

4. Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat, tak dapat beri manfaat dengan harta dan material, berilah dengan ilmu.

Semoga bermanfaat

Sunday, March 7, 2021

Keputusan pelik yang berkat

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/11/2020 


Antara keputusan abah yang jarang orang lain buat ialah: pindah bawa semua keluarga ke Syria.


7 orang anak (2 perempuan dan 5 lelaki, paling besar 18 tahun dan paling kecik 4 tahun.) Semua mengaji di Syria ketika itu, peringkat universiti hingga ke tadika.Kakak sulung kerja di Malaysia.


Sebelum itu kami mengaji di tahfiz dan abah adalah antara pengasas dan ahli lembaganya.



Pengorbanan yang besar untuk pengajian anak². Tak mampu kami balas. Moga AlFirdaus untuk mak abah.


Adakah mampu untuk kami contohi?


Nota: Gambar mak abah dan adik² di Syria 18 tahun lalu

Wednesday, March 3, 2021

Kisah dari hati, Buku mini sebesar tapak tangan

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 10/11/2020. Hari kedua PKPB


Satu kepuasan bagi saya bila dapat baca buku hingga ke noktah terakhir.


Buku 20 mukasurat ini adalah hadiah perkahwinan kami dari rakan sepengajian 15 tahun lalu. 




Berkisar tentang kisah-kisah benar yang diceritakan kepada motivator terkenal (femes meletup-letup) di Tanah Arab pada ketika itu, Amru Kholid.


4 kisah dari insan berbeza. Kisah dari hati yang redha dengan ketentuan Ilahi, hati yang rindu bertaubat kepadaNya, mencari erti hidup sebenar, hati yang kembali kepada Allah walau setelah lama sesat dalam noda dunia.


Membawa slogan utama: 

"Dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau redha akan daku". Surah Toha: 84.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...