Wednesday, August 30, 2023

Hikmah di sebalik sakitnya abah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/9/2021


Saya ketika suami sakit, saya melihat hikmah Allah pada ujian tersebut. Hikmah-hikmah yang saya temui ada ditulis dalam entri ini:


https://cinta-rasul.blogspot.com/2020/12/hikmah-hospital.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2020/12/ibadah-ketika-menjaga-orang-sakit-di.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2020/12/signifikannya-menjaga-orang-sakit-di.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2020/12/dalam-ujian-ada-kemanisan.html


Begitulah juga ketika abah sakit.


Ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.

Ahmad Zaid turut tinggal seminggu di rumah pakwa dan makwa


Keriangan buat Maryam bila Ahmad tinggal di sini kerana ada kawan nak bermain.

Masih covid, main dalam kawasan rumah sahaja.


Antaranya ialah merapatkan hubungan kembali dengan adik beradik dan ibu ayah kita.


Lama tak balik tidur rumah mak, bila abah sakit, dapatlah balik dan tidur semula di rumah mak. Mengimbau kembali segala kenangan zaman kanak-kanak dan remaja ketika menetap di rumah tersebut.


Begitulah juga membawakan contoh-contoh yang baik dengan harapan menjadi ikutan adik-adik seperti membaca, mengulang hafazan setiap hari dan solat di awal waktu.


Hubungan adik beradik juga bertambah erat bila dapat tinggal seminggu di rumah mak.


Sungguh menjaga orang sakit itu tidak mudah. Berdoalah selalu semoga kita diberikan kesabaran dan ketabahan dalam melayani ibu bapa yang sakit.


Setiap ujian itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Monday, August 28, 2023

Kesedaran untuk membaca Al-Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/9/2021


Antara hikmah PKP, kita temui jalan-jalan baru untuk menuntut ilmu. Semoga ada keberkatannya. 


Grup Whatsapp yang tiada kepentingan lain selain saling tasmik hafazan Al-Quran dan berbincang tentang Al Quran.



Soalan ini berulang-ulang melintas di fikiran. Untuk hati terus menerus segar mencintai Al Quran. Terus saya bertanya dalam grup tasmik hafazan Al-Quran.


Alhamdulillah jawapan ustaz sangat bermanfaat.



Insyaallah usaha yang diberkati Allah. Doa sentiasa moga semua terus mencintai Al Quran, bukan untuk diri sahaja, tetapi juga untuk keluarga, sahabat, saudara mara dan pelajar-pelajar. 


Terus istiqamah membaca, mengulang, memahami, tadabbur dan mengamalkan Al Quran hingga ke hujung nyawa. Amin

Saturday, August 26, 2023

ISTIQAMAH

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/9/2021


Syukur kepada Allah yang memberikan istiqamah dalam menuntut ilmu.



 Meneruskan lagi pengajian kitab Riyadussolihin selepas solat Subuh. 


Semoga kita semua sentiasa dalam Taufik dan hidayah Ilahi, hingga ke hembusan nafas terakhir.

Friday, August 25, 2023

Menjaga Hafazan Al Quran ketika cuti sekolah

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Sekadar berkongsi sedikit usaha untuk membantu anak-anak menjaga Hafazan Al Quran.


Untuk cuti ini, saya aturkan kelas Al Quran online (tebuk ayat sahaja) untuk Abdullah dan Abdul Rahman setiap Jumaat dan Sabtu. Setengah jam untuk satu sesi. Supaya mereka dapat rasa pengalaman tasmik dengan guru luar pula.



Bagi pelajar yang sudah khatam, ditanya/ ditebuk ayat amat bermanfaat . Ia dapat mengukuhkan hafazan kerana ia mengasah minda untuk ingat kedudukan ayat tersebut. Di mana letaknya ayat itu, surah apa.

Thursday, August 24, 2023

Bila abah sakit



بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/9/2022


Allah....


Melihat abah sakit membuatkan saya berfikir banyak. Terlalu banyak yang difikirkan, direnung, muhasabah dan diimbau kembali.


Abah suatu masa dahulu berada di kemuncak karier sebagai doktor homeopati, kemuncak kewangan, boleh menghantar anak-anak belajar di Syria, boleh belajar Bahasa Arab dan Al Quran di sana. Tapi kini,abah nak pergi ke tandas sendiri pun tak mampu.


Perasaan dan muhasabah diri yang hadir sama seperti ketika suami sakit pada tahun lepas.


Sungguh diri ini terasa semuanya milik Allah dan Allah mampu untuk mengambilnya bila-bila masa.


Serentak dengan itu juga terfikir apakah nasib aku pada masa hadapan nanti?


Semoga Allah tetapkan segala kebaikan dan Husnul Khatimah buat kita semua.


Cuti seminggu bermula

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Esok bermulalah cuti seminggu.


Kawallah apa yang ditonton, apa yang diucapkan, apa yang dilakukan. Jagalah akhlak berbekalkan kemuliaan Al Quran yang ada dalam dada.


Jadi fitnah pula bila orang lihat akhlak/ kata-kata kita tidak seiring dengan KEMULIAAN AL QURAN YANG BERSAMA KITA saban hari.


Moga Allah bantu kita semua dan kekalkan hidayahNya kepada kita semua, insyaallah.



FOTO: KEMPEN HIFZUL LISAN lajnah Syariah (kempen menjaga tutur kata)

Tuesday, August 22, 2023

Di manakah Al Quran dalam hidup kita?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/9/2021


Ada perkara yang meruntun jiwa.


Ingin mengubahnya. Tapi apa daya yang ada? Berdoa sesungguh hati. Tapi di mana usahanya?


Bila saya melihat keluarga terdekat yang jauh dari Al Quran. Al Quran tidak lagi dibaca, dipegang dan dihayati.



Kehadiran saya menumpang dalam rumah itu hampir seminggu membawa azam dan doa moga timbul kesedaran dalam hati mereka agar mereka kembali mencintai Al Quran.


Sedih bila suatu ketika dahulu, anak-anak dihantar belajar di tahfiz, setiap hari menghafaz Al-Quran, namun bila dewasa, Al Quran tidak dibuka dianggap perkara yang biasa.


Kelas Al Quran yang saya ada setiap hari dan terus tasmik hafazan secara online walaupun bertamu di rumah orang.


"Kau sorang je yang baca Al Quran dalam rumah ni. Orang lain lama dah tak baca Al Quran dalam rumah ni." Kata ahli rumah itu menikam hati saya.


Pedih.


Walaupun mereka tidak meninggalkan solat, menjaga aurat, namun terasa pedih bila Al Quran ditinggalkan walaupun satu ketika dulu mereka menghafal Al-Quran.


Tidak sekali ingin menunjukkan kebaikan diri, namun hasrat di hati ingin membawa orang lain mencintai Al Quran. Lebih-lebih lagi keluarga terdekat kita.


Bantulah kami ya Allah.

Sunday, August 20, 2023

Hadis yang menusuk kalbu.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/9/2021.


Melihat keadaan abah yang sakit, saya terasa diterjah-terjah oleh hadis ini:


Ditambah pula bila melihat tulisan Prof Kamil.



Fikiran diterjah-terjah oleh hadis ini kebelakangan ini. Gunakanlah peluang nikmat yang ada SEKARANG. Ia tidak kekal.



Sungguh. Begitulah juga dengan ibadah. Lakukan yang terbaik ketika masih sihat. Jika dah sakit, ibadah pun kurang kualitinya. 

Bila sakit, nak solat sunat, solat tahajjud, puasa sunat, baca Al-Quran... semuanya tak mampu. 


Melihat keadaan sedemikian, hati berkata:

Rebutlah nikmat beribadah SEKARANG. Ketika masih sihat dan kuat.


Namun tetap mengharapkan pahala istiqamah

Friday, August 18, 2023

Cabaran kehidupan di bandaraya metropolitan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/9/2021


Cabaran hidup di bandaraya metropolitan bila hasutan bertali arus untuk membeli semudah ketik ketik di hujung jari.












Dari breakfast sampai late dinner, 🐼 mai rumah. 


Breakfast dari Kelantan.

Lunch dari Korea

Dinner dari Jepun

Late dinner dari Spain


Selamat pilihan 🐼 kat Kuala Ketil tak semeriah itu.


Mak: "Benda apa lagi korang beli tak habis-habis lagi ni?!"


😅

Wednesday, August 16, 2023

Rezeki....

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/9/2021


Walaupun tinggal nun jauh dalam estate, tapi hampir setiap hari ada orang mai berkongsi rezeki. Kadang-kadang seperiuk dihantarnya.



Errr..pastu bila nak dietnya? Tahun 2021 nak habis dah ni😑

Monday, August 14, 2023

Hanya itu

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/9/2021


 Terperangkap

Dalam memori kegemilangan keriangan.

Semuanya milik Allah

Sebagaimana gembira di kala senang

Bersabarlah dalam ujian.

Di sana mereka yang sejuta kali lebih derita.

Sabar.



Mempertahankan bukti cinta

Ketika susah, tak punya apa, tiada daya.

Mengharapkan ehsan dan kasih.


Hanya perlukan doa

Tanpa soalan

Tanpa cerita

Tanpa pertanyaan.

Hanya doa.

Hanya doa.

Saturday, August 12, 2023

KINI 2 JUZUK SEHARI

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/9/2021


Bermula minggu ini, tugasan tasmik menjadi 2 juzuk (40 mukasurat) sehari memandangkan jumlah hafazan semakin banyak.


Sejuzuk dengan ustazah jam 7 pagi.


Dan sejuzuk lagi dengan sahabat dari Brunei jam 10. Selang-selang tasmik. Secara online.



Masyaallah, kagum dengan usaha sahabat-sahabat menjaga hafazan walau sudah berkeluarga dan bekerja. Sambil berkejar-kejar uruskan rumahtangga dan kerja, berhenti sebentar untuk tasmik hafazan. Seronok berada dalam kelompok mereka yang bersungguh-sungguh menjaga hafazan Al-Quran. Alhamdulillah.


Jauh dalam sudut hati, moga anak-anak dan pelajar-pelajar Maahad juga bersungguh-sungguh menjaga hafazan mereka, Amin.

Thursday, August 10, 2023

Rekod bacaan Ogos 2021

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/8/2021


Bila membaca, timbangkan perkara yang betul dan salah berbekalkan ilmu yang ada. Jika tidak pasti, bertanyalah kepada yang lebih arif.



Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Membaca adalah terapi. Bersyukur atas nikmat tahu membaca.

Tuesday, August 8, 2023

MIMPI NGERI

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/8/2021


Seseorang pernah bertanya kepada saya: "Ko yakin ko hafal SEMUA Al Quran? TEBAL Al Quran ni! Mesti ada ayat yang ko tak hafal" -senyum sinis-


Terus terfikir: 'eh betul ke ada ayat Al-Quran yang aku tak hafal? Tapi dulu banyak kali aku masuk musabaqah 30juz, mesti dah hafal semua Al Quran kan? Eh, betul ke?'


Walaupun hanya mimpi, tapi kesan seram dan ragu-ragunya terbawa ke alam realiti. (Mudah terpengaruh?😅).



Antara perkara yang ditakuti ketika tasmik dengan ustazah, tiba-tiba saja ada ayat/perkataan yang hilang dari ingatan, walaupun sebelum ini tak pernah lupa, tiba-tiba tak tau apa perkataan yang lupa tu? Usaha ulang semula ayat sehingga jumpa balik perkataan/ ayat tu.


Amanah kita menjaga hafazan Al-Quran yang sudah dihafal.

Sunday, August 6, 2023

Cuti baca Al Quran?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/8/2021


🧕🏻: Ahmad, mai tasmik dengan mama.


👦🏻: Hari ni cuti, mama.



🧕🏻: Main game ada cuti tak? Makan ada cuti? Baca Al Quran pun tak payah ada cuti. Biar cuti kat sekolah je, kat rumah jangan cuti baca Al Quran. Mai tasmik, nanti esok tasmik dengan ustazah sangkut-sangkut pulak.


🗒️:Selagi larat nak ajak baca Al Quran

Friday, August 4, 2023

Apakah erti pembelajaran?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/8/2021


Ketika membaca kitab berbahasa Arab yang bertajuk:

Pedagogi pengajaran Al Quran dan tarbiyah Islamiyah, definisi pembelajaran ini sangatlah menarik minat saya dan menyentuh hati:



Pembelajaran adalah:

Apa yang lekat di minda dan memberi kesan pada tingkahlaku setelah lama meninggalkan zaman belajar.


Jadi muhasabah diri, apakah ilmu yang masih kita ingat dan ada kesannya dalam diri kita sekarang?

Wednesday, August 2, 2023

Kitab rujukan atas talian?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/8/2021


Ketika degree di Syria, untuk menulis tesis, kitab rujukan diperolehi 100% dari library (zaman HP tiada internet lagi ya). Datang ke library seawal ia dibuka untuk mengelakkan berebut kitab dengan siswi lain adalah perkara biasa.


Ketika buat Master di KUIN A.star, saya sangat bimbang jika kena cari rujukan di library kerana Abdullah masih baby ketika itu (Ketika phD, Ahmad Zaid pula baby😅). Susah nak bawa anak kecil ke library. 



Saya cuba maksimumkan mencari kitab rujukan atas talian untuk mengelakkan pergi ke library. Alhamdulillah ia berhasil.


Tapi untuk bahan bacaan peribadi, lebih selesa membaca buku fizikal(sebab tak perlu ke library, beli sendiri). Mata cepat penat bila tengok screen laptop berbanding tengok buku fizikal.


NOTA GAMBAR: Di Masjid Nabawi juga terdapat library.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...