Thursday, January 30, 2020

Pembaris melukis


بسم الله الرحمن الرحيم

Bila lihat pembaris ini, saya teringat pembaris bentuk seperti ini ketika zaman kanak-kanak kita dulu.


Beli ketika sale 9.9 hari tu

Alhamdulillah jimat banyak 😅




Dah sampai


Alhamdulillah Ahmad faham dan seronok menggunakan pembaris ini.


Sunday, January 26, 2020

Alat Siram pokok ketika tiada di rumah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak tanam pokok, sering risau jika tiada di rumah siapa yang nak tolong siramkan pokok.

Kebetulan pada sale 9.9 , terjumpa alat untuk siramkan pokok.


Alhamdulillah bayar rm2 saja untuk 8 barang.

Seronok bila ada sale macam ni .





Boleh set kelajuan titisan air



Alhamdulillah barang selamat sampai dan digunakan.



Sangat memudahkan urusan dan membantu.

Wednesday, January 22, 2020

Info buku: Bicara Ini Untuk Murabbi, Perginya TG Dato'Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Aziz


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/9/2019


Masyaallah...

Membaca buku ini sangat memberikan banyak faedah dan keinsafan.


Banyak pengajaran yang boleh didapati dari cara hidup dan pemikiran TG Nik Abdul Aziz




Nasihat dan panduan di dalam buku ini amat berguna untuk kita.

Antara nasihat yang paling berkesan di hati ialah:

1. Menunaikan solat tahajjud

2. Sentiasa berzikir dan berselawat.















Begitulah beberapa helaian menarik di dalam buku ini.

Alhamdulillah.

Ia adalah sebuah buku yang sangat memberi kesan dalam hati.

Pastikan anda membacanya.

Saturday, January 18, 2020

Tempat menarik di Betong

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 15/9/2019

Kelmarin kami berpeluang bercuti di Betong bersama dua keluarga rakan-rakan kami.

Kami bertolak dari rumah jam 7.

Setengah jam kemudian sampai ke sempadan Thailand. 

Walaupun jarak yang dekat sahaja, namun inilah kali pertama kami masuk Thailand melalui Pengkalan Hulu.

Perjalanan kali ini saya bawa sekali buku Dr.Kamilin Jamilin, Sila baca dan jangan tidur.


Alhamdulillah peneman yang bagus. Dapat mengisi masa ketika menunggu rakan-rakan lain.

Begitulah jika berkonvoi, banyak masa perlu menunggu orang lain. Sangat bagus bila ada buku.

Malah boleh berdiskusi buku dengan baba. Satu perkara yang disukai.

Kami ke Piyamit Tunnel.

Masuk ke sini sangat murah.

Ada orang menjual durian, dan manggis ketika itu.

Masya Allah... Buah-buahan di sana sangat segar dan sedap.

Walaupun musim durian sudah di penghujung, namun durian yang dibeli sangat sedap.

Perjalanan dalam hutan, kesan tinggalan komunis dari Malaysia di sini.

Tangga yang agak tinggi.

Agak menggeletar juga lutut ketika perjalanan balik turut tangga yang banyak.

Pokok yang sangat besar.

Ada siput bulan yang panjang

Tumbuhan ini apabila ia jatuh dari atas pokok, ia berpusing seperti kipas.


Masyaallah

Inilah tumbuhan itu


Banyak ilmu baru dan manfaat untuk anak-anak







Memasuki terowong yang sangat panjang


Antara yang menarik di Piyamit Tunnel ini:








Di dalam terowong




Perjalanan turun dan keluar



Seterusnya kami ke kolam air panas yang berdekatan.

Masuk ke sana adalah percuma.




Turut membeli dan merebus telur puyuh di dalam ini



Setelah itu kami ke pasar basah dan kedai borong.

Alhamdulillah satu percutian yang menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...