Sunday, May 27, 2012

Bagaimana ingin menjadikan cuti sekolah yg berkualiti?




بسم الله الرحمن الرحيم

Bila sebut cuti, mesti semua orang ingin bercuti, bebas dari kerja sekolah dan kerja2 pejabat. Tapi masa itu tetap tidak boleh dibazirkan sewenang2nya (anda akan ditanya di akhirat nanti).

Jadi, bagaimana ingin bercuti, tetapi tidak membazirkan masa?pening tak soalan ni?  :)

Google

Bagi yg menyertai kem2 cuti sekolah, menghadiri kenduri2, balik kampung, bercuti dengan keluarga dan mcm2 aktiviti lain, ALhamdulillah, ia satu perkara yg bagus. Faedahnya dapat menimba ilmu, memberi semangat baru dengan berehat dan mengerat hubungan kekeluargaan.

Tapi bertambah bagus lagi jika kita letakkan TARGET  untuk cuti ini.

PERTAMA: TARGET

Target biar jelas!

jangan letakkan target yg terlalu besar!  padankan target dengan tempoh cuti itu.

Jika cuti hanya 14 hari sahaja, padankan target anda dengan tempoh masa tersebut.

Jika ada mempunyai anak kecil, letakkan target utk cuti sekolah  mereka supaya mereka dilatih menjadi seorang yg mempunyai cita2 dan hadaf dalam hidup.




salah satu target cuti sekolah yang baik



Sebagai contohnya:

1- Letakkan target supaya anak berumur 4 tahun boleh tamat buku bacalah anakku no 2 dalam masa cuti  sekolah ini.

2- Ataupun: letakkan target supaya anak berumur 5 tahun dapat menghafal surah al-qariah hingga az-zalzalah dalam masa cuti ini.

3- Atau sebagai seorang remaja meletakkan target ingin pergi solat di Masjid pada setiap waktu solat, mendengar kuliah2 di masjid dll.

4- atau belikan sebuah buku (motivasi atau kemahiran atau majalah solusi atau yg seumpamanya atau  apa sahaja selain komik) dan letakkan target supaya mereka menghabiskan membacanya pada waktu cuti sekolah ini.
Target ini perlulah di letak dan disemat kukuh2 sebelum cuti atau pada awal waktu cuti.


KEDUA: PLAN

Selepas ada target, anda perlu ada plan.

Jangan biarkan plan anda mengambil masa yg banyak dalam sehari, kerana anda akan cepat jemu dan rasa cuti ini bagai tidak bercuti.

Kalau plan anda itu hanya mengambil masa 1 atau 2 jam sehari pun itu sudah cukup bagus.

Plan biar munasabah dan senang dilaksanakan

Sebagai contoh, membaca buku 'bacalah anakku' selama 10 minit dengan anak. Kemudian pada waktu petang membaca alquran dengan anak2 selama setengah jam.waktu maghrib  pergi mendengar kuliah di masjid dengan anak2. sebelum tidur, membaca buku dengan anak2.

AKHIR SEKALI: TERCAPAI?

Di hujung cuti, anda lihat sendiri adakah target cuti anda ini tercapai?
Jangan kedekut memberi hadiah kepada anak2 jika target cuti sekolah mereka tercapai.

Jadi. Anda berseronok dalam cuti sekolah tanpa penat bekerja mahupun membazir masa .

OK x?

CUTI SEKOLAH YG BERKUALITI!

Wednesday, May 23, 2012

Tips membawa anak2 mendengar kuliah di masjid

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah jika ada kesempatan dan masa, kami sekeluarga akan mengikuti baba menyampaikan kuliah di masjid.

Di sini beberapa tips dan persediaan yg perlu dilakukan utk membawa anak kecil ke masjid:

1- Sila kenal pasti masjid yg anda ingin pergi itu, pastikan ia luas (mesra kanak2) dan tidak mengganggu jemaah lain.

2- Bawalah makanan2 yg simple (biskut ke, air kotak ke) kerana kanak2 cpt lapar bila mereka bosan. Walaupun dalam tempoh masa yg sekejap (antara maghrib dan isyak hya 1 jam sahaja), tp klu mereka boring, mereka akan bising minta makanan kan?

3- Bawa barang yg membolehkan mereka beraktiviti dalam keadaan senyap mcm puzzle ke, buku warna ke, buku sticker ke, mainan kecik2 ke...

4- Pesan dan selalu ingatkan mereka sebelum pergi masjid agar menjaga adab2 masjid dan berakhlak sopan.

Mungkin 1st time agar sukar dan kanak2 akan cepat jemu, tp bila dah selalu, InsyaALLAh tiada masalah.. Malahan mereka akan suka utk turut serta mendengar kuliah di masjid.


Ini barang yg saya bawa utk anak2 ketika mengikut baba menyampaikan  kuliah di Surau Al-Hidayah, Sungai Petani
-alat tulis, pensil warna, buku2 aktiviti, buku lukisan, agar2 dlm bekas (dpt dr kenduri kahwin) dan air masak-

buku yg kami bw pergi utk adik Abdullah mengisi masanya



Abdullah mnyiapkan buku aktivitinya

Abang Abbudey dengan minat melukisnya.

Kami memilih ruang belakang, jauh dr jemaah lain supaya tidak menganggu mereka mendengar kuliah.
Dan Alhamdulillah surau ini luas. Jd anak2 pun selesa.

Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita membawa anak2 kecil ke masjid. Mereka akan biasa dengan Majlis2 ilmu dan juga tempat2 baik seperti ini.

Bagaimana kita ingin menggalakkan mereka utk solat di masjid jika sering dihindarkan dari masjid.

Apa2pun, sebolehnya sebagai ibu bapa kepada kanak2 tersebut, kita cubalah sedaya mungkin untuk tidak mengganggu jemaah lain dengan kehadiran anak2 kecil kita..

Yang penting, ikhlaskan niat dan berdoalah semoga semuanya berjalan lancar!

Anak2 yg sibuk dengan kerja masing2 memudahkan urusan utk pergi mendengar kuliah di Masjid

Sunday, May 6, 2012

Buku 100 saranan untuk kecemerlangan anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk meningkatkan ilmu dan muhasabah diri tentang cara mendidik anak2, kita perlu BANYAK membaca. tetapi kadang2 masa sgt sibuk dan padat dan tiada masa utk membaca.

Kerana itulah, kali ini saya akan sarankan buku motivasi utk ibu bapa yg kecil dan nipis sahaja (murah sgt juga), tetapi penuh dengan info dan panduan kepada ibu bapa.

Inilah bukunya!
Kecil molek sahaja bukunya

Penerbit: Dar Hidayah
Harga: RM6 je.....
Dimulakan dengan Bab Menguatkan Iman Anak

Antara bab yang menarik



Di sediakan ruang samada anda sudah lakukan perkara ini atau belum atau anda tidak bersetuju dengan perkara ini.

Perhatian bagi ibu bapa!

Berikut ialah beberapa petikan dari buku tersebut yang sangat menarik minat saya ....
Jangan komen/sindir  anak2 depan orang lain kerana ia akan menyebabkan mereka terluka dan marah. Ia juga merendah2kan keyakinan dan maruah si anak..
Astagfirullah... berapa ramai dri kita yg lupa ttg perkara ini.
Astagfirullah!

Ya! sentiasalah tanamkan cita2 yg tinggi dlm diri anak utk dunia dan akhiratnya!

Contoh yg sgt menarik di mana ibu Imam Sudais sentiasa memberitahu ketika kecil bahawa dia akan menjadi Imam Masjidil Haram bila dewaasa nanti dan itulah yg berlaku kini!
MASYAALLAH !!

Biarkan anaka pilih bajunya sendiri agar dia biasa membuat keputusan sendiri dan berdikari

jangan perkecilkan soalan dan emosi anak2

YA. Amalkan utk bercerita kepada anak.
Point ini mengingatkan saya pada Puan Lina Karim 

Bina sikap kreatif dlm minda anak2 dengan mengajak mereka berbincang

Selalulah memeluk anak2!

5 tahun pertama usia kanak2 perlu dikenalkan dan dibiasakan dengan agama dan amal soleh agar mereka  biasa dan istiqamah di masa hadapan InsyaALLAH

YA!  Ibu bapa perlu sentiasa berusaha dan berdoa agar dapat meningkatkan prestasi dalam mendidik anak2 supaya menjadi INSAN YG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT!

Inilah beberapa point penting yg menarik dalam buku ini. Buku yg sangat nipis tp penuh dengan pengajaran dan info utk ibu bapa. Mari muhabasah diri dengan membaca buku ini.

Ini buku keibu bapaan yg saya baca.
Anda ada apa2 cadangan lain?
Jom kongsi!

BUKU 70 HADIS MUDAH HAFAL MUDAH AMAL

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH pada entry kali ini, sy ingin bercerita ttg buku yg telah dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 di PWTC pada 1 Mei yg lalu.

Buku untuk anak2 ini bertajuk:

70 HADIS MUDAH HAFAL MUDAH AMAL.

Melihat kulit dan tajuknya sahaja sudah membuatkan kami berminat untuk menjadikannya antara koleksi buku untuk anak2.

Dan ia juga akan membantu pembelajaran hadis pada setiap malam bersama baba.


Inilah bukunya!
Comel dan menarik kan?
Bawah sekali tu tertulis:
kecil-kecil sayang NABI!

Kebanyakkan hadis di dalam buku ini pendek2 supaya mudah dihafal
Dan turut dicatat rekod hadis ini
sbg contoh: direkodkan oleh bukhari dan muslim.
tetapi tidak ditulis pula perawi hadisnya....

gambar2 yg menarik

jadual semakan hafazan hadis

Dan kebetulan, selepas balik dr KL pada 4 Mei , saya terlihat dlm wall FB Islamic Parenting Network, Puan Lina Karim turut membeli buku ini untuk anak2nya.

Tema dan Tajuk2 yg terdapat dalam buku comel ini

Kaedah menghafal Hadis
(Maaf blurr la plk gambarnya)

Ada terdapat huraian hadis dalam bahasa yg simple dan mudah utk kanak2

Dimulakan dengan bab solat

Saya juga sangat percaya dengan kebolehan kanak2 menghafal hadis dan ia bukanlah satu perkara yg mustahil, malahan di PASTI tahun lepas, Abdul Rahman dah menghafal lebih kurang 10 hadis dengan maksudnya sekali.
Terbitan PTS
Harga RM25
(untuk buku yang berkertas licin n warna penuh, ia x mahal kan?... Bila lagi kita nak melabur duit untuk memberi ilmu kepada anak2 kita???)

Sesiapa yg ingin mendapatkan buku ini secara online, boleh dapatkan di sini:
http://www.islamicparentingnetwork.com.my/_item?item_lbl=Books


Abdul Rahman mengulangkaji hadis yg dihafalnya di PASTI
(wpun terdapat beberapa masalah pada kesahihan beberapa hadis yg dibacanya itu.....)



Jom semaikan cinta ALLAH dan RASUL kepada anak2. Pupuk mereka menghafal AL-QURAN dan HADIS sebelum mereka menghafal lirik2 lagu yg tak berfaedah.

---Kecil-kecil cinta ALLAH dan sayang NABI ---  :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...