Showing posts with label photobook. Show all posts
Showing posts with label photobook. Show all posts

Sunday, March 19, 2017

Hasil rekaan Photobook Abdul Rahman terkini

بسم الله الرحمن الرحيم

" Mama dengan baba nak buat kerja kat laptop tak? Kalau abang nak buat photobook kat laptop boleh tak? Dah lama abang tak buat photobook" Abdul Rahman meminta izin dahulu sebelum menggunakan laptop.

Laptop di rumah jarang sangat digunakan oleh anak-anak.

Laptop ini hanya digunakan untuk urusan penulisan tesis dan buku sahaja.

Abdul Rahman juga teringin nak buat photobook apabila melihat ibunya membuat photobook khas untuk Ahmad Zaid yang sudah setahun. Photobook yang menghimpunkan perbezaan wajah-wajah Ahman Zaid dalam tempoh setahun pertama dalam hidupnya.

Ini juga bersempena dengan promosi photobook percuma yang dibuat oleh Groupon


Inilah hasil photobook yang dibuat oleh Abbudey. Hasilnya dilihat menarik dan comel sahaja.

Cover photobook yang dibuat oleh Abbudey




Photobook ini juga seronok apabila dapat dihadiahkan kepada saudara-mara dan rakan taulan.

Ramai orang suka melihat gambar mereka dihias indah seperti yang dibuat oleh Abang Abbudey ini kan?

Ada pahalanya menggembirakan hati orang lain dan memberi hadiah kepada orang lain.

InsyaALLAH usaha yang ada kebaikannya.



Tuesday, February 18, 2014

Hasil photobook yang Abang Abbudey design

بسم الله الرحمن الرحيم 

Hasil dari photobook yang Abang Abbudey design dah sampai dengan cepatnya.

seminggu selepas order, dah sampai di pintu rumah. Alhamdulillah....

Jom kita lihat hasil photobook yang Abang Abbudey design pada entry yg lepas (lihat di sini):

yang di atas tu ialah photobook free juga, yang kami order tahun lepas

yang bawah itu pun photobook free. Itulah yang Abang Abbudey design

hasil kerja Abang  Abbudey




Kesimpulannya, mendesign photobook adalah mudah... lain kali kalau ada offer photobook free, bolehlah minta Abang Abbudey design lagi, InsyaALLAH =)

Sunday, February 16, 2014

Mudahnya mendesign photobook! Anak2 pun boleh buat!



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah sebelum2 ini saya pernah bercerita tentang kehadiran photobook di rumah saya di sini

Sebelum berkenalan dengan photobook, saya fikir mendesign photobook adalah sukar, tapi setelah 3 kali mendesign dan menempah photobook, rasa senang sahaja untuk desing photobook. Malahan anak2 pun mampu untuk melakukannya.

Abang Abbudey mendesign photobook

hasilnya
InsyaALLAH nanti kita lihat bila sudah sampai INsyaALLAH

kita dapat lihat kecenderungan mereka pada pilihan gambar dana warna.


mencari idea dan merujuk dari photobook yang ada di rumah
sepupu mereka, Aufa turut sama mengambil peluang untuk mendesin photobook

Hasil dari kreativiti Aufa

Oh, lupa nak beritahu, sebenarnya anak-anak beriya dok design photobook ini sebab hari tu ada ternampak promosi photobook free lagi. 6 x 6 (40 mukasurat) seperti yang di tulis di sini. Alhamdulillah =)

Sunday, December 15, 2013

Photobook yang kedua...


بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas mempelajari dan berkenalan dengan photobook buat kali pertama (ada cerita di sini), saya makin biasa bagaimana ingin mendesign photobook (tapi takdelah pakar mana sangat pun)

Dan pada bulan lepas, ternampak promosi gila2, photobook saiz 6" x 6" 40 mukasurat free di sini...jadi cubalah untuk mengasah skill membuat photobook lagi sekali....

Maka terhasillah photobook yang comel ini =)
(sangat puas hati dengan gambar2 yang dicetak... sangat comel dan ceria... kecik comel je photobook free ni)

hadiahkan kepada ibu bapa mertua untuk kenang2an

Kelebihan photobook berbanding dengan album gambar ialah kerana kita boleh mendesignnya dan mereka susun atur comel2....seronok juga membuat photobook ini. lagi2 kalau dapat FREEEEEEEEE......sapa tak suka kan? =P

Seronok belek photobook banyak2 kali sambil tersengih terkenang memori indah bersama keluarga. Alhamdulillah nikmat anugerah ALLAH yang besar... Alhamdulillah... =)

antara isi kandungannya
memori indah aidilfitri tahun ini
Alhamdulillah, untuk photobook kali ini saya belajar dari kesilapan lalu supaya lebih teliti, bersabar ketika mendesign supaya tidak menyesal apabila dapat photoboknya... =)

ALhamdulillah makin puas hati... alhamdulillah

Tuesday, December 10, 2013

Photobook kami yang pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Oh... saya tak pernah kenal photobook dan tak pernah buat sebelum ini.

Pertama kali saya tahu tentang photobook ialah ketika baca blog di sini:

Bila baca dalam blog tu, timbul rasa macam best je kalau buat photobook.

Lebih2 lagi lepas ada digicam/ handycam lepas Abbudey lahir, tak pernah2 ada album gambar dan tak pernah cuci gambar.

Jadi, tunggulah kot2 jumpa promosi murah buat photobook.

Dan...................

Beberapa bulan lalu, terjumpalah promosi photobook ini:

jumpa di sini:
beli di groupon
Jadi tunggulah masa lapang yang sesuai untuk mula mendesign photobook.

Tapi, nampaknya rasa terkejar2 dan malas nak design lama2.... setengah hari je dah siap...haha... malasnya nak mengadap berhari2..

Lepas tu, bila dah siap, menyesallah pulak tak design elok2, tak taip elok2 info gambarnya.....huhu



contoh isi photobook kami....
kalau tulis nama tempat ke, tarikh ke kan bagus...huhu
inilah akibat design nak cepat je

Saya order photobook ini dari pixajoy. Saya berpuas hati dengan hasil photobook yang dicetak. Warnanya ceria je...Perkhidmatannya juga cepat. Minggu lepas saya hantar order, minggu ni sampai photobook.



Abdullah sangat suka melihat photobook ni. Maklumlah zaman sekarang ni susah nak jumpa album gambar...
macam2 yang ditanyanya tentang gambar2 yg ada dalam photobook ni..
Betul kata Puan Nurbijen, lepas dapat photobook ni, akan jadi ketagih untuk buat lagi dan lagi dan lagi...hehe... sebab comel je tengok gambar2 kelaurga yang ceria2 dalam photobook. Lebih2 lagi bila anak2 pun suka belek tanya macam2. Mengenang semula  memori indah satu keluarga. =) ALhamdulillah atas nikmat kebahagiaan yang ALLAH berikan.....Kekalkan ia hingga ke Firdaus Ya Rabb... =)


Nota: Jika anda membeli photobook, pastikan anda bersabar untuk mendesignnya berhari-hari dengan penuh teliti, supaya tidak menyesal kelak bila menerimanya....huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...