Sunday, January 31, 2016

Abdul Rahman separuh Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaALLAH perjalanan menghafaz Al-Quran yang dilalui oleh Abdul Rahman telah sampai ke tengahnya.

Abdul Rahman telah menghafaz 302 muka surat dan bakinya 302 mukasurat lagi.


laporan bulanan yang ditulis oleh ustazah halaqahnya

rekod hafazan Abdul Rahman dalam buku hafazannya.
Yang dihighlight hijau itu adalah yang telah dilakukan ujian
sabaq khatam, ujian hafazan Al-Quran di sekolah.

yang dibulat-bulat itu ialah yang sudah dihafaz namun belum melakukan ujian lagi
(dalam proses melakukan ujian)



Doa sentiasa untuk anak-anak agar ingatan hafazan mereka kukuh, dapat memahami, mentadabbur Al-Quran dan mengamalkannya...Amin

Thursday, January 28, 2016

Anak-anak yang lebih tua membantu mendidik bayi dnegan AL-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

ALhamdulillah syukur kepada ALLAH,  sudah lebih 2 bulan kami sekeluarga menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada hali baru keluarga kami, Ahmad Zaid.

Masing-masing sentiasa membantu dan memainkan peranan untuk menjaga dan mendidik Zaid, sehingga Abdullah dan Abdul Rahman pun banyak menolong.

Selain tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah, tolong jaga Zaid, tolong pujuk Zaid, mereka jugalah yang membantu memdidik Ahmad Zaid.

Abdul Rahman sentiasa ulang pesanan kami:
"Jangan tunjuk akhlak tak elok depan baby, nanti baby belajar."

Abdullah pula cukup bersemangat untuk mendendangkan nasyid tak kira dalam Bahasa Melayu atau Arab untuk memujuk Ahmad Zaid.
Abdullah yang amat kasihkan adiknya.
Sangat membantu untuk bermain, nasyid dan mengajar adik
 (sampai nak tidur dengan adik)

Walaupun kehadiran Ahmad Zaid banyak mengubah rutin tidur kami (hahaha), namun banyak perkara baru yang kami semua pelajari.

Moga ALLAH berkati kita semua.

InsyaALLAH pada entri akan datang , saya akan kongsikan video Abdullah mengajar dan memujuk Ahmad Zaid.

Allah limpahkan keharmonian dan kasih sayang dalam keluarga kami. 
Amin Ya Rabb...

Monday, January 25, 2016

Abd Rahman, Abdullah dan Ahmad Zaid bersama Sheikh Nuruddin

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah anak-anak dapat berjumpa dan duduk makan bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al-Makki Al-Banjari pada bulan lepas.







Doa kami moga keberkatan para ulama tumpah ke dalam keluarga kami,
InsyaALLAH

Thursday, January 21, 2016

Bermain di Kidland, Penang

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini juga kisah ketika percutian hujung tahun lepas.

Tempat yang kedua dilawati oleh anak-anak selepas hutan ialah Kidland di Penang.

Untuk menambahkan kemeriahan dan keseronokkan bermain, diajak sepupu-sepupu untuk pergi bermain sama di Kidland.


Kidland ini seperti Kidzania, cuma ia lebih kecil dan kurang sesak.

Askar

 KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT LEBIH LAGI ENTRI TENTANG TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

Tontonan 5D
Anak-anak cerita katanya kena kejar dinosaur

saintis

5D









Anak-anak seronok bermain di sana, namun secara jujurnya terdapat beberapa kelemahan dan tidak puas hati: 1. Tempat permainan asyik tutup saja. Tulis next session 12.10pm. 12.50pm tak buka lagi. Habis 1 session, tutup balik... Habis masa dengan tunggu sahaja.
2. Tandas jauh 3. Tiada surau. 4. Makanan tidak sesuai dan tidak mengenyangkan. Budak budak penat main, tapi makanan yang dijual tidak mengenyangkan, tidak berkhasiat dan tidak sesuai. 5. Bayaran yang agak mahal. Satu permainan RM10

6. Jika dibaca review dalam FB Kidland Penang, banyak komen-komen tidak puas hati di dalam review tersebut, tetapi baru jumpa dan saya baca review tersebut selepas anak-anak pulang dari sana walaupun sebelum pergi tu sudah cuba google tentang info kidland.

Monday, January 18, 2016

Aplikasi buku Bahasa Arab percuma

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pada bulan lepas saya terjumpa aplikasi yang bagus untuk mengajar anak-anak membaca buku dalam Bahasa Arab.

Aplikasi ini boleh di install di sini:

Aplikasi ini ada PERCUMA!!


antara buku-buku Bahasa Arab yang menarik yang terdapat dalam Aplikasi ini

Kelebihan aplikasi ini :
1- Gambar yang comel-comel

2- Sesuai untuk kanak-kanak kecil dan terdapat juga buku untuk anak-anak yang sudah bersekolah rendah

3- terdapat audio yang membacakan buku

4- Selepas buku didownload, boleh buka buku secara offline (tanpa line internet)



Antara mukasurat dalam buku bahasa Arab ini:








hasrat saya moga anak-anak dapat membaca buku Bahasa Arab tanpa baris InsyaALLAH.













Banyak perkara yang rasanya ingin ajar anak-anak, nak ajar baca buku Bahasa Arab, nak ajar cakap Bahasa Arab secara konsisten, nak ajar ilmu2 agama, tafsir, Bahasa Inggeris dan macam-macam lagi. Takut nanti bila anak-anak sudah remaja dan meningkat besar, kita menyesal pula kerana tidak menggunakan masa kanak-kanak mereka untuk mendidik mereka sabik mungkin.

Allah berkati kita semua.
Moga hidup anak-anak kita penuh dengan ilmu, diberkati ALLAH dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Amin.

Saturday, January 16, 2016

Menunaikan janji pergi ke hutan

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti hujung tahun 2015, anak-anak banyak duduk di rumah sahaja memandangkan mama sedang berpantang dan kehadiran ahli keluarga yang baru, Ahmad Zaid.

Namun, dari sebelum cuti lagi, Abdul Rahman dah buat permintaan untuk pergi ke hutan dalam cuti ini.

Oleh kerana ingin memberi ganjaran kepada anak-anak yang banyak membantu menguruskan kerja-kerja rumah ketika cuti ini dan menunaikan janji, Alhamdulillah baba berkesempatan juga untuk membawa mereka masuk hutan.


Sebelum masuk hutan, ajar juga anak-anak doa-doa, moga-moga tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء، وهو السميع العليم


tangkap gambar



Bila dah masuk hutan, adalah pacat dan lintah, pengalaman pertama mereka bila lintah dan pacat panjat naik kaki...Nama pun nak masuk hutan. Anak lelaki kenalah berani.

 Apa-apa pun mereka berdua berpuas hati, lebih-lebih lagi Abang Abbudey yang cukup happy kerana permintaannya tercapai.


muka seronok
Alhamdulillah

Thursday, January 14, 2016

Abang nak buat marble run SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu hari pada cuti yang lepas, Abdul Rahman menyatakan hasratnya untuk membuat marble run.

Tanya saya, "kenapa tiba tiba nak buat marble run? Ada cerita apa?"

"Abang tengok dalam photobook homeschool kita yang dulu, jadi abang nak buat marble run."


(Cerita tentang kami membuat marble run beberapa tahun yang lalu boleh dibaca di sini,
http://cinta-rasul.blogspot.my/2011/03/kraf-marble-run-menggunakan-kotak.html



memori beberapa tahun yang lalu yang masih diingati oleh Abang Abbudey



Semuanya dilakukan sendiri. Dari panjat kerusi untuk mengambil kotak atas almari, potong, seletep.

Alhamdulillah...Abdul Rahman senyum puas dengan hasil marble run yang dibuatnya.



Alhamdulillah...

Ada memori indah bersama yang diingati dan ingin diulang kembali.

Alhamdulillah...
Anak yang sangat berusaha untuk berdikari dan bersungguh sungguh untuk mendapat hasil yang diimpikan.

Allah memberkatimu wahai anak anakku semua.

Monday, January 11, 2016

Sebuah naluri

بسم الله الرحمن الرحيم


Seorang bayi yang lahir ke bumi, hadir bersamanya mujahadah seorang ibu dan juga ayah.

Bermula dari alahan, pening pening, keletihan, emosi tidak stabil, kesakitan demi kesakitan hingga lahirnya bayi,

Apabila lahirnya bayi, mujahadah diteruskan dengan gangguan tidur di malam hari, sakit sakit badan akibat menyusukan bayi, kelesuan dan keletihan.

Namun semua kesakitan dan kepenatan terubat bila merenung wajah kecil yang lena. Ibarat dapat menikmati secebis nikmat syurga bila dapat menerung, mencium, memeluk dan menyayangi bayi. Menjadi penawar bagi kesakitan yang dialami dan penguat bagi segala kelesuan.

Demikianlah nikmat yang ingin diulang dan ingin dirasa kembali apabila bayi telah membesar. Lupa sudah serik dan derita sakit yang pernah dilalui, keletihan dan kelesuan yang pernah dialami.

 Antara nikmat anugerahNya Yang Maha Pengasih dan kasih sayangNya mengatasi kasih seorang ibu kepada anaknya. MOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITA SEMUA DENGAN KASIH SAYANGNYA.

Thursday, January 7, 2016

Melukis kereta , memanfaatkan buku lama

بسم الله الرحمن الرحيم


Adakalanya ada sesetengah buku yang ada dirumah tidak dimanfaatkan oleh anak anak, tapi bila sampai masanya, mereka akan mencari dan memanfaatkannya.

Seperti buku yang dihadiahkan oleh Mak Long Safiyyah ini.

















Dahulu, anak anak merasakan tidak mampu untuk melukis seperti yang diajar di dalam buku ini, tapi bila datang hobi melukis kereta, mereka akam berusaha bersungguh sungguh untuk belajar melukis dari buku ini.








ops, yang ini Abbudey belajar lukis dari buku lain
Nikmat dapat mempelajari dan mahir dalam sesuatu perkara yang baru patut dipuji dan akan menggembirakan hati anak-anak apabila mereka mahir dalam hobi mereka.

Alhamdulillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...