Saturday, February 27, 2021

Jadilah kejora di langit kelam

بسم الله الرحمن الرحيم


 Antara isi kandungan buku biografi Imam Al Qurtubi yang berkesan di hati ialah:


Walaupun beliau hidup dalam zaman permulaan kejatuhan Andalusia (moga Allah kembalikan kegemilangan Islam) kemudian berhijrah ke Mesir, beliau banyak menegur kerosakan dan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat sekeliling, dalam pada itu, beliau tetap banyak menghasilkan karya yang berkualiti yang sebahagian besarnya dalam Bidang Al Quran dan tafsir.



Bagaimana gelap sekalipun dunia, berdoalah dan usahalah untuk menjadi bak kejora di langit kelam.


Jadilah kita bak benih yang baik, dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau.


Amin.

Tuesday, February 23, 2021

Guru yang memberi kesan?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/11/2020





 _Pada diri kebanyakan orang, pasti hadir guru yang memberi kesan dalam hidupnya._ 



Itulah yang difahami dari bab yang menceritakan tentang guru² Imam Al Qurtubi.


_Tidak memilih untuk disanjung², cukuplah jika diingati lantas didoakan kebaikan._

Friday, February 19, 2021

Mengenangi guru di Syria

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/11/2020 





Ketika menulis post tentang Dr Bassam Ajek 2 hari lepas, beberapa orang sahabat yang sama Universiti di Syria dulu turut reply mengenangkan jasa beliau.


Seorang yang tegas namun sentiasa tenang. Ramai mengakui apa yang dituturkan oleh beliau meninggalkan kesan dan menimbulkan keinsafan di hati. Kata² beliau tertib tersusun penuh hikmah.


Para guru di Syria bukanlah mereka yang sering berjenaka, kata² mereka sarat dengan ilmu dan pengajaran.


Dr.Bassam mengajar kami Aqidah tahun 1 dan subjek orientalisme ( _al istishraq_) tahun 4, tidak hanya terikat dengan kitab, malah banyak mengulas tentang isu semasa beserta dengan rujukan pelbagai sumber dan kitab, sering menitipkan nasihat.


Semoga beliau dan guru² kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, beroleh ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.

Monday, February 15, 2021

Buku yang dikomikkan


 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/11/2020

 

Asalnya sebuah buku, kemudian dilukis menjadi komik.


Ia adalah satu usaha yang baik untuk memupuk minat membaca anak-anak. Saya sangat mencari bahan bacaan kanak-kanak yang islamik dan bermanfaat.


Tapi nanti dah besar, bacalah kitab-kitab juga, jangan baca komik saja.😅

Thursday, February 11, 2021

Nilai RM8 pada tahun 2007

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/11/2020




Koleksi kitab tokoh-tokoh Islam yang dibeli di Syria dengan harga 100Lira Syria/ RM8 sebuah. Masa zaman student dulu, 100Lira pun rasa mahal sangat.


Kitab-kitab ini diminati kerana saiznya yang kecil, bahasa yang mudah, dapat dihabiskan bacaan dengan segera.


Kitab biografi memang seronok dibaca. Banyak tauladan dan inspirasi yang boleh kita ambil.


Pernah terfikir: "Para ulama dapat mengarang banyak kitab menceritakan tentang tokoh-tokoh Islam. Jasa, kebaikan, hasil karya, ilmu yang mereka curahkan sangat banyak. Agak-agaknya apalah jasa yang boleh penulis karang tentang kita? (Itupun kalau ada) Apalah jasa yang kita tinggalkan dalam masyarakat? Jauhnya beza diri kita dengan tokoh-tokoh Islam terdahulu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Sunday, February 7, 2021

Temui Hikmah dari kartun

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/11/2020


"Jelesnya dengan ulamak² dulu, serba mahir dalam banyak bidang."


Hikmah itu ada di mana saja walaupun pada perkara yang sesimple kartun

 


Semangat untuk membaca buku membara selepas menonton kartun tentang Al-Farabi ini (proses tapisan untuk tayangan malam minggu pelajar Thanawi).


Kesungguhan ulamak terdahulu dalam menuntut ilmu dan kehebatan mereka dalam banyak bidang memberikan inspirasi kepada kita. Moga para pelajar juga mendapat hikmah dari semangat mereka, insyaallah.

Wednesday, February 3, 2021

Siapa penasihat kita ketika dewasa?


بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 3/11/2020



Makin kita dewasa makin jarang kita temui orang yang menasihati diri kita. Bahan bacaan adalah antara penasihat. Bukan hanya memberikan ilmu, tetapi juga kesedaran.


Lumrah manusia selepas penat bekerja di hujung hari inginkan tempoh berehat bersenang² tanpa membebankan fikiran dengan bahan bacaan ringan, namun timbul kesedaran untuk turut membaca bahan ilmiah juga. Kita sulam dengan biografi Imam Al Qurtubi, bahan ilmiah yang tidak terlalu berat. Kalau nak bahan ilmiah yang berat², sila selesaikan masalah matematik😅
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...