Saturday, July 31, 2021

Rekod bahan bacaan untuk bulan Julai 2021

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/7/2021


Alhamdulillah. Untuk bacaan Bulan Julai 2021 agak banyak kerana terdapat cuti sekolah seminggu sempena dengan Cuti Hari Raya Aidil Adha.


Jadi tiada PDPR selama seminggu. Banyak buku yang dapat dihabiskan bacaannya.




Banyak buku preloved yang menarik yang dibeli juga.

Saya cuba untuk baca dari kulit muka hadapan hingga muka belakang.

Jika buku tersebut menarik hati, cepat sahaja dapat dihabiskan bacaannya dan tak sabar-sabar nak baca hingga habis.

Bulan ini juga saya banyak membaca tentang Hamka dan ada menulis artikel tentang Hamka di Website Jejak Tarbiyah.

Hadiah kupon diskaun RM 30 atas karya yang dihasilkan, saya beli buku yang bertajuk PERJALANAN TERAKHIR HAMKA.




Semoga Bulan seterusnya dapat membaca dengan lebih banyak dan mendapat banyak manfaat dari pembacaan. Amin.




Friday, July 30, 2021

Reviu buku: Grab Me-lah. Oleh: Nurdilla Zaini

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/7/2021


Asalnya penulis mencatat pengalaman peribadi di laman sosial, kemudian diterbitkan menjadi buku.



Membaca buku ini membuatkan saya terfikirkan 2 perkara:


1. Teringatkan kenangan naik Grab dengan Dijah (Adik yang muda 10 tahun daripada kakaknya) di KL. Tengok Dijah tempah Grab je pun dah pening. Bandingkan hargalah, masukkan kupon lah, itu ini.... 


Pernah sekali pemandu Grab pergi toilet ketika traffic jam dan tinggalkan kami (dengan anak-anak) dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya. Pemandu tu yakin betul kami tak akan curi keretanya. 😅.


2. Terbayang bagaimana kalau saya bekerja sebagai pemandu Grab.😂😂😂


Menariknya penceritaan dalam buku ini hingga membuatkan saya follow laman sosial penulisnya.

Reviu buku: Coretan Buku Terpakai

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/7/2021


Untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini, sebenarnya boleh dikatakan agak mahal juga.



Oleh kerana banyak buku sudah habis dibaca (termasuk buku pinjam) saya membeli buku terpakai (preloved) yang lebih murah dari buku terkini melalui Shopee.. termasuklah buku yang bertajuk 'Coretan Buku Terpakai' ini.


Penulisnya adalah penjual dan pembeli buku terpakai, yang juga pemilik kedai Shopee tersebut. Banyak kisah dan pengalaman menarik dan unik di dalam buku ini. 


Saya baru tahu rupanya ramai orang mencari buku-buku lama (rare) yang tak diulang cetak. 


"Hobi kami mahal."😅


Perkongsian tentang reviu buku ini di Whatsapp peribadi saya juga mendapat respon daripada mak saudara saya di Melaka.




Ya. Mungkin masih ramai yang tak tahu boleh beli buku terpakai di Shopee.


Iyelah. Dalam tempoh PKP ni banyak masa boleh dimanfaatkan untuk membaca, tapi tak semua kita punya peruntukan untuk membeli buku-buku baru. Buku terpakai juga banyak yang bagus-bagus jika pandai cari.😁

Thursday, July 29, 2021

KITA TIDAK SEMPURNA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25/12/2020


KITA TAK SEMPURNA.


Alhamdulillah antara ilmu yang diperolehi pagi ini.


Walaupun kita tidak sempurna dalam mendidik diri dan keluarga, namun teruskanlah belajar dan berkongsi ilmu, mudah-mudahan Allah ampuni kita semua.


__________________________


PEMBAKAR SEMANGAT


Lumrah kehidupan ada masanya kita disapa kelesuan jiwa. Apa yang dapat bangkitkan semangat kita.


ITULAH ILMU!


Ilmu dari pelbagai sumber: Dunia internet tanpa sempadan, buku, majlis-majlis ilmu. Itulah pembakar semangat. 

Lazimilah ilmu


“Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya.” Muttafaqun Alaih. 


Sunday, July 25, 2021

MULAKAN DARI DIRI SENDIRI

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25/12/2020



*MULAKAN DARI DIRI.*


((Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.))As Soff.


Prinsip sejak jadi Guru besar 7 tahun lalu: Mulakan dari diri sebelum suruh pelajar.


Jika nak suruh pelajar ulang hafazan Al-Quran 10 muka sehari, kita dulu kena rajin ulang hafazan. Begitu juga dengan amalan² lain.


Masyarakat mahukan bukti, bukan sekadar teori dari angkasa lepas.


Mula membentuk diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling akan terbentuk. Insyaallah. Dan Allah jualah sebaik² pembantu.


((Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan.)) Attawbah

Wednesday, July 21, 2021

BILA ANAK HAFAZ AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/12/2020 


Bagi ibu ayah yang ada anak-anak hafaz Al-Quran secara automatiknya kita pun kena turut usaha untuk menjaga hafazan Al-Quran mereka terutamanya ketika cuti sekolah.


"Dah habis tasmik dengan abang? Kalau belum, mai baca dengan mama."

"Kena rajin ulang hafazan, sayang kalau dah hafaz banyak tapi lupa."

Itulah antara ayat ceramah tanpa jemputan yang selalu diulang-ulang.





Ya. Sertai usaha mereka untuk menjaga hafazan. Mulai seawal mungkin moga-moga ia menjadi rutin harian mereka tanpa dipaksa kelak.


Ingat dulu, oleh kerana ramai adik beradik kami hafaz Al-Quran, abah upah ustaz mai tasmik di rumah juga.


Bila pergi mengaji di Syria cari guru tasmik dan buat Sanad. Habis buat Sanad, bila cuti musim panas, cari kawan yang sudi tasmik sehari sejuzuk. Antaranya Kak Maisarah. Maka setiap pagi, berjalan kaki dari rumah kami di sebelah Jamik Sukkar ke Rumah Kak Sarah -Bayt Fathul Mubin- di belakang Jamik Hanabilah (kalau tak silap). Kenangan juga diikuti anjing besar ketika balik dari tasmik, kemudian menyorok dalam bangunan sampai anjing tu pergi. Seram.


Segala usaha kita kepada anak-anak InshaAllah ada ganjaran pada setiap butir perkataan yang diulang saban hari.


Terus semangat ibu ayah dan anak² Hafiz AlQuran👍🏻

Saturday, July 17, 2021

Nilai bahagia di usia dewasa

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 22/12/2020

Kebahagiaan di kala usia pertengahan 30an dan perkahwinan yang menjangkau 15 tahun dinikmati pada rutin harian yang dijalani bersama.



Baca kitab bersama, sarapan nasi kerabu bersama, joging berjemaah. Rutin² ringkas seperti ini pun mampu menggembirakan. Patutlah lihat datuk nenek dulu² tenang je lalui usia emas berdua.


Bergaduh? stress anak buat sepah, anak² berkelahi? Itu normal.😅

Thursday, July 15, 2021

Kelas tasmik hafazan Al-Quran online

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/8/2021


Ada phD tak bererti Pengajian Habis Dah. Sementara masih ada kudrat tenaga dan masa, cuba untuk terus menggali ilmu. 


Teringat abah dulu mengaji tuisyen bahasa Arab sampai ke Syria, sampai pandai cakap Arab. Anak-anak mengaji di universiti, abah pun ada tuisyen juga.


Masuk kelas tasmik Al Quran online (Sehari ulang hafazan 1 juz) supaya lebih serius lagi mengulang hafazan macam pelajar-pelajar juga.



Kita masuk kelas kita dulu pagi-pagi, sebelum uruskan kelas tasmik Al Quran Ahmad Zaid.

Tuesday, July 13, 2021

Nilai sebotol susu

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/12/2020 


Untuk mendapatkan sebotol susu kambing ni, anak² akan perah susu kambing di kandang, bawa balik rumah, mama akan tapis, botolkan dan bekukan.





Semua proses mengajar keberkatan berkerjasama dan bersungguh-sungguh. Buat kerja apa pun kena ada kemahiran dan kena bersungguh.


Pengalaman yang seronok yang tak pernah terfikir kami akan laluinya. Masyaallah. Insya Allah dikenangi anak² ketika dewasa

Friday, July 9, 2021

Paksa belajar?

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/12/2020


 🧕🏻: Yang penting masa buat M.A dan phD ni ialah tabah dan terus menulis. Kena paksa diri.

(Syoknya bagi ceramah bila dah habis tulis)🤣🤣🤣


👦🏻: Nanti adik dah besar, mama paksa adik buat phD.


🧕🏻: Dari kecik mama paksa hampa mengaji, dah besar pun nak mama jugak yang paksa?🙄🙄 (time tu agak-agaknya mau ikut ke paksaan mama ?)

Tuesday, July 6, 2021

Jangan terlepas peluang.

 بسم الله الرحمن الرحيم


1 Zulhijjah kian hampir.


Kalau ada kuliah di sekolah/ masjid, pasti akan ada yang mengingatkan dan memberikan motivasi.



Bila tiada, kitalah yang kena memotivasikan diri sendiri menggunakan peluang hari yang mulia dengan beribadah. 


Ayuh kembalikan penghayatan kita terhadap 10 hari awal Zulhijjah, moga kita mendapat keberkatan-Nya

Monday, July 5, 2021

SEKELIP MATA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/12/2020


Sepanjang menelusuri kehidupan, menyaksikan semua perkara boleh berubah dengan sekelip mata. 


Kesihatan boleh hilang sekelip mata, harta juga sementara, anak-anak,nyawa.... Allah yang beri, Dia berhak mengambil milikNya. 



Namun, semua itu bukanlah untuk kita berputus asa. 


Rezeki yang melimpah ruah datang tanpa diduga, kejayaan, kegembiraan, anak² yang soleh penyejuk hati, pulih dari sakit..... Teruslah berusaha dan berdoa, kerana kita hanyalah hamba-Nya yang diberi pinjam setitis anugerah nikmatNya. Tiada gunanya bersifat sombong. 


Segalanya boleh hadir dan pergi dengan sekelip mata, berdoalah.

Friday, July 2, 2021

Bahan bacaan Jun 2021

 بسم الله الرحمن الرحيم



Melihat update Facebook Puan Aina Dayana tentang bahan bacaan beliau untuk bulan Jun, terus semangat untuk buat untuk diri sendiri juga walaupun tak sebanyak beliau.

Insyaallah di penghujung tahun boleh dikumpulkan kesemuanya sebagai bahan bacaan tahun 2021.

Bila post seperti ini, antara kesannya ialah:

1. Memberi semangat kepada diri sendiri dan orang lain untuk banyakkan membaca.

2. Kita imbau semula isi kandungan bahan bacaan yang telah kita baca.


Thursday, July 1, 2021

Nilaian yang berbeza



 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/12/2020


Renungan:


Nilaian sesuatu perkara berbeza dari sudut pandang individu yang berlainan.


Berharga bagi anda tak tentu lagi berharga bagi orang lain.


Ibarat berharganya Kereta Subaru bagi orang lelaki, tapi tak penting bagi orang perempuan. Begitulah dengan hal-hal yang lain.






NOTA GAMBAR: BUKAN KACANG 🐎.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...