Showing posts with label Bengkel/ Seminar. Show all posts
Showing posts with label Bengkel/ Seminar. Show all posts

Friday, December 14, 2018

Video persembahan pertama Ahmad Zaid di khalayak ramai

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini adalah kali pertama Ahmad Zaid membuat persembahan di khalayak ramai.




Persembahan dibuat dalam Seminar Projek Mega Dalam Rumah di Putrajaya pada 2 Disember 2018 yang lalu.

Sebenarnya Ahmad Zaid sedang membaca Surah AnNas seperti dalam video ini:

Kami dah siap sedia dengan video ini untuk ditayangkan di khalayak ramai kalau-kalau Ahmad Zaid tak mahu pergi ke hadapan ketika seminar



Ini juga adalah video yang ditayangkan kepada peserta ketika seminar


Entri tentang Seminar ini ada ditulis di sini:



Oleh kerana ini adalah persembahan pertama kali Ahmad Zaid, maka kami ulang banyak kali sebelum hari seminar:

'Nanti Ahmad kena baca Surah Annas tau kat masjid."

Alhamdulillah pada hari seminar, Ahmad Zaid amat teruja sekali untuk ke hadapan dan membuat persembahan.

Setiap kali ahli keluarga kami ke hadapan, Ahmad pun pasti nak ke hadapan juga.

Berlari-lari dia ke hadapan untuk mengambil mikrofon juga.

Mujur ada 2 mikrofon.

Kerana itu juga Ahmad Zaid nasyid nama-nama surah dalam Al-Quran seperti yang ditulis dalam entri di sini:


Sebelum itu, beberapa hari sebelum itu, baba ada kata:
"Nanti bagi Ahmad Zaid pegang mikrofon dan nasyid sekali." 
Allah perkenankan impian baba.

Selepas dari seminar ini, Ahmad Zaid menjadi sangat suka dengan mikrofon. Dia sering minta untuk azan di Maahad menggunakan mikrofon.


Bagi saya kemahiran untuk membuat persembahan di khalayak ramai adalah satu perkara yang penting juga agar mereka biasa dan boleh mengawal rasa gementar di hadapan orang ramai.

Hingga kini saya masih rasa gementar sebelum memberikan ucapan di hadapan orang ramai.

Begitu juga Abdullah. Sering dia suarakan rasa gementar dan cemasnya dia sebelum membuat persembahan. Tetapi apabila sudah muda, Alhamdulillah jadi tenang dan semuanya berjalan lancar. 

Alhamdulillah.

Semoga Ahmad Zaid juga mampu membuat persembahan di khalayak ramai dengan baik pada masa hadapan.

Amin.

Tuesday, December 11, 2018

Video Abdul Rahman mengalunkan Surah AnNur dalam Seminar Projek Mega Dalam Rumah

بسم الله الرحمن الرحيم



Sedikit sedutan video Abdul Rahman (12 tahun) menghafaz Surah AnNur pada Seminar Projek Mega Dalam Rumah yang dikelolakan oleh Ustazah Fatimah Syarha.

Warna warni kehidupan

Entri tentang Seminar ini ada ditulis di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/12/seminar-projek-mega-dalam-rumah.html


Dalam seminar ini juga, kami bertemu dengan sepasang suami isteri yang pernah sama-sama mengikuti seminar kami beberapa tahun yang lalu.

Seperti yang pernah ditulis dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2012/11/alhamdulillahselesai-sudah-seminar.html

"Besar dah Abdul Rahman." Kata mereka.

MasyaAllah pantas sungguh masa berlalu. Moga ia berlalu dalam keberkatan Ilahi.

Mereka melihat perkembangan anak-anak dari kecil, ketika baru menghafaz Al-Quran sehingga sudah khatam hafazan Al-Quran.

MasyaAllah.

Semoga ada manfaatnya dan keberkatan.



Wednesday, December 5, 2018

Seminar Projek Mega Dalam Rumah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, baba mendapat jemputan untuk menjadi penceramah dalam Seminar Projek Mega Dalam Rumah yang dikendalikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan suami beliau, Dr.Farhan Hadi beberapa bulan yang lalu.






Kami diberi masa selama sejam setengah untuk mengisi input dalam seminar tersebut.

Pada mulanya, terasa ya Allah.... panjangnya masa sejam setengah, apalah yang nak dikongsikan nanti.

Namun apabila sudah mula berada di depan khalayak ramai, MasyaAllah.... terasa bagai tidak cukup masa diberikan, rasa banyak lagi perkara yang tak sempat dikongsikan.

Kami bertolak keluar dari rumah pada jam 7 pagi kerana slot kami dalam seminar tersebut adalah pada jam 2 petang.

Alhamdulilah... perjalanan lancar dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Singgah sebentar ke rumah mak dan abah, kemudian terus ke Masjid Putrajaya.



Sampai di Masjid Putrajaya

Abdul Rahman mengalunkan ayat-ayat Al-Quran

Ahmad Zaid juga mahu membaca ayat Al-Qur'an


Ahmad Zaid menghafaz Surah AnNas

Insyaallah kesemua video persembahan akan saya kongsikan pada entri akan datang, insyaallah.



Baba memulakan perkongsian, kemudian persembahan dari Abdul Rahman, Abdullah dan Ahmad Zaid.


Sebelum hari seminar, kami ulang selalu kepada Ahmad Zaid:

"Ahmad, nanti Ahmad kena baca Surah Annas tau kat masjid."

Ini kerana ini adalah kali pertama Ahmad Zaid akan membuat persembahan di khalayak ramai.

Jika di Maahad sekalipun, bila suruh Ahmad Zaid baca surah menggunakan mikrofon di hadapan pelajar, dia tidak mahu.

Alhamdulillah pada hari tersebut, Allah berikan Ahmad Zaid keberanian. Setiap kali abang-abang ke hadapan untuk membuat persembahan, Ahmad Zaid berlari ke hadapan dan mahukan mikrofon juga. Alhamdulillah ada dua mikrofon ketika itu.

Antara pelajaran terbesar yang saya dapat dari seminar ini ialah erti kesabaran yang tinggi dan  berlemah lembut dalam mendidik anak-anak.



Allah....

Antara perkongsian peserta seminar tentang seminar yang kami bentangkan.

Alhamdulillah.

Allah kurniakanlah kepada kita semua kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Ya Rabb...

Catatan Ustazah Fatimah Syarha tentang seminar Projek Mega Dalam Rumah dalam Facebook beliau:





Sunday, December 1, 2013

Pengalaman di Malaysia Islamic Children Fair, Shah Alam Convention Centre (siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini hanya untuk berkongsi apa yang kami sekeluarga lakukan di Malaysia Islamic Children Fair (MICF) yang lalu dan antara apa yang kami bawa pulang dari sana.

Siri 1 boleh baca DI SINI

atas kiri: pemandangan dari atas, meriahnya MICF... banyak booth yang dibuka dan aktiviti yang dilakukan.
Sangat menarik untuk kanak2

atas kanan: Sedang menerima cenderahati, nampak x? haha

tengah: berlatih memanah, Abdullah agak kekok sebab dia kidal

bawah kiri: anak2 sedang membeli belah buku

bawah kanan: Sheikh Waleed Basyuoni baru sampai 

atas kiri: bersama watak Ara Tv Al-Hijrah... Abdullah amat teruja dan terkejut sebab Ara terlalu gergasi! =P
atas kanan: Abang Abbudey berlatih memanah pula
bawah kiri: adik pun tak lepas peluang
bawah kanan: Anak2 seronok tengok 'YA HANANA' di MICF

Abbudey membeli belah

Antara benda yang dibawa pulang dari MICF:

Sambungan buku akhlak anak muslim siri 1
siri 1 boleh baca di sini
InsyaALLAH akan tulis info tentang buku ini pula
Boleh dapatkan DI SINI

DVD Nasyid UMMI.
Belum tengok lagi


oh! Sosej ini sangat sedap. ! Percayalah!
Buatan Muslim
Makanannya dah habis dimakan, tangkap gambar iklannya sahajalah

MICF booklet untuk kenang-kenangan

muka belakang booklet tersebut

Buku2 comel dan menarik hasil nukilan anak2 Puan Rasheedah CoachSha

muka belakang buku

DVD Ampac
Pun belum tonton lagi
pamplet2

antara majalah yang Abbudey beli.
5 buah -= Rm10
Abanga Abbudey beli banyak dan hadiahkan kepada sepupu2 dan rakan2 yang lain

banyaknya booth yg dibuka di MICF

Inipun kami tidak lama di MICF, kalau duduk lama lagi macam2 aktiviti boleh sertai: Mewarna, hias cup cake dna macam2 lagi aktiviti menarik.

Anda boleh saksikan lagi kemeriahan MICF di Facebooknya

Friday, November 29, 2013

Pengalaman di Malaysia Islamic Children Fair, Shah Alam Convention Centre (siri 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulilah segalanya berjalan lancar...

Alhamdulillah pada 24.November yang lepas saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menjadi salah seorang ahli panel di Malaysia Islamic Chlidren Fair, Shah Alam Convention Centre.

Day & Date: Sunday, 24th Nov 2013
Time: 3:45pm - 4:45pm 
Programme: Forum 2: Parenting Out of the Box
Venue:  Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.

Tajuk Forum ialah:
"Parenting Out of the Box"





iklan untuk  aktiviti pada hari terakhir MICF


Iklan untuk kedua2 hari

Antara soalan yang diajukan oleh moderator (Puan Lily Maznah Muaz) (Beliau juga ialah penulis buku AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN yang comel yg pernah kami beli tahun lalu - baca di sini ) :


1- Sebagai ibubapa, kita impikan anak-anak soleh yang bakal menjadi "saham" kita di alam Barzakh dan Akhirat nanti. Pendidikan awal perlu bermula dari rumah. Apakah yang boleh ibubapa lakukan sendiri di rumah bagi membimbing anak-anak soleh ini? Boleh Ustazah kongsikan rutin harian dalam menjadikan anak-anak Tahfiz dari rumah?

2- Persediaan untuk mendidik anak ?

3- Umur yang sesuai untuk mula homeschool bersama anak?

pemandangan dari pentas
kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
Pada pendapat saya, ALhamdulillah ibu bapa pada masakini sudah sedar kepentingan mendidik anak dari kecil. Kerana itulah seminar dan kursus keibubapaan semakin banyak, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.


ALhamdulillah, ia adalah satu perkembangan yang baik. Moga ia menjadi lebih baik, INsyaALLAH.


kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
di hujung sana: Moderator: Puan Lily Maznah dan ahli Panel Puan Rasheedah CoachSha

Walaupun pada mulanya sangat  teringin untuk hadiri seminar ini dari awal pagi, namun apakandaya.... ke sana kesini.

Banyak ilmu, makluman dan pengalaman yang dapat dikumpul dalam seminar ini, ALhamdulillah.
kredit gambar dari FB Puan Lily Maznah
3 ibu2 panel
=)
Dua ahli panel yang lain (sebelum ini hanya saya kenal di alam maya sahaja) Puan Zaszima Abu-Samah yang ceria dan amat cintakan ilmu dan  Puan Rasheedah CoachSha 
yang tabah dan kuat tawakkalnya kepada ALLAH SWT adalah yang berkongsi banyak ilmu dan pengalaman mereka mendidik anak yang sangat menarik. Sangat kreatif, Ceria  dan menyeronokkan.Alhamdulillah

Mereka berkongsi tentang cara kreatif mereka mendidik anak dengan homeschooling dan roadschooling.

Benarlah, berkenalan dengan ramai orang akan membuatkan kita bertambah ilmu pengetahuan. MasyaALLAH.

Berkenalan dengan orang yang banyak pengalaman dan ilmu juga akan membuatkan anda dapat mengetahui banyak ilmu baru... MasyaALLAH!

kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
Moga usaha murni seperti ini dapat memberi natijah yang baik dan mampu melahirkan ganerasi pejuang yang menegakkan Agama Islam di masa hadapan. Amin


Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

Thursday, November 14, 2013

Usaha untuk menambah kualiti anak-anak di Malaysia Islamic Children's Fair (MICF)

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam saya ada berkongsi tentang aktiviti hebat pada minggu hadapan. InsyaALLAH kali ini saya akan cuba kongsi antara program dan aktiviti yang diadakan di MICF (yang saya tahu sahajalah, mungkin byk lg saya tak tahu)

Dan yang saya nampak usaha MICF ialah:

1- Untuk membantu ibu bapa dalam mendidik anak2.

2- Memberikan banyak pilihan dan idea untuk mendidik dengan lebih kreatif.

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

3- Memberikan motivasi dan kesedaran dalam usaha mengajak ibu bapa mendidik anak2

4- Meningkatkan kualiti anak-anak pada hari ini dengan memupuk kesedaran mendidik dari kecil.

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

5- Menekankan pencapaian anak2 bukan hanya dilihat pada pencapaian akademik sahaja, tetapi terlalu banyak bakat dan kemahiran yang boleh diterokai lagi.

6- Menyediakan satu tempat fokus untuk ibu bapa mendapatkan pelbagai barangan pendidikan untuk anak2... Boleh dapatkan bahan aktiviti untuk anak2 habiskan masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti

Antara fokus MICF

Antara pengisian hebat  di MICF:

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my



sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my

Aktiviti pendidikan yang luas:
Pencarian Muazzin Muda
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
Projek Sains:
Membina menara cawan kertas
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
aktiviti kraf
sumber gambar:
http://www.facebook.com/micf.my
Moga usaha seperti ini dapat menjadikan kanak-kanak hari ini peneraju ummah  yang cemerlang dunia akhirat di masa hadapan


P/S: Jom baca Surah AL-Kahf, esok hari Jumaat. Moga beroleh cahaya di dunia dan akhirat

Thursday, May 2, 2013

Forum Didik Anak Hafaz AL-Quran di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kalau tahun lepas Abang Abbudey naik pentas utama di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk nasyid (baca di sini) , tahun ni, ALhamdulilah sekali lagi anak2 diberi peluang untuk naik pentas, bukan utk nasyid, tapi utk mempersembahkan hafazan Al-Quran.

Kami dijemput untuk memenuhi undangan ke forum Didik Anak Hafaz Al-Quran sempena pelancanran buku baru Must Read SDN BHD, Ensiklopedia AL-Quran tulisan Ustaz Sheikh Mujahid.


sumber di sini:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200370077153143&set=a.1278973693061.2041214.1191592815&type=1&theater
sebelum naik pentas


DJ Pyan IKIM sebagai moderator


Abang Abbudey menghafaz Surah Al-Muzzammil
gambar yang unik ini dari
FB klibf (Kuala Lumpur International Book Fair)


Abdullah menghafaz Surah Nuh

Forum bersama penulis buku Ensiklopedia Al-Quran


bersama Pyan IKIM dan penulis buku.
Tok wan Nason turut hadir sama ke majlis ini

Abdullah dengan muka merajuknya kerana Abang Abbudey dapat naik pentas dan
baca hafazan dua kali, dia naik sekali sahaja.
Merajuklah jadinya

selepas selesai forum
 InsyaALLAH saya upload video hafazan anak di masa hadapan. Masa forum terlupa pulak nak record...huhu...



P/S: Agak lama tidak update blog (sibuk + tidak rajin + takde idea nak tulis apa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...