Wednesday, March 30, 2022

Amalkan doa ini setiap hari

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/2/2021


 Jadikanlah doa ini sebagai doa harian kita:

اللهم اهدني لأحسن الأخلاق، لا يهدي لأحسنها إلا أنت، واصرف عنِّي سيِّئها، لا يصرف عنِّي سيِّئها إلا أنت

ALLAHUMMAHDINII LI AHSANIL AKHLAAQ, LAA YAHDII LI AHSANIHAA ILLA ANTA WASHRIF ANNII SAYYIAHAA, LAA YASHRIFU ANNI SAYYIAHAA ILLA ANTA



“Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku akhlak yang baik, tidak ada yang mampu menunjukkannya kepadaku kecuali Engkau. Dan jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, tidak ada yang mampu menjauhkannya dariku kecuali Engkau” 

HR MUSLIM


Moga tiada akhlak buruk pada perilaku kita, tiada hasad dengki, sombong takabbur, buruk sangka, dendam kesumat di dalam hati. Moga kita sentiasa terhias cantik dengan hati dan akhlak mulia.

Sunday, March 27, 2022

Sambutan terhadap Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri kali ini ditulis pada 16/2/2021


"Sambutan terhadap rancangan Al Quran sangat memberangsangkan sejak PKP 1.0" Antara isi forum online tentang pengajian Al Quran online tempohari.


BERSETUJU dengan kenyataan tersebut, realiti persekitaran saya juga begitu.



Kawan-kawan tempat kerja juga turut berusaha membetulkan bacaan dan hafazan Al Quran mereka bersama keluarga dan rakan-rakan.


"Malam tadi ana prepare tasmik dengan suami dah." Begitulah antara persediaan mereka sebelum tahsin Al Quran setiap pagi di pejabat.


Di sebalik ujian PKP, kita perindahkan ia dengan mengeratkan hubungan kita dengan Al Quran. Alhamdulillah.


Moga kita semua terus istiqamah. 🤲🏻


Nota: Video lama. Musabaqah Hafazan Al Quran 2018. Ketika Abdul Rahman 12 tahun

Thursday, March 24, 2022

Malas?!

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 15/2/2021 


Antara perkara yang malas nak buat ialah: BERWUDUK SEBELUM TIDUR.


Tapi terdengar suara hati yang marah:

"Kalau kau di usia ni pun tak mau amalkan ilmu yang dah belajar walaupun sesimple ni, apalah gunalah kau belajar tinggi-tinggi."


Sentap! 

Insaf.

Terus pi ambil wudhuk.

 


"Jika dia mati dalam tidur, maka akhir amalannya di dunia adalah bersuci serta zikrullah." Al Qadhi Iyadh

Monday, March 21, 2022

Detik Penilaian

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 15/2/2021

Gementar. Takut. Lemas.


2 jam berlalu. Tempoh penilaian masih berlangsung.


"Apa maksud kamu tulis info ini?"

"Dari mana sumber rujukan kamu untuk perenggan ini."

"Betulkah definisi perkataan dalam bab ini?"


Dan banyak lagi soalan yang diajukan dalam Bahasa Arab sepenuhnya pada sesi Viva tahun lepas.



Terfikir, tempoh Viva selama 2 jam ini pun dah buatkan kita pening, sedih, takut. Satu persatu kesalahan dalam tesis dibedah siasat. Bagaimana pula perhitungan di Padang Mahsyar nanti?


((Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. - Al Insyiqaq)) Moga kita tergolong dalam kalangan mereka.🤲🏻

Friday, March 18, 2022

Reviu buku: Pendiam

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/2/2021


*Selesai baca*


Anda rasa anda pendiam?


Mengupas potensi diri dan kekuatan seorang introvert/ pendiam.



Diam di mulut, tapi akalnya bising memproses info.


Berapa % personaliti introvert yang ada dalam diri anda?


Bila baca tentang introvert, berapa banyak yang melantun kena hidung sendiri?


Apa saja personaliti diri kita, yang penting kita tahu untuk mengenali diri dan menggilap potensi, apa manfaat kita mampu tawarkan kepada dunia?


Kerana Allah ciptakan kita berbeza2 agar saling melengkapi.😁

Tuesday, March 15, 2022

Jasa guru pasti/ tadika/ pra sekolah

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 13/2/2031


Satu ketika dulu, pernah berbincang dengan suami, kami berpendapat bahawa antara tugas yang banyak pahalanya ialah guru tadika (begitulah juga kerja-kerja yang dilakukan dengan tulus ikhlas). Ia adalah kerana beberapa aspek:


1. Merekalah yang meletakkan batu asas ilmu dalam diri anak-anak.



 Yang mula mengajar أب ت, abc, Al Fatihah dan surah-surah lazim... Pahala berterusan bagi mereka sepanjang anak-anak ini mengamalkannya dalam hidup. 


Tanpa batu asas ini, perjalanan ilmu tak dapat diteruskan.


2. Jarang remaja/dewasa dapat ingat semula guru tadika mereka mahupun jasa mereka kerana memori kanak-kanak yang kian terhakis dek masa yang berlalu.


Walaupun jarang diingati, namun pahala mereka mendidik tertulis kekal di sisi Allah.


Begitulah jasa guru-guru tadika/ pra sekolah/ pasti di sisi Allah.

Saturday, March 12, 2022

Cinta Al Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/2/2021


 Menulis/ membaca kajian tentang Al Quran membuatkan hati makin segar dan iman lebih bertambah tentang kemuliaan mereka (di dunia dan di akhirat) yang hidup matinya bersama Al Quran. 



Begitu juga kita hendaknya. 🤲🏻


Video Abdul Rahman ketika berusia 8 tahun, tabah dan berusaha menghafaz Al-Quran.


Ya, menghafal Al Quran memerlukan ketabahan dan kesungguhan yang kuat dan berpanjangan. Jangan sekali biarkan rasa putus asa merajai dalam hati.

Wednesday, March 9, 2022

ISTIMEWANYA BILA AL QURAN DALAM HATI

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/2/2021


Bila-bila masa dapat diulang. Tiada rasa masa yang terbiar kosong.


Bila kosong sahaja masa (sementara menunggu contohnya), dapat diisi dengan mengulang Al Quran, dan itulah tanggungjawab.



Bila terdengar sahaja potongan ayat, boleh tahu apa sambungannya.


Istimewa lagi bila fahami tafsir ayat. Setiap kali mendengar ayat Al-Quran, akal memikirkan maknanya dan hati mendalami maksudnya.


Al Quranlah sahabat baik kita dunia dan akhirat.💕💕💕


Salam Jumaat. Bacalah Surah Al Kahfi dan perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Sunday, March 6, 2022

Pengorbanan demi pendidikan anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/2/2021


Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, abah: Doktor Homeopati (kerja sendiri) dan mak: suri rumah. Walaupun mak abah bukan dari bidang agama, tetapi bersungguh-sungguh meletakkan kami di bidang Al Quran dan agama.


Bermula dari abah buka tahfiz bersama rakan-rakan usrahnya ketika kami kanak-kanak. Ketika kami remaja pula, beberapa bulan sebelum p Syria, abah survey sendiri melalui internet, faks dan pergi ke Syria dengan seorang ustaz tapi tak lepas masuk Syria sebab masalah visa.



Kemudian abah p lagi bawa kami ke Syria, bersama ustaz Abu Bakar Kande. Setahun dua selepas itu, abah bawa mak dan adik-adik kecik tinggal dan belajar terus di Syria.


Apa yang saya miliki pada hari ini adalah hasil pengorbanan mak abah. Pahalanya mengalir untuk mereka. Begitulah juga bila kami mengajarkannya kepada anak-anak dan pelajar, ia bermula dari pengorbanan mak abah. Doa keampunan dan kesejahteraan sentiasa buat mereka.🤲🏻

Wednesday, March 2, 2022

Susahnya belajar!😤😤😤

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/2/2021


Hakikatnya makin tinggi kita belajar makin banyak kena tulis.


Dari tadika> sekolah rendah> menengah > universiti (pulun salin cepat-cepat point yang pensyarah cakap) > Master > phD (makin bertambah mukasurat tesis).



Setiap kali peralihan dari satu tahap ke satu tahap, terasa susahnya (anak-anak pun rasa apa yang kami rasa dulu)


Dari tadika nak masuk darjah 1: rasa susah. Darjah 6 nak masuk tingkatan 1: rasa susah.


Habis sekolah nak masuk U: rasa susah, tak paham langsung pensyarah cakap apa? Zero!. Tambah pulak belajar di negara Arab. Tak paham langsung masa masuk tahun 1 😭. Takkan nak menangis je, pulun buat study grup dengan kawan-kawan (kawan arab, kawan melayu semua ada, sebab nak bagi paham). 


Itu jugalah yang diceritakan pada anak-anak.


Menuntut ilmu, jangan mengharapkan ianya mudah indah belaka. Kerana ia adalah jihad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...