Thursday, October 31, 2019

Latihan menulis untuk Ahmad Zaid

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 30/5/2019

"Mama, Ahmad nak tulis titik-titik, macam Ahmad buat dengan abang kat masjid." Disuanya pen dan buku tulis kepada mama yang sedang melipat kain baju.


Beberapa hari sebelum itu ketika tazkirah antara solat terawih di masjid, Abang Abbudey buatkan titik-titik untuk Ahmad tulis.


Titik-titik yang Ahmad Zaid buat dengan Abang Abbudey ketika tazkirah di masjid



Alhamdulillah Ahmad tulis semuanya sampai habis.

Dalam cuti ini juga Ahmad sering rindukan untuk pergi PASTI. 

Alhamdulillah... Moga sentiasa istiqamah dalam mencintai ilmu, insyaallah.

Sunday, October 27, 2019

Buku kesukaan Abdullah sekarang. Xplorasi Cinta Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 27/5/2019

Buku ini saya dapat ketika membeli buku Asam Garam Rumahtangga Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Seperti biasa Abdullah pasti akan membelek dan membaca buku yang saya beli.






Buku ini dibelek dan Abdullah menunjukkan minat terhadap buku ini.

Diambilnya pen dan cuba untuk menyelesaikan masalah di dalam buku tersebut.



Masyaallah.

Saya anggap buku Xplorasi Cinta Rasul ini juga sebagai bahan mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

Abdullah akan terus bertanya kepada semua ahli keluarga soalan di dalam buku ini untuk dijawabnya.

Dalam kereta pun begitulah meriahkan kami menjawab soalan yang ditanya oleh Abdullah.







Alhamdulillah satu bahan bacaan yang menambah ilmu bagi kami sekeluarga.

  • Alhamdulillah


Wednesday, October 23, 2019

Tips menaikkan mood di tempat kerja

بسم الله الرحمن الرحيم

Pejam celik pejam celik kita sudah di pertengahan tahun 2019.

Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita untuk terus beribadat kepadaNya.

Adakalanya kita rasa lemau, tak semangat di tempat kerja.

Antara perkara yang sering saya lakukan untuk kembali segar dan bersemangat ialah dengan menghidu bau haruman yang menyegarkan..

MasyaAllah...

Senyuman terukir bila bau haruman yang indah apabila masuk ke pejabat.

Wangian kegemaran buat masa ini.

Tidak pakai di pakaian.

Hanya untuk sembur dalam pejabat sahaja.

Membangkitkan semangat.

Kerja sambil senyum, insyaAllah


MasyaAllah syukur kepada Allah yang memberikan rasa bahagia dengan mudah.

Walau dengan sekadar haruman sahaja.



Saturday, October 19, 2019

Reviu buku: Dia tinggalkan tanda

بسم الله الرحمن الرحيم


Buku hasil karya Puan Roza Roslan pasti dikenali ramai di Malaysia.

Buku terbaru yang sangat memberi kesan dalam hati

Saya kongsikan antara lembaran yang berbekas di hati di status WhatsApp peribadi

Inilah buku terbaru Puan Roza

MasyaAllah...

Doa yang diperkenan oleh Allah

Semua detik kehidupan dikaitkan dengan Allah.

Tiada kebetulan.

Semuanya kuasa Allah






Setiap kali membaca pengalaman Puan Roza sekeluarga menetap di Madinah selama 3 tahun, hati pasti teringin untuk merasai nikmat itu juga



Semua yang berlaku mungkin hasil doa mereka yang tidak kita ketahui

Nasihat yang berguna.


Sungguh terasa rimas apabila ada yang sering tidak menepati masa.


Alhamdulillah
..

Ia adalah buku yang amat bermanfaat dan berkesan di hati

Moga Allah merahmati penulis sekeluarga

Tuesday, October 15, 2019

Dilem menjadi pandai

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika saya bersekolah rendah, saya hanyalah pelajar yang sederhana sahaja. Ramai lagi pelajar yang cerdik-cerdik.

Namun, apabila naik ke sekolah menengah, saya hanya akan mendapat no.1 sahaja dalam peperiksaan.

Hinggakan ketika menjadi calon tumpang untuk peperiksaan SMU (Sijil Menengah Ugama) di sekolah agama di Sungai Udang, Melaka, saya mendapat no.1 di kalangan calon-calon kesemuanya walaupun saya hanyalah calon tumpang dan bukan pelajar asal sekolah tersebut.

Naik ke peringkat diploma Bahasa Arab, kelas yang menempatkan para siswi dari berbilang bangsa. Ada dari Jepun, Amerika, Britain, China, Perancis, Russia dan banyak lagi, saya masih mengekalkan prestasi dan mendapat no.1 di dalam kelas yang ada hampir 100 orang dengan pangkat cemerlang walaupun ketika datang Syria dengan tangisan kerana tidak pernah berpisah dengan keluarga dan tidak pernah duduk asrama





Apabila naik peringkat degree, saya tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan nombor 1 kerana pengajian di kuliah, ada yang diajar menggunakan bahasa pasar, bahasa arab fushah tapi cepat sungguh pensyarah cakap, silibus 14 subjek perlu lulus dalam setahun.

Jika gagal 1 subjek, boleh ulang peperiksaan semula. Namun jika gagal lagi, perlu ulang tahun itu semula.

Sistem begini agak sukar. Ramai siswa siswi samada Arab atau orang asing yang gagal.

Ramai juga yang pulang ke tanah air tanpa sijil.

Namun rezeki Allah ada di mana-mana. Terasa cemburu pula apabila ada rakan sekelas dari Terengganu yang direzekikan Allah mendapat Mumtaz dan nombor 1 dalam kelas pada setiap tahun.

Allah...

Rasa tertekan juga ketika itu.

Dalam masa yang sama juga, rasa bersyukur sebab tidak pernah ke ulang peperiksaan mahupun ulang tahun.

Ia adalah satu tekanan dan kesedihan apabila terpaksa ulang subjek dan tahun. Begitulah keadaannya apabila melihat ramai rakan yang kesedihan apabila diumumkan terpaksa ulang peperiksaan dan ulang tahun.

Allah...

Dalam rasa bersyukur kerana lulus, namun tetap ada sedikit kekecewaan kerana tidak dapat mencapai target peribadi untuk mendapatkan gred Mumtaz.

Allah...

Begitulah suka duka zaman belajar.

Ia satu kenangan dan pengalaman dan tidak dapat dilupakan.

Friday, October 11, 2019

Penerimaan orang ramai terhadap status Whatsapp peribadi

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah


Semoga Allah kurniakan kita hati yang ikhlas membuat amalan keranaNya agar amalan kita tidak sia-sia di akhirat kelak.

Entri ini sekadar berkongsi respon orang ramai tentang perkongsian saya di Status Whatsapp.

Antara sebab saya tak mahu berkongsi karya di media sosial terbuka seperti Facebook kerana tidak mahu melayan komen-komen kecaman dan takut juga dengan pujian secara terbuka. Cuba untuk jaga hati sebaiknya.

Namun adakalanya beberapa komen dari orang ramai dapat memberi semangat kepada kita dan menyedarkan kita sejauh mana kebenaran apa yang kita lakukan.

Menulis di blog dan status Whatsapp lebih selesa buat saya kerana komennya tidak banyak dan ia diterima secara personal dan tidak diketahui orang lain.

Saya kongsikan juga respon-respon ini kepada suami menceritakan tentang impak status Whatsapp kepada masyarakat walau dalam lingkungan yang terhad.

Beberapa respon adalah seperti ini:




Allah berikan kita bakat dan kelebihan yang berbeza supaya kita saling dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain dengan cara yang berbeza.


Moga Allah redha dan golongkan kita dalam kalangan hambaNya yang ikhlas.

Ya Rabb

Sunday, October 6, 2019

Alhamdulillah... anak-anak diraikan dalam Konvokensyen Huffaz Al Quran Nusantara 2019


بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 5/10/2019


Alhamdulilah.. syukur kepada Allah subhanahu wata'ala yang mempermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah urusan kami selama 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis konvokesyen huffaz nusantara 2019 yang diadakan di stadium tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.



Alhamdulillah Abbudey dan Abdullah telah khatam hafazan Al-Quran dan menerima sijil dalam majlis konvokesyen tersebut.




Insyaallah Ahmad Zaid juga bakal habis di usia muda, insyaallah

Sijil tamat Al Quran


Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar


Penghargaan dari tok


Alhamdulillah anak-anak adalah antara penerima syahadah yang termuda

Selepas majlis, berpiknik sebentar di tepi tasik hadapan stadium. Redup sahaja petang-petang.


Alhamdulillah...  sungguh mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk khatam hafazan Al-Quran. Moga dapat kita sama-sama ajar Ahmad (dan adik2) untuk menjadi Al-Hafiz juga

Doa kami semoga Ahmad Zaid juga dipermudahkan urusan menghafaz Al-Quran seperti abang-abangnya.

Perjuangan kita tak berhenti di sini sahaja, usahalah untuk memahami, tadabbur dan sentiasa mengamalkan Al Qur'an.

Moga Allah merahmati kita semua.










Thursday, October 3, 2019

Buku yang dekat di hati walaupun selepas belasan tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepertimana di antara ramai-ramai insan yang hadir dalam hidup kita, ada yang istimewa dan dekat  di hati, begitu juga dengan kitab, ada yang sangat dekat di hati walaupun dah lebih 15 tahun beli, ada memori yang tersimpan di sebalik kitab-kitab ini.

3 buah kitab yang dibeli sebelum kahwin dan  diulang baca berulangkali ketika itu:


Tajuk-tajuk buku ini ialah:

1- Bagaimana memilih teman hidup anda?

2- Tarbiah anak-anak dalam Islam

 Sama-sama baca dan diskusi dengan suami di awal perkahwinan, setiap kali diskusi mesti menangis, ketika itu risau memikirkan  bagaimanalah nak membesarkan anak-anak dalam zaman yang mencabar ketika itu?

 Mampukah kami mendidik anak-anak sebaiknya?

 Sebak setiap kali diskusi kitab ini


Doa akan dapat ilmu yang bermanfaat dan dapat memanfaatkan ilmu ditulis pada setiap kitab.

3- Kaedah pembetukan Bayt Muslim, asas-asas pembinaan dan langkah-langkah penjagaan.



Saya kongsikan juga kisah ini dalam status whatsapp peribadi


Sungguh kitab-kitab dapat merungkai kegelisahan kita terhadap masa depan, menjadi senjata bersiap sedia dengan ilmu. 

Moga Allah redha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...