Showing posts with label Public Speaking. Show all posts
Showing posts with label Public Speaking. Show all posts

Sunday, September 22, 2019

Alhamdulillah, Abang Abbudey mendapat tempat ketiga pidato bahasa Arab HESA 2019

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kelmarin Abang Abbudey menyertai pertandingan Amal Islami HESA , antara sekolah-sekolah agama di seluruh Kedah.

Alhamdulillah, abang Abbudey menunjukkan usaha dan minat untuk berlatih pidato.


Pidato ditulis oleh Dr.Ibrahim Al Wakeel , guru bahasa Arab di Maahad Al Iman.

Baba turut membantu melatih Abang Abbudey.


Inilah video persembahan Abang Abbudey:


Alhamdulillah ini adalah kemenangan kali ke2 untuk Abang Abbudey pada tahun ini dalam kategori Pidato Bahasa Arab.


Kali pertama adalah pada bulan Mei yang lalu.

Pertandingan Amal Islami antara sekolah-sekolah menengah bawah jabatan Agama Negeri Kedah

Seperti yang ditulis dalam entri di sini:

Alhamdulillah


Doakan insyaallah semoga abang Abbudey dan adik-adik terus maju dunia dan akhirat, insyaallah

Bergambar dengan ustaz-ustaz dan rakan-rakan di hadapan bangunan Kolej Islam Darul Ulum, tempat pertandingan diadakan.


Alhamdulilah.


Teringat kembali kenangan Abang Abbudey bertanding pidato pada zaman Pasti dulu, pernah ditulis di sini:


Semoga anak-anak berjaya dunia dan akhirat.

Amin.



Friday, November 11, 2016

Musafir Hidup Kami

بسم الله الرحمن الرحيم

Lebih 10 tahun kami sama-sama menempuh hidup berkeluarga.

Dari berdua, bertiga, berempat dan kini berlima sekeluarga.

Pelbagai pengalaman telah kami lalui.

Suka Duka, susah dana senang bersama-sama.

Allah berikanlah kebahagiaan hingga ke syurgaNya.

Doa moga ada kemajuan pada diri kami seiring dengan meningkatnya usia kami.

Peningkatan dari segi ilmu, ibadat, ketaqwaan, sumbangan kepada masyarakat dan pelbagai lagi perkara-perkara positif.


Melihat anak-anak membesar juga membuatkan kita terasa cepatnya masa berlalu MasyaALLAH...

Doa dalam hati Allah jadikanlah perjalanan hidup membesarkan mereka ini diredhai ALLAH dan ALLAH menjadikan mereka insan yang bertaqwa dan banyak berjasa kepada masyarakat. 
Itulah sebaik-baik manusia.



Sekali-kali tidak terasa kebolehan sendiri untuk berjaya membesarkan anak-anak dengan baik.

Malahan kebanyakkan pengalaman yang kami lalui adalah satu percubaan baru yang kami mengharapkan hasil yang baik dan diberkati ALLAH padanya.


Malahan perbezaan jarak masa yang jauh antara Ahmad Zaid dan abang-abangnya sedikit memberi rasa cuak dan gentar adakah dapat mendidik Ahmad Zaid sebaik kami mendidik abang-abangnya?

Doa kami sebanyak-banyaknya agar Ahmad Zaid juga menjadi insan yang baik, cemerlang dari usia bayi hingga ke hujung hayatnya sama juga dengan anak-anak kami yang lain.

Aminn..


Usaha yang selalu kami lakukan untuk mereka selalu berani di hadapan orang ramai sejak dari usia kecil juga adalah bertujuan agar mereka penuh keberanian menegakkan kebenaran, menyampaikan dakwah dan meninggikan Agama Islam dengan penuh berhikmah.. 

Amin ya Rabb

Jika ada sahaja peluang untuk mereka tampil di khalayak ramai, mereka juga secara sukarela ingin tampil di khalayak ramai tanpa rasa gentar.

Alhamdulillah.

Moga ia adalah usaha penuh keikhlasan tanpa noktah hitam penuh takabbur dan riak yang membakar amal soleh.

Usaha dan doa kami panjatkan kepada ALLAH.

Anak-anak bertiga ini didoakan menjadi jalan dan peluang untuk kami memberatkan timbangan amal soleh.

Amin.

Moga anak-anak ini dan zuriat kami menjadi aset setelah kematian kami.

Amin Ya Rabb...



Saturday, October 1, 2016

Video Abdul Rahman ketika ujibakat Pendakwah Cilik 2016 (Siri 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Video Abdul Rahman ketika di uji bakat Pendakwah Cilik di Amanjaya Mall Sungai Petani Kedah pada Hari Sabtu (27 Ogos 2016) yang lalu.


Dalam video ini Abdul Rahman 'ditebuk' oleh juri dengan soalan hafazan dari Surah Al-Israa' ayat 1 apabila juri mengetahui bahawa Abdul Rahman telah menghafaz 16 juz Al-Quran.

Soalan adalah secara spontan dan Abdul Rahman juga tidak begitu bersedia dari segi pakaian kerana tidak mempunyai hasrat yang kukuh untuk menyertai ujibakat ini seperti yang telah ditulis pada entri (17/9/2016)


Alhamdulillah Abdul Rahman dapat menjawab soalan hafazan yang ditanya dari Surah Al-Israa' dengan baik. Didoakan agar bacaan Abdul Rahman lebih baik selepas ini dan dapat mengawal nafas dengan lebih baik lagi insyaALLAH.. aminn

Tuesday, September 27, 2016

Video Abdul Rahman ketika ujibakat Pendakwah Cilik 2016 (Siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Video kali ini adalah rakaman ketika Abdul Rahman mula menaiki pentas untuk ujibakat Pendakwah Cilik di Amanjaya Mall , Sungai Petani, Kedah pada bulan Ogos yang lalu.


Awal komen juri ialah:
"Manis senyuman kamu, Abdul Rahman."

Di dalam ujibakat ini, juri meminta Abdul Rahman membacakan Surah An-Naba'.


Alhamdulillah beliau berani membacanya dan dapat mengawal debar dalam dada.




Satu kejayaan yang patut dipuji kerana berani untuk memberi persembahan di khalayak ramai. Alhamdulillah.

Juri juga ada bertanya tentang berapa juz hafazannya dan 'menebuk' hafazan Abdul Rahman secara spontan.

InsyaALLAH video tersebut akan dikongsikan pada entri yang akan datang InsyaALLAH.



InsyaALLAH sambungan video ujibakat Pendakwah Cilik ini akan disambung pada entri yang akan datang..

InsyaALLAH.


Semoga usaha ini dapat menjadikan anak-anak ini penegak Agama ALLAH yang berani, bertaqwa  dan cintakan ALLAH di masa hadapan.

Aminnn

Saturday, September 17, 2016

Abdul Rahman di pentas Pendakwah Cilik 2016. Sungai Petani. Kedah

بسم الله الرحمن الرحيم

-27 Ogos 2016
-Hari Sabtu


Ia bermula apabila terlihat Mak Ndak like post tentang pendakwah cilik dalam Facebook dan kemudian bertanya kepada Mak Ndak tentang program tersebut.


Bila bercerita kepada Abdul Rahman, Abdul Rahman begitu suka dan berminat untuk menyertai uji bakat ini kerana sepupunya Fawwaz juga ingin turut serta.

Lebih-lebih lagi apabila Abang Abbudey tidak dapat menyertai ujibakat Little Huffaz pada awal tahun ini kerana lebih had umur, dan Abdullah sahaja yang dapat menyertainya. Jadi Abdul Rahman sangat ingin menyertai uji bakat kali ini. 


Apabila berbincang dengan baba, baba tidak setuju untuk anak-anak masuk dalam rancangan realiti TV jika ia bercorak bukan-bukan untuk menjaga diri anak-anak, dan itulah adalah persetujuan kami bersama dari dahulu lagi. Namun baba bersetuju untuk pergi tengok-tengok dahulu.

Kebetulan pula pada keesokkan harinya, kami sekeluarga agak sibuk dengan pelbagai kerja dari pagi. temuduga pelajar baru di sekolah, Taekwondo grading Abdul Rahman sebelah petangnya dan kuliah maghrib baba di Sungai Petani juga. Jadi akan berualng alik dari Kuala Ketil ke Sungai Petani 3x sepanjang hari itu.

Abdul Rahman ketika sesi ujibakat

Tetapi , apabila dalam perjalanan ke sekolah pada keesokkannya, pihak penganjur Pendakwah Cilik menelefon baba dan meminta untuk hadir berulang kali, dan wassap berulang kali juga minta untuk hadir. Entah dari mana mereka dapat nombor telefon baba pun tak tahu.

Jadinya setelah selesai temuduga pelajar baru di sekolah, kami ke Amanjaya Mall Sungai Petani untuk menyertai ujibakat Pendakwah Cilik ini.


Ia adalah untuk menambah keyakinan diri anak-anak apabila berada di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak sendiri yang berminat untuk menyertainya.

Keyakinan dan bakat bercakap dan beraksi di depan khalayak adalah perkara yang mahal dan perlu dilatih selalu agar tidak kekok dan takut.

Alhamdulillah Abdul Rahman dapat mengawal rasa gementarnya di atas pentas,
Alhamdulillah...

Fawwaz (sepupu Abdul Rahman) di atas pentas
Abdullah tidak ingin menyertai kerana masih belum sembuh dari demam campak lagi.

InsyaALLAH usaha seperti ini dapat membentuk  diri anak-anak agar lebih berkeyakinan di hadapan orang ramai, lebih berani dan lebih bertaqwa pada masa hadapan insyaAllah.

Amin...


InsyaALLAH sedutan video persembahan Abdul Rahman dalan ujibakat Pendakwah Cilik ini telah disetkan auto publish di dalam blog ini pada 27/9/2016 dan 1/10/2016 InsyaALLAH...

Saturday, March 26, 2016

Rezeki di masa hadapan InsyaALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم



InsyaALLAH ada rezeki di lain hari, InsyaALLAH.

Dipilih untuk ke final antara 200 orang peserta yang hadir uji bakat pun sudah bertuah.



Apa yang dipelajari sepanjang program Little Huffaz ini ialah:

1- Usaha sebaik mungkin

2- Doa kepada Allah

3- Tawakkal

4- Redho dengan ketentuan Allah.

5- Berbanggalah dan ucaplah tahniah kepada anak dengan usaha yang telah dilakukannya

6- Menambah keyakinan diri anak-anak, mengawal ketakutan untuk persembahan pentas dan keberanian

InsyaALLAH moga ada rezeki di masa hadapan

=)

Friday, November 29, 2013

Pengalaman di Malaysia Islamic Children Fair, Shah Alam Convention Centre (siri 1)


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulilah segalanya berjalan lancar...

Alhamdulillah pada 24.November yang lepas saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menjadi salah seorang ahli panel di Malaysia Islamic Chlidren Fair, Shah Alam Convention Centre.

Day & Date: Sunday, 24th Nov 2013
Time: 3:45pm - 4:45pm 
Programme: Forum 2: Parenting Out of the Box
Venue:  Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre, Shah Alam.

Tajuk Forum ialah:
"Parenting Out of the Box"





iklan untuk  aktiviti pada hari terakhir MICF


Iklan untuk kedua2 hari

Antara soalan yang diajukan oleh moderator (Puan Lily Maznah Muaz) (Beliau juga ialah penulis buku AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN yang comel yg pernah kami beli tahun lalu - baca di sini ) :


1- Sebagai ibubapa, kita impikan anak-anak soleh yang bakal menjadi "saham" kita di alam Barzakh dan Akhirat nanti. Pendidikan awal perlu bermula dari rumah. Apakah yang boleh ibubapa lakukan sendiri di rumah bagi membimbing anak-anak soleh ini? Boleh Ustazah kongsikan rutin harian dalam menjadikan anak-anak Tahfiz dari rumah?

2- Persediaan untuk mendidik anak ?

3- Umur yang sesuai untuk mula homeschool bersama anak?

pemandangan dari pentas
kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
Pada pendapat saya, ALhamdulillah ibu bapa pada masakini sudah sedar kepentingan mendidik anak dari kecil. Kerana itulah seminar dan kursus keibubapaan semakin banyak, terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.


ALhamdulillah, ia adalah satu perkembangan yang baik. Moga ia menjadi lebih baik, INsyaALLAH.


kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
di hujung sana: Moderator: Puan Lily Maznah dan ahli Panel Puan Rasheedah CoachSha

Walaupun pada mulanya sangat  teringin untuk hadiri seminar ini dari awal pagi, namun apakandaya.... ke sana kesini.

Banyak ilmu, makluman dan pengalaman yang dapat dikumpul dalam seminar ini, ALhamdulillah.
kredit gambar dari FB Puan Lily Maznah
3 ibu2 panel
=)
Dua ahli panel yang lain (sebelum ini hanya saya kenal di alam maya sahaja) Puan Zaszima Abu-Samah yang ceria dan amat cintakan ilmu dan  Puan Rasheedah CoachSha 
yang tabah dan kuat tawakkalnya kepada ALLAH SWT adalah yang berkongsi banyak ilmu dan pengalaman mereka mendidik anak yang sangat menarik. Sangat kreatif, Ceria  dan menyeronokkan.Alhamdulillah

Mereka berkongsi tentang cara kreatif mereka mendidik anak dengan homeschooling dan roadschooling.

Benarlah, berkenalan dengan ramai orang akan membuatkan kita bertambah ilmu pengetahuan. MasyaALLAH.

Berkenalan dengan orang yang banyak pengalaman dan ilmu juga akan membuatkan anda dapat mengetahui banyak ilmu baru... MasyaALLAH!

kredit gambar dengan izin dari Fb Puan Zaszima Abu Samah
Moga usaha murni seperti ini dapat memberi natijah yang baik dan mampu melahirkan ganerasi pejuang yang menegakkan Agama Islam di masa hadapan. Amin


Nota:
Hari ni hari jumaat, jangan lupa:
1- Surah AL-Kahfi,
2- Banyakkan Selawat
3- Banyakkan doa (doakan saya & keluarga juga)

Thursday, September 12, 2013

Abdullah menyertai pertandingan khutbah

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah minggu lepas dan minggu sebelumnya  Abdullah telah menjadi wakil Pasti Mutmainnah ke pertandingan khutbah Alam Ria PASTI peringkat Sungai Petani dan juga peringkat Negeri Kedah.

menonton video khutbah Abang Abbudey yg lama
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/04/penggambaran-pesan-atok-di-tv9-satu.html

suasana sekitar kawasan ketika Alam Ria Pasti Sungai Petani


sementara menunggu guliran


ketika pertandingan khutbah Alam Ria peringkat Negeri Kedah
(tangkap gambar ikut selah tingkap je...)

gambar yg diambil dari FB PASTI ALOR SETAR
https://www.facebook.com/pasti.kawasanalorsetar/media_set?set=a.536896416381559.1073741858.100001836179255&type=1


menerima hadiah ketika Alam Ria peringkat Sungai Petani

Alhamdulillah, walaupun tidak berjaya di Alam Ria peringkat Negeri Kedah, tetapi ia memberi satu pengalaman kepada anak ini, mecabar keberanian untuk bercakap di atas pentas di khalayak ramai. 

Moga Abdullah menjadi lebih berani dan berkebolehan untuk berkomunikasi di khalayak ramai pada masa hadapan.

Untuk melihat lebih gambar pertandingan Alam Ria PASTI peringkat Negeri Kedah, boleh lihat DI SINI

Sunday, June 2, 2013

2 jam penantian

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jumaat yang lalu, saya dan Abdullah ikut menghabiskan masa bersama-sama selama 2 jam dalam kereta.

Ini kerana kami sekeluarga ingin pergi ke kenduri selepas Solat Jumaat dan baba ada tazkirah senelum Solat Jumaat, khutbah dan jadi imam Solat Jumaat.

Jadi, saya dan Abdullah duduk dalam kereta untuk menunggu baba (Abang Abbudey pergi dengan tok wan).

Jom tengok apa yang Abdullah lakukan selama 2 jam menunggu dalam kereta.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


saya siap sedia dengan buku2 ini untuk aktiviti ABdullah dalam tempoh menunggu
+ roti canai dan susu.

Tempoh menunggu seperti ini perlukan persediaan yang rapi supaya anak tidak mengamuk sebab
jemu menunggu


Abdullah tertarik dengan aktiviti dalam buku AULAD yang terbaru.

mukasurat pertama.

Majalah AULAD adalah majalah pilihan keluarga kami.
Amat bagus dan bersesuaian untuk kanak-kanak.
Di sini saya kongsikan pengalaman anak2 dengan Majalah AULAD sebelum2 ini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/search/label/Majalah%20AULAD%20yang%20best%20%3D%29

aktiviti ke-2.
dengan senyuman

aktiviti ke-3
Alhamdulillah dia sangat sukakannya

 jemaah mula memenuhi ruang masjid

aktiviti ke-4

diselang selikan dengan menonton kartun  arab kesukaannya
القطة الضائعة
(Kucing yang hilang)

Abdullah adalah pencinta kucing
(baca di sini)
Anda boleh tonton kartun yang menyayat hati ini di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=J-FOGZqgd00


Diselang seli juga dengan permintaan mama supaya ABdullah baca Al-Quran dahulu
=)

Aktiviti yg ke-5

aktiviti ke-6
(mencari perbezaan dalam dua gambar)

peneman saya selama 2 jam

Alhamdulillah selamat penantian 2 jam tanpa adegan mengamuk.... =P

Thursday, May 2, 2013

Forum Didik Anak Hafaz AL-Quran di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah kalau tahun lepas Abang Abbudey naik pentas utama di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk nasyid (baca di sini) , tahun ni, ALhamdulilah sekali lagi anak2 diberi peluang untuk naik pentas, bukan utk nasyid, tapi utk mempersembahkan hafazan Al-Quran.

Kami dijemput untuk memenuhi undangan ke forum Didik Anak Hafaz Al-Quran sempena pelancanran buku baru Must Read SDN BHD, Ensiklopedia AL-Quran tulisan Ustaz Sheikh Mujahid.


sumber di sini:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200370077153143&set=a.1278973693061.2041214.1191592815&type=1&theater
sebelum naik pentas


DJ Pyan IKIM sebagai moderator


Abang Abbudey menghafaz Surah Al-Muzzammil
gambar yang unik ini dari
FB klibf (Kuala Lumpur International Book Fair)


Abdullah menghafaz Surah Nuh

Forum bersama penulis buku Ensiklopedia Al-Quran


bersama Pyan IKIM dan penulis buku.
Tok wan Nason turut hadir sama ke majlis ini

Abdullah dengan muka merajuknya kerana Abang Abbudey dapat naik pentas dan
baca hafazan dua kali, dia naik sekali sahaja.
Merajuklah jadinya

selepas selesai forum
 InsyaALLAH saya upload video hafazan anak di masa hadapan. Masa forum terlupa pulak nak record...huhu...



P/S: Agak lama tidak update blog (sibuk + tidak rajin + takde idea nak tulis apa)

Monday, November 19, 2012

Alhamdulillah...selesai sudah Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran di Sungai Petani, Kedah

بسم الله الرحمن الرحيم

 Alhamdulillah...segala puji dan syukur dipanjat kepada ALLAH SWT yang telah memudahkan segala urusan kami. ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah...Seminar Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al-Quran yang julung-julung kalinya diadakan di utara Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan. Alhamdulillah atas nikmat yang ALLAH kurniakan.

Seminar bermula pada pukul 9.15pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. 

Alhamdulillah ramai peserta yang hadir awal. Seawal jam 8.30 sudah ada peserta yang tiba di perkarangan Dewan KISMEC, Sungai Petani, Kedah.

Alhamdulillah juga peserta2 tidak menhadapi masalah untuk mencari lokasi seminar dijalankan.

Pengerusi  Majlis
Ustaz Amir Mohd Nason

Abbudey menyampaikan hafazan Surah AL-Muzzammil
Sepanjang tempoh mengendalikan, mempromosikan seminar ini banyak pertolongan dari ALLAH dipinta saban hari. Menjadikan diri ini benar2 sedar hakikat diri ini sebagai seorang hamba ALLAH yang hanya mampu merancang sahaja dan ALLAH jualah yang mempunyai kuasa merealisasikannya...

 ALhamdulillah semuanya berjalan lancar....Lega rasanya....ALhamdulillah...
Abbudey

Sesi 1: Ustaz Amri

Ustaz Amri

Abdullah menyampaikan hafazan dari Surah Nuh


Jutaan terima kasih, Jazakumullahu Khairan kathira diucapkan kepada setiap individu yang menyokong usaha menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya mendidik anak-anak dengan Islam sejak dari kecil lagi.
Semoga ALLAH memberi ganjaran yang terbaik kepada anda semua ALLAH.




Darwisya menghafaz Surah Luqman

Darwisya

Ayah kepada Darwish dan  Darwisya

Encik Rojali Edris

Darwish menghafaz Surah AL-Mulk



Puan Lina Karim



Puan Lina


Abdul Rahman (yg demam) dan Darwish bermain2 di sofa hadapn pentas

Antara peserta yang hadir

Ibu kepada Puan Lina dan Abdullah (yg sudah tertidur kepenatan) di akhir seminar.
Penat dari pagi..kesian....


Keluarga yang hebat (MasyaALLAH)

main cak cak pula

Untuk melihat lebih banyak gambar menarik  yang diambil dalam seminar ini boleh layari:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.468593189851128.109991.265460076831108&type=3
Didoakan juga semoga ALLAH memberkati segala usaha peserta-peserta seminar ini dan mempermudahkan urusan mereka dalam perjalanan mendidik anak-anak mereka menjadi huffaz cilik.. Amin.


جزاكم الله خيرا كثيرا
=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...