Sunday, October 6, 2013

Jalan-jalan di Bukit Bendera, Penang

بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga sempat menghabiskan cuti hujung minggu di Bukit Bendera.

Walaupun Kedah ni dekat sahaja dengan Penang, kira2 sejam setengah dari Kuala Ketil ke Bukit Bendera, tapi inilah kali pertama kami sekeluarga naik ke Bukit Bendera setelah percubaan kali pada hujung tahun lepas pertama gagal... Boleh baca di sini


Sampai buat kali ke-2
Dalam beg yang Abang Abbudey galas tu, ada makanan dan minuman yang disediakan awal2

Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai pada pukul 9. Alhamdulilah cuaca yang baik untuk berjalan2 di sini.

menuju ke keretapi

terus berjalan

bayaran tambang keretapi Bukit Bendera
Oklah, tak berapa mahal sangat
Kami 2 dewasa + 2 kanak-kanak = RM 18

jangan datang bila sudah tutup

sebelum sampai ke tempat menunggu keretapi, terdapat pameran kecil tentang sejarah Bukit Bendera

Alhamdulillah, anak2 cukup seronok sebab dapat naik keratapi...Sangat excited... Cuaca awal pagi juga yang dingin amat baik pada hari tersebut... Alhamdulillah...

Alhamdulillah sampai di atas dengan selamat


meneropong ke bawah
terdapat bangku untuk anak2 kecil panjat untuk meneropong

bukan percuma,
harap maklum
=P

Di dataran Bukit Bendera

Mereka ingin sangat memegang dan bergambar dengan burung kakak tua itu
bayarlah RM 10

Sedikit tips untuk ke Bukit Bendera:
1- Sebaiknya naik pada awal pagi, cuaca yang nyaman, tak panas membolehkan untuk berjalan lama di Bukit Bendera berbanding jika naik ketika tengahari terik... (Mau mengamuk anak2 berjalan bawah panas)

Awal2 pagi juga InsyaALLAH orang tak ramai...tambah lagi bila ada rombongan sekolah, kena tunggu lamalah untuk naik keretapi

2- Jangan LUPA bawa payung bersama....

3- bawa juga makanan dan minuman sendiri supaya anda tidak terkilan jika terpaksa membeli makanan yang jauh lebih mahal dari biasa...

                                  LAGI TEMPAT MENARIK YANG PATUT DILAWATI

muka seronok sebab dapat naik feri ketika pulang
=)

Friday, October 4, 2013

Isi Kandungan Diari Celik Saya milik Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada entri bulan2 lepas, saya pernah menulis tentang  info buku (Diari Celik Saya) yang dihadiahkan kepada Abang Abbudey di sini.

Dan di sini saya menulis tentang aktiviti Abang Abbudey menulis diari tersebut.

ALhamdulillah, setelah mendapat kebenaran dari Abang Abuddey untuk tangkap gambar dan publish catatan diarinya di blog ini, InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi hasil tulisan diari budak darjah 1 ini.. =)


ini adalah mukasurat pertama diari tersebut.
Pada hari pertama, saya menerangkan kepada Abang ABbudey apa yg pelu ditulis dan saya berkongsi idea dengan Abang Abbudey untuk menulis diari ini.

Alhamdulillah selepas itu, Abang Abudey boleh berdikari, memikirkan sendiri, muhasabah diri dna menulis sendiri diari ini

ALhamdulillah

tulisan budak darjah 1

Al-Quran, Abang Abbudey baca Surah Fussilat mukasurat 2

Kelihatan impiannya untuk memiliki kereta yg hebat..
impan seorang kanak2 biasa.
Kemudian, pada mukasurat yg hadapan, impiannya makin meluas dan hebat, MasyaALLAH

impian utk jadi seorang pengajar

catatan ibadah juga tidak lupa untuk diisi

katanya: beliau juga ingin menjadi masterchef...
senyum sahaja....
=)

Beliau mengulang Surah Al-Qiyamah dan Surah Fussilat pada hari tersebut

Abang Abudey muhasabah diri dan mengingati semula anugerah ALLAH yang disyukuri pada hari tersebut

beliau juga ingin menaiki halikopter


impiannya untuk membina sebuah masjid.
MasyaALLAH

Beliau mengulang Surah An-Naziat

No.2 itu adalah : berkongsi
beliau ingin menjadi imam

katanya, beliau ingin menjual buah-buahan...
Beliau ada cerita sebab beliau ingin menjual buah-buahan adalah kerana beliau suka makan buah-buahan dan kalau ada orang miskin, Abang ABbudey boleh sedekah buah kat dia.... begitulah ceritanya

Ingin menjadi seorang mujahid yang gagah berani berperang di jalan ALLAH. Begitulah cerita Abang Abbudey kepada saya

Mungkin kerana pada hari tersebut, beliau ada  mendengar sirah para sahabat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.

Mula menghafal Surah Ghofir

Lagi catatan kesyukuran Abang Abbudey... ALhamdulillah...
ALLAH mekarkanlah rasa bersyukur dalam hati kami sepanjang hayat...amin3


saya terangkan kepada Abang Abbudey, solat tepat waktu ialah solat di awal waktu. Bila dengar azan sahaja, terus solat. Kalau melambat2kan solat, tak solat di awal waktu, kena tanda 'X' pada ruang tepat waktu.

Alhamdulillah... antara kebaikkan kepada anak2  yang saya nampak dalam penulisan Diari Celik Saya ini:

1- Menyemai rasa bersyukur dalam anak2. Setiap hari dia akan ingat untuk bersyukur atas segala anugerah yang ALLAH berikan.

2- Anak2 juga diajar muhasabah diri, mengingat kembali kebaikan dan kesalahan yang dilakukan sepanjang hari seperti ada tolong orang atau tidak? Solat jemaah atau tidak pada hari ini? Solat di awal waktu atau tidak pada hari ini? Ada beri sedekah atau tidak? Dengan itu juga, anak2 akan berusaha untuk memperbaiki diri mereka pada masa hadapan.

3- Mengajar juga kepada anak-anak  impian hidup yang tinggi pada masa akan datang.

4- Menarik lagi tentang diari ini bila anak2 mula melihat semula catatan diarinya yang sebelum2 ini, dia akan mengenang semula, mengingati tulisan dan tersenyum bahagia...MasyaALLAH.

5- Memantapkan lagi bakat anak2 menulis, mengeja dan mereka ayat dalam Bahasa Melayu.

ALLAH berkati mereka yang berusaha menerbitkan diari ini dan hidup anak2 ini sepanjang hayat mereka. Amin2.


Wednesday, October 2, 2013

WW: Dua pasang adik beradik (yang comel amat)

بسم الله الرحمن الرحيم



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...