بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 28/12/2020
*BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH*
Ikatan persahabatan boleh terbina kerana persamaan minat, perasaan, citarasa dan dapat bersabar dengan ragam serta karenah sesama kita.
Ramai orang yang kita kenali dari kecil, namun tak semua yang boleh sehati sejiwa dengan kita.
“Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)
NOTA: Gambar lama. Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tiada yang kekal abadi selain ALLAH.