Monday, July 31, 2023

Wait and see

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/8/2021


🧕🏻: Ahmad, pesan kat Tobby jangan kencing dalam rumah, nak kencing p toilet.




👦🏻: Ok, pesan dah. Tobby angguk dah. Dia paham


😅


(We wait n see)

Saturday, July 29, 2023

Hafazan Al-Quran itu milik Allah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/3/2021


Al Quran itu mukjizat, ingatan hafazan Al-Quran kita juga milik Allah, bila-bila masa Allah boleh tarik jika kita tidak bersungguh-sungguh memeliharanya.


((Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.)) Al Isra': 86



Biasa je terjadi kan, selalu biasanya kita tak pernah lupa surah XXX, tiba-tiba hari tu terlupa, tak ingat langsung.


Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). Fatir: 32


Rujuk video: https://m.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/videos/358575822443336/

Thursday, July 27, 2023

Resepi Jeruk Rambutan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/8/2021

Bukan semua orang sukakan dan pernah makan jeruk rambutan.

Tapi bagi saya, saya sangat sukakan jeruk rambutan.

Begitulah juga dengan kakak di Kuala Lumpur. Pun dah berjangkit sukakan jeruk rambutan.

Ketika mengirim jeruk rambutan ke Kuala Lumpur.

Pertama kali saya makan jeruk rambutan adalah hasil buatan ibu sahabat saya yang kemudiannya setiap kali musim rambutan dia akan mengirim jeruk rambutan kepada saya kerana tahu saya sukakan jeruk rambutan.

Masya Allah. Semoga Allah mudahkan segala urusan mereka sekeluarga.


Oleh kerana musim PKP susah nak jumpa orang, maka saya minta kepada sahabat saya resepi Jeruk Rambutan.


Inilah resepi Jeruk Rambutan yang saya sudah ubahsuai mengikut citarasa.


Bahan-bahan:

Rambutan
1 batang Cabai melaka 
4 sudu besar Cuka
6 biji asam boi
Air hingga tenggelam rambutan

_____________________
Cara-cara

1. Kupas rambutan dan bersihkan. 
2. Masukkan rambutan dalam balang.
3. Masukkan cabai melaka, cuka, asam boi dan air hingga tenggelam rambutan
4. Simpan dalam peti ais. Selepas 3 hari insyaallah jeruk rambutan akan sebati rasa masam manis dan pedasnya.

*Anda boleh ubahsuai resepi dan kadar cuka dan asam mengikut citarasa anda .

Rasa jeruk rambutan ini adalah masam manis dan pedas. Saya sukakannya
 
Sahabat yang selalu memberikan jeruk rambutan ibunya. Ibunya selalu pesan agar diberikan Jeruk Rambutan ini kepada saya.

Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga.
Amin.

Tuesday, July 25, 2023

MUSIM KUCING KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/8/2021


Kelmarin saya post tentang Tobby yang hilang 5 bulan pulang ke rumah tiba-tiba.



Semalam pula kakak ipar pula post yang kucingnya tak balik 2 bulan pun pulang ke rumah.



Bak kata Khadijah Hashimee :

Musim kucing dapat hidayah pulang ke rumah 😅



Mungkin rakan-rakan yang bela kucing yang kehilangan kucing pun berharap sedemikian selepas baca post ini. 


Insyaallah kucing anda juga akan kembali ke pangkal jalan.

Pesanan sempena musim pelajar-pelajar masuk universiti

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Pesanan sempena musim pelajar-pelajar masuk universiti sekarang:

IKHLASKAN NIAT, sentiasa pohon agar ALLAH TETAPKAN HATI untuk terus menuntut ilmu.


Mungkin tiba masa timbul rasa penat, putus asa, ingatilah pengorbanan dan harapan ibu ayah untuk melihat KEJAYAAN anak mereka. 


Kami juga tidak terlepas daripada ujian PUTUS ASA ketika menuntut ilmu 


Kuatkan hati dan teruslah berjuang. 

Tiada kejayaan yang datang bergolek. Semua perlu usaha yang gigih.

Sunday, July 23, 2023

TEBUK TERBALIK

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/8/2021


Dalam kelas tasmik Al Quran online kelmarin:


Ustazah: "Kak Aishah, saya nak tebuk (soal ayat Al-Quran), tapi kak jawab ayat sebelumnya ya?"


Dalam fikiran saya:

Tebuk suruh sambung ayat selepas pun tak tentu ingat, inikan pula suruh baca ayat sebelum😅. Tak pernah lagi buat ujian macam ni, apa-apa pun ustazah ajar tekniknya. Alhamdulillah ilmu baru.


Nota: bukan ajar hafal Al-Quran terbalik, tapi ujian untuk mantapkan hafazan Al-Quran.

Friday, July 21, 2023

Kucing kembali ke rumah selepas 5 bulan hilang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/8/2021


Kucing-kucing di rumah kami ini dilepaskan pada waktu pagi dan dikurung dalam sangkar pada waktu malam.


Kebiasaannya mereka hanya bermain di halaman rumah sahaja.


Namun ada ketikanya juga mereka seronok bermain hingga keluar dari kawasan Maahad.


Antara kucing yang pernah ada di rumah ini.
Kebanyakan baka marble bengal. 
Hasil daripada kucing betina marble bengal  yang dihadiahkan oleh seorang kawan dan kucing marble bengal jantan yang diberi oleh seorang pemilik restoran.


Banyak juga kucing di rumah ini yang mati kerana parvo/ hawar.

Sangat sedih bila melihat kucing menderita akibat parvo😢😿


Ini ialah Tobby.

Anak kepada Cattus.

Beberapa bulan lalu, Tobby hilang.

Entah pergi bermain di mana entah.

Hampir 5 bulan Tobby tak balik rumah.



Hinggalah pada suatu hari, selepas subuh, tiba-tiba sahaja Tobby muncul depan pintu rumah.

Masyaallah.

Seisi keluarga kami sangat terkejut.

Selalu juga begitu.

Kucing-kucing ini bila menghilangkan diri, selalunya mereka akan pulang ke rumah selepas waktu subuh.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Betapa kami sekeluarga bersyukur dan seronok dengan kepulangan Tobby.

Alhamdulillah.














Wednesday, July 19, 2023

Bersyukur saat dibantu

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/8/2021


 "Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat." Muttafaq Alaihi


Betapa kita rasa bersyukur bila berjumpa dengan orang yang boleh membantu menyelesaikan urusan kita.



Alhamdulillah,dari tahun lepas, saya mengenali Kak Zura, pegawai PPSP Unishams yang sangat mudah membantu. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama beliau.


Sehingga saya kenalkan kepada seorang sahabat pascasiswazah yang menghadapi masalah proses akhir tesisnya. Dia turut bersyukur kerana dibantu oleh Kak Zura.


Segala puji bagi Allah yang mendorong hati manusia untuk ikhlas membantu orang dalam kesusahan. Alhamdulillah.

Monday, July 17, 2023

Merenung kehidupan.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/8/2021


Dulu kita lalui fasa universiti, melihat rakan sekeliling pun berlumba-lumba menuntut ilmu, mengejar kejayaan.


Terus ke fasa berkeluarga, bekerjaya, anak-anak masuk sekolah. Begitulah juga anak-anak rakan.



Masa berlalu. 


Fasa diuji kesihatan dan kehilangan ahli keluarga. Begitulah juga ujian yang dilalui oleh rakan sekeliling seusia kita.


Dilema, kesedihan, kebingungan. Orang lain pun begitu.


Lumrah kehidupan.

Hidup dunia tak kekal.


اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة

Thursday, July 13, 2023

Cara panggil kucing balik rumah

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/8/2021


 Pagi tadi Dijah Whatsapp video orang panggil kucing balik.



Rupa-rupanya orang lain pun panggil kucing balik rumah macam Ahmad Zaid

Alhamdulillah johan pertandingan hafazan Al-Quran peringkat zon 3, Negeri Kedah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/7/23


Alhamdulillah berkat doa dan tunjuk ajar semua guru, Allah rezekikan Abang Abbudey dapat johan peringkat zon bagi kategori hafazan Al-Quran antara sekolah-sekolah di Kedah.





Setiap tahun bersungguh-sungguh berlatih, Alhamdulillah Allah rezekikan untuk menang tahun ini. Di tahun akhir pengajian Abang Abbudey di thanawi. Tahun ini Abang Abbudey dah tingkatan 5 dan akan menduduki SPM insyaallah.


Semoga Allah permudahkan segala urusan Abang Abbudey, dapat buat yang terbaik dan mendapat johan bagi peringkat Negeri Kedah dan kebangsaan. Amin.


Saya kongsikan berita gembira nikmat Allah ini.


Alhamdulillah respon daripada keluarga dan rakan-rakan:









Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Moga Allah kurniakan rezeki kepada anak-anak dan pelajar dapat terus maju dan cemerlang dalam semua bidang dunia dan akhirat. Amin.








Tuesday, July 11, 2023

Hikmat peluang rezeki yang berbeza

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/8/2021 


Sebagaimana rezeki kita berbeza, pintu amal kebaikan juga berbeza.


Ada orang pandai masak, boleh berkongsi rezeki. Ada orang banyak harta, boleh banyak bersedekah.Ada orang banyak ilmu, boleh beramal dan mengajar orang lain.


Kata Imam Malik:

إن الله قسم الأعمال كما قسم الأرزاق.


‘Sungguh Allah itu membahagikan amalan sebagaimana Dia membahagikan rezeki diantara hamba-hamba-Nya.


Ada orang yang dimudahkan untuk rajin solat namun tidak mampu berpuasa sunnah.




Orang kedua dimudahkan untuk ringan berinfak namun tidak mampu berpuasa sunnah. Orang ketiga diringankan untuk berjihad.


Janganlah dikecilkan *pintu* berbuat pahala. Dan *kunci* menuju redha Allah ialah IKHLAS.


Antara kandungan kuliah ini:



Sunday, July 9, 2023

Impian yang belum terlaksana

بسم الله الرحمن الرحيم


 Entri ini ditulis pada 10/8/2021


Bab ini sangat menusuk hati.🏹

Petikan mukasurat dari Buku Travelog Huffaz oleh Khairul Anuar Basri



Semua ibu ayah ada impian terhadap anak-anak.


"Ayah mahu kamu lebih bagus dari ayah dalam aspek ini."

Begitu juga saya. Saya juga mahu anak-anak lebih baik dalam menjaga hafazan, dalam hubungan dengan Al Quran, dalam semangat menuntut ilmu, anak-anak lebih alim daripada kita.


Kita mahukan anak menyambung perjuangan kita. Kita mahukan anak lebih bagus dari kita.


100 harapan yang kita letakkan atas bahu anak-anak.


Segunung doa dipanjatkan.


Moga Allah merealisasikan cita-cita kita untuk anak-anak.

Friday, July 7, 2023

Reviu buku: Travelog Huffaz. Oleh: Khairul Anuar Basri

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/8/2021


"Mengapa kamu hafal Al Quran?"


"Saya harap ia menjadi jalan supaya ibu ayah saya dimudahkan masuk dalam Syurga."






Buku pertama yang tamat dibaca untuk tahun 1443H.


Banyak ilmu, tips, perkongsian pengalaman menghafaz Al-Quran yang boleh didapati dari buku ini. 


Malahan ada ayatnya yang sangat menikam kalbu. 🔪. Sentap! Huhu..


Jika stok masih ada, anda boleh dapatkan buku ini dengan percuma di link ini:


https://kab.onpay.my/order/form/b01

Wednesday, July 5, 2023

Manfaatkan memori kita untuk orang lain

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/8/2021


Pengalaman lama boleh saja 'dipadam' oleh masa yang berlalu.


Banyak memori lalu yang telah kita lupakan.


Tapi, bila ia dicatat, ia boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain.



BLOG adalah antara platform untuk catatan pengalaman/penulisan yang mesra pengguna, jauh dari hiruk pikuk kontroversi. Hanya fokus kepada isi kandungan blog sahaja, tanpa komentar 'di luar kotak' 😅


Salam hari terakhir 1442H


يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة

Monday, July 3, 2023

Kisah yang tidak dikongsikan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/8/2021


Pada awalnya saya berhasrat untuk berkongsi kisah ini di dalam status Whatsapp peribadi, namun saya rasakan seperti riyak pula😅.


Saya padamkan hasrat tersebut dan rasanya biarlah ia menjadi memori dalam blog ini. Jauh dari pandangan ramai, insyaallah lebih menjaga hati


Masih dalam PKP.

Hari tersebut saya tidak sihat, nak duduk lama pun rasa tak larat. 

Namun banyak kerja perlu diselesaikan.

Ada laporan yang diminta. Kerja pelajar dan guru yang perlu disemak. Anak sendiri juga perlu diajar.

Ada juga Whatsapp yang meminta pandangan.

Pagi tersebut sudah spoil mood apabila meminta anak menghantar hafazan, tetapi kelihatan seperti anak tersebut tak bersungguh-sungguh membaca Al-Quran.

Untuk tidak menambahkan buruk hari tersebut, saya perlu tenangkan diri semula.

Kerja yang boleh dibuat sambil baring, seperti menjawab pertanyaan dan memeriksa kerja guru dan pelajar, saya buat sambil berehat.



Untuk mengajar Ahmad matematik pula, buat sikit-sikit.



Sungguh mencabar juga untuk mengekalkan ketenteraman dan kedamaian hati.

Merancanglah dengan baik.

Semoga Allah bantu kita.

Inilah antara penenang hati. Membaca.



Novel ini sangat seronok dibaca. Untuk tahun ini saya mula banyak membaca tentang Hamka dan juga karya-karya beliau


Saturday, July 1, 2023

Tunjuk hebat.?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/8/2021


Adakalanya saya ingin berkongsi tips dalam Whatsapp peribadi untuk manfaat bersama, tapi terdetik juga dalam hati:

'Nampak macam menunjuk-nunjuk aku ni bagus sangat lah pulak.'


Ya. Suara hati seperti ini memang selalu kedengaran dalam diri saya.


Akhirnya saya mencatatkan dengan mengubah ceritanya dan menisbahkan kepada orang lain. 


Adapun untuk merakam memori, mungkin menulis blog lebih selamat.


Akhirnya saya kongsikan seperti ini:



Mungkin cara ini lebih selesa dan selamat untuk hati dari rasa riyak.


Inilah perkongsian tersebut:


Saya sering melihat cara kerja rakan-rakan, apa yang baik boleh diteladani.


Apabila kerja bertimbun-timbun hingga rasa serabut nak buat mana satu dulu, senaraikan:


Utamakan dan selesaikan dulu:


1. Yang berkaitan dengan pihak lain dan perlu disiapkan segera.


2. tiada kaitan dengan pihak lain dan boleh ditangguhkan.


Tabiat menyenaraikan kerja, selalunya dapat membantu kita untuk mengatur kerja.

Komik-komik yang bagus

بسم الله الرحمن الرحيم 


 Post ini adalah untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Ustazah Nuraishah Zaidi berkenaan komik-komik yang bagus-bagus.


Pertamanya, alhamdulillah zaman sekarang ni terdapat banyak komik islamik yang baik untuk bahan bacaan anak2 kita.



Saya bahagikan komik kepada 2 bahagian:

1. Untuk kanak² tadika hingga darjah 3.

2. Untuk kanak² yang lebih berusia dan awal remaja.


Boleh pilih mana yang sesuai. ULASAN KOMIK terdapat pada gambar. Semoga dapat memupuk minat membaca dalam diri anak².





Untuk bacaan lebih lanjut, boleh baca di link ini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02vDTJH3bz5rq6pe2oVE2L5vUNF7muZm66WSEAQTE9bmuJE3BSYEkiSLF3FzAUotW3l&id=1735369853&mibextid=Nif5oz




Ini adalah sebahagian saja dari komik-komik yang baik. Ada banyak lagi komik-komik yang bagus-bagus terdapat di pasaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...