Sunday, May 30, 2021

Pengalaman Viva Voce PhD Tafsir dan Sains Al Quran- Siri 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/12/2020


Sambungan dari siri 1...


Pada malam sebelum Viva, saya cuba berlatih lagi depan suami. Malam itu juga Alhamdulillah dapat tidur awal, cuma terjaga jam 12 hingga jam 3.30pagi baru boleh lena semula.


Alhamdulillah paginya bangkit jam 4.45. Walaupun agak penat kerana terjaga di malam hari, terus bangkit kemas rumah, sidai baju, solat tahajjud dan keluar joging sebelum masuk pejabat. Saya tidak ambil cuti kerana Viva bermula jam 10.






Saya hadir ke pejabat dulu dan keluar jam 8.45.


Unishams hanya 5 minit sahaja dari rumah. Namun tempoh sejam menunggu bermulanya Viva terasa sekejap kerana perlu test line dan semak semula slide pembentangan.


Jam 10, juruacara Dr.Redha Surur, penyelia tesis Dr.Hadi , timbalan pengarah Dr.Hayati memulakan majlis.


Selepas kata-kata aluan, saya diminta untuk membentang tentang rangka tesis dalam masa 20 minit.




Alhamdulillah pembentangan berjalan lancar. Cuma yang gerunnya ketika komen penilai dan juga soalan yang diajukan oleh mereka.


Ya Allah...Rasa nak pengsan rasanya.


Dalam hati saya berkata: "Sudahlah jangan tanya lagi."😅


Namun ditabahkan hati untuk mendengar cadangan dan menjawab soalan hingga penilai yang ketiga.


Seluruh sesi Viva adalah dalam Bahasa Arab.


Selesai penilaian, saya dan penyelia diminta keluar untuk mereka berbincang dan memberikan keputusan.


Alhamdulillah berkat doa semua, saya lulus dengan minor correction.


Selepas Viva pun masih rasa gerun lagi. Saya dan suami dijemput untuk makan jamuan kecil bersama doktor-doktor yang hadir sesi Viva sebentar tadi.


Pulang ke rumah terus rasa penat sangat. Solat zohor dan terus tidur.


Alhamdulillah ucapan dan doa dari saudara mara dan sahabat handai memenuhi media sosial. Alhamdulillah semoga ia bermanfaat buat semua.


Alhamdulillah

Thursday, May 27, 2021

Pengalaman Viva Voce PhD Tafsir dan Sains Al Quran- Siri 1


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/12/2020


Alhamdulillah hari ini selesai Viva voce untuk tesis PhD yang ditulis dalam masa 6 tahun.


Pengalaman Viva sangat unik.


Seminggu sebelum Viva, pejabat akan telefon dan maklumkan tarikh, namun nama-nama penilai tidak diberitahu.


Sehari sebelum Viva perlu, hadir ke bilik Viva untuk test line internet dan rehearsal kerana Viva diadakan secara online kerana wabak Covid.



Penilai luar dari Indonesia dan Prof berbangsa Arab yang mengajar di UIA.


Alhamdulillah saya tidaklah terlalu takut berbanding kali pertama ketika pembentangan tajuk tesis awal-awal dahulu.


Mungkin kerana sudah banyak kali bentang dan pernah diadakan mock Viva, jadi rasa gemuruh itu sangat berkurangan.





Teringat ketika 10 tahun lalu, untuk membentangkan seminar pun sangat gemuruh.


Alah biasa tegal biasa.


Alhamdulillah. Perasaan gemuruh dapat dikawal.


Syukur ke hadrat Ilahi yang permudahkan segala urusan.


Jazakumullahu Khairan Kathira kepada Ustaz Dr.Hadi Musollin, penyelia dari Master hingga PhD, Dr.Hayati yang banyak memberikan nasihat, Puan Zura yang banyak membantu dan semua kakitangan Unishams.


Buat suami, anak-anak yang banyak berkorban. Mak abah, adik beradik, ipar duai, sahabat-sahabat tempat berkongsi suka duka. 


Allah berkati kalian semoga. Semoga bermanfaat buat semua.


Bersambung..........

Sunday, May 23, 2021

Zoo Kucing/ Bustana Kucing

 بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 2/12/2020


Kelmarin saya terlihat post yang dikongsikan oleh sahabat dalam Facebook.




Saya kongsikan juga kepada suami dan anak-anak.


Ahmad Zaid dan Abdullah sangat seronok tengok Bustana Kucing dalam Facebook.


Kami bercadang untuk pergi pada hujung minggu.


Namun apabila Ahmad Zaid asyik tak berhenti bertanya bila nak pergi, terus keesokan harinya kami pergi dengan membawa misi bantuan, membawa sekampit makanan kucing.


Tempat yang agak bersih dan tidak busuk.



Agak menyeramkan bila dikerumuni oleh kucing-kucing, tapi Ahmad Zaid sangat suka. Kucing-kucing di sini sangat manja.


Rasa agak sayu bila kucing-kucing ini tak berhenti mengiau dan mengerumuni kita.

Boleh juga jika nak ambil dan bawa balik kucing yang kita suka.


Sekampit makanan kucing dibawa dari rumah

Alhamdulillah seronok anak-anak melihat kucing-kucing yang jinak-jinak di sini.



Alhamdulillah mereka turut seronok melihat binatang-binatang lain di Taman Ular.

Semoga sedekah dan perjalanan kami menghulurkan bantuan diterima Allah.

Amin


Wednesday, May 19, 2021

Mana lagi sukar? Menulis atau menerbitkan buku?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/2020


Menulis dan menerbitkan karya adalah perkara yang berbeza. Cabarannya pun berbeza.



Selepas 8 buah buku yang telah diterbitkan, saya berpendapat memasarkan buku adalah lebih sukar dari menulis buku.


Jika tiada pembeli dan pembaca, ke mana karya dapat disalurkan? Bagaimana karya dapat dikembangkan? 


Begitulah secara ringkas cabaran menerbitkan buku masa kini.

Sunday, May 16, 2021

Butir mutiara seorang guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


"Kalau kita pandai, jangan pandai sorang-sorang je. Ajar orang lain sama. Jangan nak masuk syurga sorang-sorang je, ajak orang lain juga." Nasihat Arwah Ustaz Razali, (Mudir Tahfiz Al Itqan) 24 tahun yang lalu kepada saya.



Teruskanlah menyubur keikhlasan dalam setiap amalan.


Selamat hari guru.

Saturday, May 15, 2021

Beginilah sepatutnya ibu

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/11/2020


 Pembukaan buku bersemangat.


"Pemuda yang gagah bijaksana terhasil dari zaman kanak-kanak yang tidak terabai dan diasuh oleh wanita yang peka."






Saudara/ saudari pembaca,

Buku ini mempunyai 4505 perkataan, jika purata bacaan anda seminit: 170 perkataan, anda hanya perlukan 26 minit untuk membaca buku ini. Rebutlah manfaat yang ada.



TAJUK KITAB: BEGINILAH SEPATUTNYA IBU...

Wednesday, May 12, 2021

Apakah plan agenda kita selepas Ramadhan ini?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Di hujung saat Ramadhan 1442 ini, apa kita harapkan semoga Allah terima amal ibadah kita walau penuh cacat cela, perkenankan doa kita, mampu terus istiqamah beribadah walaupun di luar Ramadhan, mampu Islah diri, keluarga dan masyarakat ke arah kebaikan.



Semoga Allah terima.


Jangan hentikan amalan yang dilakukan ketika Ramadhan.

Tuesday, May 11, 2021

Di saat-saat akhir Ramadhan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan bantuan Allah serta berkat doa dan sokongan daripada semua pihak.



Pada saat-saat akhir Ramadhan ini, selitkan jua doa moga warga Maahad terus maju, harmoni, terpelihara, membangun dalam redha dan kasih sayang Allah. 



Moga doa kalian diaminkan oleh para malaikat dan berbalik kepada pendoanya jua.


"Janganlah hati mengharapkan pujian melambung daripada orang lain." Katanya.


"Nanti takut jatuh terhempas pula." Dia menyambung lagi.


Hiduplah dengan sederhana. Dengan ikhlas.

Plan menjadi ibu di usia 21

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/11/2020


Bergelar ibu pada usia 21 tahun jauh di perantauan banyak membuatkan diri lebih berdikari di samping bantuan adik beradik dan rakan-rakan di Syria.




Bermula dari 0, inilah antara kitab yang sama-sama kami suami isteri baca dan diskusi bersama-sama, merancang untuk membentuk anak sulung yang bakal lahir.


Saban hari diskusi bersulam kebimbangan, harapan tinggi dan air mata. 


Selamanya tak putus-putus berdoa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا


"Wahai Tuhan kami, berilah kami dari pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.”


Setiap saat merasakan kebergantungan kita kepada Allah SWT.

Monday, May 10, 2021

Bagaimanakah perasaan kita pada malam-malam akhir Ramadhan?

بسم الله الرحمن الرحيم


Bagaimanakah perasaan kita pada malam-malam akhir Ramadhan?


Bagi saya: Perasaannya ibarat berada di hadapan Kaabah.


Bukan selalu kita ada di situ.



Bukan lama kita di sana.


Sekeliling kita hati-hati insan merayu penuh pengharapan, membawa hajat, air mata, meminta, memohon.


Luluh hati merayu pada Yang Maha Memberi.


Sepenuh hati.


Moga diperkenankan.


Moga lailatulqadar milik kita semua.🤲🏻 

Bagi saya: Perasaannya ibarat berada di hadapan Kaabah.


Bukan selalu kita ada di situ.


Bukan lama kita di sana.


Sekeliling kita hati-hati insan merayu penuh pengharapan, membawa hajat, air mata, meminta, memohon.


Luluh hati merayu pada Yang Maha Memberi.


Sepenuh hati.


Moga diperkenankan.


Moga lailatulqadar milik kita semua.🤲🏻

Friday, May 7, 2021

Layakkah kita menghargai Al Qadr?

 بسم الله الرحمن الرحيم


"Macam mana saya nak tambah penghayatan hati dalam malam² akhir Ramadhan? Saya tak berapa nak dapat rasakan penghayatan tu."


Cuti dah mula, masa kita banyak terluang, isilah dengan sebaiknya.



Dapatkanlah RASA menghayati saat-saat akhir Ramadhan agar kita menghargainya. Supaya kita layak untuk menghargainya.

Cekalkan hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/2020


 "Ustazah ada imtihan hari ni, antum jangan lupa doakan ustazah tau. Antum hafal Al Quran, doa antum mesti maqbul". Sejak dulu, selalunya begitulah pesanan kepada anak² pelajar bila ustazah ada exam.




Hari ini.....Anak² di rumah sibuk exam, 

Anak² Maahad sibuk exam,

Ustazah pun exam juga.


Sama² kita semua bersungguh² berjuang di medan kita. Cekalkan hati, kuatkan semangat.


Semoga semua najah dengan cemerlang. Mumtaz InsyaAllah.

Monday, May 3, 2021

Membentuk minda pembaca

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 24/11/2020

 Inilah antara ayat yang sangat tersemat dalam hati saya.
 

Ya. Sedar atau tidak, apa yang kita tulis mempengaruhi orang lain. Jika tulis rungutan, caci maki, sindiran, ayat-ayat sinis, orang lain turut berjangkit aura negatif, tanpa kita sedari.


Tulislah yang baik-baik, yang bermanfaat untuk orang lain. Ia membentuk minda pembaca. Ia membawa ke syurga.


Insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...