Thursday, February 27, 2025

Hokaido cake kegemaran kami sekeluarga

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis 13/10/22


Kelmarin beli, hari ni beli lagi.

Sebab ada yang berebut makan😅.




Kek dia lembut yakmat masyaallah, + inti kastard dia sedap, just nice, tak manis sangat.


Kek kegemaran kami sekeluarga.


Support bisnes waris Maahad.

Ada jual di gerai di convocation di Unishams.

Tuesday, February 25, 2025

REZEKI vs NASIB

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/10/22


👦🏻: Mama, NASIB BAIK Ahmad layak ke peringkat akhir hafazan.



🧕🏻: Bukan nasib. ALLAH yang bagi REZEKI dengan RAHMAT Allah. Bukan kerana usaha kita. Kalau kerana usaha, orang lain yang lebih kuat usaha lagi layak. (Ahmad main banyak. Kena pulak family day sehari sebelum tu, memang pulun main sungguh 😅)


NOTA: Kelmarin baru tonton kuliah tentang rezeki Allah kepada hamba-Nya.

Sunday, February 23, 2025

MANISNYA NIKMAT MENGAJAR ANAK BERDOA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/10/22


Ketika ini Ahmad Zaid berusia 7 tahun.


Sering kami baca doa ketika berpimpin tangan ke sekolah dan ketika sebelum tidur.


Ini mengingatkan saya kepada kenangan bersama abang-abangnya, Abdullah dan Abdul Rahman ketika kecil.


Mereka juga diajar berdoa sejak kecil. Dan pengalaman ini banyak saya tulis dalam blog bertahun-tahun sebelum ini.




Faedah mengajar anak berdoa yang pernah ditulis dulu.

https://cinta-rasul.blogspot.com/2012/11/faedah-mengajar-anak2-membaca-dan.html?m=1




https://cinta-rasul.blogspot.com/2012/03/doa-supaya-sembuh-dari-penyakit.html?m=1





https://cinta-rasul.blogspot.com/2010/09/belajar-berdoa.html?m=1

https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/02/karya-abdullah-peperangan-di-syria-dan.html?m=1


Sungguh terasa manis, tenang dan nikmatnya bila mengajar anak-anak berdoa.


Antara doa yang diajarkan kepada Ahmad Zaid sekarang ialah:







Malahan pengalaman ini dikongsikan bersama rakan-rakan, moga bermanfaat buat mereka juga, insyaallah.



Harapan setulus hati saya , moga Allah rezekikan anak-anak dalam mendalami dan merasai kemanisan mengamalkan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam berdoa dan mengamalkannya sepanjang hayat.

Friday, February 21, 2025

DIBELANJA SEPANJANG PERJALANAN MENUNTUT ILMU.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 10/10/22


Masyaallah ketika kami membawa anak-anak dan para pelajar ke Pengajian Syeikh Sa'id Al Kamali di KUIPs, Perlis pada 9/10/22, sepanjang perjalanan kami, kami sentiasa dibelanja ketika singgah makan dan belanja.


Kami pergi dengan sebiji van membawa beberapa orang pelajar thanawi/ menengah lelaki dan perempuan.


Kami keluar sejurus selepas solat Subuh di Masjid Maahad pada ja 6.30.


Ketika sampai di Chang


lun, kami singgah di Warung Mak Tok di tepi untuk sarapan pagi. Nasi berlauk sedap di situ.


Selesai makan, ketika ingin bayar, ada seorang pakcik yang turut makan di situ telah bayar semua makanan kami seramai 20 orang.


Begitulah juga ketika singgah makan tengahari di Restoran Cendol Pak Jo di Hosba. Makanan tengahari itu dibelanja oleh pemilik warung tersebut sambil beliau meminta agar mendoakan kedua ibubapanya yang sedang sakit. Semoga Allah berikan kesembuhan kepada mereka. Amin.


Sebelum itu, ketika kami dan para pelajar berbelanja di Padang Besar, Perlis, para pelajar turut dibelanja. Mereka membeli susu dalam botol sebanyak RM50. Ketika ingin membayar, tuan kedai tidak mahu ambil duit dan sedekahkan barang jualannya kepada mereka.


Mungkin sejuk mata mereka melihat anak-anak remaja yang berbaju kemeja dan berkopiah, kerana itulah terbuka hati mereka untuk bersedekah.


Moga hati batin kita lebih baik di sisi Allah sebagaimana zahir luaran yang dilihat baik oleh manusia.


Amin.

.

Wednesday, February 19, 2025

KEMULIAAN ILMU.

 


Entri ini ditulis pada 10/10/22


Sungguh setiap kali melihat alim ulama yang mahir dengan ilmu, kaya ilmu serta baik akhlak dan peribadinya, membuatkan hati membara mendoakan anak-anak dan pelajar-pelajar juga luas ilmu mereka dan baik akhlak mereka seperti Imam Asy Syafie dan Imam Al Bukhari.


Bukan bangsa menjadi halangan. Imam Al Bukhari bukanlah dari bangsa Arab, tapi ilmu dan kepakaran beliau dalam ilmu yang sangat hebat hingga disebut-sebut walaupun telah beribu tahun jasad dikandung badan.


Begitu juga, setelah kematian para ulama yang hebat beribu tahun, setiap zaman pasti ada ulama yang hebat yang dapat memberi panduan kepada umat manusia seperti Imam An-Nawawi, Shiekh Sa'id Ramadhan Al Buthi, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi dan ramai lagi.




Begitu juga ketika mendengar pengajian Sheikh Sa'id Al Kamali. Masyaallah begitu tinggi dan mendalam ilmunya. Moga Allah sentiasa memelihara beliau dari ujian dan fitnah.


Itulah yang saya doakan selalu. Allah jadikanlah anak-anak serta anak murid yang hebat ilmu dan akhlak mereka seperti Imam Asy Syafie dan Imam Al Bukhari.


Moga Allah perkenankan.

Amin

Monday, February 17, 2025

Menghadiri Pengajian Syeikh Sa'id Al Kamali

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/10/22



Ketika dalam perjalanan pulang dari pengajian Sheikh Sa'id Al Kamali di KUIPs, Perlis, mama minta kepastian daripada anak-anak samada mereka faham apa yang Sheikh huraikan.


Alhamdulillah anak-anak faham dan dapat syarahkan semula. Sheikh mengajar menggunakan Bahasa Arab baku yang mudah difahami, Alhamdulillah.


Apa yang mereka kurang jelas, baba terangkan sekali lagi.



Antara pesanan Sheikh:

1. Ilmu adalah perkara yang paling besar untuk dicari dalam kehidupan.

2. Tuntutlah ilmu dengan hati yang ikhlas, hanya kerana Allah taala.

3. Tuntutlah ilmu dengan penuh ketekunan dan kesungguhan


Sungguh mama harapkan ia memberi kesan yang mendalam pada hati anak-anak. Insyaallah

Saturday, February 15, 2025

Pengalaman pertama Ahmad Zaid sertai pertandingan luar sekolah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/10/22


Alhamdulillah ini adalah kali pertama Ahmad Zaid menyertai pertandingan kesenian Islam antara sekolah-sekolah agama di Negeri Kedah (Zon Selatan) / Fannul Atfal.



13 orang wakil daripada pelajar Maahad Al Iman Li Ulumil Quran. Seorang bagi setiap kategori.


Sejujurnya, rasanya ustazah yang banyak melatih Ahmad Zaid di sekolah.


Di rumah, Ahmad Zaid banyak main saja.

Bila mama ajak berlatih, Ahmad kata:

"Ahmad dah kemaih, mama."

😅


Haihhh Ahmad ni. Confident tinggi tu dapat dari manalah tu?


Ahmad siap kata lagi: "Jaga-jaga, ini anak ustaz ni."😅


Menunggu untuk masuk ke dewan bersama rakan-rakan yang lain.




Ketika dalam kelas untuk persembahan, Ahmad duduk di sebelah rakan kelasnya dahulu yang sudah berpindah sekolah. Rizqi Naufal. Seronoklah dua orang tu. 

Walaupun saingan, tapi budak-budak, seronok jumpa kawan-kawan. Tak rasa dengki apa pun.

Peserta hafazan Al-Quran tahap 1 (Darjah 1 hingga darjah 3)

Pengalaman bagi para pelajar menyertai pertandingan luar sekolah. Seronok mereka dapat bersama rakan-rakan.



Alhamdulillah bacaan yang baik. Insyaallah kita usaha untuk peringkat negeri pulak. Semoga pelajar-pelajar ibtidaie dapat johan di peringkat negeri Kedah sebagaimana abang-abang sekolah menengah Maahad Al Iman Li Ulumil Quran yang mendapat johan pada musabaqah hafazan Al-Quran dan olahraga peringkat negeri Kedah. Amin.

Thursday, February 13, 2025

Erti DEWASA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/10/22


Makin kita dewasa, makin kita faham cara untuk berinteraksi dengan kehidupan.


Banyak persoalan yang berlegar di minda sejak dulu ditemui jawapannya. 



Antaranya: persoalan untuk menjadi orang yang berjaya, apa yang perlu kita lakukan dan tinggalkan di dunia ini?


Inilah kehidupan yang sementara, tapi perlu bersungguh-sungguh mengusahakannya demi KEJAYAAN DI SANA.

Tuesday, February 11, 2025

Erti KELUARGA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 7/10/22


Keluarga, ada perbezaannya. Raikannya selagi tak melanggar syariat. Penuhkan hati dengan RASA SYUKUR. Nikmatilah anugerah Allah.


Yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan. Dengan pengalaman itu, kita bina keluarga kita.



Bebas sebentar dari rutin harian membuatkan kita lebih bersemangat untuk meneruskan tanggungjawab kelak, insyaallah.


Saat indah yang akan menjadi kenangan manis kelak.💕💕

Sunday, February 9, 2025

Pengajian kisah-kisah Nabi

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 6/10/22

Pengajian kisah-kisah para Nabi diadakan pada pagi setiap Isnin bersama para pelajar sekolah rendah Maahad Al Iman Li Ulumil Quran.



Antara pesan ustaz:
Jadilah kanak-kanak yang berjaya sebelum menjadi orang dewasa yang berjaya. 




Erti kejayaan bukan hanya ketika dewasa, sejak dari kecil perlu buat sehabis baik.


Sentiasa berusaha dan terus maju dunia dan akhirat.



Friday, February 7, 2025

Pengurusan Masa Pagi

 Mengatur pagi agar bermula dengan gemilang.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/10/22


Dulu saya sering terfikir apakah manfaatnya saya menjadi orang yang tepat masa dan awal?


Saya temui jawapannya ketika baca dalam buku Ustazah Fatimah Syarha bahawa orang yang berjaya ialah orang yang mengatur permulaan hidupnya setiap hari. Iaitu mengatur paginya.


Berjaya mengatur pagi dengan penuh bermanfaat dan tidak terburu-buru. 


Masa pagi yang penuh dengan tenaga perlu disalurkan sebaiknya.


Alhamdulillah untuk masa sekarang saya cuba untuk bangun pagi jam 3.15 pagi dan bahagikan pagi saya kepada beberapa bahagian:


1. Bahagian dengan Tuhan: Beribadah dan bermunajat bersendirian.


2. Bahagian untuk kesihatan: Cuba untuk mulakan pagi dengan ceria dan cergas dengan mengayuh basikal (spinning) untuk masa paling kurang 30 minit.


3. Bahagian untuk diri dan keluarga: Sarapan, siapkan anak dan mengemas rumah sambil mendengar kuliah agama dan bersiap untuk pergi kerja.



Saya tahu jika saya lewat bangkit, saya tak akan cukup masa untuk laksanakan tanggungjawab ketiga-tiga bahagian ini.


Ketika mendengar Prof Muhaya dan suami berkongsi tentang kehidupan mereka, ini juga yang mereka sarankan. Mulakan pagi dengan perkara yang bermanfaat. Me time dengan Allah, ilmu dan kesihatan.


Masyaallah. Saya rasakan jika orang-orang muda dapat melakukan perkara ini, sangat baik untuk diri mereka.





Tidur awal dan penuhi masa bangkit awal dengan banyak perkara yang bermanfaat.


Saya ada pilihan untuk keluar rumah 10 minit sebelum jam 7.30 dan boleh sampai ke sekolah pada masanya kerana jarak yang dekat.


Tapi saya pilih untuk menikmati pagi, berjalan berpimpin tangan dengan Ahmad Zaid sambil membaca doa dan menikmati kedinginan pagi dengan tenang di samping bertegur sapa dengan para pelajar.


Moga Allah berkati pagi kita.

Wednesday, February 5, 2025

3 juzuk dan 30 juzuk

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/10/22


Dengan rahmat Allah, kelmarin Ahmad Zaid melengkapkan Hafazan juzuk 28. Menjadikan hafazannya genap 3 juzuk.



Malamnya pula Abang Uwais khatam hafazan 30 juzuk. Alhamdulillah. Allah tetapkan hati untuk terus murajaah sentiasa, memuliakan dan mendalami ilmu-ilmu Al Quran. Amin.



Semoga semuanya terus bersemangat mengulang hafazan, menjadikan Al Quran sahabat baik dan panduan sepanjang hidup. Amin.

Monday, February 3, 2025

Anugerah nikmat setiap hari

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/10/22


Antara nikmat yang Allah beri setiap hari ialah DAPAT BERPIMPIN TANGAN KE SEKOLAH DENGAN ANAK-ANAK DENGAN TENANG. Alhamdulillah.



Sambil membaca doa keluar rumah dan doa pagi. Kalau mama lupa baca, Ahmad akan baca doa dengan kuat (dia ingatkan).


Nikmat yang akan dikenang kelak bila anak-anak dah besar.

Saturday, February 1, 2025

Mensyukuri rumahtangga

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/10/22


Sheikh Waiel Al Hambali ketika menerangkan tentang Hikam Al Atiyyah ini (dalam perjalanan turun dari Gunung Jerai bulan lepas) menyebut antara perkara yang sering kita SELALU LUPA untuk syukuri ialah PASANGAN (SUAMI/ ISTERI) YANG ALLAH ANUGERAHKAN MEMBANTU KITA MEREALISASIKAN CITA-CITA.



Rumahtangga tak lari dari masalah. Ada pasang surutnya. Ada ribut tenangnya. Ada benda yang pernah melayang.


Tapi tetaplah bersyukur, perbaiki ibadah, tambah ilmu, syukuri pengorbanan, sama-sama membangunkan rumahtangga dengan memohon bantuan Allah.


Penjelasan yang simple tapi sering KITA TERLUPA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...