Tuesday, December 31, 2024

Anak seorang nan pendiam

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/22


Anak yang kedua ini rasanya yang paling menurun gen maknya.😅


Malu, larikan diri ketika bersembang, lebih selesa jawab 'tak tahu', sangat berjimat bab belanja, suka menyimpan duit dan pendiam. Pendek kata, menunjukkan ciri ciri introvert.


Di sebalik sikap malu itu, ada minatnya pada seni suara, qasidah dan tarannum.


Alhamdulillah dua tahun berturut-turut menjadi johan tilawah Al-Quran peringkat sekolah.


Ketika cuti sekolah minggu lalu, Abdullah ada ceritakan yang dia nak menyertai pertandingan tarannum Al-Quran di Maahad.



Abdullah minta untuk downloadkan bacaan tarannum ayat yang dipilih dalam YouTube. 


Itu sahaja. Kemudian dia berlatih sendiri. Ada juga terdengar Abdullah berlatih ketika cuti, tapi apabila kita datang, dia akan berhenti. Malulah agaknya.


Seorang yang selalu dipilih untuk qasidah dan nasyid.


Walaupun Abang Abbudey juga mula nasyid sejak PASTI, namun bila meningkat remaja, minatnya kepada nasyid mula berkurangan. Berbeza dengan Abdullah yang selalu dipilih untuk menyertai qasidah dan nasyid.


Abang Abbudey ketika remaja pula menunjukkan minat dan sering menyertai pertandingan khutbah dan pidato antara sekolah-sekolah agama.


Begitulah. Manusia berbeza dan berubah dengan meningkatnya usia.


"Ustaz tanya: adik berlatih dengan siapa? Sebab adik tarik tinggi masa tarannum. Abang habaq kat ustaz, dia berlatih dengan YouTube je." Cerita Abang Abbudey.


Begitulah kisahnya anak kedua ini. Moga kekal istiqamah cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Sunday, December 29, 2024

Kekecewaan selepas kekaguman.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/22


Sering berlaku, ada peribadi yang dikagumi, namun akhirnya kita kecewa dengan tindakannya.


Kata suami: "Itulah dok perati sangat buruk orang 🤣. Contohi kebaikan dia, kelemahan dia kita jadikan pengajaran." 


Hakikatnya kita semua penuh cacat cela, tak perfect.


مَن كانَ مُسْتَنًّا ، فَلْيَسْتَنَّ بمن قد ماتَ ، فإنَّ الحيَّ لا تُؤمَنُ عليه الفِتْنَةُ 

Terdapat kata-kata hikmah:

"Contohilah orang yang sudah mati (termasuklah Nabi SAW, sahabat dan ulama), kerana orang yang masih hidup tidak lari dari ujian (manusia berubah)." Kita tak tahu penghujung hidup kita semua, doalah sentiasa yang terbaik. 


Salam Al-Kahfi, perbanyakkan selawat.

Friday, December 27, 2024

FOKUS


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/9/22


Hidup tanpa fokus, tidak mengerti matlamatnya.


Solat tanpa fokus, tiada khusyuk.

Google Image


Baca Al Quran tanpa fokus, tidak faham isi kandungannya.


Doa tanpa fokus, ibarat rutin sahaja, tanpa bersungguh-sungguh meminta.

Wednesday, December 25, 2024

Pagi seorang anak penghafaz Al-Quran.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/9/22


Minit-minit terakhir untuk lancarkan hafazan murajaah sebelum pergi sekolah, sambil sarapan pagi.






Sangat penting untuk SELALU DENGAR bacaan Al Quran. Supaya dapat betulkan bacaan dan tajwid.


#BilaAnakBongsuHafazAlQuran.

Monday, December 23, 2024

Terbanglah!


بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 14/9/2022


Bagai tersentak dari lamunan bila dikhabarkan anak saudara sulung akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Dua tiga tahun lagi, giliran anak-anak pula, insyaallah. Begitulah التاريخ يعيد نفسه. Dulu kita melayan syahdu meninggalkan keluarga. Kini kita pula bakal ditinggalkan.



Allah, banyak masa telah berlalu. Anak-anak dulunya kecil, sentiasa depan mata, diasuh, ditegur, setiap hari dengar mereka baca Al Quran, akan terbang, menambah ilmu dan iman, membina jati diri. Tiada lagi depan mata, namun LEBIH UTUH dalam doa ibu ayah.


Sematkan dalam hati bahawa ALLAH sentiasa ada bersama, ALLAH adalah segala-segalanya. Doa menggunung agar sentiasa dalam peliharaan ALLAH dan dimudahkan segala urusan.

Saturday, December 21, 2024

Khatam tulis Al Quran 30 juzuk

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 21/12/2024


- Zaman mama belakang tahfiz zaman 90an dulu, tak kena tulis Al Quran. Alhamdulillah Abdullah berjaya habiskan tulis 30 juzuk kelmarin selepas 4 tahun menulis (dari tingkatan 1). 


- Doakan Abdullah dan banin banat berjaya di saringan musabaqah Al-Quran Negeri Kedah bulan depan 🤲🏻.



- Abang Abbudey pula baru selesai ujian Al Quran dengan Sheikh Mahir. Katanya: lepas 2 bulan baru dapat Jayyid Jiddan. Semoga terus maju.🤲🏻


Moga sentiasa Allah kurniakan semangat untuk menuntut ilmu-ilmu dan ilmu Al Quran, moga KEBERKATAN Allah sentiasa bersama kita semua. Amin.🤲🏻

Inilah yang diharapkan dari kehidupan di dunia ini

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/9/22


Seiring dengan usia yang meningkat, apa yang kita harapkan dari KEHIDUPAN DUNIA INI HANYALAH:


1- Husnul Khatimah, Allah terima segala amal ibadat, diampunkan dosa, ditetapkan iman.


2- solat yang khusyuk, memahami Al Quran.


3- 3 aset penyambung amalan kita ketika jasad dikandung tanah, anak soleh yang mendoakan,ilmu bermanfaat, sedekah jariah.


Walaupun SAKIT untuk MENERIMANYA, namun HAKIKATNYA segala yang kita ada bukan milik kita. Ia MILIK ALLAH. Kita hanyalah menguruskan amanah tersebut dengan SEBAIKNYA.




Diri kita, ilmu, harta, anak-anak...Semua Allah yang beri dan Allah mampu menariknya bila-bila masa.


Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amin

Thursday, December 19, 2024

Yang sangat disyukuri

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/9/22


Antara yang sangat saya syukuri dan berterima kasih (walaupun tak pernah zahirkan depan-depan) ialah mak abah yang dah bekalkan KAMI 8 BERADIK dengan hafazan dan pengajian Al Quran sejak kecil. Terlalu banyak ilmu/ tanggungjawab yang perlu dikembangkan dengan Al Quran 



Moga segala pengorbanan mak abah (termasuk pengorbanan material yang bukan sikit) menjadi sebab pengampunan dosa dan mengundang rahmat Allah untuk masuk ke syurga yang tertinggi.


Bukanlah kita ni manusia yang TERPALING SUCI, TERPALING MULIA, kecuali hanyalah mengharapkan keampunan dan rahmat Allah.

Tuesday, December 17, 2024

Ingatan Hafazan Al Quran yang Allah tarik semula

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/8/22


Untuk pasakkan dalam hati bahawa "segalanya milik Allah dan Allah berhak mengambilnya bila-bila masa" ketika kehilangan bukanlah perkara yang mudah.


Segalanya milik Allah, nyawa kita, harta, anak-anak, pasangan, saudara mara, kebahagiaan, ketenangan, kesihatan hatta ingatan Al Quran kita pun Allah mampu untuk tarik semula. Walaupun pahit, itulah hakikatnya.



Harta yang berkat itu bila sikit ia mencukupi, bila banyak, ia boleh memberi, tidak sombong meninggi diri.


Amalkanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ


“ Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat yang Engkau berikan, berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu.” (HR. Muslim).

Sunday, December 15, 2024

Chamain, teh yang sedap

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/8/22


Teh kegemaran dalam rumah kami sekarang.




Brand Chamain. Pelbagai jenis daun teh dan daun herba lain.


Tengah cari sekotak yang mix macam syarikat Teh Boh buat.

Friday, December 13, 2024

Terpaling baik

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/8/22



خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

((Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik (hubungannya) dengan ahli keluarganya, dan aku adalah yang paling baik di antara kamu kepada keluargaku.)) Riwayat Ibn Majah.


Suka duka, baik buruk rumahtangga kita, kitalah yang kena baiki. Kita yang membentuk rumahtangga kita. 



Nak ubah dunia? Nak ubah masyarakat? Mula dari bentuk diri dan rumahtangga kita.


Disiplin masa perlu ada. Ada masa main, ada masa kena serius belajar, ibadah dan hafal Quran.


Kerjasama AMAT DIPERLUKAN dalam melakukan kerja-kerja rumah dan mendidik anak-anak. Sama-sama PENAT, sama-sama BAHAGIA.


Doalah sentiasa agar rahmat dan kasih sayang Allah melimpah ruah dalam rumahtangga kita. Bukan hanya di dunia, tapi hingga ke syurga.

Wednesday, December 11, 2024

Genap setahun

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/8/22


Alhamdulillah. Genap setahun tasmik online dengan Ustazah Thuwaibatul Aslamiyyah. Dah tasmik hampir 234 juzuk dalam masa setahun ni.


5 hari seminggu. 1 juzuk sehari. Tasmik online sangat mencabar. Setiap hari diserang rasa MALAS. Tak ada siapa yang nak paksa kita untuk tasmik KECUALI diri sendiri. 



Lebih-lebih lagi balik dari kerja. Penat.


Tahun lepas tasmik jam 9 malam, nak angkat mata pun dah tak larat. Suara pun macam robot habis bateri. Alhamdulillah ustazah faham dan ubah ke pukul 6 petang. Alhamdulillah lebih baik.


Moga kekal istiqamah hingga ke akhir hayat. Amin. Sama-sama mengharungi susah payah menghafaz Al-Quran bersama anak-anak dan pelajar-pelajar.

Monday, December 9, 2024

DENGKI?


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/8/22

Apabila lihat kelebihan orang lain, tak perlu kita rasa dengki, iri hati. Tapi renungkan pula REZEKI/ KELEBIHAN yang Allah berikan kepada diri kita. Semua orang ada kelebihan yang unik dalam dirinya.


Contoh: Kita lihat orang lain murah rezeki, hidup senang, tak perlu iri hati. Kita renung rezeki yang Allah berikan kepada KITA: ketenangan/ anak soleh, mudah belajar/ rumahtangga yang harmoni.......dll


Allah Maha Pemurah. Allah telah tetapkan rezeki bagi setiap makhluk. Samada dia sedar dan syukur ataupun tidak.


Kita semua sedang berjuang. Walaupun di landasan yang berbeza, fokus! Matlamatnya di syurga sana, bukan hanya di dunia.



Coffee or tea?😁🍵☕ (Yang penting letak 🧊)

Saturday, December 7, 2024

Motivasikan diri di pagi hari?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/8/22


Dulu saya lihat ramai kawan-kawan, bila pagi-pagi ramai yang cari motivasi dalam internet. Begitulah kita manusia, perlu cari ruang untuk motivasikan diri. Cuti hujung minggu digunakan untuk cas semula tenaga dan semangat.


Setiap pagi sebelum pergi kerja, sambil kemas rumah, dengar kuliah. Mulakan hari dengan santapan rohani dan minda. Tingkatkan motivasi diri. Keluar rumah awal, tenang.



Banyak-banyakkan bersyukur. Satu nikmat yang sangat besar dapat mulakan pagi dengan suasana yang positif dalam diri. Senyum, sangat berkesan untuk positifkan diri. 


Kita yang bertanggungjawab memotivasikan diri sendiri, majukan diri.


صباح الخير. دمتم في رعاية الله وحفظه.

Thursday, December 5, 2024

Detik Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyingkap tirai

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/8/22


Setiap kali baca peristiwa ini, saya akan teringatkan kuliah Dekan Kuliah Dakwah yang menceritakan kisah ini ketika ucapan beliau pada hari akhir kuliah.



Betapa tenang dan bahagianya hati bila lihat ada generasi pelapis yang mampu menyambung misi menyebar ilmu dan agama Allah.

Tuesday, December 3, 2024

Kerbau, Kuda, Badak?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/8/22


👦🏻: Baba, bila kita nak bawak masuk kerbau, kuda, badak.....?






🧔🏻‍♂: Nanti ada yang kita kena tukar nama Maahad jadi: MAAHAD AL IMAN LI HADIQAH AL HAYAWANAT. (Zoo Maahad Al Iman)


😅

Sunday, December 1, 2024

Bila mula cuti sekolah.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/22


"Walaupun cuti, Al Quran jangan dilupa." Itulah yang selalu dipesan kepada anak-anak.


Habiskan hafazan dulu, pastu buatlah benda lain.



Kalau hari sekolah, petang: anak-anak keluar bermain di padang, lepas Maghrib: fokus hafazan Al-Quran.


👦🏻: Habis tasmik, boleh main, tengok kartun sampai penat kan mama?


😑

Masa keemasan untuk mencorak anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/8/22


Usia awal kanak-kanak sangat penting. Inilah peluang keemasan untuk kita MEMBENTUK mereka. Masa ini TIDAK PANJANG, jangan persiakannya. Sekejap saja mereka akan meningkatkan remaja dan dewasa.



Anak-anak adalah penyambung perjuangan kita. Tuntutlah ilmu sebanyaknya untuk mencorakkan mereka.


Kita usaha sebaik mungkin, iringilah juga doa berpanjangan moga Allah mencantikkan akhlak, mantapkan akidah dan ilmu, menjadikan mereka ikutan orang yang bertaqwa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...