Erti kejayaan bukan hanya ketika dewasa, sejak dari kecil perlu buat sehabis baik.
Sentiasa berusaha dan terus maju dunia dan akhirat.
Erti kejayaan bukan hanya ketika dewasa, sejak dari kecil perlu buat sehabis baik.
Sentiasa berusaha dan terus maju dunia dan akhirat.
Mengatur pagi agar bermula dengan gemilang.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 6/10/22
Dulu saya sering terfikir apakah manfaatnya saya menjadi orang yang tepat masa dan awal?
Saya temui jawapannya ketika baca dalam buku Ustazah Fatimah Syarha bahawa orang yang berjaya ialah orang yang mengatur permulaan hidupnya setiap hari. Iaitu mengatur paginya.
Berjaya mengatur pagi dengan penuh bermanfaat dan tidak terburu-buru.
Masa pagi yang penuh dengan tenaga perlu disalurkan sebaiknya.
Alhamdulillah untuk masa sekarang saya cuba untuk bangun pagi jam 3.15 pagi dan bahagikan pagi saya kepada beberapa bahagian:
1. Bahagian dengan Tuhan: Beribadah dan bermunajat bersendirian.
2. Bahagian untuk kesihatan: Cuba untuk mulakan pagi dengan ceria dan cergas dengan mengayuh basikal (spinning) untuk masa paling kurang 30 minit.
3. Bahagian untuk diri dan keluarga: Sarapan, siapkan anak dan mengemas rumah sambil mendengar kuliah agama dan bersiap untuk pergi kerja.
Saya tahu jika saya lewat bangkit, saya tak akan cukup masa untuk laksanakan tanggungjawab ketiga-tiga bahagian ini.
Ketika mendengar Prof Muhaya dan suami berkongsi tentang kehidupan mereka, ini juga yang mereka sarankan. Mulakan pagi dengan perkara yang bermanfaat. Me time dengan Allah, ilmu dan kesihatan.
Masyaallah. Saya rasakan jika orang-orang muda dapat melakukan perkara ini, sangat baik untuk diri mereka.
Tidur awal dan penuhi masa bangkit awal dengan banyak perkara yang bermanfaat.
Saya ada pilihan untuk keluar rumah 10 minit sebelum jam 7.30 dan boleh sampai ke sekolah pada masanya kerana jarak yang dekat.
Tapi saya pilih untuk menikmati pagi, berjalan berpimpin tangan dengan Ahmad Zaid sambil membaca doa dan menikmati kedinginan pagi dengan tenang di samping bertegur sapa dengan para pelajar.
Moga Allah berkati pagi kita.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 4/10/22
Dengan rahmat Allah, kelmarin Ahmad Zaid melengkapkan Hafazan juzuk 28. Menjadikan hafazannya genap 3 juzuk.
Malamnya pula Abang Uwais khatam hafazan 30 juzuk. Alhamdulillah. Allah tetapkan hati untuk terus murajaah sentiasa, memuliakan dan mendalami ilmu-ilmu Al Quran. Amin.
Semoga semuanya terus bersemangat mengulang hafazan, menjadikan Al Quran sahabat baik dan panduan sepanjang hidup. Amin.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 3/10/22
Antara nikmat yang Allah beri setiap hari ialah DAPAT BERPIMPIN TANGAN KE SEKOLAH DENGAN ANAK-ANAK DENGAN TENANG. Alhamdulillah.
Sambil membaca doa keluar rumah dan doa pagi. Kalau mama lupa baca, Ahmad akan baca doa dengan kuat (dia ingatkan).
Nikmat yang akan dikenang kelak bila anak-anak dah besar.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 3/10/22
Sheikh Waiel Al Hambali ketika menerangkan tentang Hikam Al Atiyyah ini (dalam perjalanan turun dari Gunung Jerai bulan lepas) menyebut antara perkara yang sering kita SELALU LUPA untuk syukuri ialah PASANGAN (SUAMI/ ISTERI) YANG ALLAH ANUGERAHKAN MEMBANTU KITA MEREALISASIKAN CITA-CITA.
Rumahtangga tak lari dari masalah. Ada pasang surutnya. Ada ribut tenangnya. Ada benda yang pernah melayang.
Tapi tetaplah bersyukur, perbaiki ibadah, tambah ilmu, syukuri pengorbanan, sama-sama membangunkan rumahtangga dengan memohon bantuan Allah.
Penjelasan yang simple tapi sering KITA TERLUPA.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 2/10/22
Dengan ketentuan Allah, saya terjumpa gambar 2 tahun lepas ini dalam Google Photos.
Ketika ini Abdullah sangat sedih kerana tidak menang dalam musabaqah hafazan Al-Quran ITQAN.
"Adik nak bagi tok dengan Wan seronok sebab memang tapi adik tak menang."
Peristiwa ini sangat memberi kesan dan hidup Abdullah dan dia sangat sedih dan takut bila perlu menyertai musabaqah hafazan Al-Quran, kerana takut berulang lagi peristiwa kekalahan. Itulah yang Abdullah suarakan kepada mama.
Alhamdulillah dalam bulan yang sama, dua tahun selepas itu (tahun 2022), Alhamdulillah atas nikmat Allah yang memberikan kegembiraan dan kemenangan untuk Abdullah dan Abdul Rahman.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah.
Doa mama selalu agar kita terus maju dan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 2/10/22
ILMU ITU SEKADAR ILMU JIKA TIDAK DIAMALKAN
Antara kuliah yang selalu saya dengar ialah agar seruan agar mengamalkan bacaan DOA PAGI dan ajarkanlah ia kepada anak².
Tenang... Melangkah memulakan pagi hari dengan doa pagi.
Alhamdulillah, semoga Ahmad dapat mengamalkannya sepanjang hayat dan mengajarkannya.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 1/10/22
Singgah makan roti canai sarang burung di kedai As Salam At Taqwa di Taman Sejati, Sungai Petani pagi tadi (Kedai waris).
Lama tak makan roti canai sarang burung, Alhamdulillah kena dengan selera kami, sedap.
👦🏻: Baba, ni Ahmad kena belanja ke, baba yang belanja Ahmad? (Dia bawa duit tabung untuk beli lastik, lastik tok wan bagi dah putus)
Patutlah Mak Long Ana kata Ahmad ni lawak😅, ayatnya tak terfikir dek akal.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 29/9/22
👦🏻: Ahmad pun nak piala besar jugak macam abang dengan 'adik'.
🧕🏻: Nak piala kenalah hafal Quran elok-elok, bagi khatam, masuk musabaqah bagi menang.
👦🏻: Baba, belikan Ahmad piala besar.
🙃😑Haih.....
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 29/9/22
Sepanjang lebih 15 tahun mengajar, ini kali pertama ada pelajar mai pejabat (lepas solat Zohor) minta bagi 🎁 untuk abangnya.
👧🏻: Ustazah, Ustazah ada hadiah nak bagi kat abang ana tak?
🧕🏻: Ha? Kenapa nak bagi kena hadiah?
👧🏻: Hari ni birthday abang ana (darjah 5), ustazah ada tak hadiah nak bagi kat dia? (macam paksa je ni😅).
Kebetulan ada order 🧁, ada lebih sebekas. Rezeki dia dan abang dia😅
(GAMBAR HIASAN. GAMBAR CUPCAKE BETUL PUN TAK SEMPAT NAK AMBIL😅)
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 28/9/22
Bulan lepas wakil pelajar Thanawi Maahad yang menyertai olahraga sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah telah menjuarai acara-acara dalam pertandingan tersebut.
Dalam ucapan mudir Am ketika meraikan kejayaan mereka, beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan dan mengingatkan para pelajar agar tidak lupa dengan tujuan utama iaitu untuk cemerlang dalam Al Quran dan ilmu. Sebagaimana cemerlang dalam sukan, mesti cemerlang dalam bidang Al Quran dan ilmu juga.
Kelmarin, wakil pelajar Thanawi telah menyahut cabaran mudir dengan menjuarai Musabaqah Al-Quran peringkat sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah.
Tahniah. Teruslah berusaha. Jangan berhenti untuk kekal cemerlang dalam semua bidang, dunia dan akhirat, menjadi contoh teladan kepada pelajar lain dan masyarakat. insyaallah
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 26/9/22
Sungguh setiap hari dilalui dengan banyak berfikir tentang KEHIDUPAN INI?
Selalunya bila di rumah, bila buat kerja sorang-sorang akan berfikir. Jangan sampai gila isim sebab banyak sangat berfikir pulak sudah. Nauzubillah.😅
Bila melihat kehidupan orang-orang tua sekeliling kita, terfikir: bagaimana aku tua nanti? (Doa yang baik-baik moga Allah kurniakan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.)
Apa yang aku NAK dari hidup ni? (Tentulah inginkan keredhaan Allah, Allah terima segala amal ibadat kita, cemerlang dunia dan akhirat. Bahagia bersama keluarga, saudara mara, orang-orang yang dikasihi di dalam Al Firdaus.)
Apa yang aku NAK daripada anak-anak? (Itulah yang didoakan sepenuh hati setiap hari, moga zuriat kita menjadi penyejuk mata kita, dan ikutan orang yang bertaqwa.)
Sampai pening kepala fikir.
Walau adakalanya rasa ia hanya menambah kepeningan dan kerisauan sahaja.
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 25/9/22
Oleh kerana kami tidak ikut serta ke musabaqah hafazan Al-Quran peringkat sekolah Agama Negeri Kedah yang disertai oleh anak-anak (kerana menguruskan hari taklimat waris pada hari yang sama), saya cuba membayangkan suasana ketika penyampaian hadiah.
Terfikir perasaan Abang Abbudey setelah diumumkan pemenang peringkat 10 juz dan 20 juz yang telah dimenangi oleh rakan mereka dan Abdullah (telah diceritakan pada entri yang lalu.)
Saya bersembang dengan Abdullah tentang keadaan itu:
🧕🏻: Adik, mesti abang takut kan. Sebab depa dah umum adik dengan Mustafa dah menang untuk acara 10 juzuk dan 20 juzuk. Bila umum yang 30 juzuk mesti abang ketaq sebab abang sorang je belum menang.
🧒🏻: Aah. Masa dia umum tinggal johan 30 juzuk, dia umum: Muhammad bin Abdul Rahman. Muka abang dah sedih masa tu, ingatkan tak menang. Tiba-tiba juruacara tu kata: "Maafkan saya, saya tersilap. Pemenangnya ialah: Muhammad Abdul Rahman bin Amri." Terkejut abang.
🧔🏻: Hahaha... Dah macam filem Hindustan dah😅
Syukur kepada Allah atas kenangan manis ini.
بسم الله الرحمن الرحيم
Besar kekuasaan dan kasih sayang Allah menjadikan karya, jasa dan ilmu Prof Kamil Ibrahim disebut selepas pemergian beliau.
Saya juga merupakan antara yang mendapat manfaat dari anugerah ilmu yang Allah kurniakan kepada beliau.
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." Riwayat Muslim
Allah ampuni beliau dan tempatkan beliau bersama para Nabi dan orang soleh.
Dan kita ........masih berhempas-pulas jatuh bangun untuk menggapai HUSNUL KHATIMAH.🤲🏻
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/9/22
Dari pengalaman mengajar 3 orang anak ini menghafaz Al-Quran dari KECIL, saya rasakan antara proses YANG SUKAR ialah ketika AWAL SEKALI. Ketika mengenal Alif ba ta. Ketika itu sepenuh perhatian perlu diberikan ketika mengajar.
Selepas anak-anak pandai membaca Al-Quran dan mahir menghafaz, proses menjadi lebih mudah. Mereka dengar bacaan Sheikh berulang-ulang kali dan hafaz sendiri. Bila dah lancar menghafaz, tasmik dengan mama.
Ia berterusan sehingga mereka khatam hafazan. Selepas itu berterusan tasmik ulangan hafazan supaya TIDAK LUPA.
Begitulah perjuangan yang PANJANG.... Doa berpanjangan agar Allah merahmati, mudahkan PERJALANAN ini....Hingga akhir nafas. Kenal, hafaz, fahami, tadabbur dan amalkan Al Quran.
بسم الله الرحمن الرحيم
Kami sekeluarga cukup faham keadaan Abdullah bila stress/ gemuruh menghadapi sesuatu perkara yang besar, dia akan bertambah-tambah diam.
🧒🏻: Mama tau tak, adik dah macam katak mati berudu dah lani.
🧕🏻: Mana ada peribahasa 'katak mati berudu', 'kucing hilang anak' adalah.😅.
Semoga Allah permudahkan urusan Abdullah, banin dan banat untuk saringan musabaqah Al-Quran peringkat Negeri Kedah minggu hadapan. Amin🤲🏻
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 22/9/22
Jika setiap fasa kehidupan ini ada markah dan penilaiannya, agaknya berapakah markah yang selayaknya kita dapat?
Dari pelbagai sudut. Sudut kehidupan, akhlak, ibadah, ilmu, hubungan dengan Allah, hubungan dengan keluarga dan masyarakat......
Agak-agaknya LULUSKAH kita?
Semoga kita beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 21/9/22
Ini adalah kali pertama Ahmad Zaid (7 tahun) memanjat di wall climbing.
Wall climbing ini adalah di Hotel Gunung Jerai, Gurun, Kedah.
Bayaran untuk sekali naik ialah rm10.
Kami menetap di Hotel Gunung Jerai selama 3 hari 2 malam kerana baba ada kursus modul Bahasa Arab dan Dakwah di sini.
Alhamdulillah satu pengalaman baru yang menguji keberanian Ahmad.
Video agak gelap sebab hari mendung selepas hujan ketika itu.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 19/9/2022
Sheikh Waiel Al Hambali pernah ziarah ke Maahad Al Iman Li Ulumil Quran ketika awal penubuhan Maahad.
Sheikh berasal daripada Syria dan kini menetap di Turki.
Alhamdulillah Sheikh datang ziarah semula selepas 4 tahun.
Abdullah menjadi imam untuk Solat Isyak.
Selepas doa, Sheikh minta Abdullah bacakan ayat yang dibacanya dalam solat untuk Sheikh send dalam grup anak muridnya di Turki.
Di dalam video ini Sheikh mendoakan keberkatan untuk Abdullah, untuk Maahad, untuk pelajar dan guru-guru di Maahad.
Sheikh juga mendoakan semoga pelajar-pelajar lain juga menjadi seperti Abdullah. (Moga lebih baik)
Ketika mendengar doa ini, mama mendoakan anak-anak dan pelajar dapat melakukan lebih baik daripada ini, dapat memahami, mentadabbur Al-Quran serta mengamalkannya.
Apa yang kita lakukan ini adalah kewajipan kita. Memuliakan dan memahami Al Quran.
Umpama kita perlu basuh baju,sidai,kemas rumah setiap hari, mendidik anak-anak, mengajar Al Quran. Tidak perlu kita nantikan pujian orang, atau berbangga dengan kerja kita. Kerana itulah kewajipan dan tanggungjawab yang perlu kita lakukan. Menjalankan AMANAH ALLAH sebaiknya.
Kata Sheikh lagi: Berbahagialah kedua orang tuamu.
Semoga kamu menjadi orang yang dikasihi oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kita selaku ibu tentu saja terharu apabila Sheikh mendoakan untuk anak-anak kita.
Alhamdulillah.
Moga Allah memperkenankan.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 17/9/22
Apa yang indah dalam sekeping foto?
Itulah senyuman.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 17/9/22
Hidup penuh liku
Ujian yang datang
Untuk menentukan
Siapakah yang terbaik amalnya?
Ingatlah
Allah sentiasa bersama.
Allah Maha Berkuasa
#SportFishingHotel
#TelukBahangPenang
#Ogos2022