![]() |
Abdullah tak mahu membaca ini kerana ada ayat: Adik ini penakutlah Kami panggil Abdullah 'adik', jadi dia rasa seperti ejek dia penakut |
Wednesday, February 4, 2015
WW: Abdullah tak mahu membaca ini
Monday, February 2, 2015
Craft: Target Board
بسم الله الرحمن الرحيم
Aktiviti ini dibuat pada cuti hujung tahun 2014, tapi kerana ikut giliran autopost, bulan 2 baru publish.
Oleh kerana panah yang dibeli (BACA DI SINI) , kami beli tanpa target board, jadi target boardnya kami buat sendiri
Abang Abbudey mula melukis dan mewarnakan di atas kotak menggunakan water colour
![]() |
![]() |
![]() |
hampir siap |
![]() |
Siap dan dikeringkan |
![]() |
Selepas dikeringkan dan dibalut, target board sedia diguna |
![]() |
DIY target board !! |
Saturday, January 31, 2015
Info Buku: Siri Boleh Gobi Bantu:T Seronoknya Membantu Kawan
بسم الله الرحمن الرحيم
Kali ini kita berkenalan pula dengana Siri buku BOLEH GOBI BANTU
![]() |
Terdapat 4 buku dalam siri ini |
![]() |
Terdapat teks dalam Bahasa Inggeris juga |
![]() |
Teks Bahasa Malaysia dalam dua warna memudahkan kanak-kanak untuk membaca |
![]() |
penuh warna yang menarik |
![]() |
Terdapat jugak info yang berguna |
![]() |
harga buku ini |
Tuesday, January 27, 2015
Info Buku: Siri Dr.Bubbles: Dr.Bubbles dan Baim
بسم الله الرحمن الرحيم
Info Buku kali ini adalah untuk menyempurnakan siri Buku Dr.Bubble sebanyak 4 buku yang telah dibeli untuk anak-anak.
Info buku siri Dr.Bubble yang lain telah ditulis pada entri-entri yang lepas
![]() |
ia adalah berpandukan kisah benar |
![]() |
kesian Baim |
![]() |
permulaan buku yang agak sedih |
![]() |
![]() |
Watak Baim dalam buku ini adalah watak yang benar |
Monday, January 26, 2015
Ketagihan
بسم الله الرحمن الرحيم
Teringat pada pertengahan tahun lepas, terfikir dan melihat anak-anak kurang membaca buku.
Dari saat itu, timbul azam bahawa anak-anak perlu dididik dan disemai supaya suka membaca.
Bermulalah kempen membeli bahan bacaan anak-anak.
Dimulakan dengan bahan bacaan yang menarik minat anak-anak untuk membaca seperti komik upin ipin, boboiboy dan lain-lain.
Dalam fikiran:
Anak-anak baru nak dipupuk supaya minat membaca, jadi perlu tanam dalam hati dan minda mereka bahawa buku ini menyeronokkan.
Begitulah perkiraan psikologi saya.
Kalau awal-awal, dah beri buku tebal dengan tulisan halus-halus, agak-agak anak-anak nampak buku tu seronok tak?
Tapi, makin lama, perlahan-lahan ditukar genre buku komik kepada lebih islamik, lebih menitikkan bab akidah dan akhlak tapi masih buku kanak-kanak.
Dan ditambah dengan buku-buku Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Dan hasilnya: anak-anak kini ketagihan buku dan sangat gembira bila posmen menghantar buku yang dioder, Alhamdulillah.
Jika ke kedai, wajib masuk ke kedai buku. Sekurang-kurangnya beli sebuah buku seorang.
Moga bertambah ilmu dan dapat beramal dan memberi manfaat kepada Ummat Islam.
Amin Ya Rabb
Subscribe to:
Posts (Atom)