Tuesday, October 20, 2015

Mengawal penggunaan internet, permainan games, tv dan hiburan kepada anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم


Zaman makin canggih, pelbagai hiburan terlalu senang untuk dinikmati oleh anak-anak, namun terlebih berhibur itu boleh membuatkan kita dan anak-anak terlupa tujuan utama kita hidup di muka bumi ini, jadi semuanya perlu kepada KAWALAN dan GARIS PANDUAN.

Anak-anak juga mahukan kecanggihan yang seiring dengan zaman moden ini. Kalau orang lain main games di tab, mereka juga mahu, kalau orang lain menonton tv, mereka juga mahu juga, kita sebagai ibu bapa inilah yang perlu memberitahu mereka baik buruknya dan mengawal mereka supaya tidak terjebak kepada yang haram.

Beberapa garis panduan yang saya lakukan bersama anak-anak:

1- Jangan sekali-kali menonton tv, kartun, filem, bermain games YANG HARAM, YANG ADA WATAK TIDAK MENUTUP AURAT.

Memang dari kecil, itu yang ditekankan.


2- Hiburan dibenarkan jika kewajipan telah dilaksanakan dengan sempurna.

Jangan biarkan mereka menonton TV atau bermain jika masih belum solat, tidak baca Al-Quran lagi, tidak siap kerja rumah.

Ajar mereka apa yang lebih penting dan lebih patut mereka lakukan selain duduk berjam-jam mengadap games dan tv

3- Hiburan dilarang jika ada kesalahan dan prestasi yang buruk

Jika terdapat aduan main dalam solat, bermain dalam kelas, hafazan dapat C, maka dilarang sama sekali untuk menonton tv dan bermain games pada hari tersebut.

4- Had masa

Yang paling penting ialah melatih ada dengan had masa.

Beritahu mereka sebelum mereka menonton tv dan bermain games bahawa mereka hanya boleh main sehingga jarum panjang di nombor 6 sahaja contohnya (selama setengah jam).

Sebutkan jarum panjang di nombor berapa supaya mereka tidak mengelat mengatakan:
"Tak cukup lagi setengah jam."

Jika sudah cukup masa, pastikan mereka menutup terus tv dan games yang dimain

5- Ketegasan dan disiplin

Dalam melaksanakan apa-apa peraturan pun, jika tiada disiplin dan ketegasan, tidak akan berjalan.

Ketegasan tidak bermaksud kekasaran. Tetapi anak-anak tahu bahawa mereka perlu melaksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.


6- Contoh yang baik

Ibu bapalah yang paling penting menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak.

Bagaimana anak-anak boleh dikawal penggunaan internet, tv dan games jika ibu bapanya asyik 24 jam berkepit dengan HP dan menonton tv?

Jika ingin anak-anak membaca Al-Quran, kita perlu tunjukkan dahulu.

Jika ingin anak-anak membaca buku, kitapun perlu membaca bersama.

Jangan biarkan TV tu 24jam sentiasa terpasang di rumah, biarkan ia lebih kerap ditutup dari dipasang.


7- Perhatikan apa yang mereka main dan tonton

Ketika anak-anak bermain games dan menonton TV pasti ibu bapa bersama mereka, buatlah kerja sambil mereka di sebelah anda menonton tv atau bermain games supaya mereka tidak terlihat perkara yang haram seperti iklan yang bukan-bukan samada dalam games dan tv.

Remote control di tangan anda dan password internet dalam pengetahuan anda.

KAWALLAH IA DENGAN BAIK!

Allah bantu jika untuk mendidik anak-anak dan menjadi pemimpin bagi golongan yang bertaqwa.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...