بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 30/4/2019.
Sekadar untuk berkongsi perasaan dan untuk mengabdikan perasaan ini untuk dikenang pada masa hadapan.
Ketika ini, dalam perjalanan pulang dari Masjid Kulim setelah selesai baba kuliah dan Abdullah jadi imam Isyak sebentar tadi.
Abdullah membaca Surah Ghafir meniru suara Sheikh Hani Ar-Rifaie seperti dalam video ini.
Sebak hati mama.
Selepas solat, saya terfikir dan berdoa:
"Ya Allah, betapa besarnya nikmat anugerah kurniaanMu yang Engkau berikan pada anak-anak yang soleh yang boleh menjadi imam di masjid, panjangkanlah nikmatMu agar mereka dapat menjadi orang yang hebat di sisiMu, memberi banyak manfaat kepada orang lain dan menjadi ikutan bagi orang yang bertaqwa dan Ahmad Zaid juga dapat menjadi seperti abang-abangnya malahan lebih baik.
Sebelum angkat takbir, makcik di sebelah saya berkata kepada rakannya di sebelah:
"Keciknya suara imam."
Selepas bagi salam, makcik tersebut berkata kepada rakan sebelahnya:
"Tak baligh lagi kot imam, suara halus."
Seperti mama, Abdullah juga ada sifat introvert seperti mama juga.
Kami sama-sama melarikan diri sebelum orang tanya-tanya.
Abdullah melayan Ahmad Zaid di koridor masjid selepas solat Isya' |
Dengan berhujah: Tidak terpengaruh dengan pujian orang.
Abdullah berkata:
"Adik cepat-cepat lari sebelum depa mai tanya adik macam-macam. Sebelum adik jadi imam, tak sapa pun heran dengan adik, lepas adik jadi imam, orang pakat salam adik, cium kepala adik, terus adik lari. Adik tak berani macam abang, boleh pi jadi imam sendiri lepas orang iqamat"
Moga anak-anak kita menjadi anak yang Soleh dan ikutan kepada orang yang bertaqwa.
No comments:
Post a Comment