Tuesday, December 31, 2024

Anak seorang nan pendiam

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/9/22


Anak yang kedua ini rasanya yang paling menurun gen maknya.😅


Malu, larikan diri ketika bersembang, lebih selesa jawab 'tak tahu', sangat berjimat bab belanja, suka menyimpan duit dan pendiam. Pendek kata, menunjukkan ciri ciri introvert.


Di sebalik sikap malu itu, ada minatnya pada seni suara, qasidah dan tarannum.


Alhamdulillah dua tahun berturut-turut menjadi johan tilawah Al-Quran peringkat sekolah.


Ketika cuti sekolah minggu lalu, Abdullah ada ceritakan yang dia nak menyertai pertandingan tarannum Al-Quran di Maahad.



Abdullah minta untuk downloadkan bacaan tarannum ayat yang dipilih dalam YouTube. 


Itu sahaja. Kemudian dia berlatih sendiri. Ada juga terdengar Abdullah berlatih ketika cuti, tapi apabila kita datang, dia akan berhenti. Malulah agaknya.


Seorang yang selalu dipilih untuk qasidah dan nasyid.


Walaupun Abang Abbudey juga mula nasyid sejak PASTI, namun bila meningkat remaja, minatnya kepada nasyid mula berkurangan. Berbeza dengan Abdullah yang selalu dipilih untuk menyertai qasidah dan nasyid.


Abang Abbudey ketika remaja pula menunjukkan minat dan sering menyertai pertandingan khutbah dan pidato antara sekolah-sekolah agama.


Begitulah. Manusia berbeza dan berubah dengan meningkatnya usia.


"Ustaz tanya: adik berlatih dengan siapa? Sebab adik tarik tinggi masa tarannum. Abang habaq kat ustaz, dia berlatih dengan YouTube je." Cerita Abang Abbudey.


Begitulah kisahnya anak kedua ini. Moga kekal istiqamah cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...