بسم الله الرحمن الرحيم
Membaca novel ini mengingatkan saya kepada syair Imam Asy Syafie:
سَافِرْ تَجِـدْ عِوَضـاً عَمَّـنْ تُفَارِقُـهُ ***** وَانْصَبْ فَإِنَّ َلذِيذَ اْلعَيْشِ فِي النَّصـَبِ
“Mengembaralah, kamu akan mendapati pengganti orang-orang yang engkau tinggalkan ** Curahkan segala kesungguhan, kerana lazatnya kehidupan akan terasa selepas kepayahan.”
Kekuatan novel ini adalah pada ayat-ayat yang indah. Di dalam novel ini Kak membawakan kisah/ masalah siswa-siswi yang melanjutkan pengajian di Korea. Tapi hakikatnya ia tidak hanya berlaku di Korea sahaja. Antaranya:
1. Hubungan kekeluargaan dan kasih sayang sesama saudara.
2. Perjuangan untuk hidup di zaman yang menuntut banyak pengorbanan.
3. Kekuatan hati nurani seorang muslim/muslimah berada di negara bukan Islam, membina tembok ketaqwaan menghadapi ujian.
4. Kasih ibu ayah yang berkorban jiwa raga untuk masa depan anak.
Walaupun buku ini adalah sebuah novel, tetapi kesusahan dan kepayahan hidup yang dikisahkan adalah realiti yang berlaku di zaman kita.
Di sebalik kesulitan itu mengingatkan saya kepada Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: “Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Riwayat Muslim (7692)
No comments:
Post a Comment