Saturday, May 31, 2025

Bila guru Al Quran periksa walkman.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/12/22


Antara pengalaman yang menakutkan yang tak boleh dilupakan 20 tahun lalu (Umur 17):

Tertinggal walkman di rumah guru Al Quran (Anisah Ummu Wasim). Anisah periksa dan dengar walkman tu😨.


Alhamdulillah dengar yang elok-elok saja. Anisah minta copy kaset tu untuk Anisah satu.



Dengar kaset ini:



Begitulah gerunnya sebuah hisab.

Thursday, May 29, 2025

Rakan deep conversation

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/12/22


Walaupun berlainan warna kulit, bahasa, budaya dan warganegara, tapi yang menghubungkan kami adalah Islam dan Bahasa Arab.


Rakan 'deep conversation' sejak zaman kuliah di Syria dulu. Bersembang dengannya akan membuatkan minda berfikir sedalam-dalamnya.



Tentang maksud kehidupan, keibubapaan, pendidikan, Bahasa Arab, cabaran mentarbiyah anak-anak dan banyak lagi topik.


Sama-sama berkongsi idea, ilmu, rasa hati dan pengalaman.

Tuesday, May 27, 2025

Lakukan sekarang!

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/12/22


Memerhati kehidupan

Membuat kesimpulan

Jika hendak kuat beribadat

Ingin gigih menuntut ilmu

Mahu tadabbur Al Quran

Azam tarbiyah diri sekeluarga 

LAKUKAN SEKARANG!

Masa depan tak pasti milikmu





Hatta yang melaziminya hari ini

Mungkin esok terhalang

Pelbagai ujian mendatang

Ujian kesihatan

Dan apa saja

Yang tak dijangka


Ya. Lakukan sekarang

Agar tidak sesal kelak.

Sunday, May 25, 2025

Mendidik anak solat berjemaah di masjid.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/12/22


Antara rutin mak-mak musim cuti panjang ialah MEMBERI TAZKIRAH HARIAN😅.


"Tengok anak-anak Sheikh Mahmud, tiap-tiap hari mai masjid awai, azan. Depa jalan kaki je, tapi boleh pi awai. Subuh pun depa azan. Jangan baru nak azan, baru nak masuk toilet."


Solat berjemaah di masjid: Orang yang merasai KEBERKATAN amalan ini dalam HIDUP pasti akan MENJAGANYA.



Abah dulu sentiasa ajak anak-anak lelaki ke masjid sejak kecil. Sampailah abah uzur dan tak boleh ke masjid. Jemaah masjid ziarah abah di rumah.


Di hujung berleter, jauh sudut hati berdoa: "Rezekikanlah anak-anak lelaki ini berjemaah di masjid sepanjang hayat mereka.'


نادى المسجد للأمة يا أمتي أين شبابي

Friday, May 23, 2025

Plan musim cuti?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/12/22


Seperti kebiasaan cuti-cuti panjang sebelum ini juga, plan yang sama untuk cuti kali ini (supaya tak buang masa) ialah:


Selepas solat subuh: bacaan kitab hadis Riyadussolihin dan tasmik murajaah.


Ikut baba kuliah maghrib (kalau sempat). 



Bila anak-anak sibuk buat kerja dengan baba (urus lembu, kambing dan lain-lain), kuranglah masa dengan screen. Sekali sekala, ada juga keluar berjalan.


Ketika kuliah jumaat sebelum cuti pun ada pesan pada banat: buatlah plan untuk cuti 3 minggu agar masa tidak terbuang sia-sia.

Wednesday, May 21, 2025

Orang Arab PEMURAH dengan doa?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/12/22


Bagi mereka yang pernah berkomunikasi dengan orang Arab, pasti akan perasan bahawa mereka sangat PEMURAH dengan DOA. Tak putus-putus dengan kata-kata yang baik untuk kita.



Sejuk hati bila membaca/ mendengar ayat-ayat mereka.


Moga dapat kita contohi.

Monday, May 19, 2025

Yang memberi kesan dalam hati

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/12/22


Antara siri-siri kuliah yang yang amat memberi kesan dalam hati ialah siri pengajian Al Quran bersama Asy Syahid Sheikh Saied Ramadhan Al Buthi.



Masyaallah. Beliau menghuraikan Al Quran dalam pelbagai topik dan sudut:

Orang yang lalai yang dapat hidayah dengan Al Quran, taubat, Kisah sahabat dalam Al Quran, kehambaan, plot-plot kehidupan Nabi Yusuf dan banyak lagi.



Sheikh bercakap Bahasa Arab lambat-lambat dan mudah difahami, insyaallah.


Siri kuliah yang banyak faedah dalam hidup kita sebagai HAMBA ALLAH.

Saturday, May 17, 2025

"Allah bagi ingat!"

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 10/12/22



Bila abang-abang (dan orang lain) tau yang Ahmad dah habis hafal surah Ar-Rahman, soalan yang hampir semua orang tanya ialah:


"Ahmad ingat elok tak Surah Ar-Rahman?"

(Kerana banyak ayat yang berulang-ulang dan mengelirukan.)



Ahmad jawab: "Ingat."

"Macamana boleh ingat elok?"

"Ahmad pun tak tahu, Allah bagi ingat."


Samada Ahmad betul-betul ingat atau tidak Surah Ar-Rahman, guru Halaqah Ahmad, Ustazah Umi lah yang dapat menilai 😁.


Ketika post status ini dalam Whatsapp peribadi, Ustazah Umi jawab:




Allah berkati semua guru yang mendidik kita semua dan memberikan pahala yang berlipat kali ganda. Amin.

Thursday, May 15, 2025

Amanah anak-anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/12/22


Bila bergelar ibu ayah, TARBIAH ANAK-ANAK adalah AMANAH kita pikul dan akan disoal kelak.


Terus nasihat: Allah melihat. 


Terus pantau, teknologi dunia tanpa sempadan sangat menguji iman, dipandang ringan, sedangkan ia membawa ke neraka. 



Jangan tinggalkan Al Quran.


Terus berdoa. Islah diri dan keluarga. 


الله المستعان.





Tuesday, May 13, 2025

LUAHAN HATI ANAK

  


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/22


Hari tu nampak tulisan di papan tulis ini. Ditulis oleh anak remaja kami.




🧕🏻: Ada masalah ke?

🧒🏻: Tak ada.


Usia meningkat remaja ni banyak perkara yang mereka fikirkan yang mak ayah tak tahu. Hanya ALLAH yang mampu mengawal fikiran dan hati mereka. 


Apa yang boleh buat ialah SENTIASA MENDOAKAN MEREKA, MENASIHATI MEREKA, semoga menjadi insan bertaqwa, mendapat hidayah Allah untuk mendepani cabaran usia remaja dan menjadi dewasa.

Sunday, May 11, 2025

RISIKO UNTUK GAGAL.

 RISIKO UNTUK GAGAL.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/22


Dalam hidup, apa yang boleh diselesaikan dengan SEGERA, cuba sebaiknya untuk selesaikan dengan segera. Kerana memikirkan tekanan untuk RISIKO GAGAL itu sangat MEMENATKAN. 


Waktu mengaji, selagi tak habis, selagi tu dihantui perasaan takutkan gagal.



Begitulah juga kehidupan seharian. Selagi bernyawa, selagi itu ada UJIAN. Dalam segala aspek, dalam rutin harian, kerjaya, rumahtangga, menjaga hati, mendidik anak-anak, semuanya...


Doa sentiasa moga dapat CEMERLANG SENTIASA dalam semua ujian.

Friday, May 9, 2025

Menuntut ilmu di usia dewasa/ tua?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/12/22


Ketika kami adik beradik di peringkat universiti di Syria, abah dan mak turut belajar di sana. Mak masuk kursus bahasa Arab, sekelas dengan Dijah. Abah ada private tution Bahasa Arab, dengan ustaz Arab.



"Abah dah tua pun belajar lagi. Korang mesti semangat belajar." Itu kata-kata yang saya tak lupa dan itu jugalah yang cuba diterapkan pada anak-anak kita pula.





Walaupun sekarang tak ada pengajian formal, tasmik Al Quran (online) tetap diteruskan, cuba banyak membaca, dengar kuliah. Cuba aktifkan otak dengan hafal kitab Hikam (seperti kisah Sheikh Waiel). Risau otak berkarat.


Cuba pasakkan bahawa ilmu itu tidak terhad di sekolah/ pengajian formal, ilmu itu PENTING sepanjang hidup kita.


الله المستعان

Wednesday, May 7, 2025

KERJA @ IBADAH?


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/12/22


Kupasan yang bagus. 


Banyak masa dan usia kita habis di tempat kerja. Bekerja hingga ke syurga, bukan sekadar dapat gaji tetapi juga mendapat pahala. Perspektif ibadah dalam bekerja.



"Masa muda saya banyak habis dengan kerja, tak sempat beribadah." Bekerja bukan penghalang kita mendapat pahala ibadat, tapi pahala ibadat yang bagaimana? 





Boleh tonton untuk lebih faham.

Monday, May 5, 2025

Ujian kesihatan dan berfikir

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/12/22


Minggu ini tak berapa sihat. Ahmad pun. Doktor kata banyak ulser dalam mulut. Alhamdulillah makin sembuh.


Ketika sakit ini emosi dan fikiran tak stabil. Fikir macam-macam sampai pening kepala. Masa berehat terasa jemu, diisi dengan baca ebuku 'Diari Abah'. Lagi bertambah banyak berfikir.










Bila menonton kuliah tentang kematian, sangat menikam hati. Kisah imam yang mengajar Al Quran di masjid, tapi kematiannya sangat dahsyat dan sukar diuruskan. 




Gerun mendengarnya. Ada 'ibrah boleh diambil dari kisah ini.

Saturday, May 3, 2025

Ebuku?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/22


Ebuku. 


Walaupun lebih murah dan mudah diperolehi, tapi mata cepat penat bila membaca ebuku berbanding buku fizikal. Ya... tanda-tanda penuaan.

Antara ebuku yang sedang dibaca








Satu lagi perlu mujahadah yang kuat dari tersasar matlamat. Tengah baca ebuku, tiba-tiba terbaca mukabuku 😅

Thursday, May 1, 2025

Apakah yang menahan anak dari melihat yang haram?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/22


Baru-baru ini dengar kuliah yang sangat memberi kesan dalam hati.


Yang mengawal hati anak-anak kita, menahan mereka daripada melihat, buat kemungkaran ketika sendirian BUKAN KITA tapi Allah, melalui taqwa dan solat. Itulah matlamatnya TARBIAH DARIPADA KECIL.



Kita juga pernah remaja, tapi cabaran kita dulu tidak sehebat remaja zaman globalisasi ini. 

يا حي يا قيوم برحمتك نستغيث

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...