Monday, October 12, 2026

UBAT RISAU


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 11/9/2024


Hidup kita tak lari dari kerisauan terhadap macam-macam, masa depan, anak-anak, kesihatan, rezeki, ujian.......


Makin dewasa rasanya makin banyak kerisauan 😅


Amalkan zikir pagi petang, doa selalu. Itulah senjata kita.


Amalkan selalu 

 ‌لَا ‌حَوْلَ ‌وَلَا ‌قُوَّةَ ‌إِلَّا ‌بِاللَّهِ العلي العظيم 



بسمِ اللهِ الذي لا يَضرُ مع اسمِه شيءٌ في الأرضِ ولا في السماءِ وهو السميعُ العليمِ

Sunday, October 11, 2026

Selepas 2 bulan di Mesir.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 31/8/2024


Alhamdulillah. Tamat sudah kembara ilmu 2 bulan Abang Abbudey. 


Anugerah Allah datang tak dapat kita jangkakan. Moga sentiasa dalam takdir yang baik (Doa jawami'ul kalim)






Semoga ia menjadi satu permulaan untuk abang Abbudey (+anak-anak, anak murid) TERUS BERSEMANGAT menuntut ilmu.


Sungguhpun usaha kita sangat jauh berbanding tokoh ilmuwan silam, doa selalu moga anak-anak remaja ini menjadi penyambung generasi berilmu bertaqwa. Insyaallah 🤲🏻


دمتم في رعاية الله وحفظه

Saturday, October 10, 2026

Kuih Kapit dan Kuih Semperit

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 29/8/2024


Pagi ni ketika sarapan Kuih Kapit, terbayang-bayang kenangan buat Kuih Kapit bersama Arwah Makwa waktu nak raya zaman 90an dulu😢. Allah rahmati Makwa Pakwa, saudara mara yang telah pergi serta muslimin/at.🤲🏻



Ahmad pula pagi ni nak sarapan dadih dan Kuih Semperit. (Semua sarapan pagi ni adalah pemberian orang, moga mereka sentiasa diberkati Allah). 



Beginilah setiap pagi dari anak sulung sampai anak bongsu. Sambil sarapan, sambil dengar dan tengok Al Quran (ulang hafazan nak tasmik satgi + bagi hilang mengantuk)


Nota: Mohon jangan terliur😅🙏🏻

Friday, October 9, 2026

Nasihat untuk anak remaja

 Nasihat untuk remaja 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 23/8/2024


Bila anak-anak meningkat remaja, mula berdikari, makin banyak nasihat dan doa untuk mereka.



Semoga Al Quran yang mereka baca dan hafal menjadi penguat iman mereka untuk menghadapi ujian zaman remaja.


دمتم في رعاية الله وحفظه

Thursday, October 8, 2026

Tips membawa anak ke majlis-majlis ilmu

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 23/8/2024


Melihat post ni membuatkan saya terkenang begitulah juga perjuangan ketika mengajar anak-anak semasa kecil untuk tertib dalam majlis ilmu. Buat persiapan dan bawa perkakas yang boleh bantu mereka untuk duduk lama dalam masjid.



Dan dalam setiap urusan dalam mendidik anak, kita sentiasa mohon taufik dan bantuan Allah.


لا حول ولا قوة إلا بالله.

Wednesday, October 7, 2026

Tak faham langsung bila belajar

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 21/8/2024


Abang Abbudey cerita masuk kelas Balaghah kelmarin tak faham langsung. 





Terus mama teringat kelas Balaghah tahun 1 Kuliah Dakwah di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro yang diajar oleh Sheikh 'Uzma lebih 20 tahun lalu. 


Awal-awal belajar tak faham langsung, lama-lama ok je, boleh faham.


Yang paling diingat:

- عامل معمول

- ضعي السطر 

😅

Tuesday, October 6, 2026

Doa memohon segala kebaikan.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 17/8/2024


Hidup ini PENUH dengan PILIHAN dan mungkin kita diselubungi rasa RAGU-RAGU.


Pintalah selalu daripada Allah.



Ini antara petikan doa jawami'ul kalim (doa yang sempurna dan menyeluruh) sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.


Doa jawami'ul kalim 

Maksudnya 


Monday, October 5, 2026

Tujuan tarbiyah anak dengan Al Quran dan solat sejak dari kecil

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis 12/8/2024


Contoh keluarga muda yang mendidik anak dengan Al Quran dan solat sejak kecil. Masya Allah. Boleh diteladani.







Yang kita hajatkan dari usaha tarbiah anak dari kecil, kenalkan anak dengan Al Quran dan solat supaya mereka kekal bersamanya mendepani ujian remaja sehingga ke akhir hayat. Amin.


Besarnya ujian remaja sekarang berbeza zaman kita yang tak ada internet/ handphone dulu. 


Moga Solat, Al Quran, hidayah Allah sentiasa dalam hati remaja, membentengi mereka dari maksiat. Amin³🤲🏻


https://www.facebook.com/share/p/SKPF7zkgLykL3WNQ/?mibextid=oFDknk

Sunday, October 4, 2026

Beli Al Quran terjemahan perkata.


  بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 11/8/2024


Minggu lepas ada lihat pelajar guna Al Quran terjemahan perkata.


Nampak menarik sebab terjemahan direct bawah ayat. Lebih mudah untuk faham. Di tepi Al Quran juga terdapat terjemahan ayat penuh.



Alhamdulillah dah beli dari Shopee.


Masa mengaji tahfiz zaman 90an dulu, susah nak jumpa Al Quran terjemahan Bahasa Melayu. Rasanya tak ada kot.


Yang ada tafsir pimpinan Ar-Rahman yang sangat tebal.


Lani Alhamdulillah mudah sangat nak jumpa Al Quran terjemahan Bahasa Melayu 


Moga dapat menambah lebih kefahaman terhadap ayat-ayat Allah kepada kita.

Saturday, October 3, 2026

MENJIWAI

 


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 6/8/2024


Ketika kita kecil mungkin kita tidak ambil kisah dengan lafaz zikir, amalan-amalan sunat yang kita lakukan.


Tetapi makin kita meningkat usia, makin kita menjiwai setiap lafaz zikir yang terluah.


Segala Alhamdulillah, terasa begitu mensyukuri nikmat yang Allah berikan.


Istighfar yang terasa kerdilnya diri melakukan dosa dan memohon keampunan Yang Maha Pengampun.




Lafaz "La haula Wala quwwata illa billah" dirasakan sangat bergantung harap pada kekuasaan Allah dan diri ini amat lemah tanpa bantuan Allah.


Begitulah. Makin kita meningkat usia, mungkin kekuatan tenaga kita makin berkurangan, tetapi harapannya kekuatan hati, iman kita makin meningkat.


Teringat kisah ketika seorang pemuda bertanya kepada orang tua yang tabah berdiri solat terawih selama 20 rakaat, bagaimana beliau mendapat kekuatan sebegitu?


Orang itu menjawab: Orang muda bergantung pada kekuatan zahir, kekuatan tenaga badan. Tetapi orang yang berusia memiliki kekuatan hati dan iman, insyaallah.


Semoga kita dikurniakan kekuatan tubuh badan dan iman dan sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu wata'ala. Insyaallah.

Friday, October 2, 2026

Cara untuk mendapatkan ketenangan diri.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 6/8/2024


Dengan kerja menguruskan pelajar, guru, staf, sekolah setiap hari dan usia yang mencecah 40 tahun ni, saya mengaku ada ketikanya rasa stress, triggered.


Saya cuba cari ketenangan dengan beberapa perkara:


1. Doa itu sangat perlu. Merayu munajat kepada Allah, mengaku kekurangan diri dan betapa kita amat perlukan bantuan Allah. Rasa lega selepas mengadu kepada Allah dengan hati yang penat lelah.





2. Kurangkan masa dengan media sosial. Bila banyak layari media sosial, lihat orang sana sini, macam-macam yang terdetik dalam hati.


3. Banyakkan baca buku, cari ketenangan.


4. Banyakkan baca Al Quran dan doa moga Al Quran menjadi penghilang kedukaan dan stress kita seperti yang diajar oleh Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam.



5. Sentiasa awal ke tempat kerja supaya dapat mulakan hari dengan tenang.


6. Mengikuti majlis-majlis ilmu amat membantu untuk menenangkan diri.


7. Cuba untuk banyak menghitung nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada diri ini selama ini. Doa selalu moga Allah kurniakan ketenangan hati dan kesabaran. Amin.


Sungguh ketenangan itu mahal.

Moga Allah permudahkan segala urusan kita.


Amin.

Thursday, October 1, 2026

Jangan rasa aman selagi belum.........

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 27/7/24


Selagi dua kaki kita belum berada dalam SYURGA, jangan kita rasa AMAN dengan fitnah, ujian dan kemungkaran.


Kerana kita tidak tahu ujian apa yang bakal menimpa kita di masa hadapan. 


Ada hari kita tenang buat ibadah, ada hari kita serabut, lalai dan leka, dan syaitan tak pernah jemu untuk menyesatkan kita.


Kerana itulah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ajar kita untuk amalkan doa-doa ini selalu:







Wednesday, September 30, 2026

Susah dan senang.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 21/7/2024


Alhamdulillah walaupun abang Abbudey mengalami kesukaran ketika di lapangan terbang Saudi untuk masuk ke Mesir tetapi alhamdulillah Allah kurniakan banyak kemudahan kepada Abang Abbudey untuk tunaikan umrah.


Mudah dapat visa dan mudah untuk masuk laksanakan umrah. Alhamdulillah.

Abang Abbudey di Mesir

Pengalaman Abang Abbudey transit sebelum masuk Mesir dan mengerjakan umrah bersama Dr.Adil ada ditulis di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2024/07/siri-kembara-ilmu-ke-mesir-bahagian-1.html


Alhamdulillah segalanya adalah anugerah Allah buat pengalaman Abang Abbudey.


Begitulah hidup kita. Kita hanyalah hamba Allah yang sangat lemah yang hanya mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang Allah subhanahu wata'ala.




Apa yang kita miliki hanyalah pemberian Allah subhanahu wata'ala.


Antara doa Rasulullah SAW adalah:


 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ


Maksudnya: 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu kepadaku, daripada berubahnya kesejahteraan kurniaan-Mu, daripada seksa-Mu yang datang secara mengejut dan daripada segala kemurkaan-Mu."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2739)


Semoga segala nikmat Allah berkekalan dan membawa kita mensyukurinya dan masuk ke dalam syurga.


Alhamdulillah.

Tuesday, September 29, 2026

Hikmah musafir.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/7/2024


Bila membaca tulisan Abang Abbudey tentang pengalamannya di Mesir, saya terfikir begitulah pengalaman kita di negara orang.





Sesat dan pelbagai kesukaran itu yang menjadikan hati kita makin kuat bergantung kepada Allah.


Jika di negara sendiri semuanya mudah.


Terus teringat bayt syair Imam Asy Syafie ini:




Monday, September 28, 2026

Menjiwai kelazatan nikmat beribadat

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 20/7/2024


Lumrahnya ketika di usia kanak-kanak, amal ibadat/ amal-amal sunat dilakukan dengan terpaksa, main-main, nak habis cepat dan sekadar rutin.



Teruskan melakukannya kerana bila makin berusia, tenaga makin berkurangan, makin kurang nikmat berseronok, ketika itu barulah dapat MENJIWAI kelazatan nikmat ibadah. Buat dengan rasa cinta dan bukan sekadar rutin.


Dan harapannya Allah kurniakan istiqamah dalam ibadat hingga akhir hayat. Amin.

Sunday, September 27, 2026

Catatan kembara menuntut ilmu seorang remaja.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 19/7/2024


Dalam kembara di negara orang terlalu banyak pengalaman dan ilmu baru kita perolehi.










Catatlah ia. Insyaallah ia bermanfaat di masa hadapan.


Antara catatan pengalaman Abang Abbudey menimba ilmu.


Semoga bermanfaat dan memberi inspirasi.


Antara catatan Abang Abbudey:


https://cinta-rasul.blogspot.com/2024/07/siri-kembara-ilmu-ke-mesir-bahagian-1.html


https://cinta-rasul.blogspot.com/2024/07/siri-kembara-ilmu-ke-mesir-bahagian-3.html


حفظك الله من كل سوء يا رب🤲🏻

Saturday, September 26, 2026

Perjalanan abadi.

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 12/7/2024


Kupasan Asy Syahid Sheikh Al Buthi tentang perjalanan abadi sangat menarik, membuka hati dan minda. 




Masya Allah.


Ulasan Sheikh menyedarkan mungkin ada sisi pandang lain tentang kematian yang tidak pernah kita terfikir. 


Masya Allah.

Friday, September 25, 2026

Bila hati lesu........

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 8/7/2024


Kita bukanlah sentiasa kuat, sentiasa bersemangat, positif.


Ada saja masa-masa lemau lemah, ribut jiwa, sedih layu, tak bermaya, futur.




Lazimilah ilmu dan majlis ilmu. 



Insyaallah itulah yang cas diri kita. Yang muhasabah dan mengingatkan diri kita menuju husnul Khatimah.

Thursday, September 24, 2026

NIKMAT ILMU & TEKNOLOGI


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 30/6/2024


Nikmat teknologi skrg membolehkan kita ikuti majlis ilmu dari serata dunia bila-bila masa dengan PERCUMA. Gunakanlah ia sebaiknya.


Teringat masa kecik dulu, masa mula-mula hafal Al Quran, nak beli set kaset Sudais 30 juz di kedai, tak silap +-RM300.



Pulun kumpul duit. Dah beli, tebuk petak bawah kaset sebab takut nanti tertekan record kat radio (kalau anda faham, maknanya anda hidup zaman 90an😅). 


Lani nak dengar bacaan Al Quran imam apa saja, semua free. Semudah di hujung jari. Jangan tak dengar saja.

Wednesday, September 23, 2026

Anak lelaki dengan semangat main bola sepak.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 28/6/2024


Agaknya fitrah anak lelaki memang suka sangat ⚽ dari kecik.


Semangat main ⚽ tu, tiap-tiap hari main pun tak jemu, kalau jatuh pun bangun semula.





Kalau gagal lawan ⚽ pun, tetap semangat usaha.




Jadi, dengan Al Quran pun kena lebih lagi usaha, lebih lagi suka, tak jemu. Kalau susah menghafal pun, tetap usaha lebih lagi. Lebih dari usaha main bola.


Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...