Tuesday, December 30, 2025

Bintang Kejora dan Sang Rembulan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/3/23


SEMALAM:


🧕🏻: Ahmad, keluar terawih nanti, tengok bulan tau. Depa kata malam ni nampak Bintang Kejora/ Zuhrah kat bulan. (Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan.)



👦🏻: Habislah. Ahmad tak boleh naik thanawi dah la.


🧕🏻: Awat pulak?😅


👦🏻: Nak kiamat dah.


😶

Sunday, December 28, 2025

Mati nanti tanam di padang Maahad?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/3/23


Mungkin asbab selalu ikut solat jenazah dan ke tanah perkuburan, antara topik dialog Ahmad sekarang ialah tentang kematian.


👦🏻: Mama, kalau kita mati nanti, tanam kat padang Maahad ke?


🧕🏻: Ha? Awat pulak?😅



👦🏻: Sebab kat masjid Maahad tak ada kubur.


🧕🏻: Tak adalah. Kat mana kita mati situlah kita ditanam. Kalau kita mati kat Madinah, tanam kat Madinah. Tak tentu lagi kita mati kat mana.

Friday, December 26, 2025

Ujian hingga ke nafas terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/3/23


Manusia itu banyak silapnya. Hawa nafsu itu UJIAN hingga ke NAFAS yang terakhir. Tiada yang terlepas dari kesalahan. 


Yang membersihkan diri kita ialah TAUBAT dan TAZKIYATUN NAFS.








((Berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal). Hampalah orang yang menjadikan dirinya terbenam (dalam kekotoran maksiat).)) Asy Syams: 9-10

Wednesday, December 24, 2025

Dialog Ahmad 2

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/3/23


Ketika pulang dari sekolah:


👦🏻: Ahmad rasa Ahmad tak masuk Thanawi lah nanti?


🧕🏻: Awat pulak?


👦🏻: Ahmad rasa nak kiamat dah ni.


😶


Seperti biasa, mama selalu tak ada jawapan/ respon untuk dialog Ahmad.



♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️


🧔🏻: Ahmad, bila Ahmad nak tidur bilik sendiri ni?


👦🏻: Nanti kat dalam kubur, semua kita tidur sendiri-sendiri.


😶

Monday, December 22, 2025

Azam? Azan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/3/23


🧕🏻: Apa azam Ahmad sekolah tahun ni?

👦🏻: Azam tu apa? Azan ke?

(Lama dah tak sebut perkataan AZAM😅)


Tinggikan semangat demi mencapai kejayaan.


من لم تكن له بداية محرقة، لم تكن له نهاية مشرقة.

Orang yang permulaannya tidak membara, kesudahannya juga tidak gemilang 



Apa itu KEJAYAAN?

((Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah BERJAYA.)) Ali Imran: 185


BERJAYA di akhirat bukan halangan untuk CEMERLANG dunia.

Saturday, December 20, 2025

Di sebalik kesukaran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/3/2023


Minggu lepas, rakan sekerja menceritakan di sebalik kesukaran rutin check up baby ke hospital itu dapat menyemai rasa syukur bila lihat ada mereka yang LEBIH TABAH dengan ujian yang LEBIH HEBAT.


Mengingatkan kepada ebook ini. Keindahan ganjaran SABAR yang Allah janjikan. Pada kesukaran itu ada ganjaran.



((Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan TAKUT dan KELAPARAN, KEKURANGAN harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.)) Surah Al Baqarah: ayat: 155

Thursday, December 18, 2025

Pada kasihnya seorang guru

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/3/23


Kami sekeluarga tahu benar kasih baba terhadap ustaz-ustaz baba. 


Antara kisah yang baba selalu cerita: tentang zaman di Derang dan sebelum pi Syria. Baba pernah berkhidmat di sana dan pernah juga menjadi driver Ustaz Abdul Majid ke kuliah-kuliah.


Ketika ziarah Ustaz Abdul Majid, tak dapat nak menanggung sebak. Baba juga begitu. 



Saya cuba sedaya upaya untuk tidak mengalirkan air mata bila duduk depan ustazah. Nasib baik pakai purdah. Banyak kisah duka orang terdekat sejak kebelakangan ini.


Guru yang dulunya banyak memberi manfaat, nasihat, tunjuk ajar, menumpahkan kasih kepada pelajar-pelajar kini mengharapkan kasih Ilahi dan bantuan insan sekeliling. 


Semoga ganjaran Allah berlipat ganda bagi semua guru samada yang masih ada atau yang telah pergi.

Tuesday, December 16, 2025

Di sebalik TAHU

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/3/2023


TAHU itu meninggikan martabat. Namun TAHU itu juga ujian yang berat. 


Kamu diuji apabila TAHU, tapi tidak lakukan apa yang kamu TAHU.


Lagi banyak ilmu, lagi banyak TAHU, lagi banyak perlu diamalkan.



Ilmu itu tidak hanya TAHU, tapi keberkatannya pada ia diamalkan.


Tahu sesuatu itu haram, adakah dijauhinya?

Tahu perkara itu wajib, adakah dilaksanakannya?


{ إِنَّمَا یَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰۤؤُا۟ۗ }

[Surah Fāṭir: 28]

(( Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.))

Sunday, December 14, 2025

Ubati kekecewaan terhadap manusia.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/3/22

Dalam kehidupan, pasti ada perkara yang mengecewakan hati. Kita kecewa dengan orang lain.


Namun, pujuklah hati dengan ayat Al-Quran ini:




(( Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) ))


Bagaimana Allah Maha pengasih menerima taubat kita yang selalu melakukan kesalahan berulang kali, masih memberikan nikmat kepada kita, ubatilah kekecewaan kita terhadap manusia dengan mengingati keampunan Allah terhadap kesalahan kita dan kasih sayang Allah kepada kita.

Friday, December 12, 2025

Teruskan kehidupan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/3/23


Mari teruskan kehidupan. Melunaskan amanah menjadi khalifah (إني جاعل في الأرض خليفة) dan hamba Allah (ليعبدون).



Semoga semua diberikan afiah, dipermudahkan segala urusan dan kesejahteraan. 


Banyakkan bersyukur. Moga tergolong dalam (وقليل من عبادي الشكور )

Wednesday, December 10, 2025

Bila mama mahu menghafal.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/3/23


🧕🏻: Mama susah nak hafal kitab Al Hikam. Payah betul nak ingat.



🧒🏻: Habis tu Al Quran mama ingat. 


🧕🏻: Al Quran mama hafal masa kecik. Ni dah tua nak hafal pulak, rasa macam tak masuk dalam otak. Macam nak letak minyak kat otak pastu tonyoh dengan kertas pasir😅.


Kenapa nak hafal Hikam?




Kitab Al Hikam banyak sangat manfaat bagi hati. Sudah ikuti kuliah syarahannya. Sheikh Waiel Al Hambali pernah cerita, mereka hafal kitab tersebut. Dari situ dapat inspirasi.

Bila hafal Hikam, banyak yang boleh kita jadikan syahid/ dalil dalam peristiwa. 


Contohnya ketika lihat tulisan ini, saya teringat Hikam Al Atiyyah:




Ibarat kata-kata dalam Kitab Al Hikam (masih mencuba untuk hafaz, doakan😢):


تَنَوَّعَتْ أَجْناسُ الأَعْمالِ لَتَنَوُّعِ وارِداتِ الأَحْوالِ


Jenis amal itu bermacam-macam. 

Kerana keadaan manusia itu pelbagai.

Monday, December 8, 2025

Kisah Ahmad

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/23


KISAH 1:

🧕🏻: Ahmad boleh pi azan kat masjid dah. Lagi 5 minit masuk waktu. Azan sedap-sedap tau.

👦🏻: Semalam Ahmad azan tak sedap ke?

🧕🏻: Errrr.....Sedap. Hari ni azan lagi sedap lagi tau😅


♥️♥️♥️♥️♥️♥️



KISAH 2:

👦🏻: Mama, Ahmad rasa macam nak kiamat dah la.

🧕🏻: Awat pulak?

👦🏻: Sebab ramai orang mati lani. 

(Sebulan dua ni kami banyak terima kehilangan orang-orang terdekat)

😢

Saturday, December 6, 2025

Bagaimana untuk mendapatkan CINTA ALLAH?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/23




Cara untuk mendapatkan CINTA ALLAH ialah: sempurnakan KEWAJIPAN dan banyakkan AMALAN SUNAT.

Thursday, December 4, 2025

Lebih baik garang?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/3/23



Seriously, ini juga prinsip saya lebih 15 tahun lepas.


Kemudian, saya rasa macam Allah tunjuk satu-satu bila banyak keadaan, Allah datangkan orang yang garang dan orang yang lembut dengan kita. Mana satu yang kita suka?😢 


Betul-betul kena pada diri sendiri 😢


Dan saya buat satu kesimpulan: Bersederhana adalah yang terbaik. 


Jangan simpan dalam hati. Tapi luahkan dengan berakhlak. (Hakikat tak mudah nak lakukan sebab kita bukan tenang dalam setiap masa, ada je masa rasa nak mengamuk🤣. Tapi luahkan dengan berakhlak itulah yang terbaik, insyaallah)


(( Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.))


 Pernah rasa kesan amat dalam bila ada orang tersakiti dengan kata-kata/ sikap garang kita. Rasa bersalah tu lama. Lagi-lagi bila kita tak jumpa dah orang tu.😢


Semoga kita sentiasa dapat bermuamalah dengan akhlak yang baik.

Tuesday, December 2, 2025

Memori tentang amal mereka yang telah pergi.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/3/23


Memori ketika kanak-kanak menyaksikan abah, mak, pakwa, makwa bersemangat jaga solat-solat sunat dan puasa sunat. 


Sedang kita malas melakukannya ketika itu.



Kini abah tak mampu untuk puasa dan solat sunat. Pakwa dan makwa dah lama meninggal. Ada ingatan tentang amal mereka dalam memori. Moga Allah menerimanya.


Moga kita juga begitu. Ada amal yang dapat dicontohi oleh zuriat ketika kita sudah TIDAK MAMPU melakukannya. 


{ وَٱجۡعَل لِّی لِسَانَ صِدۡقࣲ فِی ٱلۡـَٔاخِرِینَ }

[Surah Ash-Shuʿarāʾ: 84]


((Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian.))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...