Sunday, September 8, 2013

Video Abang Abbudey mengajar Hadis

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yang dijanjikan, InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi cara anak2 belajar hadis.

VIDEO 1: ABANG ABBUDEY MENGAJAR HADIS BARU 




(dalam video ini Abang Abbudey pakai baju elok sbb tunggu nak p Masjid)

1- Oleh kerana, Abang Abbudey sudah pandai membaca dan menulis, jadi, dia amat excited untuk letakkan baris hadis, baca dan tulis terjemahan sendiri.

2- Sehari sebelum itu, saya ada ulas sekali tentang hadis baru ini sekali sahaja, Alhamdulillah, Abang Abbudey dapat ingat maksud hadis ini dan dapat ajarkannya kepada adik, ALhamdulillah....

LANGKAH2 DALAM BELAJAR HADIS BARU

1- baca hadis
2- terjemah hadis
3- hafal hadis
4- ulas hadis (supaya lebih faham)
5- ulang hadis dan terjemahanya (supaya lebih ingat)


ALLAH berkati anak2 ini.

kitab himpunan 700 hadis Sohih Bukhari yg kami guna

isi kandungan kitab ini


VIDEO 2: ANAK2 MENGULANG SEMULA HADIS2 YANG TELAH MEREKA PELAJARI DALAM MINGGU INI

Anak2 mengulang hadis terjemahannya.


**pembetulan: syiqqi... bukan syaqqi

ALLAH permudahkan urusan kami untuk menuntut ilmu dan menyebarkannya, amin3.

Friday, September 6, 2013

Pengajian hadis Sohih Bukhari untuk anak2

بسم الله الرحمن الرحيم

Inisiatif untuk menambah sesi pembelajaran hadis kepada anak2 saya buat selepas menonton video yang dikongsikan di sini.

Sebelum ini sesi belajar Hadis dengan anak2 di rumah dikendalikan oleh baba seperti yang pernah dicatat di sini dan video mereka belajar hadis di sini

Tapi ada ketikanya, anak2 tidak sempat belajar hadis dengan baba kerana tidur awal (esok nak sekolah), jadi saya membuat keputusan bahawa saya sendiri akan mengajar anak2 hadis dengan menggunakan kitab kecil yg berharga ini
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

kitan asalnya yg kecil itu.
Diphotostat dan minta dibesarkan copynya supaya lebih terjaga dan mudah digunakan InsyaALLAH

Info dan keterangan lanjut tentang buku ini pernah diulas 4 tahun yang lalu di sini:

Abbudey ketika berusia 4 tahun
Geramnya muka Abang Abbudey masa kecik


melihat pada tarikh memiliki kitab ini adalah pada 27/10/2004.
Ketika masih belum berumah tangga lagi.
Alhamdulillah besarnya nilai kitab ini hingga masih memberikan manfaat
selepas 9 tahun

MasyaALLAH. ALLAH membalas jasa dan mengampunkan dosa orang yg berusaha
dalam menyampaikan ilmu2 dalam kitab kecil yg berharga ini

dalam kitab ini dihimpunkan 700 hadis Rasulullah Sallahu Alaihi Wa Sallam
yg terdapat dalam Sohih Bukhari
Hadis yg dipilih kebanyakkannya pendek2 dan mudah dihafal oleh anak2


Sehari hanya baca dan hafal satu hadis sahaja... satu hadis kadang2 hanya ada 4 hingga 5 patah perkataan sahaja.
Jadi, ia bukanlah satu perkara yang membebankan hingga membuatkan anak2 lari dan jemu, InsyaALLAH.

Biar sedikit, tapi istiqamah, Moga2 ada hasilnya.
Amin Ya Rabb..

**Pengajian hadis dengan baba menggunakan kitab hadis 70 hadis mudah hafal mudah amal  itu masih berlangsung jika ada kelapangan InsyaALLAH...
InsyaALLAH, pada masa akan datang, akan cuba kongsikan cara anak2 belajar hadis Sohih Bukhari ini InsyaALLAH...

ALLAH berkatilah usaha kami, terimalah amalan kami, jadikanlah anak2 ini imam kepada para muttaqin, dan matikanlah kami dalam husnul khatimah...amin3.

P/s: Saya amat mengalu2kan pandangan dan cadangan dari rakan2 tentang apa lagi ilmu2 yang penting yang perlu kita ajar dan terapkan kepada anak2 supaya disamping mereka bermain di usia kecil, ada juga nilai2 ilmu yang mereka semat dalam hati, agar masa mereka tidak terbuang begitu sahaja

Wednesday, September 4, 2013

Info Buku: Diari Celik Saya, Prof Muhaya

بسم الله الرحمن الرحيم

ALhamdulillah, selepas saya membeli dan menggunakan Jurnal Inspirasi Diri (seperti yang pernah di tulis di sini dan di sini), saya dapati ia adalah sebuah bahan yang bagus untuk peningkatan diri dan yang lebih penting lagi untuk sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang matlamat asal kewujudan  kita di dunia ini.

Dan apabila saya mengetahui akan kewujudan sebuah buku seperti jurnal itu juga untuk kanak-kanak, saya rasa amat penting untuk saya belikan untuk anak2. Mudahan2 ia dapat membantu anak2 dalam meningkatkan potensi diri menjadi mukmin yang sejati dan pemimpin baru org2 yang bertaqwa serta mengingatkan hadaf utama hidup di dunia ini, InsyaALLAH.
 Amin.

Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan saya untuk membeli buku ini secara online, ALhamdulillah 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Inilah dia jurnal yang amat bagus untuk anak2 
(walaupun masih bersekolah rendah)
v
v
v
v
v
v
v
v

buku yang comel dan ceria
tenang sahaja warnanya
=)

kulit belakang
 
info tentang jurnal Diari Celik Saya ini


Bagi saya, walaupun masih kanak2, masih dengan alam main2 mereka, sebagai ibu bapa, kita perlu sebutkan selalu tentang matlamat hidup supaya mereka JELAS dengan impian dan matlamat hidup mereka.

Tapi biasalah, LUPA itu memang selalu ada bila dengan bermacam2 tugasan.

Jadi, bagi pendapat saya, dengan adanya jurnal ini, InsyaALLAH ia dapat mengingatkan ibu bapa supaya berkomunikasi dengan anak2 tentang impian dan matlamat hidup. InsyaALLAH

isi buku yang paling awal sekali
MasyaALLAH!

 
perkara pertama yg perlu diisi ialah dengan kesyukuran supaya hidup
lebih positif

Dengan kehadiran jurnal ini juga, akan mengingatkan ibu bapa supaya lebih berinteraksi dan bersembang dengan anak2 tentang matlamat hidup di bumi ALLAH ini.


jurnal solat dan amal soleh

Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang berusaha menerbitkan buku jurnal yang amat bagus bagi saya. ALLAH berilah ganjaran yang amat besar kepada mereka2 ini.
Moga jurnal ini menjadi salah satu penyebab kepada masyarakat yang lebih soleh pada masa hadapan nanti , INsyaALLAH.

3 perkara di mukasurat ini:
1- ilmu pada hari ini
2- jurnal al-quran
3- lukisan impian anak2


setiap hari ada kata2 hikmah yang positif untuk anak2 di awal mukasurat

antara kata2 hikmah


buku ini saya beli secara online di sini:
http://bukuonline2u.com/index.php?route=product/product&product_id=1937




Mari kita men'jurnal'kan diri sendiri, keluarga dan masyarakat, InsyaALLAH.

Tuesday, September 3, 2013

Melukis tanpa pen dan kertas

بسم الله الرحمن الرحيم

Kepesatan menggunakan gajet2 terkini menjadi idaman ramai termasuk kanak2. Antara kesukaan anak2 ialah melukis.

Sedikit hasil lukisan mereka tanpa menggunakan pen dan kertas
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

lukisan Abdullah

lukisan Abdullah juga

hasil lukisan Abang Abbudey dan Abdullah

lagi hasil lukisan Abdullah

hasil lukisan mereka ini menggunakan aplikasi ini
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.doodlejoy.studio.doodleworld&hl=en

Saya membenarkan anak2 menggunakan telefon pintar (milik saya & suami ) dgn syarat2:

1- Mesti selesaikan tanggungjawab (sprt homework)
2- Mesti selesai hafazan AL-Quran
3- Mesti dibawah pantauan mama dan baba. tidak boleh guna sendiri2
4- internet di off (spy tidak masuk yg haram2)
5- dilarang main game yg ada watak wanita, pukul2, bunuh2 dan yg seumpamanya
6- penggunaan dlm masa yg terhad

Saya dan suami juga tidak bercadang mahu membelikan gadjet2 peribadi utk anak2 memandangkan byk perkara2 mungkar yg mungkin berlaku....

Moga ALLAH redha dan menjauhkan kita semua dari kemungkaran dan maksiat.

Sunday, September 1, 2013

Aplikasi eTasbeeh dalam handphone Samsung

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas saya mendengar ucapan Dr. Aidh Al-Qarni dalam video ini:



antara pesan Sheikh 'Aidh Al-Qarni ialah perlunya setiap orang membaca AlQuran paling kurang 1 juz setiap hari dan berzikir kepada ALLAH Subahanahu Wa Taala setiap hari dan perlu ada koleksi 100 kali zikir.

Maksudnya:
100 kali zikir 'Subahanallah'
100 kali zikir ' Alhamdulillah'
100 kali selawat
100 kali zikir2 yang lain2 lagi.

Dan aplikasi yang saya jumpa dalam HP yang amat sesuai untuk ibadah zikir ini ialah:
eTasbih: Tasbeeh Counter

aplikasi eTasbih

Maklumat lanjut  tentang aplikasi ini boleh dapati di sini:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.awardsofts.etasbih
Antara kelebihan aplikasi ini yg saya suka ialah:

1- Himpunan zikir2 yang banyak

klik pada zikir yg anda pilih
2- boleh juga tambah lafaz zikir sendiri jika anda mahu.
contoh kalau anda mahu berzikir dengan Asma'ul Husa. Ya Latif...
tulis Ya latif dan masukkan dalam senarai zikir anda.
3- setiap kali anda klik pada screen HP, angka akan meningkat.
Seperti anda menggunakan butir2 tasbih
Boleh pause juga
 
4- ada juga history bagi kumpulan tasbih yang telah anda lakukan pada masa yg lepas

 Selamat Berzikir dan menambah amalan.
ALLAH rezekikan kepada kita amalan yg istiqamah.
Amin



Alhamdulillah, pujian kepada ALLAH subahanahu wa taala, banyak aplikasi yang boleh membuatkan kita mendekatkan diri kepada ALLAH subhanahu wa taala seperti aplikasi Al-Quran yang pernah saya kongsikan di sini , sini dan di sini .

Jadi, janganlah kita sia-siakan peluang kesetiaan Hp kita bersama kita dengan menjadikan ia sebagai alat untuk menambahkan ibadah kita kepada ALLAH Subhanahu wa taala.


ALLAH berkati kita semua dan merezekikan ibadah yang istiqamah. amin3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...