Wednesday, March 14, 2012

Saya benci AWAK!



بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari ni, saya ada terbaca blog Ustaz Hasrizal tentang pembaca2 bukunya yg tidak suka dengan bukunya... Pelbagai alasan yg mereka berikan.

Anda boleh lihat di sini:
dan juga di sini:

Di sinilah sumber ttg artikel tak suka buku ustaz yg sy baca tu


Apa yg saya nak katakan disini, kita mmg takkan boleh bagi semua suka dengan cara kita.

 Saya adalah BODOH jika saya nak bagi semua orang suka dengan cara saya. 

Dan saya juga seorang yg TIDAK JATI DIRI, TIADA PRINSIP jika mahu semua org sukakan saya.
kan dah kena menyampah sekali!
Kita lihat dalam link website td, pembaca itu mengata dia tidak suka kerana ustaz suka mengangkat diri dan keluarga.

Agak2nya orang Malaysia ni suka cerita orang cerai berai, bergaduh mcm tu kot... cerita keluarga bahagia, keluarga mithali, amalkan perbincangan semua tu tak seronok dan dikategorikan dalam orang2 yg suka bermegah, riak, syok sendiri dan yg seangkatan dengannya.

tak suka!

Jika kebaikan yg kita kongsi ada manfaat dan boleh dicontohi orang, di mana salahnya.

Takkanlah nak bercerita tentang kita menyampah dan benci dengan orang dalam blog atau buku (wpun ada org yg buat sedemikian)




unlike!

Konklusinya, janganlah kita sewenang2nya naka melabelkan org suka syok sendiri dan besar sangatkan kita sehingga boleh memberi kesan kepada orang lain dengan membencinya???

arghh
Macam nilah gamaknya bencinya
Kita tak perlu nak berpura2 utk memenuhi permintaan semua orang! 

menyampah sungguh le tu











Tuesday, March 13, 2012

Luahan hati pada si dia!

بسم الله الرحمن الرحيم

Benarlah kata:

"Sedangkan tempat yg jatuh pun lagikan di kenang....."

Pengalaman bertahun2 menuntut dan menjadi ahli Syria,  menjadikan hati bagai ditoreh2 mendengar berita di Syria kebelakangan ini.


Masjid Khalid Al-Walid

Saya punya memori tersendiri dengan Syria dan juga Homs, (tempat pertumpahan darah saban hari sekarang ni) .. Memori itulah yg buatkan hati sangat sayangkan Syria dan penduduknya yang penuh dengan ulama' yang terkemuka

 

Terus terang saya katakan, saya sangat jarang menonton video tentang apa yg berlaku di Syria skrg ni, rasanya sekali sahaja saya lihat. Tau kenapa?

TAK GAMAK!

 

kalau anda ingin rasa popular seperti Mawi, datanglah ke Homs.

Penduduknya yang amat baik hati dan ramah akan membuatkan rasa diri anda seorang selebriti.

Anda akan dikerumuni oleh penduduk Homs dan bertanya macam2 kepada anda kerana mereka jarang melihat orang luar. Tidak seperti Bandar Dimasyk yg sll penuh dengan orang asing.

Alah.. macam beza KL dengan Kuala ketillah

 

dan kebiasaannya penduduk di sana akan menyangka anda ialah orang China!



 



Suasana seperti di atas tadi juga akan membuatkan anda rasa berada di bumi yang asing. Rasa mcm bukan berada di Syria. dan anda juga akan terfikir "adakah duit lira masih laku di sini?' 



Keramahan penduduk Syria juga dapat dirasakan ketika kedatangan Sheikh Mahir ke Malaysia  pada Ramadhan yang lalu. Beliau mengingati nama setiap pelajar Malaysia yang pernah mengaji dengan beliau dan minta saya menghubungi mereka. Kalau anda tak percaya, anda boleh tanyakan sendiri pelajar2 Malaysia yg pernah mengaji dengan Sheikh Mahir.

Betapa seorang guru itu lebih mengingati anak muridnya dari anak murid itu sendiri.

kami berlatar belakangkan Masjid Kalid bin Al-Walid


satu perkara yg mungkin anda tidak lakukan dalam bas di Malaysia, tp dilakukan ketika perjalanan ke Homs:
Menyiapkan sandwich utk penumpang2 bas

Marilah sama2 kita doakan selalu semoga Syria kembali tenang kembali dan penduduk selamat sejahtera. Amin3.

Lagi cerita tentang Syria yg pernah saya catatkan, boleh lihat di sini.

Sunday, March 11, 2012

Apa nak buat?

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry kali ini ialah untuk menjawab emel dari  emel mudahhafalquran@gmail.com yang ramai ibu rasa geram dan stress bila anak kecil yg diajar tidak menumpukan perhatiana dan bermain2.

Sebenarnya perkara itu adalah biasa! Normal!

Percaya atau tidak, beginilah saya mengajar anak2 menghafal Al-Quran (dan khutbah) sehingga mereka berjaya menghafal seperti dalam video2 di bawah....


sangat bermain2 dan tidak bg tumpuan kan? waktu ni kanak2 seronok nak tanya 'apa?'
 tp akhirnya mereka berjaya menghafal juga...



prepare sebelum persembahan di Masjid Kuala Ketil..ketika berumur 2 tahun..
masih bermain2 lg kan? haha




dan ini juga.....ketika berusia 4 tahun..

jadi, nak percaya x? nak percaya x?


----Jawapan saya semudah ini: biarlah kanak2 main2 waktu belajar (ek,betul ke nasihat ni???!!) kerana mereka adalah makhluk ALLAH yg hebat!

ok x?

Saturday, March 10, 2012

Doa supaya sembuh dari penyakit

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang ni rata2, ramai kanak2 @ org dewasa sekali pun menghidap berbagai2 penyakit.. Mungkin ujian, mungkin utk menghapuskan dosa, mungkin juga untuk meninggikat darjat.

Adik Abdullah juga sekarang sedang ditimpa demam campak selepas 2 minggu Abang Abbudey pulih dr demam campak.

Apa2 pun, jom kita berdoa semoga ALLAH memberi kesihatan dan kekuatan kepada mukmin semua, AMIN!!

Jom baca doa dengan adik Abdullah!

اللَّهُمَّ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شَافِي إِلاَّ أَنْتَ وَلاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغاَدِرُ سَقَماً


Maksudnya: "Ya Allah! sembuhkanlah! Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada penyembuh melainkan Engkau dan tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan Engkau. (Sembuhkanlah) Dengan suatu sembuhan yang tidak meninggalkan penyakit sedikitpun" .

Tuesday, March 6, 2012

Saling memberi manfaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada post tentang games yang berfaedah untuk meningkatkan kemahiran membaca Bahasa Inggeris bagi kanak2 yg lepas, sebenarnya saya dapat link tersebut dari seorang rakan, iaitu Puan Noor Azurah Anuar, Seorang ibu yg sangat banyak berkongsi tentang akviti Homeschool bersama anak2nya. Dan saya dapat banyak faedah tentang maklumat keibu bapaan dan aktiviti dengan anak2 dari Puan Azurah.

Berikut adalah antara aktiviti yg menarik yg saya lihat dr Facebook Puan Noor Azurah Anuar dan saya dah minta kebenaran untuk berkongsi di sini.

sgt menarik!

Anak2 Puan Azurah beraktiviti di pejabat pos
test memory

nice puzzle

bagus

Semoga keluarga ini sentiasa di bawah naungan Ilahi


Demikianlah, pelbagai ilmu dan manfaat yg boleh kita dapat dr nikmat internet ini, tggal kemahuan dan keinginan sahaja. Adakah kita menggunakan internet dengan bermanfaat @ membuang masa sahaja?


Anda boleh juga baca catatan Puan Noor Azurah di sini:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...