Wednesday, April 9, 2014

WW: Apakah ini?

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba teka apakah ini?

Jawapannya 2 hari lagi InsyaALLAH

Monday, April 7, 2014

Hobi anak-anak sekarang

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara hobi-hobi Abdullah dan Abang Abbudey untuk tempoh sekarang ini ialah:

1- Membaca buku.

Pada akhir tahun lepas, saya bersungguh melatih Abdullah membaca buku Bahasa Melayu kerana mahu masukkan Abdullah ke darjah 1, jadi masa cuti sekolah bulan 12, saya gunakan masa untuk melatih Abdullah membaca, saya pernah catitkan dalam entri ini:




Alhamdulillah selepas 4 bulan berskolah di darjah 1 ,Abdullah makin mahir membaca dalam Bahasa Melayu walaupun belum masuk usia 6 tahun lagi Alhamdulillah.

InsyaALLAH segala ilmu selepas Al-Quran akan jadi mudah, INsyaALLAH

antara koleksi baru buku cerita anak2.

Sila ambil perhatian terhadap gambar buku cerita anak-anak supaya tiada gamabr membuka aurat dan yang tidak senonoh

2- LEGO yang bukan jenama lego

Ini juga antara aktivti yang sangat mereka minati sekarang.

InsyaALLAH aktiviti sebegini dapat memutuk imiginasi dan kteativiti anak2.



              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 





Saya sulamkan aktiviti senyap ini dengan alunan Al-Quran.

Saturday, April 5, 2014

Jom Ubah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sumber: FB
Katakanlah kepada anakmu:
" Tidurlah supaya dapat bangun Solat Subuh esok.: INsyaALLAH niat mereka akan sentiasa untuk akhirat.

Dan janganlah kata:
" Tidurlah, esok nak sekolah."
Supaya niat mereka tidak hanya untuk dunia.


Nasihat berharga dalam tarbiyah

Thursday, April 3, 2014

Ujian bagi penghafaz cilik Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti mana-mana penghafaz AL-Quran , kebanyakkan pasti akan melalui ujian2 sebegini


Al-Quran itu jika tidak diulang pasti akan lupa.

Begitu jugalah bagi anak-anak saya.

Bagi saya, mereka sekarang ini sedang melalui ujian 'lupa beberapa hafazan yang lama.'

Saya selalu terangkan bahawa AL-Quran ini umpama unta yang liar, jika kita tidak selalu ziarahi dan ulangnya, pasti kita akan lupa hafazan-hafazan yang lama. Kerana itulah kita perlu sentiasa mengulang-ulang hafazan-hafazan yang lama-lama.

Anak-anak kecil ini manalah tahu apa yang perlu dilakukan supaya hafazan mereka lekat di hati mereka, jadi kitalah yang perlu ingatkan selalu tentang kepentingan mengulang hafazan



Selepas ini InsyaALLAH akan pergi ke tahap mentadabbur, memahami dan mengamalkan AL-Quran pula.

AL-Quran itu bukan hanya untuk dihafaz sahaja tanpa difahami, tapi semuanya perlu dilalui dengan sabar dan tabah. Bukan boleh ditelan semua sekali  mudah2. Kita hafaz, kita faham, kita tadabbur, kita amalkan , Permudahkanlah Ya ALLAH.

Apa2pun, walaupun dalam kerunsingan untuk memantapkan hafazan anak-anak, saya pujuk hati agar sentiasa bersyukur kepada ALLAH.


ALLAH bantulah kami untuk menjadi ahli Al-Quran yang Engkau redhai. Amin Ya Rabb!



Tuesday, April 1, 2014

Farm In The City, Seri Kembangan

بسم الله الرحمن الرحيم


Satu lagi tempat menarik yang kami lawati di Kuala Lumpur untuk kali ini ialah Farm In The City (FITC).

Ia seperti zoo tetapi bagi saya ia lebih friendly dari zoo kerana boleh beri makan binatang dan boleh pegang binatang.

Sebelum masuk ke Farm In The City
jalan lagi
sudah sampai ke pintu masuknya

Peta dalam Farm In The City
Klik untuk besarkan

Antara binatang yang pertama dijumpa ialah giant turtle ini

sangat seronok anak-anak ini memberikan kangkung kepada kura-kura gergasi ini


Kalau di zoo boleh lihat binatang sahaja dalam sangkar kan?

Walaupun FITC ini taklah sebesar Zoo Negara, tapi ia sangat mesra keluarga dan kanak-kanak kerana tempatnya yang redup dan agak tertutup.

Boleh beri makan dan pegang rusa dan kambing di sini
memberi makan sayur kepada rusa
mereka sangat suka meggosok rusa ini


anak rusa yang sangat jinak
sangat jinak


Jadi, walaupun kami sampai pukul 11 tengahari kerana memusing cari jalan tak jumpa dari Ampang, tapi berada di dalam FITC tidaklah panas dan terik sangat. ok sahaja cuaca di dalam sana.

Di dalam FITC, pekerja-pekerja di sana akan memberikan anda makanan yang boleh diberikan kepada binatang.

anak ayam

arnab

cuba untuk menangkap anak ikan


Abdullah suka dengan ayam ini
wajah gembira Abdullah
Satu pengalaman baru yang sangat menarik. ALhamdulillah....

Bayaran masuk untuk ke sini ialah rm109 untuk pakej keluarga musim cuti ini. pakej untuk 2 dewasa dan d2 kanak-kanak.

Akan dapat 4 air kotak dan 2 tiket menungang pony untuk anak-anak.

Abang Abbudey dan adik menunggang pony



Harga yang OK !





semua mereka nak cuba pegang

Ular pun nak pegang juga


anak ayam


Abang ABbudey cuba untuk menangkap ayam di sana



Fennel Fox



petugas di FITC yang sangat friendly dan membantu











1st time jumpa perigi, kat kampung pun susah nak jumpa perigi sekarnag ni














memberi makan kepada burung


kandang arnab yang cantik!

muka tengah seronok dokong arnab




owl


memberi makan kepada ikan dalam kolam

memberi makan kepada burung
Di sini juga ditaman banyak pokok buah-buahan dan syuran. banyak juga info tentang nama pokok di sini
Pokok Markisa yang sudag berbuah, tapi tak masak lagi, masih hijau

tapi masih belum berbuah

Untuk Maklumat lanjut tentang Farm In The City, boleh klik di sini:
https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

Kanak-kanak tentu suka melawat di sini. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...