Wednesday, July 25, 2012

Noorah. Suri rumah yang Hebat !

بسم الله الرحمن الرحيم

NOORAH adalah sebuah buku yg mempamerkan kisah benar seorang wanita dan juga suri rumah yg aktif dalam memberi manfaat kepada orang lain dan berkhidmat utk agama Islam sepanjang hidupnya.

Sebenarnya dah lama dengar ramai orang yang bercerita tentang kehebatan Buku NOORAH ni, tp tak sempat utk membelinya.

Muka depan buku
Alhamdulillah, bulan lepas, saya sempat membelinya secara online dari penulisnya sendiri.


Selepas membacanya, saya pun bersetuju dengan pandangan mereka, buku NOORAH memang hebat!

Bermula dengan kelahiran bayi musim sejuk  di Yorkshire ini kemudian bermulalah hidupnya yang penuh ujian dan cabaran.


muka belakang buku



harga buku


1- ayahnya yg sering mabuk dan memukul ibunya. kemudian ibunya yg cuba membunuh diri.

2- Noorah masuk ke rumah kebajikan dan kemudian penjara.

3- Bila dewasa Noorah mula mencari kebenaran ttg relevannya agama di zaman moden

antara bab2 dlm buku


4- Merantau dan bekerja di negara arab dan melihat suasana Islam ketika tinggal bersama dengan keluarga muslim,

----- dipendekkan cerita: Noorah pernah berkahwin 2 kali salah seorangnya Orang Malaysia dan anaknya pernah diculik oleh suami pertamanya sendiri.

Dan Noorah pernah dibedah beberapa kali kerana kanser dan pernah menyertai konvoi Viva Palestin dan banyak lagi cabaran dalam hidupnya yang ditempuhinya.

APA YG SAYA DAPAT DARI BUKU INI?

1- Rasa betapa besarnya ujian ALLAH kepada Noorah sepanjang hidupnya. Kalaulah cerita ini bukan kisah benar, tentu sahaja menyangka ia adalah rekaan penulis krn hidup Noorah yg penuh dengan liku dan dugaan...tak berhenti dari ujian. Sering ditindas oleh kaum lelaki dan anaknya diculik oleh suaminya sendiri, penghidap kanser yang kritikal dan macam2 lagi ujian yang Noorah hadapi dalam hidupnya...

antara gambar2 menarik dalam buku


2- Betapa tabahnya hati seorang wanita yg juga ibu dan suri rumah dalam menguruskan urusan rumahnya, urusan dakwah, mengurus kesihatannya yg sering keluar masuk hospital kerana kanser.

3- Rasa amat beruntung dan bersyukur dgn apa yg telah ALLAH berikan dalam hidup kita. Jika bandingkan dengan hidup Noorah, rasa bagai kita ini hidup senang lenang saja berbanding Noorah yg tidak lepas dan berhenti dari ujian ALLAH. Pun begitu, Noorah tetap merasakan dirinya sangat beruntung berbanding dengan orang Palestin

4- Betapa kuatnya semangat seorang wanita Muslim dan prihatinnya terhadap saudara seagama di Palestin hingga sanggu menyertai konvoi untuk menghantar bantuan ke Palestin walaupun dirinya masih dalam rawatan kerana kansernya yang tidak berhenti merebak.

lagi gambar2 dlm buku


5- Kisah hidup Noorah amat menyayat hati dan amat memberi kesan kepada sesiapa yang mmebacanya... Semoga ALLAH memberkati hidup Noorah dan penulis buku ini juga keluarga mereka. Amin3.

p/s: NOORAH sebuah buku travelog tarbiah dari Galeri Ilmu yg saya beli secara online juga dari penulisnya Ummu Hani Abu Hassan

penulis bersama Noorah sekeluarga


Sejak akhir-akhir ni seronok membeli buku secara online. Dapat duit gaji, terus transfer utk beli buku dan kemudian tunggu buku sampai di rumah.

--- MENCAMBAHKAN RASA BERSYUKUR DENGAN MEMBACA---

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...