بسم الله الرحمن الرحيم
InsyaALLAH kali ini saya akan memberi info tentang buku I Want To Be A Writer yang sudah habis dibaca..
Muka hadapan buku yang dimaksudkan |
1- Buku ini menceritakan pengalaman penulis sejak dari kecil berjinak2 dengan penulisan kreatif. Mcm budak2 biasa, mula tulis karangan, tulis diari, kemudian masuk sayembara cerpen dan sebagainya.
Cerita pengalaman budak perempuan kampung yang lasak dan menyeronokkan.
Muka belakang buku |
Banyak ikhtibar dan pengajaran yang boleh di ambil dari cerita sejarah penulis buku ini.
--- Termasuk juga sikap rendah hati penulis terhadap hasil tulisannya yang lepas2....
turut disediakan gambar2 penulis |
2- Buku ini juga menyediakan tips2 dan panduan2 bagaimana ingin memulakan langkah untuk menjadi seorang penulis.
3- Buku ini juga menyediakan contoh cerpen dan skrip drama serta ulasan tentang hasil karya tersebut supaya pembaca boleh menjadikannya sebagai panduan.
tip penulisan dan contoh2 karya |
** Habis baca buku ini, saya rasa seperti baru balik dr kursus penulisan saja.. Terus bersemangat nak berkarya...
4- Kenapa saya membaca buku ini? Adakah saya ingin menjadi seorang penulis? haha..
a- Antara minat dari kecil ialah menulis walaupun entah apa2 ntah yg ditulis
b- kalau x minat menulis, takkan buat blog kot... cuma dalam blog ni, tak nak pula rasa terkongkong dengan peraturan tatabahasa melayu dan sebagainya. Tapi tak juga guna bahasa terlalu moden (termasuk bahasa eewwww!) sampai orang tak faham apa yang ditulis.
autograph dari penulis.. jangan jeles! |
c- penulis ini bukan hanya penulis cerpen, novel sahaja. malahan dalam bidang agama pon ramai penulisnya kan?
Tengok sheikh wahbah zuhaili dan Sheikh Ramadhan albuthi...banyakkan hasil tulisannya? hampir semua alim ulama mempunyai hasil tulisan tersendiri dalam usaha menggerakkan dakwah.
antara bab2 dalam buku ini. |
d- kalau saya ni tak minat menulis, takkan terbit ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran tu kan?
OK. jadi bagi sesiapa yg mempunyai cita2 ingin menjadi penulis, mmpunyai minat menulis, anda bolehlah timba pengalaman dari penulis Ummu Hani ABu Hassan ini serta panduan2 untuk menjadi penulis yang baik InsyaALLAH.
harganya |
Boleh PM terus ke Facebook Ummu Hani untuk dapatkan buku karyanya terus dari penulis kalau malas nak cari di kedai buku. (mcm saya..bukan apa, kdg2 bila p kedai buku, x cukup duit nak beli. Bila ada duit, x dan pula nak p kedai buku. Patutlah org lani suka shopping online je. tranfer duit terus dpt barang. beli buku byk2 utk baca xpe, tambah ilmu)
https://www.facebook.com/ummuhani.a.hassan
ketika penulis di Syria |
TAMBAH ILMU DENGAN MEMBACA..INSYA ALLAH
P/S: Doakan kami berdua cepat habis MENULIS Bahas M.A ye? semoga ALLAH memberkati anda semua...
Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian.. Saya nak sgt beli buku e-book dan ummu hani ni tapi masih dikelilingi buku2 Ustaz Pahrol Juoi dan pro Kamil serta kak Roza yang perlu dikhatamkan segera. Insya-ALLAH nanti akan tiba giliran buku e-book dan Ummu Hani.
ReplyDeletesaya pon begitu , banyak buku beratur nak dibaca, tp kadang beli juga kerana amat ingin tahu isi buku tersebut...
ReplyDeletealhamdulillah....saya suka menulis.....saya sering juga cari buku tip2 nak jadi penulis walaupun saya bukanlah nak jadi penulis seperti mereka di luar sana...saya terjumpa dengan buku kak ummu hani dan terus beli tanpa berfikir panjang.....banyak ilmu yang saya dapat.....
ReplyDelete