Monday, May 29, 2017

Memupuk makna IBADAH dalam Bulan Ramadhan.

بسم الله الرحمن الرحيم


Baba membacakan hadis tentang Bulan Ramadhan selepas Solat Maghrib berjemaah di akhir Bulan Syaaban sebagai pemula bicara.

"Kita dah masuk Bulan Ramadhan. 2 benda yang baba nak pesan kepada kita semua sepanjang Bulan Ramadhan ni:


1. Jangan ada siapa pun yang marah-marah sepanjang Bulan puasa ni. Kalau nak tegur apa-apa, tegur baik-baik.
2. Sebelum makan sahur, semua mesti solat tahajjud 2 rakaat. Bangun sahur elok-elok, jangan buat perangai.

Bulan Ramadhan ni jugak, kita akan baca kitab hadis lebih banyak lagi.

InsyaAllah semua dapat beribadah sehingga habis Bulan Ramadhan ini dengan baik."

Walaupun pesanan baba tentang Bulan Ramadhan sering diikuti di sekolah dan di kuliah-kuliah di masjid, tapi apabila ianya ditujukan khas kepada kami sahaja, ia ada rasa yang lain. Ia perkara yang perlu diambil berat.

Kedatangan Bulan Ramadhan juga ada rasa syahdunya yang tiada pada hari-hari yang lain. Semangat ibadah yang dilihat di masjid menaikkan semangat dalam diri untuk lebih beribadah.

Jangan dikecam orang yang meramaikan masjid dengan terawih. Mungkin ada yang sedang berusaha untuk memperbaiki diri dengan kedatangan Bulan Ramadhan.

Semaikanlah dan viralkan erti ibadah lebih dari perkara lain dalam Bulan Ramadhan ini. Lebih dari juadah berbuka puasa, kuih raya, makanan dan pelbagai topik lain.

Ingatkanlah selalu tentang ibadah, doa, waktu mustajab doa, selawat dan semua yang berkaitan ibadah di mana-mana, samada di media sosial atau di mana sahaja 

"Bulan Ramadhan je ada solat terawih, kita kena rebut peluang untuk Solat Terawih. Jangan ralit."

"Tapi kalau kami nak main spinner dengan kawan boleh tak?."

"Main lepas Solat Terawih, solat elok-elok, jangan bising, jangan main dalam masjid, tolong jaga Ahmad Zaid sekali. Kalau bising, lepas ni jangan bawak dah spinner pi masjid."

Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Raikanlah mereka seadanya


" Jika terasa ada masa kosong, terus isikan dengan istighfar, selawat, doa dan ulangan hafazan Alquran. Jangan biarkan ada masa yang dibiarkan kosong sahaja."




Semoga kita tidak menjadi orang yang rugi dan tidak mendapat keberkatan Ramadhan.

Amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...