Thursday, April 26, 2018

Generasi Pelapis

بسم الله الرحمن الرحيم


Ketika menonton video amanah Dekan Kuliah Dakwah Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro kepada graduan, antara perkara yang amat ditekankan ialah generasi pelapis.


Ya. Generasi yang bakal menyambung perjuangan kita.

Kita tidak akan kekal. Kita pasti akan mati. Kerana itulah dalam lubuk hati, sangat mengharapkan ada generasi seterusnya yang dapat menyambung usaha dakwah dengan penuh keikhlasan.

Amat merasai sedalamnya hasrat Sheikh Bassam dalam ucapan beliau.

Seperti mana beliau, kami juga mengharapkan ada generasi pelapis yang menyambung perjuangan kita. Membawa panji Islam, dakwah dan ilmu.





"Dah lebih 10 tahun kita mengajar, tak adalah lagi ke anak murid yang boleh jadi pelapis?" Membuka soalan berkongsi pandangan dengan suami.

"InsyaALLAH ada. Kita kena optimis. Kita dah usaha, insyaALLAH pasti ada hasilnya" Jawapan yang bernas

Mungkin dalam 100 anak murid yang kita ada, sukar untuk mendapatkan bilangan yang banyak yang benar-benar ingin fokus dan mendalam dalam bidang agama.

Begitu juga, jauh di lubuk hati, terkilan dan sedih apabila ada pelajar yang mahu berhenti dan tidak menyambung pengajian di universiti dalam bidang agama.

Tidak benar sebenarnya dakwaan bahawa pelajar sekolah agama dan tahfiz pasti akan disalurkan menjadi ustaz dan imam sahaja.


Realitinya dalam 100 orang pelajar , nak dapatkan 10 seorang pelajar yang akhirnya benar-benar menekuni bidang agama dan menjadi generasi pelapis yang benar-benar berkualiti amat sukar. Namun sangkaan baik pada ALLAH, insyaALLAH pasti ada generasi pelapis yang akan meneruskan usaha mendidik ummah dan mendidik anak-anak Islam. Amin Ya Rabb.

Masih tular lagi pemikiran dalam minda masyarakat bahawa kerja mendidik ummah, menjadi ustaz ustazah adalah kerja yang 'tidak cool' dan 'tidak popular' hingga mengakibatkan ibu bapa dan pelajar memilih bidang lain.

Ia tidak salah, insyaALLAH bidang yang dipilih juga ada kebaikannya kepada masyarakat dan bukan juga untuk mengatakan bahawa bidang yang lain tiada kaitan dalam agama. Namun sedikit kesedihan yang timbul untuk melihat benih-benih itu tumbuh menjadi generasi pelapis yang berkualiti, dicintai ALLAH dan RasulNya.

Usaha mendidik ini bukanlah usaha individu. Ia perlu kepada kekuatan ramai dan banyak pihak untuk kita membentuk masyarakat yang bertaqwa.


Input-input lain tentang video pesanan Sheikh Bassam ini ada ditulis di dalam entri di sini:
https://cinta-rasul.blogspot.com/2018/04/menekuni-video-amanah-dekan-kuliah.html

InsyaALLAH, ALLAH hadirkan generasi pelapis menyambung usaha dakwah dan tarbiah ummah, mahir dalam segenap bidang agama, bertaqwa dan ikhlas kerana ALLAH.

Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...