Monday, December 19, 2022

Perlukah bersabar?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/12/22


Beberapa hari ketika cuti ini saya bersembang dengan suami dan keluarga tentang pengalaman kami ketika umrah 3 tahun lepas.


" Jika seorang itu datang lewat ke masjid, kemudian dia menyelit-nyelit antara jemaah yang telah duduk di dalam saf 3-4 jam sebelum tu. Adakah kita patut beri ruang atau tidak? "


Memikirkan samada berlapang dada tetapi seperti membenarkan dia melakukan semacam kezaliman kepada datang lewat, tetapi mahu duduk depan.


Bagaimana pula: adakah kita harus berlapang dada jika syarikat umrah tidak memberikan apa yang dijanjikan? 


Seperti menjanjikan hotel yang selesa sepadan dengan bayaran kita, tetapi bila di sana kita mendapat hotel yang kotor dan lusuh. Padahal ketika di Malaysia, mereka berulang kali berjanji memberikan hotel yang selesa.


Berhari-hari saya memikirkan jawapan dan memohon Allah memberikan petunjuk bagi kekeliruan dalam hati dan fikiran saya.


Membuat pilihan antara:

1. Memaafkan, tetapi ibarat membiarkan orang melakukan kezaliman


 ATAU


2. Teguh pendirian menegakkan hak kita.


Berhari-hari saya memikirkan persoalan ini.


Ketika membaca buku HAJINYA YANG TERAKHIR OLEH HAJI AHMAD TIFLA HAJI AHMAD BADARUDDIN, saya temui jawapannya daripada pengalaman penulis bersama Al Marhum Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam.



Maafkan mereka dan berlapang dada. Beribadah kepada Allah haruslah dengan bersungguh-sungguh dan bersabar. Janganlah hanya mengharapkan kesenangan.


Betapa Al Marhum Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam menahan sabar, tetap tersenyum, sentiasa bersyukur, melafazkan Alhamdulillah walaupun pelbagai ujian yang datang.


Lebih 6 jam tunggu urusan imigresen, dapat bilik yang lusuh, pemandu teksi yang meminta bayaran mahal, kelaparan, kesesakan, tidak selesa, berjalan jauh, kepenatan dalam pelbagai lagi kesukaran yang menimpa dilalui dengan penuh kesyukuran dan lafaz Alhamdulillah sentiasa meniti di bibir.


Begitulah juga bila mendengar kuliah tentang akhlak Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang dizalimi. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tetap bersabar dan tidak mendoakan kebinasaan untuk mereka.


Terasa malu amat dengan sikap kita yang tidak sabar. Allah...


Semoga Allah hiasi diri kita dengan akhlak mulia. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...