بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 3/5/2021
Kenangan ketika proses jilidkan tesis di awal tahun 2021. Ketika itu musim PKP 2.0.
Jadi pasti ada sekatan jalanraya dari Kuala Ketil ke Sungai Petani.
Biasanya polis akan bagi jalan sahaja.
Itulah, biasanya kalau hari biasa, dokumen perjalanan kita lengkap, tak kena pun tahan dengan polis. Tapi bila hari kita tertinggal dokumen, ketika itulah kebetulan kena tahan dengan polis.
Begitulah apa yang terjadi dengan kami.
Pada hari tersebut, selepas pulang dari kerja jam 2.30, terus ke Sungai Petani untuk ke kedai penjilidan tesis.
Sepanjang perjalanan, dokumen tesis dan tesis phD yang tebal itu saya pangku, takut rosak.
Kebetulan ketika kena tahan polis, baba terlupa bawa dompet, lesen dan ic. Yang ada kad nama.
Saya bawa dompet dan IC saya.
"Nak pi mana ni encik?" Tanya polis bila ic dan lesen yang diminta tiada.
"Kami nak kena jilidkan tesis phD di Sungai Petani." Sambil baba hulurkan tesis yang tebal itu.
Polis membelek-belek tesis Bahasa Arab tersebut.
Kelakar pula rasanya bila polis pun baca tesis phD kita.
"Jangan lupa bawa dokumen penting lain kali."
Alhamdulillah, nasib baik dibenarkan untuk teruskan perjalanan.
Begitulah sedikit kenangan kelakar dalam proses selesaikan phd.
No comments:
Post a Comment