Saturday, January 31, 2026

Perjuangan menjaga Hafazan Al Quran

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri kali ini ditulis pada 28/4/23


Untuk membiasakan anak-anak menjaga hafazan Al-Quran:


1. Cuba untuk patuhi jadual ulangan hafazan SEBAIKNYA.




2. Semak hafazan anak-anak tanpa jemu. Tak cukup sekadar tanya: "Dah buat murajaah ke belum ?"


3. Doakan moga Allah buka hati mereka untuk mudah ingat hafazan, diberikan keikhlasan, kecintaan terhadap Al-Quran dan terus bersemangat mendalami ilmu Al Quran.




4. Tiada perkara yang mudah melainkan Allah yang permudahkan. Doa banyak-banyak. PERJUANGAN kita bersama Al Quran sepanjang hayat. Masih banyak lagi kekurangan. Moga Allah permudahkan dan lihat USAHA kita semua. Amin.

Thursday, January 29, 2026

Sebuah harapan di hari raya.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/4/23


Anak sulung beraya dengan kawan. Anak bongsu pergi beraya dengan mama cik, berjanji dari kelmarin. 


Tinggal anak tengah ikut mama baba pi beraya sesi petang.



Dalam nikmat keriangan berhari raya, Allah tunjukkan beberapa HIKMAH untuk DIRENUNGI.


Melihat air mata warga emas menghargai nikmat KEMAMPUAN beribadah di bulan Ramadhan, mengharapkan penerimaan Allah. Sedar bahawa masih ada peluang lagikah untuk Ramadhan hadapan?


Melihat juga air mata sebak warga emas tanpa dapat faham isi hatinya. Mungkin ada rahsia yang terbuku, mungkin juga air mata kegembiraan.



Dan terus merenung ERTI HIDUP YANG HAKIKI. Mengharapkan kesabaran menjadi khaira ummah.


Selamat hari raya Aidilfitri semua. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, salah silap. Jangan simpan dalam hati.


Besar pengharapan kita moga Allah ampunkan dosa-dosa kita, terima segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan dan sepanjang hayat.


تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال 💕

Tuesday, January 27, 2026

Keliru.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/4/23


Ada detik dalam kehidupan yang mengelirukan.


Hati tak tahu apakah keputusan yang terbaik?



Mencari pilihan yang terbaik untuk masa depan dunia dan akhirat.


اهدنا الصراط المستقيم.


Semoga Allah sentiasa tunjukkan kepada kita PILIHAN YANG TERBAIK. AMIN.

Sunday, January 25, 2026

Susah senang mengulang hafazan Al-Quran.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/4/23


Saya bayangkan beginilah ulangan hafazan Al-Quran pada pendapat saya. Mungkin orang lain lihat berbeza.



5 juzuk awal (juzuk 1-5) itu mudah dan sekejap sahaja boleh selesai mengulang. Begitulah juga 5 juzuk akhir (juzuk 26- 30)


Di antaranya ada surah-surah yang berbeza-beza susah nak senang.


Moga Allah permudahkan untuk menjaga Hafazan Al Quran.

Friday, January 23, 2026

Menang atau kalah?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/4/2023


Kata Abdullah:

"Kita menang sekali, kalah berkali-kali."



Kata Mak Teh Dijah:

"Cakap kt adik kalah org x ingat, org ingat yg menang je 😂."



Hakikatnya menang dan kalah lumrah kehidupan menguji adakah kita bersyukur, redha, sabar bila menang atau kalah.


Kemenangan pasti menjadi kenangan dan memori indah untuk masa hadapan. Kekalahan pula menjadi panduan, pedoman dan renungan untuk masa hadapan, insyaallah.

Wednesday, January 21, 2026

Reviu buku: Ibu, Kita kuat.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/4/23



Penat, resah, runsing, rasa serba salah, sedih, kesepian, rasa serba kekurangan, stress mungkin ada dalam diri mereka yang bergelar ibu. 



Buku yang ringkas tapi penuh emosi, memberi MOTIVASI untuk menguatkan diri insan yang bernama IBU, agar terus membentuk anak-anak dengan sebaiknya. Ubati hati, tingkatkan motivasi.










Boleh dibeli di sini:

https://shp.ee/kbmmfpf

Saturday, January 17, 2026

Saat diri disapa bongkak, sombong, takabbur.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/4/23


Ketika diri disapa rasa suci, mulia, ingatlah dosa yang pernah dilakukan, kekurangan diri, dosa pada makhluk lain.





Saat diri rasa mulia, sombong, bongkak, banyak pahala, merendahkan orang lain, ingatlah semua itu adalah kurniaan Allah.


Jika Allah tidak beri peluang dan jalan untuk kita lakukan kebaikan, maka tercampak lah kita ke dalam lembah kehinaan penuh dosa.


Tidak ada apa yang perlu kau banggakan.


Semuanya Allah yang beri.

Termasuk detik hatimu untuk istighfar, berzikir dan bermunajat merintih keampunan Allah.


Jangan timbul rasa sombong bongkak dalam hati.


Pada Allah kita memohon agar dipelihara hati ini dari sangkaan buruk, menghina makhluk lain.


آمين

Thursday, January 15, 2026

Mengurus KESEDIHAN

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/4/23


Kehidupan kita bukan BERTERUSAN riang ceria, itu di SYURGA nanti. 


Dalam tenang, datang ujian sakit, sedih, kecewa, resah, gelisah.


Cubalah untuk tidak berlama-lama melayan perasaan. Zaman sekarang ramai mudah depresi. BAHAYA.


Pujuk hati. Ingat nikmat yang pernah ALLAH berikan,yang ketika itu kita rasakan kitalah manusia paling BAHAGIA.



Ujian akan pergi, yang tinggal ialah HIKMAH/ PELAJARAN untuk kita.


(( Oleh itu, maka (tetapkanlah KEPERCAYAANMU) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.)) Surah Asy Syarh.


لا تحزن إن الله معنا.

Tuesday, January 13, 2026

Pedih? Memberi nasihat dan menerima nasihat.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/4/23


Memberi nasihat (Amar Makruf Nahi Munkar) itu sama sukarnya dengan menerima nasihat.



Nasihat yang amat PEDIH bagi itulah PERINGATAN bagi kita. Mungkin ramai kita pernah mengalaminya. Berkali-kali.


Allah hadirkan makhluk-Nya untuk membetulkan kita walaupun PEDIH. Kerana Syurga itu mahal.

Sunday, January 11, 2026

Pintu Neraka atau Syurga

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/4/23


Media sosial milik kita boleh menjadi PINTU SYURGA atau PINTU NERAKA kita.


Ikhlaskan hati, gunakan dengan taqwa, lihat, baca dan sebarkan ILMU dan KEBAIKAN, bukan maksiat.



Moga ia menjadi PINTU SYURGA kita semua. Amin.

Friday, January 9, 2026

Ujian praktikal sebelum info teori

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/4/23


Ujian dalam hidup ibarat LATIHAN PRAKTIKAL selepas mendapat INFO TEORI.


Tahu secara TEORI tentang kesabaran, kelebihan ibadat, berbakti, berbaik sangka dan banyak lagi. 



PRAKTIKALNYA mampukah bersabar, berbaik sangka, terus beribadat, berbakti ketika DIUJI?

Isi pada minit 3:15 menerangkan tentang topik ini


Begitulah dengan perkara lain. TAHU dan akan DIUJI dengan TAHU. Ujian kesedihan, pemergian insan tersayang, kesihatan, keluarga, harta, hati, anak-anak dan banyak lagi.


Sungguh ia tidak mudah. Kerana syurga itu MAHAL.

Wednesday, January 7, 2026

Kecewa


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/4/23


Antara ujian kehidupan ialah KEKECEWAAN.


Kecewa apabila kita berbuat baik dengan orang, tapi dikhianati. Atau itu hanya pada sangkaan buruk kita☹️.



Apa-apapun, antara ayat memujuk hati ialah:


الدنيا دار العمل ليس دار الجزاء

Dunia ini adalah tempat beramal, bukan tempat terima pembalasan.


Ikhlaslah dalam memberi walau dibalas dengan sebaliknya. Di situlah mahalnya keikhlasan. Ketika disakiti.


Mengubati hati dengan kuliah ini:


Alhamdulillah.


Juga ingatlah firman Allah subhanahu wata'ala di dalam Surah Al Insan:


"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,


Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati):


Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).

Monday, January 5, 2026

Bila 3 bangsa bermain bersama-sama

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/4/23


- Islam (anak Sheikh Mahmud, Mesir) dengan Ahmad: cakap Melayu

- Islam dengan Abd.Razzaq (anak Sheikh Mohd Ubayd, Syria): cakap Arab.


- Abd Razzaq dengan Islam: cakap Arab.

- Abd Razzaq dengan Ahmad: cakap Arab jugak



- Ahmad dengan Islam: cakap melayu

- Ahmad dengan Abd.Razzaq: cakap melayu jugak.😅



Pasti jadi kenangan yang dirindui bila semua dah besar nanti.


Teringat macam nilah Abdullah dengan Abdul Rahman main dengan anak-anak pensyarah Arab di Jamiah Asy Syafie di Cianjur dulu.

Saturday, January 3, 2026

Bau pandan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/3/2023


2 hari ni, ada bau daun pandan kuat dalam bilik.



🧔🏻: Ada musang pandan naik atas siling kot.


👦🏻: Baba, bau mayat.


😶

Thursday, January 1, 2026

UJIAN KITA BERBEZA-BEZA.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/3/23


Ketika membaca ebook Projek Muhammad, terdetik dalam hati:


Ada yang dicukupkan rezeki, tapi diuji pada kesihatan, anak-anak, pasangan hidup, tanggungjawab, amanah, keluarga dan lain-lain. 




Walaupun tidak terlihat secara zahir, hakikatnya seluruh kehidupan manusia ADALAH UJIAN.



((Demi sesungguhnya Kami akan MENGUJI kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah KHABAR GEMBIRA kepada orang-orang yang SABAR.)) al-Baqarah: 155

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...