Saturday, February 28, 2026

Pertama kali Ahmad sertai pertandingan pidato.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/6/23


Ada kisah di sebalik Ahmad menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah rendah Maahad Al Iman Li Ulumil Quran ini.


Sebenarnya Ahmad betul-betul tak mahu nak masuk pertandingan pidato ini kerana dia tak ada pengalaman menghafal dan menyertainya.



Target Ahmad adalah untuk menyertai pertandingan hafazan Al-Quran kerana Ahmad pernah menang dalam pertandingan hafazan Al-Quran peringkat Sekolah-sekolah rendah agama Negeri Kedah. 


Jadi keyakinan dan kesukaannya untuk terus menyertai pertandingan hafazan Al-Quran.


Ahmad ada minta mama untuk beritahu ustazah Halaqahnya supaya tukar orang lain.


Tapi mama percaya ada keberkatan pada kita mentaati perintah guru ke arah kebaikan.



Mama cuba positifkan minda dan bagitahu Ahmad bahawa abang-abang dulu pun selalu menyertai pertandingan pidato sejak sekolah Pasti ketika berusia 4 tahun. Hatta Abang Abbudey sering memenangi pertandingan pidato antara sekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah agama antara Negeri Kedah. Alhamdulillah.


Walaupun Ahmad selalu merungut ketika berlatih dan menghafaz pidato, cuba juga untuk latih Ahmad.


Alhamdulillah pada hari pertandingan tersebut, walaupun Ahmad kata dia gementar, Alhamdulillah Ahmad dapat buat dengan baik dan menjadi johan.


Alhamdulillah ada keberkatan pada mentaati perintah guru. Alhamdulillah.

Thursday, February 26, 2026

Baik buruk MANUSIA?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/6/23



Dalam hidup kita, ramai orang yang kita kenal. Daripada mereka kita dapat contohi KEBAIKAN/ BUDI mereka.



Adapun KEKURANGAN itu LUMRAH diri manusia adalah ujian yang perlu sabar menghadapinya.


{ وَجَعَلۡنَا بَعۡضَكُمۡ لِبَعۡضٖ فِتۡنَةً أَتَصۡبِرُونَۗ }

[Surah Al-Furqān: 20]


(( Dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai *ujian dan cubaan* bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? ))

Tuesday, February 24, 2026

Tasmik hafazan Al-Quran ibarat........

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/6/23


Saya bayangkan proses tasmik hafazan Al-Quran seperti memandu di KL. Kalau tak FOKUS, tiba-tiba dah salah lorong dan sesat.



Begitulah juga ketika tasmik hafazan, kalau tak FOKUS, tak perasan tiba-tiba dah sesat, tak ingat masuk ayat/surah lain. Lebih-lebih lagi pada juzuk/surah yang banyak ayat yang semacam/ mutasyabihat.

Sunday, February 22, 2026

Ingatan selepas jasad dikandung tanah.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/5/23


Saban tahun, bila tiba musim rambutan, pasti akan teringat kepada arwah ibu kawan yang selalu memberi JERUK RAMBUTAN bila tiba musimnya.




Moga Allah ampuni beliau dan tempatkan beliau bersama para solihin.


Moga kita juga menjadi sebutan baik setelah jasad dikandung tanah.


{ وَٱجۡعَل لِّي لِسَانَ صِدۡقٖ فِي ٱلۡأٓخِرِينَ. وَٱجۡعَلۡنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ }

[Surah Ash-Shuʿarāʾ: 84-85]


"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim."

Friday, February 20, 2026

Demi sebuah perpisahan.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/5/23


Hakikat kehidupan yang tak boleh disangkal: Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 


Samada kita yang meninggalkan atau kita yang ditinggalkan. Maka berdoalah selalu moga ia menjadi sebuah perpisahan yang baik.



Kerana pada perpisahan itu ada kisah, jasa, kenangan, kasih sayang, memori yang dikenang dan didoakan.


Dan jatuh bangun kita dalam hidup ini juga adalah untuk MEMPERINDAHKAN perpisahan di alam sementara ini, menuju ke alam yang KEKAL ABADI.

Wednesday, February 18, 2026

Kekuatan karya fiksyen


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/5/23



Bahan bacaan pilihan saya selalunya adalah travelog, biografi, motivasi dan self learning. Minat kepada realiti.


Tidak suka buku fiksyen sehingga kawan sekerja kenalkan dengan karya Andrea Hirata: Guru Aini dan Orang-orang biasa. 



Selepas itu mula baca karya-karya Tere Liye, Baharudin Bekri, Teme Abdullah dan lain-lain.


Sungguhpun fiksyen adalah rekaan dan menghiburkan, tapi kekuatannya adalah pada nilai yang diterapkan. Masuk dalam hati.






Nilai-nilai kehidupan, ketabahan, kesabaran, kesungguhan, kekeluargaan, perjuangan dan banyak lagi, sangat memberi kesan dalam karya fiksyen.

Monday, February 16, 2026

APA FAEDAH BACA BIOGRAFI?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 15/5/23


Membaca biografi tokoh-tokoh yang hebat dapat memberikan ILMU tentang DIDIKAN dan KEJAYAAN mereka, moga-moga dapat kita contohi. 



Bak kata syair:

فتشبّهوا إن لم تكُونوا مثلَهم

إنَّ التشَبّه بالكرامِ فَلاحُ

Contohilah orang mulia sungguhpun kamu bukan seperti mereka, 

Sesungguhnya usaha mengikut jejak langkah mereka juga adalah suatu kejayaan.

Saturday, February 14, 2026

Apa faedahnya buku fiksyen?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/5/23


Buku fiksyen: bacaan ringan selepas seharian kepenatan. Ada NILAI KEHIDUPAN yang berharga UNTUK DIRENUNG, nasihat, dan susunan ayat yang indah.



Dulu TAK SUKA dengan buku fiksyen sebab rasa TERTIPU dengan kisah rekaan dan rasa kurang bermanfaat.


Tapi itulah, mak dah pesan masa kecil, kalau tak suka, jangan disebut-sebut, Allah yang PEGANG hati kita. Sekali Allah bagi suka, padan muka😅.

Thursday, February 12, 2026

Bukan kerana usaha kita.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/5/23

Sungguh dalam setiap urusan kita termasuk dalam mendidik anak-anak, kita amat mengharapkan RAHMAT dan PERTOLONGAN Allah.



Jika hanya bergantung pada usaha kita, terlalu banyak keburukan dan cacat celanya.


Segala yang baik itu hanya kerana taufik hidayah Allah. Dan itulah dambaan kita setiap hari.

Tuesday, February 10, 2026

Info buku: 101 Kisah dan Pengajaran daripada Al Quran, Al hadis dan hayatus sahabah. Ustaz Zahazan Mohamed

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/5/23


Kalau tak silap, buku ini adalah hadiah khatam Al-Quran anak-anak daripada ustaz/ah.

 


Kisah-kisah berpandukan Al Quran/hadis (disertakan takhrij). Menambah ilmu baharu pada kisah yang tak tahu dan ulangkaji semula pada kisah yang pernah tahu.



Alhamdulillah.

Sebuah buku yang bagus.

Sunday, February 8, 2026

Dahulu sukar, kini mudah. Alhamdulillah

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/5/23


Perjalanan anak-anak menghafaz Al-Quran mula dikongsikan sejak tahun 2007. Moga-moga ia membantu orang lain menghafaz Al-Quran.


KUNCI UTAMA: Kesungguhan dan Pengharapan kepada ALLAH.


Ahmad juga menghafaz seperti abang-abang. 


"BANYAKKAN DENGAR AL QURAN. Ia sangat MEMUDAHKAN untuk hafaz Al-Quran dengan BETUL." Inilah tips utama yang sering diulang-ulang sejak 17 tahun lalu.


Perjuangan memuliakan Al Quran sepanjang hayat KITA, insyaallah.


Ketika melihat entri tahun 2016 ini, saya kembali teringat detik kesukaran Abbudey menghafaz Surah Al Israa' sehingga menangis dulu.



Tetapi berbeza dengan sekarang.


Surah Al Israa' adalah surah pilihan bacaan Abang Abbudey ketika solat terawih tahun ini.


Mungkin kerana melihat baba dulu selalu baca Surah Al Israa' dalam solat terawih.


Dan Allah permudahkan Abang Abbudey untuk mengingati Surah Al Israa' sehingga ia tidak lagi menjadi sesukar dahulu.


Alhamdulillah.


Moga Allah buka hati anak-anak kita untuk mudah menghafaz dan mengingati Al Quran.


Amin.

Friday, February 6, 2026

PAHIT namun berkesan


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/5/23


Nasihat yang amat berkesan itu biasanya amat menikam hati.


Menyakitkan buat sementara waktu, namun ia amat berkesan untuk kita berhati-hati di masa hadapan.


Sungguh. Saya pernah melaluinya.

Terimalah dengan hati yang terbuka walau terluka 

Jangan pula kita ambil kisah dan bersangka buruk pada niat orang yang menasihati.


Apa sahaja niatnya, yang penting teguran itu betul. 


Teguran yang betul itu biasanya pasti menikam kalbu. Namun merawat sifat mazmumah dengan berkesan.


Alhamdulillah ala kulli hal.


Semoga Allah hiasi diri kita dengan sifat mahmudah. Amin

Wednesday, February 4, 2026

Nikmat kesihatan, melakukan rutin harian.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/5/23


Sungguh nikmat kesihatan adalah satu nikmat yang amat besar. Amat terasa bila kehilangannya.


Ketika sihat banyak rutin harian, ibadah, kewajipan yang boleh dilakukan.


Untuk terbaring sahaja beberapa hari ketika tidak sihat juga adalah satu perkara yang tidak seronok dan membosankan.


Teringat kata-kata seorang rakan Arab:

البركة في الحركة 

Al barakah fil Harakah


Keberkatan itu ada pada pergerakan (buat kerja).


Seronok apabila dapat melakukan perkara yang bermanfaat. Mengemas rumah, mengajar anak-anak, atau apa sahaja perkara yang bermanfaat selain hanya terbaring berhari-hari.


Sungguh ketika sakit amat mengingatkan kita kepada kematian.


Takut sangat dengan sakit dan takut juga untuk masuk hospital. 



Dengar cerita kena tunggu lama di hospital sebelum masuk wad dan macam-macam cerita lagi di hospital membuatkan diri trauma dengan hospital.


Moga Allah pelihara kita semua dan beri kesihatan kepada kita semua.

Monday, February 2, 2026

Bila anak sudah meningkat remaja.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/4/23


Bila anak remaja, mereka bukan lagi kanak-kanak yang 100% depan mata kita. Doa dan nasihat makin menggunung. Moga Allah pelihara sentiasa dan jauhkan dari maksiat.


Nasihat selalu agar jaga keselamatan diri baik-baik, Allah bagi nyawa 1 saja, baca doa banyak-banyak, jaga solat, jangan balik lambat, jangan buat perkara haram. 



Alhamdulillah tok, wan, saudara mara, guru-guru pun banyak nasihatkan. Moga sentiasa menjadi bekalan diri. 


Jika bersua dengan anak-anak remaja ini, nasihatilah mereka sebaiknya, moga tak leka dengan dunia remaja, banyak lagi ilmu perlu diterokai dengan bersungguh. Berseronok seadanya, jangan hingga lupakan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...