Thursday, April 4, 2019

Ahmad Zaid Suka Belajar

بسم الله الرحمن الرحيم

**Entri ini ditulis pada 14/12/2018

Alhamdulillah ketika cuti sekolah hujung tahun lepas, banyak masa kami dapat luangkan bersama anak-anak.

Alhamdulillah, banyak perkara yang dirasai.

Saya mula perasan bahawa Ahmad Zaid suka belajar, mungkin kerana setiap hari melihat abang-abang menghafaz Al-Quran dan belajar, dari situ, Ahmad Zaid juga sukakan belajar.

Sentiasa doa agar dapat lebih mengajar Ahmad Zaid (3 tahun)


Selain bermain dengan haiwan peliharaan di rumah, banyak perkara baru yang Ahmad Zaid pelajari
Ahmad mula belajar menulis.

Saya print beberapa kertas, dia sangat seronok tunggu kertas yang siap print keluar dari printer. Berlari-lari Ahmad pergi menuju ke printer


Belajar asas menulis

Saya juga mengajar Ahmad asas untuk menggunting, satu perkara yang perlu kanak-kanak pelajari.  Jika tidak, pasti akan kekok memegang gunting.

Seharian Ahmad Zaid seronok menggunting kertas.

Dan juga dia belajar menggunting mengikut garisan lurus




Lihat betapa Ahmad Zaid suka belajar, hingga buku hafazan abang pun diambil, tulis dan baca Surah Annas.

Mungkin kerana setiap hari melihat abang menulis catatan dalam buku hafazan dan menghafaz Al-Quran



Semoga anak-anak kita menjadi orang yang hebat di sisi ALLAH dan ikutan bagi orang yang bertaqwa. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...